Assalamualaikum warahmatullah… Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan yang disembah selain Allah yang Esa, tiada sekutu bagiNya dan aku bersaksi bahawa Nabi Muhammmad saw itu hamba dan pesuruhNya. Selawat berserta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad saw yang memiliki akhlaq terpuji dan menjadi ikutan selamanya. Juga buat orang2 yang beramal soleh dan kesekalian dari kita.
Bismillahir Rahmanir Raheem… Lebih seminggu yang lalu, secara kebetulan, ketika hendak menunaikan sunat ba'diah Zuhur di Masjid Jamek Kampung Melayu Majidi, saya terlihat kelibat teman saya yang telah lama tidak saya temui sedang berzikir. Jadi saya sengaja mendirikan solat di sebelahnya dengan harapan agar dia tidak terus pulang jika ternampak saya di sebelahnya. Alhamdulillah, segalanya terjadi seperti yang saya harapkan. Selesai solat, kami sama² duduk di tangga masjid sambil bercerita tentang kisah silam dan kisah masa sekarang. "Aku nak ke Jabatan Agama ni" katanya apabila saya tanya tujuannya selepas ini. Saya mengerutkan kening. Untuk apa? Pelik. Lalu teman saya menjelaskan. "Aku nak ambil surat untuk keluar 3 hari di masjid di Tanjung Langsat. Masjid sana memang perlukan surat dari jabatan..." katanya. Saya jadi separuh terkejut. Astaghfirullah... Orang hendak duduk beribadah di masjid, qiamulail dan kemudian mengajak orang kampung berhampiran semua ke masjid, perlu minta pula kebenaran dari Jabatan Agama? Pelik... Pelik... Saya menggeleng²kan kepala. "Hm... Nak buat maksiat tak payah pula surat dari jabatan" jawab saya sambil disambut oleh gelak kecil kami berdua. Perkara² ini benar² membuatkan saya berfikir panjang. Lantas saya teringat satu dialog dalam filem arahan Allahyarham Tan Sri P. Ramlee yang berjudul 'Ali Baba Bujang Lapok' yang berbunyi "Jual ganja ada lesen. Jual candu ada lesen. Jual belacan tak ada lesen". Sebaik mendengarkan ayat ini, saya yakin kebanyakan dari kita akan ketawa. Malah ada yang ketawa terbahak² hingga 'pecah perut'. Tetapi apakah mereka yang ketawa besar ini benar faham akan maksud ayat ini. Sebenarnya apa yang berlaku dalam kes teman saya tadi adalah contoh terjemahan untuk dialog yang saya sebutkan di atas tadi. Teman saya ibarat orang yang menjual belacan, satu kegunaan yang umum. Sungguhpun ianya sesuatu yang diperlukan oleh masyarakat, namun ia tidak mendapat sokongan dari mereka yang menduduki hierarki tertinggi dalam pentadbiran masyarakat dan negara. Namun jika ditinjau pula pusat² maksiat, kedai tikam nombor, pusat hiburan, kelab malam dan lain² begitu mudah untuk dibuka. Hantar saja permohonan ke PBT dan dalam masa yang singkat, segalanya akan beres. Dan sebenarnya inilah yang Allahyarham P. Ramlee maksudkan dengan ganja dan candu dalam dialog yang sama. Lucu bukan? Malah lebih lucu jika kita tahu maksud yang sebenar. Bahkan ini juga berlaku dalam masyarakat pertengahan dan bawah itu sendiri. Lihatlah saja majlis perkahwinan. Sepatutnya, perkahwinan adalah perkara yang mudah. Tertentu pengantin lelaki dan perempuannya, ada ijab dan qabul, wali, dua orang saksi yang adil dan maskahwin (yang berpatutan), maka sepatutnya selesailah upacara mulia. Tetapi hari ini, perkara yang sebegini mudah telah sengaja sipersusahkan. Bukan setakat wang hantaran yang ditinggikan nilainya, majlis juga perlu diadakan sebesar yang boleh. Jika boleh, mahu diadakan siaran langsung di televisyen. Inilah yang menjadikan perkahwinan sukar untuk dijalankan. Akan tetapi, dalam masa yang sama, perzinaan menjadi semakin mudah. Pertumbuhan hotel² murah dan taman² rekreasi memberikan kemudahan yang menyelesakan buat pelaku² sumbang ini. Lebih malang lagi, tiada sokongan yang diberikan kepada psukan penguatkuasa jenayah syariah. Tentu kita masih ingat kisah penangkapan seorang artis yang separuh bogel di dalam sebuah kelab malam terkemuka. Inilah satu contoh terbaik untuk menerangkan ungkapan dialog dalam filem Ali Baba Bujang Lapok tersebut. Bagaimana pencegahan maksiat dianggap suatu perkara yang salah dan pembuat maksiat pula dianggap teraniaya. Mengapa harus begini? Mengapa mesti diharamkan benda yang halal manakala benda yang halal pula diharamkan? Apakah yang akan kita dapat dengan perbuatan tersebut? Keseronokan? Ya... Memang betul. Tapi itu hanyalah di dunia. Sedangkan hidup kita di dunia ini untuk waktu yang terhad. Apakah kita rela sakit yang abadi demi semata untuk secebis keseronokan yang hanya sementara? Dan baru² ini, heboh pula cerita tentang kerajaan Kelantan yang menyediakan satu skim galakan kepada pendakwah yang berupa wang tunai RM10,000 berserta elaun bulanan sebanyak RM1,000, sebuah rumah dan kereta pacuan empat roda bagi yang sanggup untuk mengahwini gadis² Orang Asli. Asalkan si pendakwah sanggup tinggal di situ untuk menjadi imam dan mengadakan kelas fardhu ain serta menjalankan kerja² dakwah. Mengapakah rancangan sebaik ini harus ditentang? Apakah salah diberi sedikit imbuhan, jika kerajaan mampu, kepada mereka yang sanggup mengorbankan masa dan tenaga bagi menegakkan agama Allah yang maha suci ini? Pemberian untuk pendakwah begini dipersoalkan tetapi perbelanjaan jutaan ringgit untuk ahli sukan yang kerjanya mendedahkan aurah tidak ada siapa yang mahu berbicara? Kita marah apabila dapati agama lain cuba mendakwahkan agama mereka. Kita marah melihat mereka masuk ke kampung² dengan duit berguni, cuba memberikan bantuan kepada mereka yang memerlukan dengan niat untuk berdakwah. Tetapi di sebalik kemarahan itu, kita tentang pula orang kita yang cuba meyebarkan ajaran ini. Siapakah yang salah? Mubaligh mereka atau sebenarnya diri kita sendiri? Memang sungguh Allahyarham P. Ramlee seorang genius. Dalam ketawa kita telah disindir. Dalam tidak sedar rupanya kita mentertawakan diri sendiri. Kini 'ganja dan candu' telah pun beredar dengan leluasanya di dalam masyarakat kita. Manakala 'belacan' masih tetap diharapkan. Bimbang juga nanti jika keturunan kita akan terpaksa memasak dengan memasukkan candu akibat tiada pilihan dan buta kepada keturunan. Jika sayangkan anak cucu keturunan kita, jika sayangkan Nabi saw, jika sayangkan Allah dan agamaNya ini, maka situasi ini mesti diubah. Yang haq mesti diakukan sebagai haq dan yang batil wajib kita tentang. Biarpun berlesen, candu tetap membawa mudarat. Jika hari ini kita masih tahu berfikir dan menolak, apakah anak cucu cicit kita nanti mampu berfikir seperti kita? Apakah mereka akan berpeluang untuk berfikir seperti kita nanti? Jangan nanti suatu hari, yang berjubah dan berserban atau yang bertudung labuh kita anggap sebagai terroris. Sedangkan yang mendedahkan sebahagian besar dari kulit tubuhnya kita anggap gadis yang suci. Wana'uzubillahi minzalik... "Ya Allah! Berikanlah balasan kebaikan buat hambaMu Allahyarham Euku Zakaria bin Euku Nyak Puteh. Sesungguhnya hanya Engkaulah sebaik² pemberi kebaikan. Dan jadikanlah kami serta keturunan kami manusia yang soleh dan taat..." Sekian buat kali. Segala yang baik datang dari Allah dan yang tidak baik adalah akibat kejahilan saya sendiri. Wabillahitaufiq walhidayah. Wassalamualaikum warahmatullah… -Abu Naqibah- Komen dan kritikan membina dialu2kan. Email saya di [EMAIL PROTECTED] atau lawati http://abunaqibah.blogspot.com/ ------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> Great things are happening at Yahoo! Groups. See the new email design. http://us.click.yahoo.com/TISQkA/hOaOAA/yQLSAA/TXWolB/TM --------------------------------------------------------------------~-> -------------------------------------------------------------------------- All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise. If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest". -------------------------------------------------------------------------- Recommended sites: Angkatan Belia Islam Malaysia : http://www.abim.org.my Jamaah Islah Malaysia : http://www.jim.org.my Radio Islam Kuliyyah : http://www.kuliyyah.com Palestinkini Info : http://www.palestinkini.info Partai Keadilan Sejahtera : http://pk-sejahtera.org Fiqh Siber : http://al-ahkam.net/ The Muslim Brotherhood : http://ikhwanweb.com Yahoo! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/ <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [EMAIL PROTECTED] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/
