From: Anis [mailto:[EMAIL PROTECTED]
Sent: Thursday, May 25, 2006 5:09 PM
To: undisclosed-recipients
Subject: JAIS yg Terlampau
Pihak Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) bersama beberapa
orang anggota Polis telah menyerbu Surau Taman Meru Indah,Kapar pada hari
Sabtu 20 Mei lalu bagi tujuan menangkap bekas Imam Besar Masjid Negara,
Ustaz Taib Azamuddin atas tuduhan kononnya memberikan ceramah tanpa
tauliah.
Menurut laporan program kuliah Maghrib di surau tersebut telah dianjurkan
oleh para penduduk tempatan dan kehadiran pada malam itu dianggarkan
sekitar 300 orang.
Adalah difahamkan pihak JAIS telah bertindak ekoran tekanan yang dikenakan
oleh pihak pimpinan Umno tempatan.
Menurut mereka yang hadir pihak Penguatkuasa JAIS yang diketuai Ustaz Abd
Wahab itu telah bertindak dalam keadaan sungguh tidak bersopan dengan
mengeluarkan kata-kata seolah-olah Ustaz Taib bagaikan seorang penjenayah
besar. Tindakan kasar dan biadap pihak JAIS itu sungguh dikesali oleh para
penduduk tempatan yang rata-rata telah enggan menyerahkan Ustaz Taib untuk
dibawa ke Balai Polis berhampiran untuk ditahan.
Menurut mereka lagi Ustaz Taib sebenarnya memiliki tauliah seumur hidup
yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).
Sepatutnya atas sifat beliau sebagai bekas Imam Masjid Negara serta
pemegang tauliah dari JAWI, pihak JAIS menghormati status dan kedudukan itu
dan tidak menganggapnya sebagai penjenayah.
Ramai dikalangan yang hadir turut kesal kerana pihak JAIS kelihatan seolah
lebih ghairah dan lebih berminat untuk mengambil tindakan ke atas seorang
ulamak yang diiktiraf dan dihormati masyarakat dari menjalankan kerja-kerja
nahi mungkar yang lebih meruncing dan berkembang biak di negeri Selangor
sejak akhir-akhir ini.
Pihak penguatkuasa JAIS dan Polis itu akhirnya telah meninggalkan tempat
kejadian apabila gagal mendapatkan kerjasama penduduk tempatan yang enggan
menyerahkan Ustaz Taib kepada mereka. Pihak JAIS tersebut walaubagaimanapun
telah menyatakan bahawa mereka akan susuli tindakan mereka itu dengan saman
yang akan difailkan terhadap Ustaz Taib nanti.
Apa nak jadi Selangor ni agaknya? Masyarakat semakin longgar dan runtuh
akhlaknya tetapi JAIS yang ditindik hidungnya itu sibuk nak menahan dan
menangkap ulamak yang memberi ilmu dan kesedaran kepada masyarakat!
--------------------------------------------------------------------------
All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.
If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".
--------------------------------------------------------------------------
Recommended sites:
Angkatan Belia Islam Malaysia : http://www.abim.org.my
Jamaah Islah Malaysia : http://www.jim.org.my
Radio Islam Kuliyyah : http://www.kuliyyah.com
Palestinkini Info : http://www.palestinkini.info
Partai Keadilan Sejahtera : http://pk-sejahtera.org
Fiqh Siber : http://al-ahkam.net/
The Muslim Brotherhood : http://ikhwanweb.com
SPONSORED LINKS
| Divine inspiration | Islam |
YAHOO! GROUPS LINKS
- Visit your group "hidayahnet" on the web.
- To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
- Your use of Yahoo! Groups is subject to the Yahoo! Terms of Service.
