Subject: 5 tanda hati batu
Hati adalah sumber ilham dan pertimbangan, tempat lahirnya cinta dan
benci, keimanan dan kekufuran, taubat dan sikap degil, ketenangan dan
kebimbangan. Hati juga sumber kebahagiaan jika kita mampu membersihkannya
namun sebaliknya ia merupakan sumber bencana jika kita gemar
menodainya. Aktiviti yang dilakukan sering berpunca daripada lurus atau
bengkoknya hati. Abu Hurairah r.a. berkata, "Hati adalah raja, sedangkan anggota
badan adalah tentera.
Jika raja itu baik, maka akan baik pula lah tenteranya.. Jika raja itu
buruk, maka akan buruk pula tenteranya". Hati yang keras mempunyai
tanda-tanda yang boleh dikenali, di antara yang terpenting adalah seperti
berikut:
1. Malas melakukan ketaatan dan amal kebajikan
Terutama malas untuk melaksanakan ibadah, malah mungkin memandang
ringan. Misalnya tidak serius dalam menunaikan solat, atau berasa berat dan
enggan melaksanakan ibadah-ibadah sunnah. Allah telah menyifatkan kaum
munafikin dalam firman-Nya yang bermaksud, "Dan mereka tidak
mengerjakan sembahyang, melainkan dengan malas dan tidak (pula) menafkahkan
(harta) mereka, melainkan dengan rasa enggan." (Surah At-Taubah, ayat 54)
2. Tidak berasa gerun dengan ayat al-Quran
Ketika disampaikan ayat-ayat yang berkenaan dengan janji dan ancaman
Allah, hatinya tidak terpengaruh sama sekali, tidak mahu khusyuk atau
tunduk, dan juga lalai daripada membaca al-Quran serta mendengarkannya.
Bahkan enggan dan berpaling daripadanya. Sedangkan Allah S.W.T memberi
ingatan yang ertinya, "Maka beri peringatanlah dengan al-Quran orang yang
takut dengan ancaman Ku." (Surah Al-Qaf, ayat 45)
3. Berlebihan mencintai dunia dan melupakan akhirat
Himmah dan segala keinginannya tertumpu untuk urusan dunia semata-ma
ta. Segala sesuatu ditimbang dari segi keperluan dunia. Cinta, benci dan
hubungan sesama manusia hanya untuk urusan dunia sahaja. Penghujungnya
jadilah dia seorang yang dengki, ego dan individulistik, bakhil serta
tamak terhadap dunia.
4. Kurang mengagungkan Allah
Sehingga hilang rasa cemburu dalam hati, kekuatan iman menjadi lemah,
tidak marah ketika larangan Allah dilecehkan orang. Tidak mengamal yang
makruf serta tidak peduli terhadap segala kemaksiatan dan dosa.
5. Tidak belajar dengan Ayat Kauniah
Tidak terpengaruh dengan peristiwa-peristiwa yang dapat memberi
pengajaran, seperti kematian, sakit, bencana dan seumpamanya. Dia memandang
kematian atau orang yang sedang diusung ke kubur sebagai perkara biasa,
padahal cukuplah kematian itu sebagai nasihat. "Dan tidaklah mereka
(orang-orang munafik) memperhatikan bahawa mereka diuji sekali atau dua
kali setiap tahun, kemudian mereka tidak (juga) bertaubat dan tidak (pula)
mengambil pel ajaran?" (Surah At-Taubah, ayat 126)
Yahoo! Messenger with Voice. Make PC-to-Phone Calls to the US (and 30+ countries) for 2ยข/min or less. __._,_.___
--------------------------------------------------------------------------
All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.
If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".
--------------------------------------------------------------------------
Recommended sites:
Angkatan Belia Islam Malaysia : http://www.abim.org.my
Jamaah Islah Malaysia : http://www.jim.org.my
Radio Islam Kuliyyah : http://www.kuliyyah.com
Palestinkini Info : http://www.palestinkini.info
Partai Keadilan Sejahtera : http://pk-sejahtera.org
Fiqh Siber : http://al-ahkam.net/
The Muslim Brotherhood : http://ikhwanweb.com
![]()
SPONSORED LINKS
| Divine inspiration | Islam |
YAHOO! GROUPS LINKS
- Visit your group "hidayahnet" on the web.
- To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
- Your use of Yahoo! Groups is subject to the Yahoo! Terms of Service.
