RM1 - UNTUKMU PALESTINA
 
Salurkan sumbangan anda melalui JIM
Atas nama :
 
Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia
Bank Islam
12113010005797
 


PERANAN IPT MALAYSIA DALAM

KEMPEN HARI AL-QUDS SEDUNIA (ROQ)

 

 

Hari Al-Quds Sedunia

21 Ogos setiap tahun merupakan Hari Al-Quds Sedunia yang disambut sebagai tanda memperingati tragedi pembakaran masjid Al-Aqsa yang dibakar oleh seorang Zionis warga Switzerland, Dennis Michael Rohan yang kononnya dikatakan gila. Tragedi tersebut merupakan catatan sejarah yang paling menyedihkan dalam sejarah umat Islam terhadap masjid Al-Aqsa yang disucikan.Begitulah nasib tanah suci Umat Islam yang ketiga setelah dihuni oleh “Israel” Sang Perampas.

 

Sebagai umat Islam, isu Palestin merupakan isu ‘Akidah yang selayaknya dipertanggungjawabkan bagi sekalian umat Islam kerana kedudukan Masjid al-Aqsa sebagai tanah suci ketiga dalam Islam, Kiblat pertama umat Islam, Tanah Anbiya’ dan pusat pemerintahan dunia Islam seperti yang dirakamkam dalam Hadis Rasulullah.

 

Hari ini Palestin berada dalam tangan musuh Islam, Zionis “Israel” yang telah merampasnya dari tangan umat Islam. Akibatnya, umat Palestin telah dihalau keluar, dizalimi, ditindas, dikambinghitamkan,  dipenjarakan dan dibunuh. Nasib yang melanda umat Islam Palestin memerlukan pembelaan dari seluruh umat Islam.

 

Sebagai usaha pembelaan dan kepedulian kita, maka Hari Memperingati Al-Quds atau Remembrance of Al-Quds (ROQ) merupakan sebuah gagasan utama yang akan menjadi simbol solidariti umat Islam di Malaysia terhadap umat Palestin. Pelbagai kegiatan boleh dijalankan untuk mewar-warkan tentang isu Palestin dan kedudukan Palestin dalam hati umat Islam. Kita berharap progam ini akan menggerakkan masyarakat yang sedar untuk menghulurkan sumbangan dan mempersiapkan diri mereka dengan segala pertahanan dan kecemerlangan sebagai umat yang terbaik.

 

Semga Allah memberikan kekuatan kepada meeka yang berkorban demi Islam dan berusaha keras mempertahankan Islam, tanahairnya, kesucian dan maruahnya dan umatnya. Amin.

 

Visi utama

Mewar-warkan kepada seluruh rakyat Malaysia tentang sambutan Hari al-Quds Sedunia

 

Objektif

·        Meningkatkan kesedaran masyarakat Malaysia dan generasi muda khususnya terhadap isu umat Palestin yang dizalimi

·        Memupuk semangat perpaduan di dalam hati masyarakat Malaysia terutamanya pelajar IPT

·        Meningkatkan kepedulian dan keprihatinan terhadap umat Islam di seluruh dunia

·        Menyatakan sokongan penuh terhadap usaha membebaskan Palestin

 

 

 

 

Nama Program

Kempen Memperingati Al-Quds 2006 (ROQ 06)

 

Tarikh

Sepanjang bulan Ogos 2006

 

Tempat

Seluruh Malaysia

 

Tema

Palestin dalam hati kami

 

Anjuran

Kelab Rakan Siswa Islah Malaysia (KARISMA)

 

Modus Operandi / Wasilah Kempen

Berikut adalah cadangan program sempena Hari al-Quds Sedunia sebagai wasilah untuk menjayakan kempen tersebut;

 

  • Ceramah Isu Palestin
  • Persembahan pentas/Konsert/Teater/Nasyid
  • Pertandingan mewarna kanak-kanak
  • Pertandingan Flash “Selamatkan al-Aqsa”
  • Pertandingan Menulis Lirik lagu “Selamatkan al-Aqsa”
  • Pameran “Diari Palestin”
  • Edaran Risalah “Al-Aqsa dalam Bahaya”
  • Pelancaran Tabung RM1 untuk Palestin
  • Wacana Intelektual
  • Menulis ke akhbar dan majalah
  • Kempen utamakan poduk negara dan boikot produk Israel dan Amerika

 

Alamat Perhubungan

Kelab Rakan Siswa Islah Malaysia (KARISMA),

Lot 300.2, Lorong Selangor,

Pusat Bandar Melawati,

53100 Kuala Lumpur, MALAYSIA

No Tel: 03-4108 9669, 013-3970196 (Safwan), 019-2779776 (Habibah)

No Faks: 03-4107 1754

Emel: [EMAIL PROTECTED]

Laman Web: www.karisma_intl.cjb.net Laman Web ROQ: www.freewebs.com/roq06

 

Disediakan oleh

Biro Penyelidikan dan Pembangunan

KARISMA International

© Hakcipta Tak Terpelihara. Kembangkan mesej ini kepada pihak lain.

 
 

Moderator
Hidayahnet
Subscribe: [EMAIL PROTECTED]

Group Information

  • Members: 8800
  • Category: Islam
  • Founded: Sep 6, 2003
hidayahnet · eGroup For The Muslim Ummah (Malay)

Assalamualaikum Wa Rahmatullahi Wa Barakatuh

Hidayahnet is for Muslims to share their knowledge and discuss issues pertaining Muslim ummah. Postings either in Malay or English. We encourage participation from Malay-based communities such as from Malaysia, Indonesia, Singapore, Brunei and whoever can read Malay.

 


{Invite (mankind,O Muhammad) to the Way of your Lord (i.e. Islam) with wisdom (i.e. with the Divine Inspiration and the Qur'an) and fair preaching, and argue with them in a way that is better. Truly, your Lord knows best who has gone astray from His Path, and He is the Best Aware of those who are guided.}(Holy Quran-16:125)

 

Recommended sites:
Angkatan Belia Islam Malaysia :
http://www.abim.org.my
Jamaah Islah Malaysia              : http://www.jim.org.my
Radio Islam Kuliyyah                 : http://www.kuliyyah.com
Palestinkini Info                         : http://www.palestinkini.info
Partai Keadilan Sejahtera         : http://pk-sejahtera.org
Fiqh Siber                                   : http://al-ahkam.net/
The Muslim Brotherhood           : http://ikhwanweb.com


--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".

--------------------------------------------------------------------------

Recommended sites:
Angkatan Belia Islam Malaysia  : http://www.abim.org.my
Jamaah Islah Malaysia          : http://www.jim.org.my
Radio Islam Kuliyyah           : http://www.kuliyyah.com
Palestinkini Info              : http://www.palestinkini.info
Partai Keadilan Sejahtera      : http://pk-sejahtera.org
Fiqh Siber                     : http://al-ahkam.net/
The Muslim Brotherhood         : http://ikhwanweb.com




SPONSORED LINKS
Divine inspiration Islam


YAHOO! GROUPS LINKS




Kirim email ke