PAS bimbang Malaysia jadi alat Amerika
Tue | Jun 27, 06 | 03:32:43 PM
Oleh Maslan Yusoh
KOTA BHARU, 27 Jun (Hrkh) - PAS memandang serius sikap berlembut tidak bertempat pemimpin negara apabila membenarkan kapal pengangkut pesawat berkuasa nuklear USS Ronald Reagen berlabuh di Pelabuhan Klang, baru-baru ini.

Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, Malaysia sepatutnya sebagai negara berkecuali, tidak menerima kedatangan kapal nuklear milik Amerika.

"Ini kerana tindakan tersebut akan menyebabkan negara lain boleh mengandaikan Malaysia cuba menyebelahi kuasa besar terbabit. Sedangkan negara itu sama seperti 'budak nakal' yang telah banyak buat masalah."

"Di Afghanistan, Iraq dan sekarang sedang 'bercawat' hendak serang Iran pula," katanya sebagai mengulas reaksi cendikiawan dari Amerika yang berpendapat Malaysia tidak sepatutnya menerima kapal pengangkut pesawat berlabuh di negara ini.

Profesor undang-undang Universiy Of Lllinois, Prof Francis A Boyle dilaporkan berkata, Malaysia tidak sepatutnya mengalu-alukan kedatangan kapal-kapal pengangkut kuasa nuklear yang mempunyai misi tertentu.

Pandangan itu turut dikongsi Presiden Institut Kajian Dasar Nuklear, Dr Helen Caldicoot dengan berharap Malaysia tidak membenarkan kapal itu kembali semula ke negara ini.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan bagaimanapun hairan memandangkan sebelum ini Perdana Menteri mahu Amerika menyelesaikan isu nuklear di Iran tanpa menggunakan kekerasan, namun apa yang berlaku selepas itu sebaliknya.

"Dalam masa yang sama kita cuba memberi layanan yang istimewa pula kepada Amerika. Ini menggambarkan Perdana Menteri tidak ada pendirian yang tegas dalam isu ini. Ini menampakkan Malaysia berada di dalam keadaan serba salah," katanya.

"Bagaimana sebuah kerajaan boleh berada di dalam keadaan serba salah," ujarnya.

Beliau juga berharap kerajaan melunaskan amalan demokrasi seperti apa yang tercatat dalam buku ketika dipelajari di universiti.

"Kami mahu hak itu juga yang dipraktikkan dalam sistem pentadbiran negara. Beri peluang kepada rakyat bersuara dan menerbitkan risalah, beri peluang Harakah balik semula penerbitannya lapan kali sebulan.

"Kami tidak melakukan secara kekerasan kerana bumi ini bukan hak individu. Allah Taala sendiri beri manusia kebebasan untuk bersuara. Bahkan Nabi Muhammad s.a.w sendiri disuruh bermesyuarat menyelesaikan sesuatu masalah," katanya.

******************************************

Sekiranya terdapat sebarang komen, aduan, cadangan, pendapat, rencana atau sebagainya, sila emelkan ke [EMAIL PROTECTED]. Artikel akan disiarkan di ruangan Surat Pembaca atau bersesuaian.

Merintis Alam Penyiaran Maya
wtv8
Saluran Alternatif Anda
di http://wtv8.tv
Setiap Sabtu Jam 9 Malam
Siaran Ulangan Setiap Hari
email: [EMAIL PROTECTED]


Try the all-new Yahoo! Mail . "The New Version is radically easier to use" – The Wall Street Journal __._,_.___

--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".

--------------------------------------------------------------------------

Recommended sites:
Angkatan Belia Islam Malaysia  : http://www.abim.org.my
Jamaah Islah Malaysia          : http://www.jim.org.my
Radio Islam Kuliyyah           : http://www.kuliyyah.com
Palestinkini Info              : http://www.palestinkini.info
Partai Keadilan Sejahtera      : http://pk-sejahtera.org
Fiqh Siber                     : http://al-ahkam.net/
The Muslim Brotherhood         : http://ikhwanweb.com





YAHOO! GROUPS LINKS




__,_._,___

Kirim email ke