JAWAPAN KEPADA TUDUHAN-TUDUHAN TERHADAP RUFAQA (1)

 
Sebuah buku terbaru hasil kajian dan penulisan Puan Meriam Hj Shafiee yang bertajuk Tun Mahathir Tangkap Hj Ashaari, Mereka Terhina akan diterbitkan tidak lama lagi dan para peminat dan pembaca Rufaqadaily diberi keistimewaan untuk membaca isi kandungannya sebelum ia diterbitkan. Kami akan updatekan setiap hari sebagai santapan harian sehingga selesai isi kandungan seluruh buku tersebut sekaligus menjawab persoalan-persoalan dan isu yang ditimbulkan di dalam internet dan juga dalam Buletin Utama TV3 yang disiarkan baru-baru ini.
 
Ajaran Sesat Muncul Kembali

(Khamis, June 15, 2006 - Buletin Utama TV3)
 Isu Ajaran Yang Dikhuatiri Memesongkan, Heboh Kembali.
Semuanya Gara Gara Kemunculan Cakera Padat Rakaman Satu Ceramah Agama Di Selangor.

Isi Ceramah Diragui. Yang Dipersoalkan - Benarkah Seseorang Boleh Melambatkan Kematian?

Setelah Meneliti Kandungan Rakaman Ceramah Berkenaan, Datuk Ibrahim Azmi Hasan Berkata - Jelas Ceramah Boleh Memesong Akidah Umat Islam.
Apa Yang Disebut Oleh Penceramah Yang Saya Lihat Ianya Taksub Pada Seseorang. Cara Taksub Kepada Seseorang Tu Bukan Tak Boleh Tapi Tak Boleh Sehingga Sampai Meruntuhkan Akidah...
 
Maka Sekiranya Ada Pendapat-Pendapat Seseorang Yang Mengatakan Dia Boleh Misalnya Berhubung Terus Ataupun Direct Daripada Malaikat Jibrail Ataupun Daripada Tuhan Sendiri Kepada Mereka, Maka Pendapat Itu Adalah Sebenarnya Tidak Benar Dan Amat Salah......
 
TAJUK BUKU: TUN MAHATHIR TANGKAP HJ ASHAARI, MEREKA TERHINA
 
Prakata
 
Isu jemaah Darul Arqam adalah isu internasional. Sesuatu yang berkait dengannya akan dapat reaksi dan ulasan yang seluas-luasnya. Walaupun sudah tiada, tapi Arqam masih diminati dan diperkatakan.
 
Sementelahan ada pejuang-pejuang yang terus memperjuangkan isu ini dengan maksud pengaruhnya biar betul-betul berkubur. Lalu terus hiduplah namanya dan kekal diperkatakan.
 
Allah SWT seperti mahu jelaskan pada manusia tentang mengapa Arqam ini pernah ada, pernah tiada, tapi macam ada semula. Kejadian-kejadian yang ditakdirkan berlaku memaksa orang bercakap lagi tentangnya.
 
Buku ini terpaksa diterbitkan adalah untuk menjelaskan hakikat sebenar apa yang berlaku kepada Arqam kerana sehingga hari ini orang masih tertanya-tanya tentang jemaah Al Arqam. Selagi penjelasan tidak dibuat, masyarakat tidak puas hati.
 
Lantaran itu, penghinaan demi penghinaan yang dibuat kepada Arqam dilabelkan lagi kepada Rufaqa. Dan apa yang dikesalkan, ia dibuat oleh bekas-bekas ahli Arqam yang kini sudah jadi penentang.
 
Walhal, negara Islam Hadhari ini sangat menerima kerjasama Rufaqa. Mengapakah hal yang pelik ini terjadi? Penjelasan-penjelasan terpaksa dibuat untuk membuatkan masyarakat faham cerita yang sebenarnya. Dengan itu diharapkan Allah akan selesaikan pertarungan perjuangan ini dengan membuktikan yang benar itu benar dan yang batil itu adalah batil.
 
Dulu sebelum Arqam diharamkan dan pemimpinnya ditangkap, semua ahli Arqam bersembahyang khas minta Allah tunjukkan yang benar itu benar dan yang batil itu batil. Maka Allah pun bertindak. Dihancurkan-Nya Arqam.
 
Sepuluh tahun kerajaan berkrisis dengan Arqam. Tapi hari ini, Abuya dibebaskan dan keberadaannya diterima kerajaan. Bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Muhammad pun dah boleh terima Abuya Ashaari Muhammad.
 
Tapi rupanya setelah bebas, Rufaqa terpaksa hadapi sebahagian daripada golongan bekas Arqam sendiri yang tak boleh lagi menerima Abuya. Mereka terus menyerang dan menyusahkan Abuya. Sakitnya hati mereka dengan kewujudan Rufaqa.
 
Sepatutnya Rufaqa jangan ada! Aneh! Musuh terakhir Abuya Ashaari Muhammad ialah bekas anak-anak murid atau bekas orang kanannya dulu.
 
Rufaqa kenalah bela diri. Lebih-lebih lagi bilamana setiap usahasama Rufaqa dengan akhbar, TV atau kerajaan, mereka akan cuba halang dan menghasut penganjur untuk menghentikannya.
 
Inilah penjelasan sebagai satu usaha mendapat keadilan, agar masyarakat dapat mendengar dari kedua-dua pihak.
Sekian.
 
Dipetik dari http://www.rufaqadaily.com


Yahoo! Sports Fantasy Football ’06 - Go with the leader. Start your league today! __._,_.___

--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".

--------------------------------------------------------------------------

Recommended sites:
Angkatan Belia Islam Malaysia  : http://www.abim.org.my
Jamaah Islah Malaysia          : http://www.jim.org.my
Radio Islam Kuliyyah           : http://www.kuliyyah.com
Palestinkini Info              : http://www.palestinkini.info
Partai Keadilan Sejahtera      : http://pk-sejahtera.org
Fiqh Siber                     : http://al-ahkam.net/
The Muslim Brotherhood         : http://ikhwanweb.com





SPONSORED LINKS
Divine inspiration Islam


YAHOO! GROUPS LINKS




__,_._,___

Kirim email ke