|
From: Baharum, Norhayati [mailto:[EMAIL PROTECTED] Sent: Wednesday, August 24, 2005 12:58 PM To: Abdul Rahman, Azizi; Azwa; Amran, Harliza; azza; Mokhtar, Masnura; Mohd Tallaha ,Mohd Aizul; Abdul Majid, Muhamad Azhar; ALONG SYAHIR; Zaiful Zainun; Mohd Harowi, Mohd Haris; Bujai, Hamidah; Hassim, Sabariah; Ibrahim, Zuriani; Ansah, Noor Azlina Subject: FW: Hadith dari Muaz bin Jabal untuk renungan kita bersama Nor Hayati
Baharum Part
Quality Assurance Department SONY EMCS
( 43650
Bandar Baru Bangi, Selangor
E-Mail
:Norhayati, [EMAIL PROTECTED] Tel: 03
8928 6938 Hadith
dari Muaz bin Jabal untuk renungan kita bersama Sabda
Rasulullah s.a.w :”Sekarang aku akan menceritakan kapadamu,bahawa apabila
dihafalkan ( diambil perhatian ) olehmu maka kamu tidak akan mempunyai Hujah di
hadapan Allah kelak.”
“Hai Muaz, Allah itu menciptakan tujuh malaikat sebelum Dia menciptakan langit
dan bumi,setiap langit ada satu malaikat yang menjaga pintu langit dan tiap tiap
Pintu langit dijaga oleh malaikat penjaga pintu menurut kadarnya pintu dan
keagungannya.“ Maka malaikat yang memelihara amalan si hamba (malaikat Hafazah)
akan naik ke langit membawa amal itu ke langit petama.Penjaga akan berkata
kepada malaikat Hafazah:”Saya penjaga tukang umpat,Lemparkanlah balik amalan ini
ke muka pemiliknya kerana saya diperintahkan untuk tidak menerima amalan tukang
umpat,”
Esoknya naik lagi malaikat Hafazah membawa amalan si hamba, Di langit kedua
panjaga pintu berkata : “Lemparkan balik amalan ini ke muka pemiliknya sebab dia
beramal kerana mengharap keduniaan.Allah memerintahkan supaya ditahan amalan ini
jangan sampai lepas ke langit lain.’
“Kemudian naik lagi malaikat Hafazah ke langit ketiga membawa amalan yang
sungguh indah.Penjaga langit berkata :Lemparkan balik amalan ini ke muka
pemiliknya kerana dia seorang yang sombong.”
Rasullulah s.a.w meneruskan sabdanya,: Berikutnya malaikat Hafazah membawa lagi
amalan si hamba ke langit keempat. Lalu penjaga langit itu berkata,:“Lemparkan
balik amalan ini ke muka empunyanya.Dia seorang yang ujub (bangga dengan diri
sendiri ). Allah memerintahkan aku menahan amalan si
ujub.”
Seterusnya amalan si hamba yang lulus ke langit kelima dalam keadaan
bercahaya-cahaya dengan jihad,haji,umrah dan lain lain tetapi di pintu langit
penjaganya berkata: “Ini adalah amalan tukang hasad.Dia sangat benci pada nikmat
yang Allah berikan kepada hamba-Nya.Dia tidak redha dengan kehendak allah. Sebab
itu Allah Perintahkan amalannya dilemparkan balik ke mukanya.Allah tidak terima
amalan pendengki dan hasad.”
Di langit keenam,penjaga pintu akan berkata, “saya penjaga rahmat.Saya
diperintahkan untuk melemparkan balik amalan yang indah ini ke muka pemiliknya”
Kerana dia tidak pernah mengasihi orang lain.Kalau orang dapat musibah (mala
petaka ) dia merasa senang.Sebab itu amalan ini jgn melintasi
langit.
Malaikat hafazah naik lagi membawa amalan si hamba yang dapat lepas ke langit ke
tujuh.Rupanya bercahaya bagaikan kilat,suaranya bergemuruh. Di antara amalan itu
ialah sembahyang,puasa,sedekah,jihad,warak dan lain lain.Tetapi penjaga pintu
langit berkata,”Saya ini penjaga sum’ah (ingin masyhur ).Sesungguhnya si
pengamal ini ingin masyhur dalam kumpulan2 dan selalu ingin tinggi di saat
berkumpul dengan kawan2 yang sebaya dan ingin mendapat pengaruh dari para
pemimpin. Allah memerintahkan padaku agar amalan ini jangan melintasiku.Tiap
tiap amalan yang tidak bersih kerana Allah maka itulah Riyak. Allah tidak akan
menerima dan mengkabulkan orang orang yg riyak
Kemudian malaikat Hafazah itu naik lagi dengan membawa amal hamba yakni
sembahyang,puasa,zakat,haji,umrah,akhlak yang baik dan pendiam,zikir pada Allah
diiringi malaikat ke langit ke tujuh hingga sampai melintasi hijab hijab dan
sampailah ke hadrat Allah S.W.T. Semua malaikat berdiri di hadapan Allah dan
semua menyaksikan amalan itu sebagai amalan soleh yang betul2 ikhlas untuk
Allah.Tetapi firman Tuhan, “Hafazah sekelian,pencatat amal hamba-Ku,Aku adalah
pengintip hatinya dan Aku lebih mengetahui apa yang dimaksudkan oleh hamba-Ku
ini dengan amalannya,Dia tidak ikhlas kepada-Ku dgn amalannya,Dia menipu org
lain,menipu kamu (malaikat Hafazah) tetapi tidak boleh menipu aku,Aku adalah
Maha Mengetahui,”
“Aku melihat segala isi hati dan tidak akan terlindung bagi-Ku apa sahaja yang
terlindung,Pengetahuan-Ku atas apa yang telah terjadi adalah sama dengan
pengetahuan-Ku atas apa yang bakal terjadi.” “Pengetahuan-Ku atas orang yang
terdahulu adalah sama dengan pengetahuan-Ku atas orang orang yang datang
kemudian.Kalau begitu bagaimana hamba-Ku ini Menipu Aku dengan amalnya
ini?” “Laknat-Ku
tetap padanya.”Dan ketujuh-tujuh malaikat beserta 3000 malaikat yang
mengiringinya pun berkata,”Ya Tuhan,dengan demikian tetaplah laknat-Mu dan
laknat kami sekelian bagi mereka.”
Sayidina Muaz (yang meriwayatkan hadis ini ) kemudian menangis teresak-esak dan
berkata,”Ya Rasulullah, bagaimana aku boleh selamat dari apa yang diceritakan
ini?”
Sabda Rasulullah s.a.w,”Hai Muaz,ikutilah Nabimu dalam soal
keyakinan.”
Muaz bertanya kembali,”Ya, tuan ini Rasulullah sedangkan saya ini Muaz bin
Jabal,bagaimana saya boleh selamat dan boleh lepas dari bahaya
tersebut?”
Bersabda Rasulullah, “Ya begitulah, kalau dalam amalanmu ada kelalaian maka
tahanlah lidahmu jangan sampai memburukkan orang lain.Ingatlah dirimu sendiri
pun penuh dengan aib maka jangan mengangkat diri dan menekan orang
lain.”
“ Jangan riyak dengan amal supaya amal itu diketahui orang.Jangan termasuk orang
yang mementingkan dunia dengan melupakan akhirat.kamu jangan
berbisik Berdua
ketika di sebelahmu ada orang lain yang tidak diajak berbisik.Jangan takabbur
pada orang lain nanti luput amalanmu dunia dan akhirat dan jangan berkata
kasar Dalam
suatu majlis dengan maksud supaya orang takut kepadamu.jangan
mengungkit-ungkit apabila membuat kebaikan,jangan merobekkan peribadi orang lain
dengan mulutmu kelak engkau akan dirobek-robek oleh anjing-anjing
jahanam.”
“Sebagaimana firman Allah yang bermaksud, “Di neraka itu ada anjing-anjing
perobek badan manusia.”
Muaz berkata,”Ya Rasulullah siapa yang tahan menanggung penderitaan semacam
itu?”
Jawab Rasulullah s.a.w “ Muaz, yang kami ceritakan itu akan mudah bagi mereka
yang dimudahkan oleh Allah S.W.T.Cukuplah untuk menghindar semua
itu, Kamu
menyayangi orang lain sebagaimana kamu mengasihi dirimu sendiri dan benci apa
yang berlaku kepada orang lain apa apa yang dibenci sendiri.Kalau
begitu Kamu akan
selamat dan dirimu pasti akan terhindar.”
Kerana inilah orang soleh dahulu menjadikan “menyapu muka” selepas sembahyang
itu satu kebiasaan kerana sebenarnya mereka bimbang yang sembahyang yang baharu
mereka dirikan itu dilempar balik ke muka mereka kerana tidak diterima Allah
S.W.T This email is confidential and intended only for the use of the individual or entity named above and may contain information that is privileged. If you are not the intended recipient, you are notified that any dissemination, distribution or copying of this email is strictly prohibited. If you have received this email in error, please notify us immediately by return email or telephone and destroy the original message. - This mail is sent via Sony Asia Pacific Mail Gateway. Legal Disclaimer: The information contained in this message may be privileged and confidential. It is intended to be read only by the individual or entity to whom it is addressed or by their designee. If the reader of this message is not the intended recipient, you are on notice that any distribution of this message, in any form, is strictly prohibited. If you have received this message in error, please immediately notify the sender and delete or destroy any copy of this message __._,_.___ -------------------------------------------------------------------------- All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise. If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest". -------------------------------------------------------------------------- Recommended sites: Angkatan Belia Islam Malaysia : http://www.abim.org.my Jamaah Islah Malaysia : http://www.jim.org.my Radio Islam Kuliyyah : http://www.kuliyyah.com Palestinkini Info : http://www.palestinkini.info Partai Keadilan Sejahtera : http://pk-sejahtera.org Fiqh Siber : http://al-ahkam.net/ The Muslim Brotherhood : http://ikhwanweb.com
SPONSORED LINKS
YAHOO! GROUPS LINKS
|
- Bismillah [hidayahnet] Hadith dari Muaz bin Jabal untuk r... Zaiful Zainun
- Bismillah [hidayahnet] seminar kaedah khalifah untuk... maslina ngadiman
