Jangan salah paham,

Kalau bil anda sekarang dlm RM 55, Maka penggunan elektrik anda ialah dlm 
253kwh/bulan.

Menurut tarif baru;

a) 200 kwh pertama = RM43.6
b) 53kwh yg seterusnya = RM15.32

MAka jumlah bil anda yg baru pada tarif baru ialah RM 58.92 (iaitu bertambah 
sebanyak RM3.92 atau 7.13%). Nilai sebegini sebenarnya noleh di off setkan 
dengan mengurangkan perbelanjaan yang lain bukan keperluan asas. Seperti 
belanja rokok, SMS yg tidak perlu, bil telephone yg tidak perlu, dll.  

Biasanya kipas tak pakai banyak elektrik. Saya sendiri pakai 2 kipas guna 24 
jam. Lampu pun ada yg pasang kat rumah sampai pagi untuk security reason. 
Setelah membuat energy auidt, biasanya mesin basuh, kettle elektrik, strikar 
dan peti sejuk yang menyumbang kepada pengguna bil yang banyak.

Setelah mengamal kecekapan tenaga tanpa mengorbankan keselesan hidup, saya (dan 
juga rakan2 yg lain) berupaya berjimat sehingga 30%. 

Caranya ; hanya guna lampu pada malam hari atau mendung yg keterlaluan. Hari 
siang, guna daylight 100% Langsir yg tebal-tebal ditukar kepada langsir yg 
nipis untuk mengelakkan rumah jadi gelap. Masak air biar penuh dan simpan dlm 
thermos. Strikar baju biar banyak sekaligus. TV / Radio bila tutup, off dari 
punca bekalan untuk mengelakkan standby losses. kipas pula guna yang jenis 
gantung siling sebab ianya lebih efficient berbanding kipas yang kecil jenis 
duduk atas meja. Mesin basuh pula guna dari jenis yang top loaded berbanding 
side loaded. 

Bila nak sambung study waktu malam, kita guna lampu study yg berkuasa 3W. Ianya 
jauh lebih jimat berbanding guna lampu siling yang berkuasa 40W. Lampu pula 
kena guna jenis energy efficient spt lampu kalimantang. Elakkan dari mengguna 
lampu jenis filamen kerana ianya membazir. 

Dinding rumah pula, kita pilih warna cerah (dulu gelap sebab nak klasik konon). 
Bila beli meja, kita pilih yg warna cerah supaya serakan cahaya lebih. Meja 
klasik warna gelap dah kita jual.

Peti sejuk pula, masa beli hari tu pilih yg jenis energy efficient. Tidak lebih 
dari 140W. Laras suhu pula kita setkan tinggi sikit dan optimum supaya 
compresornya tidak ON banyak kali. Bende-bende yang tidak perlu dlm peti sejuk, 
kita buang jer. 

Aircond ada tapi kita cuma guna cuma 1 kali sebulan (untuk tujuan maintenance 
supaya compresor tak rosak). Kalau guna pun mesti combine dengan kipas biasa. 
Suhu kita setkan lebih tinggi dlm 27 degC (biasanya orang setkan dlm 19 degC). 
Kepada yang guna aircond dirumah, anda disarankan setkan suhu termostate dlm 
26-27 degC dan pasang kipas berkelajuan rendah pada masa yang sama. Percayalah, 
anda akan mendapati bil elektirk aircond anda akan jadi rendah. Saya sendiri 
sudah membuat self energy audit kat rumah dan mendapati kaedah ini boleh 
membantu mengurangkan penggunaan elektrik aircond sehingga 70%.

Kalau nk pasang aircond, tanya diri sendiri dulu. Adalah kita nak pasang sebab 
betul-betul perlu atau sebab nak luxury. Kalau perlu , berapa lama kita nak 
pasang. Kalau nak luxury , maka kena bayar lebih sikit lah.

Waktu malam udara lebih sejuk, biarkan udara mlm memasuki rumah kerana ianya 
membantu untk menyejukkan rumah. 

Jika berpeluang, pilihlah bahan dan warna yang sesuai untuk dinding rumah anda. 
Di pasaran telah ada bahan jenis aerated concrete blok ALC (ringan) yang 
berupaya menahan kepanasan meresap masuk kedalam rumah. Batu bata/simen 
biasanya menyerap haba dan menyebabkan kepanasan sehingga waktu malam. Kos blok 
ALC ini mahal sikit tapi kalau dikira dengan kos pemasangan, biasanya ianya 
lebih murah.

Pilihlah warna dinding yang cerah. 

Juga jika berpeluang, elakkan mengguna atap zink kerana kadar radiasi haba 
sangat tinggi. Juga digalakan memasang siling sebagai penebat kepada radiasi 
haba tersebut. Jika anda mempunyai kipas siling tetapi tidak mempunyai siling, 
maka kipas tersebut akan hanya memyebarkan udara panas yang berada dibumbung 
tersebar ke dalam rumah seterusnya menyebabkan isi rumah menjadi panas. Kalau 
boleh rekabentuk bumbung biar ada laluan udara panas keluar (macam jack roof) 
rumah kampung.

Kepada yg rajin berlandscap / tanam bunga, ini satu advantage kepada anda, 
apatah lagi sekiranya anda menanam pokok jenis teduhan. Kajian membuktikan 
peranan landscape yang sesuai berkesan menurunkan suhu persekitaran sehingga 
2-3 degC, sekaligus mengurangkan tenaga elektrik (aircond). Kepada yg tidak 
menggunakan aircond, ianya akan memberi keselesaan therma yang lebih baik. 

Kepada yang baru hendak membeli/buat/ubh suai rumah, adalah lebih baik muka 
hadapan dan belakang rumah mempunyai orentasi yang menghadap ke utara dan 
selatan. Ini kerana kedua-dua orentasi ini kurang mendapat pancaran cahaya 
matahari terus. Dan dalam masa yang sama kita boleh mengoptimumkan penggunaan 
cahaya siang (daylight). Kalau menghadap Timur/Barat, sudah pasti akan terdedah 
kepada cahaya matahari da menyebabkan silau serta kepanasan. Biasanya apabila 
ini terjadi anda akan menutup tingkap dan rumah menjadi gelap. Bila gelap maka 
kenalah pasang lampu dan pakai elektrik lebih. Kaedah ini juga tiguna pakai 
dlam mereka bentuk banguna energy efficient. Sebagai contoh sekolah-sekolah yg 
dibuat oleh JKR dahulu merupakan rekabentuk yang energy efficient yang mana 
kesemua nya mempunyai orentasi bangunan yang selari dan tidak menerima pancaran 
matahari secara terus.

Itu aja........ mungkin ramai yang kurang bersetuju tapi bagi saya sebagai 
individu yang telah mencuba, ianya memang praktikal.

Kita kena pandai mengadaptasi terhadap persekitaran. Siapalah kita ingin demand 
dapatkan tenaga elektrik yang murah. Tatapi dlm masa yang sama kita kena 
pandang ke hadapan dengan positif dan jangan asyik memikirkan yang sudah-sudah 
dengan negatif. Kita kena kreatif. Kalau ada masalah mesti ada penyelesaiannya. 
Jangan hanya menunding jari tetapi kita kena lihat diri sendiri. Apakah kita 
sudah berusaha memperbaiki diri menjadi seorang yang energy efficient? Tepuk 
dada tanya selera.

 

Harap maaf.

 

 



 

-----Original Message-----
From: mamat ajai
Sent: 2006-06-06T03:44:23.000Z
To: [email protected]
Cc:
Subject: Re: Bismillah [hidayahnet] Lepas Minyak Elektrik Pula...pepimpin2tak 
kene pn
kat umah ambe..bil letrik tak penah 40 kebwh...slalunye dlm 50-60 sbln...so mmg 
tak kn dpt pengecualian kadar kenaikkn tarif letrik tersebut...nk jimat cm mane 
lagi...adik beradik ramai..sekolah plak tu sume...nk kata tgk tv...tak de la 
sgt..sbb bkn nye da astro...cuma mgkin kipas2 yang adik saya guna ( xda plak 
econ) tok mereka blaja... yela ambe tgk mereka blaja smpai larut malm...rumah 
atap tak ber siling..so tgh ari panas kene bkak kipas lg...so electrik abes kat 
kipas n lmpu jek...tak kan nk jimat punye pasal ambe soh adik2 ambe bace buku 
kt luar umah di terangi cahaya lilin plak...tak kan nk soh ahli kluarga saya 
berkipas tangan di waktu tgh ari plak?? sedangkn pemimpin2 kita, kulitnye tidak 
sedikit pun terasa panas...pej econ....umah econ...dlm kete econ..dlm tandas pn 
econ...sejuk blaka...tak kan nk  soh rakyat kepanasan demi berjimat sbb tarif 
telah dinaikkan olleh pemimpin2 yang dok kt ruang yang sejuk2?..memang 
pemimpin2 kita zalim...ambe sdih sgt...kesian
 ayahnda..kerana menampung kos hidup yans semakin naik, tak penah turun2...

    Dah naik dah pun....
  Kat opis saya ni tiap2 pagi sebelum ni (sebelum tarif elektrik naik)... saya
  beli nasik goreng and terul goreng biasanya cuma RM1.70. The moment je
  berita announced yang tarif naik... esok paginya saya beli seperti biasa...
  tau berapa mereka caj??? RM2.00...
  
  Saya agak terkejut... bukan terkejut sebab mahal.. sebab saya tahu harga
  ni agak murah berbanding dengan harga2 ditempat lain contohnya dikedai
  mamak...
  
  Yang saya kesalkan kenapa naik sampai 30sen (naik 18% kalo tak silap)
  sedangkan letrik cuma naik 12% sahaja.. itupun untuk sebuah rumah, bukan
  untuk tiap2 kepala dalam rumah..
  
  Katakanlah penggunaa elektrik dirumah saya kurang RM40 sebulan (ye ke??
  rasa macam mustahil) and saya dikecualikan daripada beban kenaikan tarif
  tersebut... tapi dengan kena menambah 30sen pada setiap pagi saya makan..
  tidak ke bebanan tarif letrik tu dikenakan kepada saya secara tidak lansung??
  
  Syabas kepada pemimpin kita yang berjaya membuatkan rakyat tersepit
  dicelah2 pembangunan yang pesat.. macammana nak berjimat sedangkan
  nak menyimpan pun tak mampu????
 

"Arshad Omar"@yahoo.com wrote:
           Lepas ni "Sure" barang-barang keperluan lain naik lagi dengan 
alasan "Letrik dah naik"..... yang terima beban tak lain rakyat.... "maka 
jewablah para yang bertanggung jawab, "Kita tak boleh buat apa-apa"
    ----- Original Message -----
  From: ruzaihan.junit
  To: Ikhwanul Muslimun
  Sent: Saturday, May 27, 2006 4:41 AM
  Subject: Bismillah [hidayahnet] Lepas Minyak Elektrik Pula...
 

Assalamualaikum warahmatullah…

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Aku bersaksi bahawa tiada
Tuhan yang disembah selain Allah yang Esa, tiada sekutu bagiNya dan aku
bersaksi bahawa Nabi Muhammmad saw itu hamba dan pesuruhNya. Selawat
berserta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad saw yang memiliki akhlaq
terpuji dan menjadi ikutan selamanya. Juga buat orang2 yang beramal soleh
dan kesekalian dari kita.

Bismillahir Rahmanir Raheem…

Beberapa hari lepas, tariff baru kenaikan harga letrik telahpun diluluskan
oleh kabinet. Hm... Tidak ada apa yang mengejutkan. Kenaikan memang sudah
dijangka. Yang pasti, kita mulai kenal dengan sifat PM kita dan barisan
kabinetnya yang tidak memandang berat kepada janji untuk mengekang kenaikan
harga lain² selepas kenaikan harga minyak awal tahun dahulu.

Nampaknya memang kita sudah tidak boleh berbuat apa lagi. Semua igauan
buruk mengenai kenaikan harga barangan keperluan termasuk minyak dan letrik
telah pun menjadi kenyataan. Suka atau tidak, hendak atau tidak, nasi sudah
menjadi bubur. Ini bukan keputusan orang lain. Ini keputusan majoriti
rakyat Malaysia yang sukarela melantik mereka yang meluluskan kenaikan
harga ini memerintah.

Ops... Ini bukan artikel politik yang berusaha untuk menukar syahadah
politik anda. Tidak. Saya tidak berminat untuk itu. Juga bukan untuk
menunjuk pandai mengajarkan cara² untuk berjimat cermat. Tidak. Juga bukan
untuk itu. Lain keluarga lain situasi. Tidak semestinya cara berjimat yang
kita amalkan akan berkesan kepada orang lain. Bukan begitu?

Sebaliknya ini hanyalah luahan hati seorang insan biasa di bumi yang
kononnya bertuah ini. Hanya sekadar menceritakan apa yang terlintas di
benak ini berikutan kenaikan yang didakwa sebagai tidak membebankan. Tidak
membebankan? Mungkin. Mungkin buat mereka yang gajinya sebanyak RM24,000
sebulan seperti Perdana Menteri kita atau RM18,000 sebulan seperti
timbalannya.

Dan seruan yang akan kita dengar ialah, berjimat cermatlah. Allahu Akbar.
Hendak berjimat bagaimana lagi agaknya? Hingga tidak perlu nyalakan lampu
walaupun di malam hari yang gelita? Biar anak² kita belajar di dalam gelap
ditemani cahaya malap lilin? Atau berjimat dengan memasak air menggunakan
dapur arang kerana hendak digunakan dapur gas pun, harga gas sudah naik
juga?

Atau mungkin sehingga kita tutup semua televisyen dan berhenti dari
menonton televisyen? Tidak boleh juga begitu. Jika nanti TV3 mencatat
rating yang rendah, kerajaan perlu bantu juga kerana UMNO mempunyai
sebahagian saham di dalamnya. Dan jika kerajaan membantu, kitalah yang
membayarnya. Akhirnya, beban kembali kepada kita dengan kenaikan harga bagi
menampung kos tersebut. Sama juga...

Lalu? Hm... Biarlah saya bercerita tentang diri saya. Saya ini anak ke enam
daripada enam orang adik beradik. Seperti kebanyakan keluarga lain, ibu
bapa saya tinggal bersama saya selaku anak bongsu. Memandangkan ibu bapa
ada bersama saya, maka rumah saya akan menjadi tumpuan semua adik beradik
saya pada sekurang²nya sebulan sekali kerana mereka hendak melawat ibu bapa
kami.

Kadangkala (selalu juga) adik beradik saya akan tidur di rumah kami. Jika
sudah tidur di situ, tentu sahajalah mereka akan menggunakan air, api waima
makan juga di rumah kami. Jadi, 10 kilogram beras belum tentu mencukupi
untuk kami setiap bulan. Begitu juga dengan bekalan api dan air. Walaupun
isi rumah saya kecil, tetapi bil elektrik dan air tetap tinggi.

Dalam situasi seperti saya ini, bagaimanakah agaknya hendak berjimat? Saya
hanya terpandang satu cara. Iaitu dengan melarang adik beradik saya datang
ke rumah atau menghalau mereka untuk segera pulang. Supaya nanti mereka
tidak dapat 'membazirkan' bil elektrik dan air rumah saya. Begitu? Ya
Allah. Kalau saya buat begitu, memang saya golongan terlaknat.
Wana'uzubillah...

Inilah yang saya maksudkan. Hendak sebut perkataan berjimat itu memang
mudah tetapi hendak melaksanakannya? Apakah, kerana hendak menanggung
kebodohan segelintir manusia yang gila harta, saya perlu menjadi orang yang
membuang keluarga dan sahabat handai demi sebuah perkataan 'jimat' seperti
yang disarankan oleh menteri² kita yang kaya² belaka?

Tidak pelikkah, TNB yang dikatakan bankrup itu sebenarnya masih banyak
tabung. Tabung yang berbentuk hutang di dalam syarikat² gergasi. Dan
tentunya kes yang popular adalah Perwaja. Kenapa agaknya kerajaan tidak
mengejar syarikat² gergasi ini dengan gergaji agar mereka membayar hutang²
mereka kepada TNB? Mengapa agaknya rakyat terbanyak dijadikan mangsa?

Apabila TNB rugi, rakyat harus tanggung bersama. Apabila untung, rakyat
dapat apa? Dapat tengok? Seperti mana kita berbangga apabila Petronas
digolongkan sebagai salah sebuah dari 200 syarikat yang mempunyai pelaburan
paling tinggi dalam dunia? Bangga! Bangga! Sedangkan untung Petronas
berbilion ringgit tahun lepas entah ke mana disalurkan, tidak sampaipun
kepada kita!

Bangga? Masih mahu bangga? Teruskanlah. Mungkin anda seorang yang kaya
raya. Tetapi harus diingat, taukeh babi pun akan menjual kandangnya jika
terlalu banyak sangat belanja maintenance yang terpaksa dilakukan. Rugi!
Ah... Biarlah rakyat rugi asalkan semua GLC (Gerenti Lingkup Companies)
dapat meneruskan survival mereka dalam arus globalisasi ini.

Sebenarnya kenaikan tariff ini memang tidak begitu membebankan saya. Tetapi
saya yakin kenaikan yang tidak membebankan ini akan diikuti dengan kenaikan
barangan lain yang berasakan elektrik (termasuklah kek yang dibakar
menggunakan ketuhar) yang akhirnya akan membebankan juga. Hm... Tentu
kerajaan akan kata kepada peniaga agar jangan menaikkan harga barangan.
Bukan?

Habis tu? Hendak suruh peniaga ini rugi? Rasionallah sikit. Kalau kerajaan
betul² simpati dengan rakyat, jangan naikkan harga minyak. Bila minyak dah
naik, kos TNB pun bertambah. Hutang tak kutip, naikkan tariff. Terbebanlah
peniaga² kecil ini! Peniaga ikan bilis biar mati kebulur. Yang meniaga ikan
paus ni biar terus terlena di kerusi empuk mereka? Ewah... Ewah... Banyak
cantik?

Tetapi... Sudahlah. Jangan risau. Kita ada Allah. Jika kita yakin kita
dizalimi, marilah kita sama² berdoa. Mari kita tunaikan solat sunat 2
rakaat dan sama² berdoa semoga Allah menyelamatkan kita dari kesusahan ini.
Dan kita berdoalah, jika benar kita dizalimi, agar yang menzalimi kita
diberikan taufiq dan hidayah. Agar mereka sedar kesilapan dan kezaliman
yang telah mereka lakukan. Kemudian memperbetulkannya sementara masa masih
ada. Namun jika mereka masih ingkar, kita serahkanlah kepada Allah akan
balasan yang sebaik²nya.....

Sekian buat kali. Segala yang baik datang dari Allah dan yang tidak baik
adalah akibat kejahilan saya sendiri.

Wabillahitaufiq walhidayah.

Wassalamualaikum warahmatullah…

-Abu Naqibah-

Komen dan kritikan membina dialu2kan. Email saya di [EMAIL PROTECTED]
atau lawati http://abunaqibah.blogspot.com/    
---------------------------------
   
*****************************************
Outgoing mail is certified Virus Free.
Checked by TrendMicro Interscan Messaging Security.
For any enquiries, please contact FRIM IT Department.
*****************************************

   
---------------------------------
  YAHOO! GROUPS LINKS

   
    Visit your group "hidayahnet" on the web.
   
    To unsubscribe from this group, send an email to:
 [EMAIL PROTECTED]
   
    Your use of Yahoo! Groups is subject to the Yahoo! Terms of Service.

   
---------------------------------
 

        *****************************************
Outgoing mail is certified Virus Free.
Checked by TrendMicro Interscan Messaging Security.
For any enquiries, please contact FRIM IT Department.
*****************************************

  Send instant messages to your online friends http://uk.messenger.yahoo.com   
Send instant messages to your online friends http://uk.messenger.yahoo.com 

 __________________________________________________
Do You Yahoo!?
Tired of spam?  Yahoo! Mail has the best spam protection around
http://mail.yahoo.com
 __________________________________________________
Do You Yahoo!?
Tired of spam?  Yahoo! Mail has the best spam protection around
http://mail.yahoo.com 



------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
Everything you need is one�click away.� Make Yahoo! your home page�now.
http://us.click.yahoo.com/AHchtC/4FxNAA/yQLSAA/TXWolB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 

--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in 
any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved 
otherwise. 

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily 
digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your 
mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the 
title "change to daily digest". 

--------------------------------------------------------------------------

Recommended sites:
Angkatan Belia Islam Malaysia  : http://www.abim.org.my
Jamaah Islah Malaysia          : http://www.jim.org.my
Radio Islam Kuliyyah           : http://www.kuliyyah.com
Palestinkini Info              : http://www.palestinkini.info
Partai Keadilan Sejahtera      : http://pk-sejahtera.org
Fiqh Siber                     : http://al-ahkam.net/
The Muslim Brotherhood         : http://ikhwanweb.com 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 

Kirim email ke