nak buat camana ...banyak 'mangkuk2 lapan tingkat2' yg jadi person in charge 
dlm soal ni. tak usah kita cerita soal org Islam atau bukan, kalau org tu 
'ada fikiran' secara fitrahnya dah membuktikan arak ni merbahaya.yg tak 
tahan tu, org Islam sendiri yg jadi 'pioneer' membela arak (wlu pun tak 
secara langsung)!

----- Original Message ----- 
From: <Rozmal bin Malakan>
To: "Ikhwanul Muslimun" <[email protected]>
Sent: Friday, June 16, 2006 10:32 AM
Subject: Bismillah [hidayahnet] Tak malukah orang Islam di Malaysia ini ?


> Tak malukah orang Islam di Malaysia ini apabila En Sri
> Raman yang saya rasa beragama Hindhu mencadangkan
> kempen pengharaman arak sepertimana kempen Tak Nak
> rokok dalam artikel beliau yang disiar dalam Utusan
> Malaysia 25 Mei 2006. Orang bukan Islam nampak bahaya
> arak, tapi orang Islam membiarkan penjualan dan
> pengiklanan arak berleluasa. Lebih teruk lagi mereka
> memegang saham dalam industri arak, bekerja di kilang
> arak. Begitu juga dengan industri judi, ramai wanita
> bukan Islam mengadu suami-suami sudah menjadi tahi
> judi hingga mengabaikan rumah tangga , persekolahan
> anak-anak, dan tiada agama juga dalam dunia ini yang
> menggalakkan pengikutnya berjudi. Tetapi industri
> perjudian di Malaysia semakin subur, malah kekerapan
> cabutannya juga ditambah. Wanita bukan Islam menderita
> akibat suami mereka berjudi, tapi orang Islam yang
> membiarkan pusat-pusat judi berlesen berleluasa, malah
> orang Islam memegang saham dalam industri judi, orang
> Islam jugalah yang mengerumuni kedai-kedai judi. Mana
> pergi golongan yang memperjuangkan Kongsi Raya, tetapi
> tidak memperjuangkan masalah masyarakat yang melanda
> di Malaysia ini tanpa mengira agama ? Mufti Perak kata
> kaji Kongsi Raya, bukannya menghalang orang Kristian
> sambut Krismas, bukannya menghalang orang Hindhu
> sambut Thaipusam. Jika konsep Kongsi Raya dapat
> menyatu padukan pelbagai kaum dan agama di dunia ini
> dan dapat menyelesaikan masalah rumahtangga dan
> masyarakat maka cadangkanlah kepada kerajaan Israel
> supaya mengadakan Kongsi Raya supaya konflik
> Arab-Israel dapat diselesaikan melalui kongsi raya.
> Kenapa kita sibuk hendak mempertahankan Kongsi Raya
> tetapi tidak mahu membantu jiran kita yang bukan
> beragama Islam kerana mereka mempunyai hak sebagai
> jiran ?
>
> *************************
> Tiada agama galakkan penganutnya minum arak oleh  SRI
> RAMAN, Kuala Lumpur.
>
> MALAYSIA mempunyai 25 juta penduduk, tetapi
> mencatatkan jualan minuman keras melebihi RM1 billion
> dalam setahun. Ini satu keadaan yang serius.
>
> Saban hari, kita membincangkan mengenai bahaya rokok.
> Merokok tidak baik untuk kesihatan, penagih dadah
> mencuba dadah melalui rokok dan bermacam-macam lagi
> hingga melupakan akan bahaya mengambil minuman arak
>
> Minuman arak juga menjerumuskan masyarakat kepada
> gejala-gejala yang ditegah di sisi agama.
>
> Minuman arak yang mengandungi alkohol memberi kesan
> terhadap tubuh badan dan sistem saraf pusat.
>
> Fungsi yang pertama terjejas ialah proses membuat
> pertimbangan, pemerhatian dan konsentrasi, kehilangan
> sifat penahanan diri, tindakan yang dipengaruhi oleh
> perasaan pada sesuatu ketika dan hilang upaya untuk
> mengawal perasaan.
>
> Contoh yang paling hampir adalah pemandu kenderaan.
> Setiap tahun banyak kemalangan jalan raya disebabkan
> pemandu yang mabuk.
>
> Tiada gunanya kerajaan menghabiskan berjuta-juta
> ringgit untuk menjalankan 'Kempen Tak Nak' pada rokok
> dan 'Utamakan Kesihatan', jika bahaya minuman arak
> tidak diberitahu kepada masyarakat seperti mana yang
> dibuat untuk menyedarkan individu yang merokok.
>
> Mengapa perkara ini diabaikan? Apakah seseorang
> individu itu mengamalkan gaya hidup yang sihat dengan
> berhenti merokok, tetapi meminum arak?
>
> Mengapa kerajaan boleh mengharamkan sebarang penajaan
> dan penayangan sebarang iklan berkaitan tembakau di
> dalam media cetak dan media elektronik, tetapi tidak
> bagi iklan minuman keras.
>
> Memang diakui bahawa iklan berkaitan minuman arak
> tidak lagi ditayangkan di media elektronik namun tidak
> bagi media cetak dan di pawagam.
>
> Kita dapat lihat sendiri bahawa wujudnya sesetengah
> akhbar berbahasa Inggeris yang masih mengiklankan
> minuman keras tanpa perasaan tanggungjawab kepada
> masyarakat.
>
> Kita tidak mahu media elektronik dan media cetak yang
> berperanan sebagai penyebar maklumat dan sumber
> rujukan kepada masyarakat terpesong daripada matlamat
> kewujudannya
>
> Dalam situasi ini, kerajaan perlu pro aktif dengan
> menjalankan kempen `Tak Nak' pada rokok dan minuman
> keras secara bersama untuk menyedarkan masyarakat
> keseluruhannya.
>
> Kerajaan dengan bantuan pihak berkuasa tempatan perlu
> membekukan pengeluaran lesen dan menjalankan
> penguatkuasaan yang tegas dan menyeluruh kepada
> pekedai-pekedai yang menjual minuman keras secara
> haram.
>
> Terdapat peniaga yang menjalankan kegiatan menjual
> arak secara haram berselindung di sebalik perniagaan
> barang runcit yang dijalankan di kawasan perumahan.
>
> Situasi ini sangat berbahaya kerana ketiadaan kawalan
> penjualan arak dan ini membolehkan remaja yang berumur
> 18 tahun ke bawah mendapatkan minuman arak dengan
> mudah.
>
> Apabila kita merujuk kepada kepercayaan agama
> kaum-kuam yang terdapat di Malaysia, jelas bahawa
> tidak satu agama pun menggalakkan penganutnya
> mengambil minuman keras dalam kehidupan.
>
> Saya merasakan sekiranya pengharaman terhadap minuman
> keras dilakukan, ia akan menyelesaikan sebarang
> masalah atau huru-hara kepada masyarakat Malaysia
> malah mereka akan bersetuju kerana gejala sosial dan
> keruntuhan institusi keluarga juga berpunca daripada
> minuman keras.
>
> Kajian juga menunjukkan ramai remaja yang mengambil
> alkohol mempunyai ibu bapa yang juga peminum alkohol.
>
> Tentulah kita tidak mahu negara kita digelar sebagai
> negara dunia ketiga yang paling maju, tetapi
> keruntuhan akhlak dan gejala sosial di kalangan
> masyarakat semakin meningkat dan tidak dapat dibendung
> serta akan menggagalkan usaha kerajaan untuk
> melahirkan masyarakat yang berpengetahuan.
>
> Kita berkehendakan masyarakat yang seimbang dari segi
> material mahupun kerohanian.
>
>
> http://www.utusan.com.my/utusan/archive.asp?y=2006&dt=0525&pub=utusan_malaysia&sec=forum&pg=fo_01.htm&arc=hive
>
>
>
>  Syarak Mengata , Adat Menurut - Syarak Dijunjung , Adat Dijulang
>
>  Sudi-sudi layari blog saya di http://waghih.blogspot.com
>
>
>
>
> __________________________________________________
> Do You Yahoo!?
> Tired of spam?  Yahoo! Mail has the best spam protection around
> http://mail.yahoo.com
>
>
>
>
>
>
> --------------------------------------------------------------------------
>
> All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not 
> in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or 
> approved otherwise.
>
> If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a 
> daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to 
> change your mail delivery settings or email the moderators at 
> [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".
>
> --------------------------------------------------------------------------
>
> Recommended sites:
> Angkatan Belia Islam Malaysia  : http://www.abim.org.my
> Jamaah Islah Malaysia          : http://www.jim.org.my
> Radio Islam Kuliyyah           : http://www.kuliyyah.com
> Palestinkini Info              : http://www.palestinkini.info
> Partai Keadilan Sejahtera      : http://pk-sejahtera.org
> Fiqh Siber                     : http://al-ahkam.net/
> The Muslim Brotherhood         : http://ikhwanweb.com
> Yahoo! Groups Links
>
>
>
>
>
>
> 





------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
Check out the new improvements in Yahoo! Groups email.
http://us.click.yahoo.com/6pRQfA/fOaOAA/yQLSAA/TXWolB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 

--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in 
any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved 
otherwise. 

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily 
digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your 
mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the 
title "change to daily digest". 

--------------------------------------------------------------------------

Recommended sites:
Angkatan Belia Islam Malaysia  : http://www.abim.org.my
Jamaah Islah Malaysia          : http://www.jim.org.my
Radio Islam Kuliyyah           : http://www.kuliyyah.com
Palestinkini Info              : http://www.palestinkini.info
Partai Keadilan Sejahtera      : http://pk-sejahtera.org
Fiqh Siber                     : http://al-ahkam.net/
The Muslim Brotherhood         : http://ikhwanweb.com 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 



Kirim email ke