http://www.hmetro.com.my/Current_News/HM/Tuesday/BeritaUtama/20060613085546/Article/indexm_html
 
Edisi Selatan: Syahwat melampau
Oleh Mary Victoria Dass - [EMAIL PROTECTED]

JOHOR BAHRU: Ramai remaja perempuan di negeri ini terbabit dengan gejala hiperseksual atau naluri seks melampau sehingga menyumbang kepada peningkatan kes anak luar nikah, pengguguran kandungan dan pembuangan bayi.

Malah, kecenderungan seks yang melampau itu menyebabkan remaja terbabit terlanjur dengan pasangan masing-masing sehingga menyebabkan kehidupan mereka dibelenggu pelbagai masalah.

Lebih mengejutkan, masalah remaja terbabit termasuk di kalangan pelajar sekolah, gagal ditangani dengan baik oleh ibu bapa masing-masing yang sebaliknya menyerahkan bebanan itu kepada badan bukan kerajaan (NGO) atau agensi kerajaan.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga, Pembangunan Masyarakat negeri, Dr Robia Kosai, berkata sejak awal tahun ini, pihaknya menerima aduan daripada beberapa ibu bapa mengenai anak remaja mereka yang hiperseksual.

Beliau berkata, baru-baru ini pihaknya mendapat aduan daripada seorang ibu di bandar raya ini yang mendakwa anak gadisnya yang berusia 19 tahun seorang hiperseksual.

"Ibu berkenaan meminta nasihat kami untuk menempatkan anaknya di rumah perlindungan yang sesuai bagi memastikan masa depan gadis itu dan bayi yang dikandungnya tidak hancur begitu saja," katanya pada majlis sepetang bersama NGO, di sini semalam.

Dr Robia berkata, perkembangan itu amat membimbangkan kerana ia dikenal pasti menjadi penyumbang kepada peningkatan kes anak luar nikah dan pengguguran bayi.

Selain itu, katanya, kebelakangan ini jumlah kes pembuangan bayi yang dipercayai berpunca gejala tidak sihat itu, menunjukkan sedikit peningkatan.

"Kita percaya banyak lagi kes yang berlaku tetapi tidak dilaporkan atau dirahsiakan demi menjaga nama baik keluarga,” katanya.

Dr Robia berkata, berikutan perkembangan itu, pihaknya bercadang mewujudkan sebuah pusat perlindungan bagi remaja perempuan yang terlanjur di Johor.

Katanya, walaupun perbuatan mereka mendatangkan keburukan kepada pelbagai pihak, ia bukan alasan bagi kerajaan mahupun masyarakat untuk bersikap lepas tangan.

Menurutnya, selain memberi motivasi bagi memulakan kehidupan baru, pusat perlindungan berkenaan akan menawarkan pelbagai kemudahan termasuk penjagaan rapi terutama kepada remaja hamil.

"Tujuan kami bagi meningkatkan akhlak remaja berkenaan dan memberi peluang kepada mereka untuk memperbaiki kehidupan sekali gus tidak terus terjerumus dalam gejala sosial.

"Kami berharap pelbagai pihak memberi kerjasama bagi mewujudkan pusat perlnidungan berkenaan di negeri ini dan seboleh-bolehnya di setiap daerah bagi memastikan kehidupan mereka yang terlanjur tidak sentiasa kelam atau dimakan pengalaman silam," katanya.
 
 
Edisi Timur : Igauan ngeri anak 'diculik' 50 minit
Oleh Ahmad Shahrul Nizam Muhammad dan Alias Abd Rani

KUALA TERENGGANU: Tempoh 50 minit menjadi igauan ngeri sepasang suami isteri apabila anak kesayangan ‘diculik’ seorang penunggang motosikal ketika menghadiri satu majlis di sebuah sekolah di bandar ini, Khamis lalu.

Che Hashim Hassan, 45, berkata dia dan isterinya, terkejut apabila mendapati anak mereka, Che Nur Hidayah, 11, hilang secara tiba-tiba ketika menghadiri majlis yang turut dihadiri lebih 2,000 jemputan.

Menurutnya, dia dan isteri bersama tujuh anak berusia tiga bulan hingga 15 tahun menghadiri program itu yang bermula kira-kira jam 2 petang dan berakhir lima jam kemudian.

“Kami hanya menyedari kehilangannya kira-kira jam 6.40 petang ketika majlis itu sudah sampai ke penghujung.

“Sebaik menyedari kehilangan Che Nur Hidayah, kami meminta bantuan anggota Jabatan Pertahanan Awam (JPA3) dan rakan bagi mengesannya.

“Saya bagaikan hilang akal apabila usaha mencari Che Nur Hidayah gagal hingga hari semakin gelap. Saya kemudian dimaklumkan, Che Nur Hidayah dibawa seorang penunggang motosikal ke arah Seberang Takir,” katanya di sini, semalam.

Che Hashim berkata, sebaik dimaklumkan mengenai perkara itu, beliau bersama rakannya serta anggota JPA3 cuba mengesan anaknya di kawasan berkenaan tetapi gagal menemuinya.

“Bagaimanapun, saya bersyukur apabila Che Nur Hidayah dihantar balik ke rumah pada kira-kira jam 7.30 malam oleh seorang lelaki yang menemuinya di Jambatan Sultan Mahmud.

“Ketika ditanya, dia hanya memberitahu dibawa seorang lelaki tidak dikenali sebelum ditolak dari atas motosikal ke tepi jalan di Pulau Duyong,” katanya.

Che Nur Hidayah yang cedera di kepala, lutut dan badan selepas ditolak dari atas motosikal, kemudian mendapatkan bantuan di Jambatan Sultan Mahmud.

Sementara itu, ibu mangsa, Zainun Mustafa, 38, berkata beliau tidak mengetahui motif sebenar anaknya diculik.

Pasangan terbabit turut membuat laporan polis di Balai Polis Kuala Terengganu pada hari kejadian.

“Nak kata saya kaya pun tidak. Tapi saya bersyukur kerana anak saya terselamat," katanya yang terpaksa membawa Che Nur Hidayah mendapatkan rawatan tradisional bagi memulihkan semangatnya.

Pasangan terbabit turut membuat laporan polis di Balai Polis Kuala Terengganu pada hari kejadian.
 


Panduan untuk bakal pengantin & sudah berkahwin.. cara utk mengawal kewangan, meningkatkan dana kewangan utk berkahwin & sesudah berkahwin, berbelanja secara berhemah.. insha ALlah

layari laman web>> http://www.maskahwin.com/index.php?ref=delete
untuk keterangan lanjut

Send instant messages to your online friends http://asia.messenger.yahoo.com __._,_.___

--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".

--------------------------------------------------------------------------

Recommended sites:
Angkatan Belia Islam Malaysia  : http://www.abim.org.my
Jamaah Islah Malaysia          : http://www.jim.org.my
Radio Islam Kuliyyah           : http://www.kuliyyah.com
Palestinkini Info              : http://www.palestinkini.info
Partai Keadilan Sejahtera      : http://pk-sejahtera.org
Fiqh Siber                     : http://al-ahkam.net/
The Muslim Brotherhood         : http://ikhwanweb.com





SPONSORED LINKS
Divine inspiration Islam


YAHOO! GROUPS LINKS




__,_._,___

Kirim email ke