Semoga semua beroleh keberkatan yang berpanjangan dari Allah SWT.
Firman Allah Taala yang bermaksud : "Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Barangsiapa dikeluarkan dari neraka
dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya dan (ingatlah) bahawa kehidupan didunia ini tidak lain hanyalah kesenangan yang menipu" (AliImran:185).
Dimaklumkan di sini, Kursus Pengurusan Jenazah 2 Hari anjuran Masjid Asy-Syakirin, KLCC, yang sepatutnya diadakan pada 24-25 Jun 2006 akan ditangguhkan ke tarikh 23-24 Julai 2006. Kelewatan pihak masjid mengiklankan program ini menyebabkan ramai muslimin muslimat yang tidak bersedia untuk turut serta dan memohon agar ianya diadakan pada tarikh yang lain. Pihak Masjid Asy-Syakirin KLCC ingin memohon maaf diatas penangguhan ini.
Kami memohon jasa baik muslimin-muslimat agar dapat memaklumkan penangguhan kursus ini kepada kaum keluarga dan sahabat-handai. Kerjasama dan sokongan semua didahului dengan ucapan ribuan terima.
Berikut adalah Jadual Porgram Kuliah/Pengajian anjuran Masjid Asy-Syakirin, KLCC dalam tempoh seminggu ini, Insya'Allah.
23 Jun 2006 - 12.30 tgh-01.15 ptg - Tazkirah Jumaat - Ustaz
Shauki Osman (Pensyarah UPM).
26 Jun 2006 - 01.00-02.00 ptg - Kuliah Zohor - Ustaz Mohd Najib Ali.
27 Jun 2006 - 01.00-02.00 ptg - Kuliah Zohor - Ustaz Ahmad Rosli
Mokhtar.
28 Jun 2006 - 01.00-02.00 ptg - Kuliah Zohor - Ustaz Mohd Nasir
Abdullah
29 Jun 2006 - 01.00-02.00 ptg - Kuliah Zohor - Ustaz Zawawi Yusof
(UKM).
Sebarang pertanyaan/pendaftaran berhubung program Masjid sila hubungi Pejabat Masjid Asy-Syakirin KLCC no. telepon 03-2382-1291/93 atau layari laman web www.masjidklcc.com. atau reply melalui e-mail ini.
Kepada yang telah mendaftar melalui e-mail ini, Insya'Allah saya telah
daftarkan sebagai peserta program. Maaf kerana lambat reply.
Pihak Masjid Asy-Syakirin, memohon jasa baik muslimin dan muslimat semua, agar memanjangkan e-mail ini kepada kaum keluarga dan sahabat-handai. Kerjasama dan sokongan semua didahului dengan ucapan ribuan terima. Semoga ianya diterima sebagai amalan yang soleh di sisi Allah SWT.
Apa yang baik dari Allah SWT, kekurangan adalah kelemahan kami. Ribuan kemaafan dipohon.
Taqabalallah minna wa minkum.
B/P Pihak Masjid Asy-Syakirin, KLCC.
All new Yahoo! Mail "The new Interface is stunning in its simplicity and ease of use." - PC Magazine __._,_.___
--------------------------------------------------------------------------
All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.
If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".
--------------------------------------------------------------------------
Recommended sites:
Angkatan Belia Islam Malaysia : http://www.abim.org.my
Jamaah Islah Malaysia : http://www.jim.org.my
Radio Islam Kuliyyah : http://www.kuliyyah.com
Palestinkini Info : http://www.palestinkini.info
Partai Keadilan Sejahtera : http://pk-sejahtera.org
Fiqh Siber : http://al-ahkam.net/
The Muslim Brotherhood : http://ikhwanweb.com
SPONSORED LINKS
| Divine inspiration | Islam |
YAHOO! GROUPS LINKS
- Visit your group "hidayahnet" on the web.
- To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
- Your use of Yahoo! Groups is subject to the Yahoo! Terms of Service.
