UMNO NS takut sebaran makluman program keADILan – BA
salam, kepada semua ; kami amns mengalami masalah mps
dan mpn all out tanggal poster n curi banner program 3
jun dan 10 jun. untuk itu kami mohon pihak saudara
untuk sama bantu hebahan porgram tersebut. saya ada
tulis artikel berita pendek seperti di bawah. saudara
boleh code' Hj Ramlan Roes ketua angkatan muda negeri
sembilan untuk kenyataan tersebut.

cheGuBard
27 Mei 2006, Seremban

Mohon Bantuan Sebaran makluman !

setiap malam tiga hari lalu pasukan menampal poster
dan menggantung banner (dari angkatan muda keADILan
dengan dibantu oleh DPPNS) telah menggantung 3 banner
besar dan lebih 3500 poster hebahan mengenai himpunan
rakyat di sekitar Seremban, Rasah dan kawasan sekitar.

Namun sehingga petang tadi keadaan amat mengecewakan
kerana hampir semua poster termasuk semua banner yang
digantung telah hilang. dari sumber - sumber yang
diyakini menyatakan mereka melihat sepanjang tiga hari
ini juga menyaksikan petugas Majlis Perbandaran
Seremban dan Majlis Perbandaran Nilai setiap pagi
bertungkus lumus menanggalkan poster himpunan rakyat
bersama anwar ibrahim 3 jun ini. kelihatan di sekitar
bandar seremban pekerja mps membawa pemancut air untuk
memastikan poster yang ditanggalkan tidak mempunyai
kesan. Poster dan banner  fiesta futsal world cup 06
angkatan muda yang telah ditampal awal turut menjadi
mangsa

roda ibrahim,59 tahun dari taman bukit chedang yang
ditemuai menyatakan rasa kesal iaitu kenapa perlunya
pekerja mps yang ramai membuang masa menanggalkan
poster anwar tetapi membiarkan poster along, tukang
urut dll.
"kan bagus pekerja yang ramai itu digunakan untuk
membersihkan longkang dan mempertingkatkan mutu kerja
pungutan sampah yang sudah bertahun buruk dikendalikan
syarikat swasta" katanya yang sudah beratus kali
pernah membuat laporan mengenai mutu perkhidmatan mps
di taman bukit chedang semenjak tiga tahun
kebelakangan ini.

sumber dalaman umno rasah pula menyatakan azman
hassan,setiausaha umno negeri (abang menteri besar)
sendiri yang telah menekan yang dipertua mps dan mpn
agar memastikan tiada poster dan banner program
pembangkang kelihatan khususnya di bandar seremban,
beliau juga dilaporkan telah menghubungi sendiri ketua
- ketua cawangan umno turut memantau dan menanggalkan
sebarang poster dan banner aktiviti pembangkang di
kawasan masing masing.

"kami amat kecewa cara UMNO NS berlawan, mereka
kudakan semua jentera kerajaan.....penakut ! kita
mohon permit nak gantung banner mereka tak bagi...."
nyata hj ramlan roes ketua angkatan muda negeri
sembilan.

memang 3 jun ketika lawatan dsai ke ns itu nanti ada
acara lain besar di seremban antaranya ialah
penyampaian piala liga super dan perlawanan singapore
malaysia di stadium paroi. dilaporkan menteri besar
mengarahakn supaya pbns tidak mengenakan sebarang
tiket untuk menarik lebih ramai penonton ke stadium.

jika umno negeri mahu melihat dengan usaha mereka
program dsai tidak mendapat sambutan saya beri jaminan
mereka akan kecewa. ' tegas ramlan

angkatan muda akan lipat ganda usaha hebahan. respon
dari orang ramai pun baik kerana mereka ingin turun
beramai - ramai bukan sahaja untuk mendengar amanat
dsai tetapi menunjukkan rasa protes terhadap keadaan
yang begitu menghimpit rakyat masa kini, khususnya di
negeri ini perbagai cukai telah dinaikkan tetapi
sebaliknya wakil rakyat terus bermewah.

angkatan muda keadilan negeri sembilan memohon
kerjasama semua aktivis pro reformasi untuk membuat
hebahan program di bawah

Makan Malam Perpaduan Rakyat
Anwar bersama Masyarakat Cina
3 Jun 7.30 malam Restoran Dragon Oakland, Seremban
pertanyaan tempahan tempat hubungi  012 665 7329 / 016
6313232

Himpunan Rakyat Negeri Sembilan Bersama Anwar Ibrahim
3 Jun 8.30 malam Km 7, jalan Seremban - tampin
(sebelah Esso berhampiran JPJ NS) pertanyaan
0176688404

Fiesta Futsal World Cup 06 Angkatan Muda NS
10 Jun 9.00 pagi Indoor Sport Center, rahang
borang penyertaan hubungi 012 2722175

angkatan muda negeri sembilan merayu tenaga
sukarelawan dari segi membantu mengedar risalah
program, menampal poster, menggantung banner dan
khususnya sukarelawan petugas semasa program. jika
sesiapa berminat sila hubungi 012 2722175(ramlan)
atau 012 369 6474 (azizi).

lawatan dsai ke negeri sembilan kali ini dijangka
mendapat sambutan yang agak luar biasa kerana turut
sama akan berceramah bersama beliau ialah YB Dominique
Ng Kim Ho ADUN baru keadilan yang memenangi kerusi N9
Padungan baru baru ini. selain itu Azmin ali,
saifuddin nasution ismail, tian chua dan Pesuruhjaya
pas ns Dr Rosly Yaakop turut mengesahkan akan berucap
dalam program yang bermula dari 8.30 malam itu.

Tapak tempat program himpunan itu diadakan di sewa
khas dan dijangka boleh memuatkan lebih 15000 orang
dengan selesa.


    
  
  Adat Bersendikan Hukum , Hukum Bersendikan Kitab Allah
  Syarak Mengata , Adat Menurut
  
  Sila layari Blog PAS N.Sembilan di http://pasns.blogspot.com
  




__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Tired of spam?  Yahoo! Mail has the best spam protection around
http://mail.yahoo.com




--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".

--------------------------------------------------------------------------

Recommended sites:
Angkatan Belia Islam Malaysia  : http://www.abim.org.my
Jamaah Islah Malaysia          : http://www.jim.org.my
Radio Islam Kuliyyah           : http://www.kuliyyah.com
Palestinkini Info              : http://www.palestinkini.info
Partai Keadilan Sejahtera      : http://pk-sejahtera.org
Fiqh Siber                     : http://al-ahkam.net/
The Muslim Brotherhood         : http://ikhwanweb.com




SPONSORED LINKS
Divine inspiration Islam


YAHOO! GROUPS LINKS




Kirim email ke