Wed | Jun 21, 06 | 12:24:21 PM
Oleh Azamin Amin
Esok adalah Sambutan Jubli Emas Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) semenjak ditubuhkan pada 16 - 21 September 1956 hasil Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu ke-3.
Dan hakikatnya setelah 50 tahun, walaupun tidak dinafikan usaha DBP dalam memartabatkan bahasa Melayu namun seperti kata bekas Ketua Pengarah DBP, Dato' A. Aziz Deraman dalam salah sebuah akhbar, "Usaha memerkasakan bahasa negara sendiri kian sepi dan terbantut."
Selain itu para pemimpin kerajaan, ahli politik, tokoh akademik dan cendekiawan juga begitu ghairah menggunakan bahasa asing di negara sendiri seperti dalam upacara perasmian,seminar, sidang media dan pertuturan ketika bersama rakyat seolah-olah
meminggir bahasa ibunda dan menunjukkan bahawa betapa tidak seriusnya kerajaan, swasta dan masyarakat dalam mendaulatkan bahasa Melayu dan DBP hanyalah disifatkan sebagai badan memantau dan menasihati sahaja dan tidak dapat bertindak terhadap 'penyalahgunaan' bahasa.
Masyarakat juga tidak terkecuali, apabila bahasa yang caca marba mengambil tempat dalam urusan seharian baik secara rasmi ataupun tidak, sedangkan Indonesia contohnya, masyarakatnya baik daripada golongan menengah (menteri, pemimpin) ataupun golongan rendah (rakyat miskin, penarik beca) semuanya menggunakan bahasa yang senada, kemas dan berkualiti.
Begitu juga dengan Jepun, Korea, Arab Saudi (sekadar menyebut beberapa nama) masih utuh mempertahankan jati diri dan maju dengan menggunakan bahasanya sendiri.
Mengulas tentang nasib dan masa depan bahasa Melayu selama ini, Presiden Linguistik Malaysia (PLM), Dr Awang Sariyan berkata, bahawa
kekangan yang dihadapi ialah Akta Bahasa Kebangsaan 1967 sendiri tidak lagi dihormati dan secara sendirinya menyebabkan DBP tidak dapat berperanan dengan begitu baik.
"Sedangkan akta tersebut yang diluluskan oleh Parlimen, mewajibkan bahasa Melayu sebagai bahasa yang tunggal dalam segala urusan rasmi dan pengurusan negara." katanya.
Kata beliau dikukuhkan lagi dengan Dato' Aziz Deraman yang dipetik sebagai berkata, " ada kecenderungaan dalam pengurusan dan pentadbiran menggunakan bahasa Inggeris secara bercampur - rasmi dan tidak rasmi."
Dr Awang Sariyan juga menyatakan bahawa permasalahan-permasalahan ini berlaku kerana kegagalan sebahagian besar masyarakat memahami bahawa falsafah bahasa adalah sebagai tonggak tamadun bangsa dan turut mencadangkan supaya DBP diberi tanggungjawab dan kuasa yang lebih luas dari sudut penguatkuasaan supaya objektif mendaulat bahasa
Melayu itu tercapai.
Sekiranya terdapat sebarang komen, aduan, cadangan, pendapat, rencana atau sebagainya, sila emelkan ke [EMAIL PROTECTED]. Artikel akan disiarkan di ruangan Surat Pembaca atau bersesuaian.
Merintis Alam Penyiaran Maya
wtv8
Saluran Alternatif Anda
di http://wtv8.tv
Setiap Sabtu Jam 9 Malam
Siaran Ulangan Setiap Hari
email: [EMAIL PROTECTED]
The all-new Yahoo! Mail goes wherever you go - free your email address from your Internet provider.
The all-new Yahoo! Mail goes wherever you go - free your email address from your Internet provider. __._,_.___
--------------------------------------------------------------------------
All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.
If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".
--------------------------------------------------------------------------
Recommended sites:
Angkatan Belia Islam Malaysia : http://www.abim.org.my
Jamaah Islah Malaysia : http://www.jim.org.my
Radio Islam Kuliyyah : http://www.kuliyyah.com
Palestinkini Info : http://www.palestinkini.info
Partai Keadilan Sejahtera : http://pk-sejahtera.org
Fiqh Siber : http://al-ahkam.net/
The Muslim Brotherhood : http://ikhwanweb.com
SPONSORED LINKS
| Divine inspiration | Islam |
YAHOO! GROUPS LINKS
- Visit your group "hidayahnet" on the web.
- To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
- Your use of Yahoo! Groups is subject to the Yahoo! Terms of Service.
