| Pengundi Padang Rengas diminta tolak Nazri-Umno | | |
Wed | May 31, 06 | 04:24:37 PM Oleh Ekmal Yusof KUALA KANGSAR, 31 Mei (Hrkh) - Penduduk kawasan Parlimen Padang Rengas dirayu tidak lagi mengundi Dato' Nazri Aziz sebagai wakil mereka dalam pilihan raya akan datang kerana keceluparan Menteri di Jabatan Menteri itu dalam isu Islam mengguris hati ummah.
Perkara ini dinyatakan oleh rombongan Pemuda PAS yang turun ke kawasan Parlimen
diwakili Nazri pada 29 Mei lalu bagi mendedahkan perlakuan menteri itu yang tidak sensitif kepada perasaan umat Islam, terutama dalam menyentuh forum Suruhanjaya Antara Agama (IFC) yang dianjurkan oleh Artikel 11.
Sehari selepas forum itu, Nazri dengan angkuh menyifatkan sekumpulan umat Islam yang membantah forum itu sebagai 'stupid' (bodoh).
Pada malam itu di Kota Lama Kiri, diadakan ceramah yang membariskan antara lain Ketua Pemuda PAS, Salahuddin Ayub dan Timbalannya, Ustaz Idris Ahmad.
Sebanyak 2,000 risalah menentang Kumpulan Artikel 11 diedarkan pada ceramah itu yang mendedahkan hipokrasi Nazri Aziz dalam isu membabitkan orang Islam.
Salahuddin dan Idris antara lain telah mengupas bahayanya Artikel 11, IFC dan kuasa mahkamah syariah.
Antara lain, Salahuddin berkata: "Saya datang sini bukan kerana batang tubuh Nazri...Yang kita hendak lawan
ialah menteri-menteri Umno yang mengajar orang lain jadi kurang ajar.
"Kalau bodoh dengan Islam, jahil dengan Islam, kita belajar, jangan ikut suka hati hendak menentang agama Allah. Kita dengar, kita baca, kita cari guru," katanya.
"Nazri jadi kurang ajar, jadi kurang ajar pada Islam," katanya.
"He opened the floods gate...dia buka ruang kepada orang bukan Islam hentam Islam," katanya.
Katanya, kalau menteri-menteri Umno berani mencabar amalan orang Islam, beliau tidak dapat memberi jaminan orang Islam tidak akan bangkit mempertahankan agama mereka.
Beliau meminta orang Melayu PAS dan Umno yang masih sayangkan Islam supaya bersatu menolak mereka yang membenci dan mengugat Islam di tanah air mereka ini.
Ustaz Idris pula meminta pengundi di Padang Rengas tidak lagi menyokong Umno/BN tetapi kembalilah kepada PAS untuk
mendapatkan kebajikan.
Katanya, disebabkan Nazri mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang menghiris hati umat Islam, pengundi Padang Rengas hendaklah menolak beliau.
"Semua ini berpunca daripada dasar Umno yang menjauhi Islam. Disebabkan Islam tidak dijadikan asas perjuangan Umno, maka macam-macam kenyataan pemimpin-pemimpin Umno seperti Dato' Nazri menghiris hati orang Islam," katanya. - lanh
Email: [EMAIL PROTECTED]
Merintis Alam Penyiaran Maya
wtv8
Salurang Alternatif Anda
di http://wtv8.tv
Setiap Sabtu Jam 9 Malam
Siaran Ulangan Setiap Hari
Send instant messages to your online friends http://uk.messenger.yahoo.com
--------------------------------------------------------------------------
All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.
If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".
--------------------------------------------------------------------------
Recommended sites:
Angkatan Belia Islam Malaysia : http://www.abim.org.my
Jamaah Islah Malaysia : http://www.jim.org.my
Radio Islam Kuliyyah : http://www.kuliyyah.com
Palestinkini Info : http://www.palestinkini.info
Partai Keadilan Sejahtera : http://pk-sejahtera.org
Fiqh Siber : http://al-ahkam.net/
The Muslim Brotherhood : http://ikhwanweb.com
SPONSORED LINKS
YAHOO! GROUPS LINKS