FTA: Teras kesal rundingan diteruskanTue | Jun 13, 06 | 03:27:56 PM Oleh Mohd Azmi Abdul Hamid Teras kesal kerajaan Malaysia masih tetap meneruskan perundingan FTA dengan Amerika bermula pada 12 Jun sehingga 16 Jun 2006 di Pulau Pinang.
Walaupun sudah ada hujah yang kuat dari memorandum beberapa NGO di negara ini untuk menggesa kerajaan agar tidak meneruskan perundingan ini selagi tidak diadakan kajian analisis kos dan manfaat terhadap FTA dengan Amerika, malah sehingga ini tidak ada maklumat yang disebarkan kepada masyarakat umum tentang perundingan ini termasuk di kalangan ahli parlimen.
Teras berpendapat adalah suatu penghinaan kepada rakyat yang telah memilih kerajaan yang sedia ada tetapi aspirasi dan keprihatinan rakyat tidak dipedulikan oleh
kerajaan.
Untuk apa kerajaan dipilih oleh rakyat jika mereka yang diletakkan untuk memenuhi amanah rakyat dan menjaga kepentingan rakyat, tiba-tiba tidak mengendahkan suara dan bantahan rakyat?
Teras menyatakan bantahannya bersama 37 NGO lain yang telah menyerahkan petisyen bantahan dan tuntutan agar kerajaan Malaysia berhenti dan tarik diri dari meneruskan rundingan ini yang bermula hari ini.
TERAS berpendirian bahawa dengan sikap pihak kerajaan meneruskan perundingan ini tanpa mengambil kira suara rakyat, nasib rakyat akan hanya ditentukan oleh beberapa kerat golongan yang berpentingan di kalangan kelompok bisnes yang besar yang mengutamakan kesempatan mengaut keuntungan dari perjanjian ini.
Adalah sangat dikesali bagaimana kerajaan menjadi perunding bagi pihak pihak swasta dan mengenepikan kepentingan orang awam.
Sehingga ini Teras mendapati
tidak ada kesediaan pihak kerajaan untuk benar-benar mahu menjelaskan implikasi FTA kepada rakyat. Bagi Teras ini adalah suatu yang tidak wajar dan merbahaya kerana dengan satu tandatangan nasib rakyat akan tergadai.
Kami menuntut supaya kerajaan Malaysia menegaskan kepada pihak Amerika bahawa perundingan ini tidak boleh diteruskan kerana wujud bantahan yang keras dari rakyat. Selagi implikasinya tidak benar-benar dikaji dan disampaikan kepada rakyat, selagi itu perundingan jangan diadakan dan FTA jangan ditandatangani.
Teras kini sudah turun ke beberapa negeri untuk menerangkan kepada rakyat akan kesan FTA yang akan menentukan taraf dan kedudukan rakyat di negara ini dalam pelbagai aspek seperti pendidikan, kesihatan, sekuriti makanan, pertanian, perniagaan, pekerjaan, agama, perundangan dan ekonomi keseluruhan negara.
Agenda Amerika dalam tuntutan mereka bertujuan mengukuhkan cengkaman mereka
terhadap negara-negara dunia ketiga. Amerika mahu negara seperti Malaysia tunduk kepada kehendak mereka. Agenda imperialisme yang merupakan agenda yang tersirat dalam FTA Amerika ini amat jelas dan Malaysia tidak harus mudah terperangkap dalam agenda mereka.
Mohd Azmi Abdul Hamid
Presiden Teras
Email: [EMAIL PROTECTED]
Tonton webtv wtv8 di http://wtv8.tv
Setiap Sabtu Jam 9 Malam
Siaran Ulangan Setiap Hari
[EMAIL PROTECTED]
Send instant messages to your online friends http://uk.messenger.yahoo.com
__._,_.___
--------------------------------------------------------------------------
All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.
If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".
--------------------------------------------------------------------------
Recommended sites:
Angkatan Belia Islam Malaysia : http://www.abim.org.my
Jamaah Islah Malaysia : http://www.jim.org.my
Radio Islam Kuliyyah : http://www.kuliyyah.com
Palestinkini Info : http://www.palestinkini.info
Partai Keadilan Sejahtera : http://pk-sejahtera.org
Fiqh Siber : http://al-ahkam.net/
The Muslim Brotherhood : http://ikhwanweb.com
SPONSORED LINKS
YAHOO! GROUPS LINKS
__,_._,___