On 5/18/06, RozmalbinMalakan <RozmalbinMalakan> wrote:
Harian Metro 18 Mei 2006 . Edisi KL: Racun akidah
saudara baru
KUALA LUMPUR: Mufti Selangor, Datuk Mohd Tamyes Abdul
Wahid, mendedahkan kegiatan satu kumpulan yang giat
menjalankan gerakan di Selangor untuk memujuk dan
membela saudara baru supaya kembali menganut agama
asal mereka.
Ini bukanlah suatu perkara baru. Mereka dah lama buat dan mungkin sampai kiamat mereka akan cuba. Persoalannya, apa yg kita orang buat. Sudahlah usaha untuk mengajak orang lain kpd Islam amat sedikit, usaha utk mempertahanakn keimanan kita sendiri pun semakin terhakis.
Kita melenting apabila melihat mereka nak buat gereja2 di sini. sebenarnya apa yg gereja boleh buat kepada keimanan kita? Jika diteliti kerisauan ini, ia disebabkan ketidakmahuan kita sendiri untuk lebih bersungguh mempertahankan keimanan kita dan keluarga. Kita bantah gereja, tetapi dalam setiap rumah kita sendiri ada gereja dan to'kong yg kita panggil TV, yg lebih berkesan dalam mencairkan keimanan seseorang kanak2 atau dewasa dgn cara melalai dan melalikan kesensitivitiannya terhadap agama sendiri berbanding dgn mana2 pendakyah.
Beliau berkata, kumpulan terbabit dikesan melantik
panel peguam yang memperjuangkan hak kebebasan
beragama menggunakan Artikel 121 Perlembagaan
Persekutuan.
Katanya, mereka bukan saja membela golongan yang
kembali murtad, malah memperjuangkan agar seseorang
yang baru dilahirkan, diberi kebebasan memilih sendiri
agama yang hendak dianuti dan bukan lagi berdasarkan
keturunan keluarga mereka.
Usahlah dihairankan kerja mereka itu. Apa2 yg dihairankan ialah kenapa mufti2 yg begitu ramai di negara ini tidak menegur kerajaan atas dasar2nya yg merosakkan rakyat baik golongan muda mahupun tua. Kenapa biarkan tugas ini kepada PAS, dan bila PAS bersuara walaupun betul, kerajaan akan kata itu suara pembangkang, tidak anggap ia suara Islam, jadi tidak diendahkan.
Islam hadhary. Kenapa mufti tiada komen? Apakah ada Islam yg tidak hadhary? Berapa banyak jenis Islam yg ada. Kalau nak guna hadhary, katalah kefahaman Islam yg hadhary, bukan Islam Hadhary. Kita mungkin tak keliru, tapi bagaiman 15 atau 20 tahun akan datang?
Kalau Islam, katalah Islam. Kalau tida, katalah tidak. Jangan diperduakan Islam itu.
Apakah malu sangat nak kata kita nak menuju kpd Islam, takut orang sedar sebelum ini belum Islam?
Atau takut nak kata PAS tak Islam BN Islam. Kalau PAS buat betul Islam, akuilah saja.
Sebelum ini, isu M Moorthy atau nama Islamnya,
Mohammad Abdullah mengejutkan negara apabila
keluarganya mendakwa tidak mengetahui arwah sudah
memeluk Islam ketika jenazahnya hendak dikebumikan.
Keluarganya mahu jenazah bekas komando itu dikebumikan
mengikut ajaran agama Hindu tetapi Jabatan Agama Islam
Wilayah Persekutuan (Jawi) mempunyai rekod pertukaran
agama sekali gus mempengaruhi keputusan Mahkamah
Syariah supaya dikebumikan mengikut Islam.
Mohd Tamyes berkata, sebenarnya seseorang yang lahir
dalam keluarga Islam secara automatik beragama Islam
kerana ia adalah anugerah Allah.
Ini tak ada masalah, kita boleh argue, kerakyatan pun, kalau lahir dalam Malaysia, automatik kerakyatannya Malaysia walaupun ibubapanya rakyat negara lain. Apatah lagi kalau ibubapa Islam, semestinyalah agama anaknya itu diterima sebagai Islam. Begitu juga untuk agama lain. Bila dah besar dia orang tukar, itu cerita lainlah.
"Oleh itu umat Islam dinasihatkan memperkukuhkan iman
dan berjuang menegakkan Islam walaupun ada pihak cuba
mempengaruhi mereka," katanya berucap pada Majlis
Penerangan Ajaran Salah/Sesat di Auditorium Majlis
Perbandaran Ampang Jaya di Pandan Indah, di sini
semalam.
Kita inginkan cadangan langkah praktik untuk dilaksanakan oleh setiap umat Islam. Retorik sudah banyak.
Beliau berkata, sebelum ini ada usaha pihak tertentu
mengkristiankan orang Islam, tetapi tidak berjaya
walaupun segelintir daripada mereka terpengaruh dengan
tawaran menarik dan kini mereka mengubah taktik,
termasuk meracunkan fikiran umat Islam dengan fahaman
Islam Liberal.
"Saya juga terkejut apabila kitab Injil yang
diterjemahkan ke Bahasa Melayu dibawa masuk ke negara
ini menerusi Persatuan Melayu Kristian Malaysia yang
berdaftar," katanya.
Usah terkejut. Langkah yg lebih bijak ialah mendidik umat Islam mengenai kekurangan dan kepincangan Injil yg ada hari ini. Mendidik lebih berkesan daripada mengharamkan itu dan ini tapi gelap tentang kenapa ia diharamkan. Masjid dan surau banyak, tenaga pengajar, ustaz2 dan para pendakwah pun ramai, jadikanlah mesjid dan surau sebgai universiti dan kolej terbuka. Jangan hanya fikir untuk menyekat dan membiarkan umat Islam terus jahil. Kalau tutup mata, tutup telinga bukan lebig selamat. Lengkapkan diri dgn ilmu, ini lebih selamat. Jabatan agama dan mufti2 boleh memainkan peranan yg berkesan. Jgn selesa atas kerusi empok itu saja dgn segala kemewahan.
AMA
Mohd Tamyes berkata, Islam dan agama lain memang
berbeza namun ada pihak cuba menimbulkan kekeliruan.
http://www.hmetro.com.my/Current_News/HM/Thursday/Setempat/20060518094148/Article/indexm_html
Syarak Mengata , Adat Menurut - Syarak Dijunjung , Adat Dijulang
Sudi-sudi layari blog saya di http://waghih.blogspot.com
__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Tired of spam? Yahoo! Mail has the best spam protection around
http://mail.yahoo.com
--------------------------------------------------------------------------
All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.
If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".
--------------------------------------------------------------------------
Recommended sites:
Angkatan Belia Islam Malaysia : http://www.abim.org.my
Jamaah Islah Malaysia : http://www.jim.org.my
Radio Islam Kuliyyah : http://www.kuliyyah.com
Palestinkini Info : http://www.palestinkini.info
Partai Keadilan Sejahtera : http://pk-sejahtera.org
Fiqh Siber : http://al-ahkam.net/
The Muslim Brotherhood : http://ikhwanweb.com
SPONSORED LINKS
Divine inspiration Islam
YAHOO! GROUPS LINKS
- Visit your group "hidayahnet" on the web.
- To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
- Your use of Yahoo! Groups is subject to the Yahoo! Terms of Service.
--
AHMAD MUSLIM ALI
IDR7374
--------------------------------------------------------------------------
All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.
If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".
--------------------------------------------------------------------------
Recommended sites:
Angkatan Belia Islam Malaysia : http://www.abim.org.my
Jamaah Islah Malaysia : http://www.jim.org.my
Radio Islam Kuliyyah : http://www.kuliyyah.com
Palestinkini Info : http://www.palestinkini.info
Partai Keadilan Sejahtera : http://pk-sejahtera.org
Fiqh Siber : http://al-ahkam.net/
The Muslim Brotherhood : http://ikhwanweb.com
SPONSORED LINKS
| Divine inspiration | Islam |
YAHOO! GROUPS LINKS
- Visit your group "hidayahnet" on the web.
- To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
- Your use of Yahoo! Groups is subject to the Yahoo! Terms of Service.
