| Taktik trauma mengerunkan tahanan, keluarga | | |
Tue | May 30, 06 | 06:52:04 PM Oleh Saari Sungib | [EMAIL PROTECTED] ![]()
erasakan diri sentiasa dipantau dan diekori bukan hanya bermain dalam fikiran bekas tahanan ISA bahkan juga di kalangan isteri dan kaum keluarga mereka.
Setelah saya bebas pada Jun 2003, saya
ingin menghadiahkan dua buah reket badminton yang baru saya beli kepada dua orang tahanan yang masih merengkok di Kem Kamunting.
Maka isteri saya pun menghubungi kedua orang isteri tahanan tersebut. Tujuannya adalah untuk menyerahkan raket-raket tersebut kepada suami-suami mereka semasa mereka melawat suami-suami mereka di Kem Kamunting.
Hendak berjumpa kami pun kedua orang isteri tersebut pada mulanya keberatan. Apabila saya cadangkan kami yang akan pergi menyerahkan raket-raket tersebut ke rumah mereka, cadangan kami itu cepat-cepat ditolak. Mereka menyangka SB-SB pasti mengekori saya dan kehadiran saya dan isteri saya ke rumah mereka adalah satu yang amat menakutkan.
Peristiwa saya mahu menghadiah raket kepada suami-suami mereka itu berlaku dua setengah tahun selepas suami-suami mereka ditahan. Namun kesan trauma tangkapan dan penahanan suami-suami mereka masih mendalam dalam diri
mereka.
Minggu lepas, sempena Sambutan 5 Tahun GMI, isteri saya bertemu dengan salah seorang daripada isteri tersebut di tempat kerjanya. Isteri saya menyerahkan dua keping handbill iklan program sambutan itu kepadanya. Dalam keadaan yang kelihatan tegang, tidak selesa dan cuak, isteri tersebut mencapai handbill itu dan cepat-cepat menyembunyikannya.
Nyata setelah dua setengah tahun suaminya dibebaskan dan setelah lima tahun peristiwa penangkapan suaminya itu, rasa trauma dan takutkan ISA masih kuat terpendam dalam diri isteri tahanan ISA.
Pada malam sambutan tersebut, isteri itu tidak hadir.
Beberapa orang bekas tahanan ISA yang pernah saya temui di Kem Kamunting yang saya sendiri menelefon mereka agar datang ke majlis sambutan tersebut juga tidak menampakkan batang hidung mereka!
Itulah tujuan ketiga kenapa ISA digunakan, iaitu untuk
menanamkan rasa takut dan gerun untuk sekali lagi menentang pemerintah.
Setelah saya dibebaskan, saya juga menziarahi pak long isteri saya. Beliau berumur hampir 80 tahun. Saya tidak begitu rapat dengan beliau. Tidak juga beliau terlibat dalam mana-mana kegiatan politik selain dari siang malam beliau berulang alik ke masjid untuk solat berjemaah.
Apa yang anehnya adalah katanya semasa saya ditahan ISA, beliau berjaga-jaga dan berawas. Beliau mengurangkan pergerakannya. Katanya beliau takut dipantau oleh SB. Beliau merasakan beliau juga akan ditangkap di bawah ISA!
Kenapa? Sebabnya adalah kerana saya datang ke rumah beliau sekali atau dua kali dalam setahun!!
Pemerintah maha perkasa. Pemerintah punyai SB-SB yang taat setia memantau dan mencantas musuh-musuh negara!!
Benarkah musuh-musuh negara atau musuh-musuh politik Umno dan Barisan
Nasional?
Semasa saya ditangkap pada tahun 2001, jiran-jiran saya terutama di kalangan kaum Cina, ketika melihat polis mengepung rumah saya, mereka semua masuk rumah menyembunyikan diri.
Saya dapat rasakan jiran-jiran saya itu berada dalam ketakutan yang amat sangat ketika saya diiring masuk oleh SB-SB ke dalam kereta Proton Wira berwarna putih. Gambarannya, seolah-olah seperti mereka tidak mahu tahu, tidak mahu masuk campur dan tidak mahu dilibatkan dengan penangkapan saya.
Dua tahun dua bulan selepas peristiwa tersebut, iaitu selepas saya dibebaskan, pada pagi pertama saya berjoging di kawasan rumah saya, saya lihat dan dapat merasakan perasaan takut masih menyelubungi jiran-jiran saya itu.
Bila saya angkat tangan menyapa mereka, ternyata mereka teragak-agak membalas lambaian tangan saya. Sehingga kini tiada seorang pun di kalangan mereka yang berani membuka mulut
bertanya kepada saya perihal pengalaman saya ditahan ISA.
Memang semua orang takut ditangkap dan ditahan di bawah ISA. Siapa tidak takut? Tangkapan dilakukan secara tiba-tiba. Elok-elok seorang itu seorang yang bebas, tiba-tiba ia menjadi seperti seorang tawanan.
Selepas 60 hari bertukar pula ia menjadi seperti seorang banduan kem tahanan tanpa bicara.
Seseorang yang berada dalam tahanan SB selama 60 hari, segala-galanya boleh diperlakukan ke atasnya.
Dibogelkan?
Apa hairannya kepada aktivis biasa sekiranya tok-tok guru yang berjubah dan berserban pun bila ditahan di bawah ISA, mereka juga dibogel dan ditelanjangkan.
Apa peliknya kepada orang seperti saya dipaksa untuk berbogel apabila orang yang jauh lebih tinggi kedudukannya, iaitu seorang yang baru beberapa hari sebelumnya menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri
Malaysia pun, ketika ditahan oleh polis, boleh dibogelkan?
Dipukul? Dibelasah?
Itu perkara biasa. Terdapat seorang tahanan dibelasah tidak kurang dari 60 kali. Beliau disepak, dipukul, ditumbuk dan ditendang di seluruh anggota tubuhnya dalam keadaan bergari dan ditutup mata.
Bahkan beliau ditumbuk dengan begitu kuat di bahagian kepalanya sehingga tercabut ikatan penutup matanya.
Dalam keadaan tersebut, beliau nampak orang yang menumbuk mukanya itu. Orang itu tidak lain dan tidak bukan selain daripada Tan Sri Abdul Rahim Noor, Ketua Polis Negara pada masa itu!!
Sebelum menerima pukulan tersebut sempat beliau mendengar suara : "Oooh.. ini orang yang suruh aku resign tu ya...Naaah".
Ya, memang pada masa awal Reformasi tahanan tersebut telah mendesak Ketua Polis Negara untuk meletakkan jawatan kerana ucapannya "Anwar is safe
and sound", sedangkan sudah terdapat maklumat yang kuat sumbernya bahawa Anwar koma kerana dipukul oleh polis!
Nampaknya, Ketua Polis Negara tersebut menganggap desakan tersebut terlalu peribadi hinggakan apabila tahanan tersebut ditahan ISA, beliau sendiri mengambil tindakan untuk membelasahnya habis-habisan.
Ketua Polis Negara itu juga percaya bahawa perlantikannya telah dibuat oleh pemerintah yang maha perkasa. Oleh itu, mendesaknya agar meletakkan jawatan bererti mempertikaikan ketuanan pemerintah.
Dengan itu mereka yang mempertikai ketuanan pemerintah hendaklah dihukum. Hukuman tersebut mesti dilakukan sendiri oleh Ketua Polis Negara dengan membelasah habis-habisan orang yang mempertikaikan tersebut.
Rasa takut dan gerun ini ditanamkan dalam diri tahanan ISA sepanjang soal-siasat 60 hari.
Sebenarnya tempoh 60 hari bukan untuk proses
soal-siasat. Tetapi tempoh itu digunakan untuk mendera, menyeksa dan memanipulasi tahanan ISA agar merasa takut dan gerun kepada pemerintah. Pemerintah memiliki instrumen ganas dan kejam bernama SB!
Pada mula soal-siasat, tahanan diancam untuk terus ditahan sehingga 60 hari. Kata SB-SB itu, kalau tahanan bekerjasama maka mereka tidak akan ditahan lama, mungkin seminggu atau mungkin dua minggu sahaja.
Namun, sekiranya tahanan degil dan berkeras kepala, maka mereka akan ditahan sehingga 50 atau 60 hari.
Ketika itu, semua tahanan yang mendengar disebut sahaja 50 hari ataupun 60 hari ianya sudah cukup menyeksakan batin mereka. Terasa seperti mereka masuk ke dalam satu terowong panjang yang gelap yang tiada cahaya di hujungnya.
Namun bila tahanan sudah mula memasuki hari yang ke-40, maka SB-SB itu menyebut pula tentang dua tahun di Kem Kamunting.
Sekali lagi, dalam tempoh soal-siasat 60 hari itu, hampir semua tahanan ISA tidak mahu memikirkan bahawa ia akan dihantar ke Kem Kamunting.
Seram rasanya jika perkara itu berlaku kepada dirinya.
Tetapi itulah cara yang digunakan oleh SB-SB. Mereka tahu mereka menguasai sepenuhnya perasaan dan emosi tahanan ISA. Dengan itu, perasaan dan emosi tahanan ISA dimanipulasi sehabis-habisnya oleh mereka.
Di celah-celah proses manipulasi perasan dan emosi inilah, SB-SB itu menyelitkan secara halus dengan pelbagai cara agar tahanan ISA merasa takut dan gerun untuk sekali lagi cuba menentang pemerintah. - mks.
Email: [EMAIL PROTECTED]
Isu Yang Sama,
Perpektif Berbeda
wtv8
Saluran Alternatif Anda
di http://wtv8.tv
Setiap Sabtu Jam 9 Malam
Siaran Ulangan Setiap Hari
Send instant messages to your online friends http://uk.messenger.yahoo.com
--------------------------------------------------------------------------
All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.
If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".
--------------------------------------------------------------------------
Recommended sites:
Angkatan Belia Islam Malaysia : http://www.abim.org.my
Jamaah Islah Malaysia : http://www.jim.org.my
Radio Islam Kuliyyah : http://www.kuliyyah.com
Palestinkini Info : http://www.palestinkini.info
Partai Keadilan Sejahtera : http://pk-sejahtera.org
Fiqh Siber : http://al-ahkam.net/
The Muslim Brotherhood : http://ikhwanweb.com
SPONSORED LINKS
YAHOO! GROUPS LINKS