| Hina khutbah, sekolah agama dan gereja : BPPNS akan buat laporan polis ke atas PM | | |
Thu | Jun 01, 06 | 04:02:12 PM Oleh Wan Nordin Wan Yaacob
KUALA LUMPUR, 1 Jun (Hrkh) - Kenyataan Perdana Menteri (PM), Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi mengenai kaitan golongan agama dengan ekstrem dalam satu forum anjuran Institut Strategik dan Kajian
Antarabangsa Asean (Asean-Isis) dianggap akan mengundang kepada kebencian antara masyarakat pelbagai agama di negara ini dan di dunia, kata Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Dr Rosli Yaakob kepada
Harakahdaily hari ini.
Menurut Dr Rosli, Abdullah dalam forum Persidangan Meja Bulat Asia-Pasifik Ke-20 di Kuala Lumpur mengaitkan pelampau berkhutbah semasa sembahyang Jumaat dan mengajar di sekolah agama dengan menganjurkan kebencian dan sikap jangan bertolak ansur.
Malah Abdullah juga dilaporkan berkata, perbuatan serupa (pelampau) juga diajar di gereja setiap Ahad dan semasa berceramah di radio, kata Dr Rosli ketika memetik kenyataan Abdullah yang tersiar dalam media arus perdana semalam.
Berang dengan kenyataan yang disifatkan menghina itu, Badan Perhubungan PAS Negeri Sembilan (BPPNS) akan membuat satu laporan polis ke atas Abdullah di
Negeri Sembilan selepas Jumaat (esok), kata Dr Rosli.
Cemar imej Islam
"Laporan ini penting supaya Abdullah sedar bahawa ucapannya itu telah mencemar imej Islam itu sendiri," katanya.
Sementara itu Timbalan Ketua Pemuda PAS Negeri Sembilan, Mohd Taufek Abdul Ghani pula berkata, tuduhan yang dibuat oleh Abdullah dalam ucapannya itu tidak berasas.
Malah katanya, tuduhan itu dilihat melampau dan boleh mendatangkan perselisihan faham antara masyarakat berbilang agama di negara ini dan di seluruh dunia.
"Sebagai umat Islam saya kesal dengan kenyataan Abdullah ini yang dilihat sebagai satu provokasi dan tuduhan tidak berasas," katanya.
Justeru beliau dan BPPNS akan membuat laporan itu supaya kenyataan Abdullah yang tidak berasas itu akan disiasat secara bebas oleh pasukan polis,
katanya.
Abdullah heret konflik gereja dan khutbah
Abdullah dalam satu laporan akhbar semalam dilaporkan sebagai berkata, perkara utama yang perlu dilakukan secara sejagat ialah menyekat sekolah dan rumah ibadat daripada mengajar dan menanam perbuatan melampau.
"Ini berlaku di kedua-dua pihak. Pelampau berkhutbah semasa sembahyang Jumaat dan mengajar di sekolah agama dengan menganjurkan kebencian dan sikap jangan bertolak ansur.
"Dan perbuatan serupa juga diajar di gereja setiap Ahad dan semasa berceramah di radio.
Pelampau-pelampau ini saling membiak dan mereka semakin bertambah,'' kata Abdullah ketika menyampaikan ucaptama persidangan itu.
Rombak kurikulum sekolah agama?
Abdullah juga dilaporkan berkata, mengekang ekstrem bukanlah sesuatu yang mudah kerana sewaktu konfrantasi dan krisis, ekstremisme memiliki
daya tarikan yang kuat.
"Golongan sederhana mengalami masa yang sukar. Pelampau akan mengeksploitasikan sentimen agama, nasionalisme dan patriotisme,'' katanya.
Sehubungan itu, Abdullah mencadangkan bagi dunia Islam, beberapa negara hendaklah meningkatkan usaha untuk menukar sekolah agama mereka daripada institusi yang melahirkan pelampau kepada pusat membentuk modal insan bagi menyumbang kepada satu ekonomi yang moden.
Email: [EMAIL PROTECTED]
Merintis Alam Penyiaran Maya
wtv8
Saluran Alternatif Anda
di http://wtv8.tv
Setiap Sabtu Jam 9 Malam
Siaran Ulangan Setiap Hari
Send instant messages to your online friends http://uk.messenger.yahoo.com
--------------------------------------------------------------------------
All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.
If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".
--------------------------------------------------------------------------
Recommended sites:
Angkatan Belia Islam Malaysia : http://www.abim.org.my
Jamaah Islah Malaysia : http://www.jim.org.my
Radio Islam Kuliyyah : http://www.kuliyyah.com
Palestinkini Info : http://www.palestinkini.info
Partai Keadilan Sejahtera : http://pk-sejahtera.org
Fiqh Siber : http://al-ahkam.net/
The Muslim Brotherhood : http://ikhwanweb.com
SPONSORED LINKS
YAHOO! GROUPS LINKS