Oleh Noor Jaafar - [EMAIL PROTECTED]
KUALA LUMPUR: Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) berpegang kepada keputusan Majlis Fatwa Negeri Selangor yang hanya membenarkan umat Islam menggunakan elemen asal iaitu tanah liat untuk menyamak bagi menyucikan najis berat.
Pegawai Perhubungan Awam Jais, Fakhrul Azam Yahya, berkata sehingga kini Jais tidak memberi kebenaran kepada mana-mana syarikat bahawa produk sabun yang dikeluarkan boleh digunakan untuk menyamak.
Surat kebenaran yang dikeluarkan kepada sebuah syarikat Bumiputera yang beroperasi di Shah Alam sebelum ini adalah untuk syarikat memasarkan produk sabun untuk kegunaan ramai tetapi bukan untuk menyamak," katanya mengulas mengenai sabun untuk samak yang dipasarkan.
Katanya, berdasarkan kajian Jabatan Penyelidikan dan Pembangunan, Bahagian Unit Halal Jais, sabun yang dikeluarkan syarikat berkenaan mengandungi 90 peratus tanah liat dan disahkan suci dan tidak mengandungi elemen haram.
"Ini bermakna sabun itu boleh digunakan umat Islam untuk kegunaan harian seperti untuk mandi dan mencuci tangan, tetapi tidak boleh digunakan untuk menyamak najis berat seperti dijilat anjing atau tersentuh babi," katanya.
Fakhrul Azam berkata, umat Islam jangan terkeliru kerana Jais tidak pernah mengeluarkan surat yang mengatakan produk sabun Yaqeen keluaran syarikat itu boleh digunakan untuk samak.
"Jais tidak berkompromi dengan perkara itu sebab itu masih berpegang kepada keputusan Majlis Fatwa Negeri Selangor yang hanya membenarkan elemen asal iaitu tanah liat digunakan untuk menyamak," katanya.
Menurutnya, Jabatan Agama Islam Kedah juga pernah mengeluarkan surat kebenaran kepada sebuah syarikat di negeri itu untuk memasar produk sabun serupa menggunakan jenama Taharah .
Katanya, sabun itu juga tidak boleh digunakan untuk menyamak tetapi syarikat itu mendakwa sabun untuk samak.
"Jais membuat penjelasan ini kerana bimbang umat Islam terkeliru dan mengatakan Jais membenarkan sabun keluaran syarikat digunakan untuk menyamak.
"Jais juga bimbang surat kebenaran bagi memasarkan produk yang diakui suci dan tidak mempunyai elemen haram itu disalahgunakan syarikat terbabit dengan mendakwa Jais membenarkan sabun itu digunakan untuk menyamak," katanya.
Panduan untuk bakal pengantin & sudah berkahwin.. cara utk mengawal kewangan, meningkatkan dana kewangan utk berkahwin & sesudah berkahwin, berbelanja secara berhemah.. insha ALlah
layari laman web>> http://www.maskahwin.com/index.php?ref=delete
untuk keterangan lanjut
New and Improved Yahoo! Mail - 1GB of free storage! __._,_.___
--------------------------------------------------------------------------
All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.
If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".
--------------------------------------------------------------------------
Recommended sites:
Angkatan Belia Islam Malaysia : http://www.abim.org.my
Jamaah Islah Malaysia : http://www.jim.org.my
Radio Islam Kuliyyah : http://www.kuliyyah.com
Palestinkini Info : http://www.palestinkini.info
Partai Keadilan Sejahtera : http://pk-sejahtera.org
Fiqh Siber : http://al-ahkam.net/
The Muslim Brotherhood : http://ikhwanweb.com
SPONSORED LINKS
| Divine inspiration | Islam |
YAHOO! GROUPS LINKS
- Visit your group "hidayahnet" on the web.
- To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
- Your use of Yahoo! Groups is subject to the Yahoo! Terms of Service.
