http://www.al-ahkam.net/home/modules.php?op=modload&name=News&file=article&sid=14941
 
Dr. Azwira Abdul Aziz jawab ust Zamihan
 
 
Artikel oleh Sdr Hafiz Firdaus
 
 Assalamualaikum warahmatullah,
 
 Suka cita diumumkan terbitan beberapa buku baru. Semuanya adalah terbitan Jahabersa, Johor Bahru. Buku-buku ini mungkin akan ada di pasaran Lembah Klang seawal-awalnya esok (Jumaat) atau jika tidak minggu depan. Pertanyaan tentang edaran dan jualan, hubungi penerbit di 07-2351602. Buku-buku tersebut adalah:
 
Pertama: Judul: Siapakah Ahli Sunnah Yang Sebenar?
 
Penjelasan Terhadap Tohmahan Zamihan Mat Zin al-Ghari Ke Atas Pegangan Ahli Sunnah Dan Para Tokohnya. Pengarang: Ustaz Dr. Azwira Abdul Aziz (UKM, Bangi).
Penyunting: Hafiz Firdaus Abdullah.
Saiz: 8.5 x 5.5, 307 mukasurat.
Harga: RM18.00
 
Ulasan: Akhir-akhir ini timbul fenomena di mana setiap individu atau aliran mendakwa diri mereka adalah Ahli Sunnah Wal Jamaah. Dalam membuat dakwaan ini, sebahagian individu ada yang sanggup melakukan dusta, menyeleweng perkataan ulama dan memutar belitkan terjemahan teks Arab. Antara individu yang terkenal dengan manhaj seperti ini ialah Zamihan Mat Zin al-Ghari. Ini bukanlah dakwaan kosong semata-mata. Pendustaan, penyelewengan dan putaran beliau telah dibuktikan oleh Ustaz Dr. Azwira dalam bukunya di atas. Sebelum ini, pendustaan, penyelewengan dan putaran Zamihan sudah dibuktikan oleh dua pengarang yang lain, iaitu:
 
[1] Pembongkaran Jenayah Ilmiah Buku Salafiyah Wahabiyah: 73 Penilaian Semula Ke Atas Penilaian Zamihan Mat Zin Al-Ghari oleh Hafiz Firdaus Abdullah, terbitan Jahabersa, Johor Bahru, 2003.
 
[2] Membela Sunnah Nabawiyah: Menjawab Syubhat Buku Bid’ahkah Kenduri Arwah Dan Talqin oleh Abdul Wahab Bustami, terbitan Jahabersa, Johor Bahru, 2006.
 
 
Buku terkini oleh Ustaz Azwira menjawab kertas kerja Zamihan yang sekarang ini sedang beliau bentangkan di pelbagai tempat sekitar Semenanjung Malaysia (Road Show?). Berikut intisari kandungan buku Ustaz Azwira. Perhatikan bahawa ia menjawab hampir semua fitnah yang dilontarkan kepada dakwah Ahli Sunnah Wal Jamaah yang sebenar, sama ada oleh Zamihan atau kuncu-kuncunya:
 •Tohmahan Pertama: Ibn Taimiyyah Dan Ibn al-Qayyim Pencetus Fahaman Tajsim Dan Tashbih. •Tohmahan Kedua: Ibn Taimiyyah Menolak Konsep Takwil •Tohmahan Ketiga: Para Pendukung Sunnah Di Malaysia Hanyalah Pengikut Gerakan Wahabiyyah Dan Bukannya Ahli Sunnah Yang Sebenar. •Tohmahan Keempat: Muhammad Ibn ‘Abd Al-Wahhab Berasal Dari Najd, Negeri Tempat Munculnya Tanduk Syaitan. •Tohmahan Kelima: Muhammad Ibn ‘Abd Al-Wahhab Mendakwa Nabi Adam Melakukan Syirik. •Tohmahan Keenam: Muhammad Ibn ‘Abd Al-Wahhab Mentafsir- kan Kalimah Syahadah Dengan Tafsiran Yang Menyalahi Ijma’. •Tohmahan Ketujuh: Para Pendukung Sunnah Malaysia Penyemai Bibit Perpecahan, Fahaman Radikal Dan Anti Kerajaan. •Tohmahan Kelapan: Al-Albani Banyak Membuat Kesilapan Dan Percanggahan Dalam Penilaian Darjat Hadis. •Tohmahan Kesembilan: Pendukung Sunnah Di Malaysia Tidak Faham Konsep Bid’ah. •Tohmahan Kesepuluh: Para Pendukung Sunnah Malaysia Sebenarnya Adalah Penentang Sunnah Lagi Jahil Tentang Kaedah-Kaedah Fiqh Dan Usul Fiqh. •Tohmahan Kesebelas: Para Pendukung Sunnah Malaysia Menolak Ijma’ Dan Merupakan Pembuat Bid’ah Yang Sebenar
. =====================
 
 
 Kedua: Judul: 15 Asas Jati Diri Muslim Cemerlang
 Pengarang: Ustaz Dr. Azwira Abdul Aziz (UKM, Bangi).
Penyunting: Hafiz Firdaus Abdullah.
Saiz: 8.5 x 5.5, 188 mukasurat.
Harga: RM10.00
Ulasan ringkas: Umat Islam masa kini memiliki banyak cabaran dan ramai di antara kita tewas kepada cabaran-cabaran tersebut. Seterusnya dalam menghadapi suasana ini, kita asyik mengkritik dan menyalahkan sumber cabaran itu sahaja. Padahal jika kita merenungi hal ini, akan dikenal pasti bahawa punca ketewasan tersebut adalah kelemahan jati diri umat Islam itu sendiri. Buku ini menyenaraikan 15 asas yang patut dimiliki oleh umat Islam untuk menguatkan jati diri mereka. Dengan jati diri yang teguh, kita akan berjaya menghadapi apa jua cabaran, tak kira sebanyak mana sekalipun.
 ======================
 
 
Ketiga: Judul: 7 Sebab Utama Ulama’ Berbeza Pendapat.
 Judul Asal: al-Khilaf Baina al-Ulama’: Asbabuhu wa Mauqifna Minhu Pengarang: Syaikh Muhmmad bin Soleh al-Uthaymin.
Penterjemah: Fathurrahman Dawoed (Singapura)
Penyunting: Hafiz Firdaus Abdullah.
Saiz: 5 x 5, 119 mukasurat.
Harga: RM6.00
Ulasan ringkas: Sebagaimana judulnya, buku bersaiz poket ini menerangkan 7 sebab utama timbulnya perbezaan pendapat di antara para ulama dan sikap kita terhadap perbezaan tersebut.
 ====================
 
 
 Keempat: Judul: Membersihkan Salah Faham Terhadap Dakwah Syaikh Muhammad bin Abdul Wahhab (Buku 1)
Judul Asal: Da’awa al-Munawi’in li dakwah al-Syaikh Muhammad bin Abd al-Wahhab. Pengarang: Syaikh Abdul Aziz bin Muhammad bin Ali al-Abd. al-Lathif.
Penterjemah: Mohammad Amin Yaacob (Shah Alam)
Penyunting: Hafiz Firdaus Abdullah.
 Saiz: 8.5 x 5.5, 258 mukasurat.
 Harga: RM12.00
Ulasan ringkas: Ramai orang yang memberi komen negatif tentang dakwah Syaikh Muhammad bin Abdul Wahhab (Wahabi) tanpa mereka sendiri mengenali apa dan bagaimana dakwah tersebut pada hakikatnya. Buku ini memberi pengenalan kepada kita, siapakah Syaikh tersebut dan cabaran-cabaran yang beliau hadapi dalam dakwahnya. Diikuti dengan penjelasan ke atas beberapa fitnah yang dilontarkan ke atas dakwah beliau.
=========================
 
 
 
Kelima: Judul: Mencari Rahmat Allah di Sebalik Perbezaan Pendapat.
Pengarang: Hafiz Firdaus Abdullah
Saiz: 5 x 5, 87 mukasurat.
 Harga: RM5.00
Ulasan ringkas: Buku bersaiz poket ini menerangkan adab-adab yang sepatutnya dilalui oleh seseorang apabila berhadapan dengan perbezaan pendapat [Fiqh al-Ikhtilaf ].


Want to be your own boss? Learn how on Yahoo! Small Business. __._,_.___

--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".

--------------------------------------------------------------------------

Recommended sites:
Angkatan Belia Islam Malaysia  : http://www.abim.org.my
Jamaah Islah Malaysia          : http://www.jim.org.my
Radio Islam Kuliyyah           : http://www.kuliyyah.com
Palestinkini Info              : http://www.palestinkini.info
Partai Keadilan Sejahtera      : http://pk-sejahtera.org
Fiqh Siber                     : http://al-ahkam.net/
The Muslim Brotherhood         : http://ikhwanweb.com





SPONSORED LINKS
Divine inspiration Islam


YAHOO! GROUPS LINKS




__,_._,___

Kirim email ke