KEUPAYAAN SHAMSUL TIDAK HARUS DIPERTIKAI

Oleh
Yusoff A. Rahman

ESOK, pengadil Singapura, Shamsul Maidin, akan berlepas ke Jerman.

Sepanjang sebulan, peminat bola sepak yang mengikuti Piala Dunia melalui kaca TV tentunya ingin meninjau kemampuannya mengadili perlawanan yang melibatkan pengadil Singapura itu.

Ini mengingatkan saya kepada perkembangan pada 1982 apabila peminat bola sepak tertanya-tanya apakah Fandi Ahmad akan ditawarkan kontrak oleh Ajax Amsterdam selepas mengikuti ujian selama tiga minggu dengan kelab dari Belanda itu?

Bezanya, ketika itu, peminat hanya mengetahui nasib Fandi melalui akhbar. Tetapi kini, semua orang dapat melihat Shamsul melalui siaran langsung perlawanan Piala Dunia.

Jadi, sesiapa sahaja - para pegawai Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) dan pengadil-pengadil Liga-S - boleh menilai tahap keupayaan Shamsul.

Apatah lagi, baru-baru ini Manfred Amerell daripada Jawatankuasa Pengadil Jerman secara terbuka melahirkan keraguannya mengenai kemampuan Shamsul selepas dua pengadil terkemuka Eropah, Terge Hauge dari Norway dan Herbert Fandel dari Jerman diketepikan daripada senarai 23 pengadil yang dipilih bertugas dalam Piala Dunia.

Sebagai rekod, Shamsul telah mengadili 37 perlawanan antarabangsa seperti yang tercatat dalam lelaman Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa).

Setahu saya, bilangannya adalah lebih daripada itu kerana sebelum ke Jerman, Shamsul juga ada mengadili perlawanan-perlawanan termasuk di Arab Saudi.

Selain Piala Asia, Shamsul juga bertugas dalam kelayakan Piala Dunia Kawasan Asia, Piala Dunia Belia, Piala Konfederasi dan juga Piala Negara-Negara Afrika pada Januari lalu.

Daripada 32 buah negara yang menyertai Piala Dunia, Shamsul mempunyai pengalaman mengadili perlawanan-perlawanan yang melibatkan sembilan pasukan yang bertanding.

Antaranya termasuk johan Piala Dunia sebanyak lima kali, Brazil, johan dua kali, Argentina, Jepun, Australia, Ghana, Ivory Coast, Tunisia dan Korea Selatan.

Jika Shamsul layak mengadili perlawanan yang melibatkan gerasi seperti Brazil dan Argentina, tentunya kemampuannya tidak wajar dipertikaikan.

Sebagaimana Fandi menjadi kebanggaan negara pada 1982, Shamsul bakal menjadi kemegahan Singapura pada Jun 2006.



--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".

--------------------------------------------------------------------------

Recommended sites:
Angkatan Belia Islam Malaysia  : http://www.abim.org.my
Jamaah Islah Malaysia          : http://www.jim.org.my
Radio Islam Kuliyyah           : http://www.kuliyyah.com
Palestinkini Info              : http://www.palestinkini.info
Partai Keadilan Sejahtera      : http://pk-sejahtera.org
Fiqh Siber                     : http://al-ahkam.net/
The Muslim Brotherhood         : http://ikhwanweb.com




SPONSORED LINKS
Divine inspiration Islam


YAHOO! GROUPS LINKS




Kirim email ke