|
Lepas ni "Sure" barang-barang keperluan lain
naik lagi dengan alasan "Letrik dah naik"..... yang terima beban tak lain
rakyat.... "maka jewablah para yang bertanggung jawab, "Kita tak boleh buat
apa-apa"
----- Original Message -----
Sent: Saturday, May 27, 2006 4:41
AM
Subject: Bismillah [hidayahnet] Lepas
Minyak Elektrik Pula...
Assalamualaikum warahmatullah…
Segala puji bagi Allah,
Tuhan sekalian alam. Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan yang disembah selain
Allah yang Esa, tiada sekutu bagiNya dan aku bersaksi bahawa Nabi Muhammmad
saw itu hamba dan pesuruhNya. Selawat berserta salam buat junjungan mulia
Nabi Muhammad saw yang memiliki akhlaq terpuji dan menjadi ikutan
selamanya. Juga buat orang2 yang beramal soleh dan kesekalian dari
kita.
Bismillahir Rahmanir Raheem…
Beberapa hari lepas, tariff
baru kenaikan harga letrik telahpun diluluskan oleh kabinet. Hm... Tidak
ada apa yang mengejutkan. Kenaikan memang sudah dijangka. Yang pasti, kita
mulai kenal dengan sifat PM kita dan barisan kabinetnya yang tidak
memandang berat kepada janji untuk mengekang kenaikan harga lain² selepas
kenaikan harga minyak awal tahun dahulu.
Nampaknya memang kita sudah
tidak boleh berbuat apa lagi. Semua igauan buruk mengenai kenaikan harga
barangan keperluan termasuk minyak dan letrik telah pun menjadi kenyataan.
Suka atau tidak, hendak atau tidak, nasi sudah menjadi bubur. Ini bukan
keputusan orang lain. Ini keputusan majoriti rakyat Malaysia yang sukarela
melantik mereka yang meluluskan kenaikan harga ini
memerintah.
Ops... Ini bukan artikel politik yang berusaha untuk
menukar syahadah politik anda. Tidak. Saya tidak berminat untuk itu. Juga
bukan untuk menunjuk pandai mengajarkan cara² untuk berjimat cermat. Tidak.
Juga bukan untuk itu. Lain keluarga lain situasi. Tidak semestinya cara
berjimat yang kita amalkan akan berkesan kepada orang lain. Bukan
begitu?
Sebaliknya ini hanyalah luahan hati seorang insan biasa di bumi
yang kononnya bertuah ini. Hanya sekadar menceritakan apa yang terlintas
di benak ini berikutan kenaikan yang didakwa sebagai tidak membebankan.
Tidak membebankan? Mungkin. Mungkin buat mereka yang gajinya sebanyak
RM24,000 sebulan seperti Perdana Menteri kita atau RM18,000 sebulan
seperti timbalannya.
Dan seruan yang akan kita dengar ialah,
berjimat cermatlah. Allahu Akbar. Hendak berjimat bagaimana lagi agaknya?
Hingga tidak perlu nyalakan lampu walaupun di malam hari yang gelita? Biar
anak² kita belajar di dalam gelap ditemani cahaya malap lilin? Atau
berjimat dengan memasak air menggunakan dapur arang kerana hendak digunakan
dapur gas pun, harga gas sudah naik juga?
Atau mungkin sehingga kita
tutup semua televisyen dan berhenti dari menonton televisyen? Tidak boleh
juga begitu. Jika nanti TV3 mencatat rating yang rendah, kerajaan perlu
bantu juga kerana UMNO mempunyai sebahagian saham di dalamnya. Dan jika
kerajaan membantu, kitalah yang membayarnya. Akhirnya, beban kembali kepada
kita dengan kenaikan harga bagi menampung kos tersebut. Sama
juga...
Lalu? Hm... Biarlah saya bercerita tentang diri saya. Saya ini
anak ke enam daripada enam orang adik beradik. Seperti kebanyakan keluarga
lain, ibu bapa saya tinggal bersama saya selaku anak bongsu. Memandangkan
ibu bapa ada bersama saya, maka rumah saya akan menjadi tumpuan semua adik
beradik saya pada sekurang²nya sebulan sekali kerana mereka hendak melawat
ibu bapa kami.
Kadangkala (selalu juga) adik beradik saya akan tidur
di rumah kami. Jika sudah tidur di situ, tentu sahajalah mereka akan
menggunakan air, api waima makan juga di rumah kami. Jadi, 10 kilogram
beras belum tentu mencukupi untuk kami setiap bulan. Begitu juga dengan
bekalan api dan air. Walaupun isi rumah saya kecil, tetapi bil elektrik dan
air tetap tinggi.
Dalam situasi seperti saya ini, bagaimanakah agaknya
hendak berjimat? Saya hanya terpandang satu cara. Iaitu dengan melarang
adik beradik saya datang ke rumah atau menghalau mereka untuk segera
pulang. Supaya nanti mereka tidak dapat 'membazirkan' bil elektrik dan air
rumah saya. Begitu? Ya Allah. Kalau saya buat begitu, memang saya golongan
terlaknat. Wana'uzubillah...
Inilah yang saya maksudkan. Hendak
sebut perkataan berjimat itu memang mudah tetapi hendak melaksanakannya?
Apakah, kerana hendak menanggung kebodohan segelintir manusia yang gila
harta, saya perlu menjadi orang yang membuang keluarga dan sahabat handai
demi sebuah perkataan 'jimat' seperti yang disarankan oleh menteri² kita
yang kaya² belaka?
Tidak pelikkah, TNB yang dikatakan bankrup itu
sebenarnya masih banyak tabung. Tabung yang berbentuk hutang di dalam
syarikat² gergasi. Dan tentunya kes yang popular adalah Perwaja. Kenapa
agaknya kerajaan tidak mengejar syarikat² gergasi ini dengan gergaji agar
mereka membayar hutang² mereka kepada TNB? Mengapa agaknya rakyat terbanyak
dijadikan mangsa?
Apabila TNB rugi, rakyat harus tanggung bersama.
Apabila untung, rakyat dapat apa? Dapat tengok? Seperti mana kita berbangga
apabila Petronas digolongkan sebagai salah sebuah dari 200 syarikat yang
mempunyai pelaburan paling tinggi dalam dunia? Bangga! Bangga! Sedangkan
untung Petronas berbilion ringgit tahun lepas entah ke mana disalurkan,
tidak sampaipun kepada kita!
Bangga? Masih mahu bangga? Teruskanlah.
Mungkin anda seorang yang kaya raya. Tetapi harus diingat, taukeh babi pun
akan menjual kandangnya jika terlalu banyak sangat belanja maintenance yang
terpaksa dilakukan. Rugi! Ah... Biarlah rakyat rugi asalkan semua GLC
(Gerenti Lingkup Companies) dapat meneruskan survival mereka dalam arus
globalisasi ini.
Sebenarnya kenaikan tariff ini memang tidak begitu
membebankan saya. Tetapi saya yakin kenaikan yang tidak membebankan ini
akan diikuti dengan kenaikan barangan lain yang berasakan elektrik
(termasuklah kek yang dibakar menggunakan ketuhar) yang akhirnya akan
membebankan juga. Hm... Tentu kerajaan akan kata kepada peniaga agar jangan
menaikkan harga barangan. Bukan?
Habis tu? Hendak suruh peniaga ini
rugi? Rasionallah sikit. Kalau kerajaan betul² simpati dengan rakyat,
jangan naikkan harga minyak. Bila minyak dah naik, kos TNB pun bertambah.
Hutang tak kutip, naikkan tariff. Terbebanlah peniaga² kecil ini! Peniaga
ikan bilis biar mati kebulur. Yang meniaga ikan paus ni biar terus terlena
di kerusi empuk mereka? Ewah... Ewah... Banyak cantik?
Tetapi...
Sudahlah. Jangan risau. Kita ada Allah. Jika kita yakin kita dizalimi,
marilah kita sama² berdoa. Mari kita tunaikan solat sunat 2 rakaat dan
sama² berdoa semoga Allah menyelamatkan kita dari kesusahan ini. Dan kita
berdoalah, jika benar kita dizalimi, agar yang menzalimi kita diberikan
taufiq dan hidayah. Agar mereka sedar kesilapan dan kezaliman yang telah
mereka lakukan. Kemudian memperbetulkannya sementara masa masih ada. Namun
jika mereka masih ingkar, kita serahkanlah kepada Allah akan balasan yang
sebaik²nya.....
Sekian buat kali. Segala yang baik datang dari Allah
dan yang tidak baik adalah akibat kejahilan saya
sendiri.
Wabillahitaufiq walhidayah.
Wassalamualaikum
warahmatullah…
-Abu Naqibah-
Komen dan kritikan membina
dialu2kan. Email saya di [EMAIL PROTECTED] atau lawati http://abunaqibah.blogspot.com/
***************************************** Outgoing mail is certified
Virus Free. Checked by TrendMicro Interscan Messaging Security. For any
enquiries, please contact FRIM IT
Department. *****************************************
--------------------------------------------------------------------------
All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.
If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".
--------------------------------------------------------------------------
Recommended sites:
Angkatan Belia Islam Malaysia : http://www.abim.org.my
Jamaah Islah Malaysia : http://www.jim.org.my
Radio Islam Kuliyyah : http://www.kuliyyah.com
Palestinkini Info : http://www.palestinkini.info
Partai Keadilan Sejahtera : http://pk-sejahtera.org
Fiqh Siber : http://al-ahkam.net/
The Muslim Brotherhood : http://ikhwanweb.com
SPONSORED LINKS
YAHOO! GROUPS LINKS
*****************************************
Outgoing mail is certified Virus Free.
Checked by TrendMicro Interscan Messaging Security.
For any enquiries, please contact FRIM IT Department.
*****************************************
|
|