Oleh Saidatul Amami KUALA LUMPUR, 29 Jun (Hrkh) - PAS
membantah keras kekejaman rejim Zionis Israel yang
sedang secara rakus menceroboh bumi Gaza di Palestin
tanpa sebarang sifat kemanusiaan serta menangkap
beberapa menteri kanan dan ahli-ahli Parlimen kerajaan
Hamas.
Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi
Awang, berkata insiden ini jelas menunjukkan
kebiadapan rejim Zionis Israel yang tidak langsung
menghormati undang-undang antarabangsa serta
kedaulatan sebuah negara walaupun mendapat bantahan
dan kecaman dari pelbagai pihak.
Kepada ahli PAS di semua peringkat serta umat Islam
seluruhnya, beliau meminta mereka bersama-sama
mengadakan solat hajat, berdoa serta bermunajat
memohon pertolongan Allah SWT agar memberi kekuatan
serta melindungi umat Islam di bumi suci Palestin yang
terus dilanda ujian yang besar akibat tindakan biadap
dan jahat rejim Zionis Israel.
Berikut adalah kenyataan media Presiden PAS
PAS membantah keras kekejaman rejim Zionis Israel yang
sedang secara rakus menceroboh bumi Gaza di Palestin
tanpa sebarang sifat kemanusiaan serta menangkap
beberapa menteri kanan dan ahli-ahli Parlimen kerajaan
Hamas.
Insiden ini jelas menunjukkan kebiadapan rejim Zionis
Israel yang tidak langsung menghormati undang-undang
antarabangsa serta kedaulatan sebuah negara walaupun
mendapat bantahan dan kecaman dari pelbagai pihak.
Keangkuhan rejim Zionis ini dapat dilihat dengan jelas
apabila mereka memberi alasan menceroboh Gaza bagi
menyelamatkan seorang tentera Yahudi yang telah
ditawan oleh pejuang-pejuang Palesatin sedangkan
mereka telah membunuh ribuan pemuda-pemuda, ibu-ibu
serta anak-anak kecil Palestin tanpa sebarang rasa
belas kasihan.
PAS melahirkan rasa dukacita terhadap kebanyakan
negara-negara Islam dan komitmen sebenar mereka yang
tidak lagi mampu memberi pembelaan kepada
saudara-saudara mereka di bumi suci Palestin.
Begitu juga dengan kelemahan ketara Pertubuhan
Persidangan Islam (OIC) dan Liga Arab yang sepatutnya
menjadi benteng penyelamat kepada umat Islam yang
teraniya akibat kekejaman rejim Zionis Israel ini.
PAS ingin menyeru kepada semua negara-negara Islam,
OIC, Liga Arab, PBB serta masyarakat antarabangsa agar
dapat kembali memainkan peranan mereka bagi membantah
sikap biadap rejim Zionis yang telah bertindak
melampaui batas-batas kemanusiaan dengan menceroboh
serta terus menerus membunuh umat Islam Palestin
dengan kejam dan zalim.
PAS menegaskan bahawa ancaman besar kepada keamanan
dunia sekarang ialah kuasa besar Amerika Syarikat dan
sekutunya yang lantang bercakap membela keadilan dan
demokrasi tetapi pada masa yang sama mereka juga
menjadi pelindung kepada setiap tindakan kejam rejim
Zionis Israel di bumi Palestin walaupun ia
bertentangan dengan undang-undang antarabangsa serta
boleh menggugat keamanan dunia.
Akhirnya kami menyeru setiap ahli PAS di semua
peringkat serta umat Islam seluruhnya agar
bersama-sama mengadakan solat hajat, berdoa serta
bermunajat memohon pertolongan Allah SWT agar memberi
kekuatan serta melindungi saudara-saudara kita di bumi
suci Palestin yang terus dilanda ujian yang besar
akibat tindakan biadap dan jahat rejim Zionis Israel.
Pejabat Presiden PAS
Jalan Pahang, Off Jalan Pahang Barat
28 Jun 2006/3 Jamadil Akhir 1427
Syarak Mengata , Adat Menurut - Syarak Dijunjung , Adat Dijulang
Sudi-sudi layari blog saya di http://waghih.blogspot.com
__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Tired of spam? Yahoo! Mail has the best spam protection around
http://mail.yahoo.com
--------------------------------------------------------------------------
All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in
any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved
otherwise.
If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily
digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your
mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the
title "change to daily digest".
--------------------------------------------------------------------------
Recommended sites:
Angkatan Belia Islam Malaysia : http://www.abim.org.my
Jamaah Islah Malaysia : http://www.jim.org.my
Radio Islam Kuliyyah : http://www.kuliyyah.com
Palestinkini Info : http://www.palestinkini.info
Partai Keadilan Sejahtera : http://pk-sejahtera.org
Fiqh Siber : http://al-ahkam.net/
The Muslim Brotherhood : http://ikhwanweb.com
Yahoo! Groups Links
<*> To visit your group on the web, go to:
http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/
<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
http://docs.yahoo.com/info/terms/