Date: 18/06/06 07:59

-->
Ada orang menyangka ibadah itu sekadar rukuk
dan sujud di tikar sembahyang. Atau mengalunkan ayat-ayat
Al Quran dengan penuh khusyuk dan tawadhuk. Atau
menggentel biji tasbih dengan berzikir dan
bertahmid. Atau sekadar membahagi-bahagikan harta kepada
fakir miskin.
 

Ibadah itu luas pengertiannya. Seluas lautan yang
tak bertepi. Ibadah tidak terbatas pada sembahyang
sunat berpuluh-puluh rakaat. Ia tidak terbatas pada puasa
sunat seperti puasa Nabi Daud; sehari berpuasa
sehari berbuka. Pun tidak dikhususkan kepada
membayar zakat, menunaikan haji dan sebagainya.

Ibadah adalah pengabdian diri kepada Allah. Dan
antara bentuk pengabdian diri yang tidak ketara dan tidak
perlu mengeluarkan tenaga ialah ingatan hati dan
rintihan hati kepada Allah. Ia merupakan ibadah
yang besar nilainya di sisi Allah. Mudah tetapi tidak
ramai yang mampu melakukannya.

Mengingati Allah dikira ibadah kerana ia
menandakan seorang hamba itu benar-benar berhati hamba.
Hamba yang tak punya apa-apa. Yang sewaktu datang ke
dunia, tak membawa walau seurat benang di tubuh.
Justeru hati sentiasa ingat kepada Yang Maha Pencipta,
sentiasa mengharap bantuan-Nya dan sentiasa bergantung
kepadaNya. MengingatiNya menimbulkan rasa
syukur atas segala nikmat kurniaanNya.

Namun berapa kerat di antara kita yang ingat akan
Allah. Ramai yang lalai dan lupa. Dalam
sembahyang, fikiran menerawang entah ke mana. Apatah lagi di
luar sembahyang. Renungilah sabda kekasihNya
dalam sebuah hadis Qudsi yang bermaksud:

“Wahai anak Adam! Jika engkau ingat kepadaKu,
Aku juga tetap ingat kepadamu. Dan jika engkau lupa
kepadaKu, Aku masih ingat terus kepadamu.
Apabila engkau taat kepadaKu, maka pergilah ke mana
saja yang engkau suka, di tempat engkau mematuhiKu dan
Aku mematuhimu, dan engkau mengikhlaskan
kecintaanKu kepadamu, kemudian engkau memalingkan diri
daripadaKu, sedang Aku tetap mengambil berat terhadapmu.
Siapakah yang memberimu makan sewaktu engkau masih
janin di dalam perut ibumu. Aku tetap menguruskan segala
keperluanmu dengan baik, sehingga terlaksana
semua takdirKu terhadapmu. Apabila Aku lahirkan engkau
ke alam dunia, engkau lalu membuat maksiat. Bukan
begini sewajarnya balasanmu terhadap siapa yang
berbuat baik kepadamu.”

Memang wajar kita mengingati Allah yang telah
banyak memberi nikmat kepada kita. Allah yang sentiasa
ingat akan kita. Yang terus saja memerhatikan kita.
Yang terus mengasihani kita. Yang terus memberi rezeki
kepada kita walaupun Dia seringkali diderhakai.

Dengan apa patut kita balas nikmat Allah yang
terlalu banyak itu. Ibarat orang yang sedang bercinta,
cukuplah asal dikenang atau diingati orang yang
dicintai. Begitu juga dengan Allah. Ingatlah Dia
kemana kita pergi. Ingat akan Allah bukan
semestinya di tikar sembahyang saja. Biar tubuh bersama
manusiatetapi hati bersama Allah. Agar setiap detik kita
sentiasa dalam ibadah. Rasulullah bersabda yang
maksudnya:

“berfikir sesaat itu lebih baik daripada
sembahyang sunat seribu rakaat (yang tidak
khusyuk).”

Demikian keutamaan bagi orang yang sentiasa
berfikir tentang kebesaran Allah. Akal yang berfikir akan
meruntun hati agar sentiasa ingat kepada Allah.
Apabila hati selalu mengingatiNya, terasa betapa
hampirnya Allah dengan kita. Hati akan selalu
bermunajat dengan Allah; menginsafi kelemahan
diri, lantas mengharap belas kasihan Allah kepada kita
yang terlalu banyak berbuat dosa. Hati merintih dan
mengharap rahmat Allah yang maha luas itu.
Datanglah perasaan betapa hinanya diri yang berasal dari
setitik air mani. Tanpa rahmatnya tinggallah kita dalam
kehinaan selama-lamanya.

Rintihan hati inilah tanda kita hamba yang tak
punya kuasa apa-apa untuk menghalang kudrat dan
iradahNya. Tak berupaya menepis Qadak dan QadarNya.
Hanya belas kasihan Allah yang diharapkan dapat menjauhkan
diri daripada segala bala bencana. Hati yang tidak
pernah ingat, apalagi merintih kepada Allah, adalah hati
seorang tuan.
 
-TAD-
 
 

__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Tired of spam? Yahoo! Mail has the best spam protection around
http://mail.yahoo.com __._,_.___

--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".

--------------------------------------------------------------------------

Recommended sites:
Angkatan Belia Islam Malaysia  : http://www.abim.org.my
Jamaah Islah Malaysia          : http://www.jim.org.my
Radio Islam Kuliyyah           : http://www.kuliyyah.com
Palestinkini Info              : http://www.palestinkini.info
Partai Keadilan Sejahtera      : http://pk-sejahtera.org
Fiqh Siber                     : http://al-ahkam.net/
The Muslim Brotherhood         : http://ikhwanweb.com





SPONSORED LINKS
Divine inspiration Islam


YAHOO! GROUPS LINKS




__,_._,___

Kirim email ke