IslahGateway <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
If this is true, JAKIM should be more proactive ["clean up" Jemaah Ushul] and not just following the lead of politician in doing their responsibilities.IslahGateway----- Original Message -----From: Abu Iqbal Mohd Yaakub Mohd YunusSent: Tuesday, June 20, 2006 4:57 AMSubject: Ust Zul ni guru tarekat sebenarnya.Assalaamu'alaikum
Ust Zul ni sebenarnya Guru Tareqat bagi jemaah yg dipanggil Jemaah
Ushul
Dalam bulan lepas, salah seorang pembaca buku Fahaman Wahabi Menular
akob, nak jumpa akob
Akob cakap ok lah.. any place any time... akob tanya sebab apa nak
jumpa.. Dia kata Nak bincang pasal ajaran sesat...
Bila jumpa dia pun mendedahkan segalan ajaran Jemaah Ushul ini
antaranya Menafsir al-Quraan dan Hadis secara Batin, Belajar Terus
dari Nabi SAW dll... Dia even bagi akob kertas kerja serta risalah-
risalah mereka... memang sesat Jemaah Ushul ni akob kata kat dia.
Dia pun explain lah tentang keterlibatan beliau dgn Jemaah ini...
Jemaah ini ada lebih dari 1000 pengikut di beberapa negeri...
Dia pun cerita lah betapa layanan dingin yang diberikan oleh JAWI,
JAKIM dan beberapa Jabatan Agama.. dan dia mintak akob tolong
ketengahkan benda ini... Akob katakan akob tak ada autoriti (even
ada pegawai kat JAKIM tuh pun kata akob ni Wahhabi)... yg ada
autoriti adalah Jabtan Agama kerajaan.. atu camno
Infact tadi akob call dia, sampai sekarang laporan dia ttg Jemaah
Ushul ni depa tak layan... Infact ada seorang pegawai Jabatan
Agamani buat apptment pukul tiga dgn dia.. dia tunggu sikip punya
lama tapi tak datang... bagi pegawai kerajaan tuh kalau tak nak buat
kejer resign lah....
Jadi dia pun decide to use media.. Tu yg masuk cerita ni dalam
akhbar Harian Metro today....
Tu yg akob pelik puak-puak kat JAKIM ni... Benda yg dah clear sesat,
depa buat dek... kalau tentang Wahhabi depa boleh buat roadshow
seluruh Malaysia... Mungkin kalau depa siasat laporan tuh maka akan
masuklah lagi satu jemaah tareqat dalam senarai ajaran sesat... ini
yg depa tak nak... Sebab kalau camtu seolah-olah membenarkan dakwaan
set wahabi yg kata Tareqat ni jemaah Tarik dan Ikat...
Nah tgk Jemaah Ushul nih... memang tarik dan Ikat sampai jadilah kes
rogol
FYI kertas kerja tentang kesesatan Jemaah Ushul dan risalah-risalah
mereka akob dah bagi Dr Azwira untuk diserahkan kpd Prof Fatahharon.
Semoga Tareqat-tareqat sesat ni semua dipantau dan diambil
tindakan.. Next inline Rufaqa...........
Sekian Wassalaam
AKOB
--- Berita Informasi <reliefburden@...>
wrote:
>
> Edisi KL : Mengganas kembali
> Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin
>
> KUALA LUMPUR: Perogol bersiri dikenali sebagai Ustaz Zul, antara
penjenayah paling dikehendaki polis Selangor berhubung empat kes
rogol pada 2003, dikesan kembali mengganas dengan menjadikan
beberapa pelajar kolej perempuan di Terengganu sebagai mangsa
terbaru.
>
> Difahamkan, penjenayah terbabit, Zulkifli Ismail, 49, melarikan
diri dari rumahnya di Jalan Genting Klang, di sini, lebih dua tahun
lalu selepas menyedari menjadi buruan polis.
>
> Maklumat daripada sumber polis mengesahkan suspek bersembunyi di
beberapa lokasi sulit, termasuk kawasan pergunungan di Hulu Jeneris
dan kem pemulihan miliknya di kawasan hutan Jenagor di Kuala Berang,
Hulu Terengganu.
>
> Bagaimanapun, selepas mendapati kes jenayahnya beransur dilupakan,
Ustaz Zul mula berani keluar dari lokasi persembunyian dan cuba
menghidupkan kembali aktivitinya, termasuk mengadakan `motivasi'
kepada pelajar kolej.
>
> Lebih memeranjatkan apabila Ustaz Zul kini menggunakan nama
samaran, Sultan Zainu'ddin Al Malikul Salleh Darul Iman atau
panggilan nama singkatan `Tuanku' atau `Ku' di kalangan pengikut dan
kenalan rapatnya.
>
> Dalam kes terbaru, seorang pelajar kolej berusia 19 tahun membuat
laporan di Balai Polis Kuala Terengganu, Mei lalu, selepas mendakwa
diperkosa dua kali oleh perogol bersiri itu di sebuah banglo di Batu
Buruk, Kuala Terengganu.
>
> Sumber polis berkata, dalam laporan itu, mangsa yang mengambil
jurusan sains kesihatan mendakwa, pada mulanya dia dibawa pengetua
kolej bertemu Ustaz Zul sekitar Ogos tahun lalu.
>
> Mangsa dipercayai diperkenalkan kepada lelaki itu bagi tujuan
kaunseling selepas menghadapi masalah disiplin seperti kerap tidak
hadir kuliah dan turut terbabit dengan pelbagai gejala sosial.
>
> Bagaimanapun, sesi motivasi itu dijadikan `umpan' lelaki hidung
belang itu untuk menjerat mangsa sebelum merogolnya dalam sebuah
bilik di rumah berkenaan.
>
> Dalam laporannya kepada polis, mangsa mendakwa suspek menggunakan
cara `halus' untuk memperdayakannya sebelum diperkosa sebanyak dua
kali pada 4 dan 6 April lalu di banglo terbabit.
>
> Tanpa mendedahkan maksud cara halus itu, mangsa mendakwa dia gagal
menghalang perlakuan Ustaz Zul ketika membuka pakaian mangsa sebelum
merogol.
>
> Berikutan itu, mangsa yang berasal dari Besut, Terengganu,
mengalami tekanan emosi sebelum membuat laporan polis dengan
ditemani bapanya.
>
> Sementara itu, seorang bekas rakan baik Ustaz Zul membuat laporan
di Balai Polis Kapar, Klang, kelmarin, bagi mendedahkan kegiatan
perogol bersiri itu.
>
> Pihak Balai Polis Kapar kemudian menghubungi bilik gerakan Ibu
Pejabat Daerah Kuala Terengganu bagi memaklumkan laporan yang dibuat
lelaki berkenaan.
>
> Dalam laporan berkenaan, lelaki berusia 30-an itu mendedahkan
Ustaz Zul sebelum ini berjaya melarikan diri dengan bantuan beberapa
pengikut ke hutan di Gunung Mandi Angin, Hulu Jeneris, Terengganu,
selepas menjadi buruan polis Selangor, tiga tahun lalu.
>
> Ustaz Zul didakwa mendirikan beberapa penempatan di dalam hutan
dengan menggunakan kemahiran seorang pengikutnya yang juga tukang
kayu di kem bina semangat miliknya di Jenagor.
>
> Pada awal persembunyiannya, Ustaz Zul dikatakan hanya membina
sebuah pondok kayu sambil bergantung pada bekalan makanan yang
dihantar pengikut setianya.
>
> Bagaimanapun, Ustaz Zul berpindah ke lokasi lebih jauh ke dalam
hutan sebanyak dua kali dalam tempoh setahun bagi mengelakkan
kedudukannya dikesan pihak berkuasa.
>
> Pada masa sama, lelaki itu sempat mengarahkan pengikutnya membawa
gadis dan pengikut baru ke gunung terbabit bagi menjalani `program'
keagamaan yang diaturkannya.
>
> Bagaimanapun, Ustaz Zul akhirnya keluar dari persembunyiannya
selepas yakin dia semakin dilupakan dan tidak lagi menjadikan buruan
polis.
>
> Malah, rakan baik perogol bersiri itu mendakwa lelaki terbabit
kerap muncul di beberapa lokasi sulit di Lembah Klang untuk
mengadakan pertemuan dan memberi ceramah kepada pengikutnya.
>
> Antara lokasi sering dikunjunginya ialah kediaman seorang artis di
Ukay Height, di sini serta rumah pengikutnya di Hulu Klang, Puchong;
Lorong Mahkota Impian, Puncak Alam dan sebuah bengkel motosikal di
Taman Billion, Gombak.
>
> Suspek bagaimanapun segera kembali ke `sarangnya' di Jenagor jika
berasa curiga dan bimbangkan keselamatan diri.
>
> Difahamkan, suspek kini masih bersembunyi di kem bina semangat itu
yang hanya boleh dilawati dengan menaiki sampan milik pusat
berkenaan dengan menyeberangi Sungai Berang.
>
> Selama ini polis dikatakan gagal menahan Ustaz Zul berikutan
suspek segera melarikan diri ke hutan tebal atau bersembunyi dalam
gua di belakang kem berkenaan sebaik menyedari kehadiran individu
meragukan.
>
> Difahamkan, suspek kini kerap muncul dengan memakai sapu tangan
yang diikat di kepala atau topi selain masih menyimpan janggut serta
bercermin mata.
>
> Selain itu, suspek yang botak pada bahagian tengah kepala turut
menyimpan rambut kerinting paras bahu.
>
> Sementara itu, Ketua Polis Selangor, Datuk Yahaya Udin yang
dihubungi Harian Metro petang semalam, memberitahu pihaknya akan
menyiasat semula kes berkenaan selain bekerjasama dengan polis
Terengganu bagi menjejaki penjenayah dikehendaki itu.
>
> Dalam kejadian 2 September 2003, suspek yang juga pengusaha pusat
kaunseling persendirian disyaki memperkosa tiga gadis di pusat
bimbingannya di Hulu Klang, manakala seorang lagi pelajar berusia 14
tahun diperkosa di Kuala Berang, Julai lalu.
>
> Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor ketika itu, Senior Asisten
Komisioner II Abu Bakar Mustafa, mendakwa Ustaz Zul yang beristeri
tiga dikehendaki polis berhubung tiga tuduhan merogol dan satu kes
cubaan mencabul kehormatan seorang gadis bawah umur.
>
> KRONOLOGI KES ROGOL MEMBABITKAN USTAZ ZUL SEJAK 2003
> - Julai 2003
> Ustaz Zul atau Zulkifli Ismail, 49, disyaki memperkosa gadis
berusia 16 tahun di pusat bimbingan di Hulu Klang, Selangor, selain
memperkosa seorang lagi pelajar berusia 14 tahun di Kuala Berang,
Terengganu.
>
> - 28 Julai 2003
> Polis menyerbu rumahnya di Desa View Tower, Hulu Klang, selepas
menerima laporan daripada beberapa mangsa, namun suspek didakwa baru
keluar bertemu rakannya.
>
> - 29 Ogos 2003
> Anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Terengganu
menyerbu kem bina semangat milik suspek di Jenagor, Kuala Berang,
namun gagal memberkasnya selepas suspek sempat melarikan diri.
>
> - 2 September 2003
> Bekas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten
Komisioner II Abu Bakar Mustafa, mengadakan sidang akhbar dan
mendedahkan gambar Ustaz Zul yang diburu polis kepada media selain
meminta bantuan orang ramai mengesannya.
>
> - 3 September 2003
> Polis percaya Ustaz Zul mengubah penampilan imej bersihnya untuk
melarikan diri selain masih bersembunyi di kawasan Hulu Terengganu
berdasarkan maklumat diterima dari penduduk.
>
> - 3 September 2003
> Polis dari IPD Hulu Terengganu dibantu polis Bukit Aman menyoal
siasat lima bekas penagih di kem bina semangat Jenagor, namun gagal
mendapat sebarang maklumat berhubung kehilangan suspek.
>
> - 4 September 2004
> Beberapa penduduk mendakwa pernah terserempak suspek membawa dua
gadis berpakaian seksi di kawasan Empangan Sultan Mahmud sebelum
menghilangkan diri.
>
> - 10 September 2004
> Polis terus memantau pergerakan Ustaz Zul di sekitar kawasan hutan
Jenagor, Kuala Berang dan Empangan Sultan Mahmud, namun masih gagal
menjejakinya.
>
> Panduan untuk bakal pengantin & sudah berkahwin.. cara utk
mengawal kewangan, meningkatkan dana kewangan utk berkahwin &
sesudah berkahwin, berbelanja secara berhemah.. insha ALlah
The World Cup Is Now On Your Favorite Front Page - check out www.yahoo.com.sg
The World Cup Is Now On Your Favorite Front Page - check out www.yahoo.com.sg __._,_.___
--------------------------------------------------------------------------
All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.
If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".
--------------------------------------------------------------------------
Recommended sites:
Angkatan Belia Islam Malaysia : http://www.abim.org.my
Jamaah Islah Malaysia : http://www.jim.org.my
Radio Islam Kuliyyah : http://www.kuliyyah.com
Palestinkini Info : http://www.palestinkini.info
Partai Keadilan Sejahtera : http://pk-sejahtera.org
Fiqh Siber : http://al-ahkam.net/
The Muslim Brotherhood : http://ikhwanweb.com
![]()
SPONSORED LINKS
Divine inspiration Islam
YAHOO! GROUPS LINKS
- Visit your group "hidayahnet" on the web.
- To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
- Your use of Yahoo! Groups is subject to the Yahoo! Terms of Service.
__,_._,___
Kirim email ke
