Istimewa untuk ahli-ahli yahoogroups semua..

Assalamualaikum wrb.


Tuan/Puan

Sukacita dimaklumkan KLINIK BERHENTI MEROKOK di HOSPITAL SELAYANG telah dibuka 
untuk orang awam / sesiapa sahaja yang ingin BERHENTI MEROKOK. Khidmat / 
kaunseling ini akan di berikan oleh Pegawai Pendidikan Kesihatan, Pembantu 
Perubatan atau Jururawat Terlatih yang bertugas dan ianya adalah percuma untuk 
sesiapa sahaja. Klinik kami dibuka setiap hari Rabu 2.30 petang hingga 5 
petang. Hubungi 03-61203233 sambungan 3155 / 3158 untuk temujanji.

 

            Hari      : Setiap Hari Rabu ( mulai 3 Mei 2006)

            Masa    : 2.30 petang hingga 5.00 petang

            Tempat : Pusat Sumber Promosi Kesihatan,

                          Aras 3 Klinik Pakar, Hospital Selayang.

 

Sehubungan itu, mereka yang ingin mendapatkan kaunseling dan berhasrat untuk 
berhenti merokok, dijemput datang atau menghubungi pihak kami untuk mendapatkan 
tarikh temujanji.

 

Sekian, dimaklumkan. Terima kasih.

 

'Practise A Healthy Lifestyle'

 

Syahril Rizal Abd Kadir

 

Medical Assistant

Health Education Dept

Hospital Selayang

 

03-61203233 Ext 3155
 

-----Original Message-----
From: [email protected] [mailto:[EMAIL PROTECTED] On Behalf Of "ALIAS 
JAWAHIR"
Sent: 28/06/2006 9:30 AM
To: Ikhwanul Muslimun
Subject: Re: Bismillah [hidayahnet] Budaya Atau Agama?

Assalammualaikum...

Saya rasa tabiat merokok patut dihentikan...baik pada seorang perempuan mahu 
pun seorang lelaki.

Kebanyakkan orang kita....pemikiran mereka dah dikelirukan oleh musuh2 ISLAM. 
Yang buruk dikatakan baik..manakala yang baik dikatakan sebaliknya.

Mendedah aurat tu kan tak baik....tapi MEROKOK TU BAIK KE?...kalau baik..

TOLONG SENARAIKAN KEBAIKAN MEROKOK.....kalau dapat 2 kebaikan ....teruskan lah 

Kalau tak.....baik tinggalkan saja tabiat tu.


:- bekas perokok

>>> ruzaihan.junit 6/22/2006 12:58:34 PM >>>
Assalamualaikum warahmatullah*

Segala  puji  bagi  Allah,  Tuhan  sekalian alam. Aku bersaksi bahawa tiada 
Tuhan  yang  disembah  selain  Allah yang Esa, tiada sekutu bagiNya dan aku 
bersaksi  bahawa  Nabi  Muhammmad  saw  itu  hamba  dan pesuruhNya. Selawat 
berserta  salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad saw yang memiliki akhlaq 
terpuji  dan  menjadi ikutan selamanya. Juga buat orang2 yang beramal soleh dan 
kesekalian dari kita.

Bismillahir Rahmanir Raheem*

Semalam petang, ketika berborak dengan teman², tiba² terkeluar cerita tentang 
wanita yang merokok. Entah saya sendiri tidak berapa ingat bagaimana topik ini 
terkeluar tetapi ia kemudiannya menjadi 'tajuk perbahasan yang hangat' di situ. 
Masing² dengan cara sendiri. Tetapi secara keseluruhannya, kemsemua yang ada 
menyelar perbuatan itu (walaupun kami sendiri adalah perokok).

Yang seronoknya apabila ada seorang yang berkata wanita atau perempuan yang 
melakukan perbuatan itu seakan tidak tahu malu. Kutukan demi kutukan terkeluar 
yang kemudiannya disambut dengan gelak ketawa. Terkadang hinaan yang 
dikeluarkan agak memedihkan. Mujurlah, Alhamdulillah, di kalangan ahli keluarga 
saya yang perempuan tidak ada yang merokok.

Kemudian ada seseorang yang menyebut tentang senario di ibu pejabat kami di 
Kuala Lumpur. Katanya, di sana keadaan perempuan menghidap rokok adalah suatu 
kebiasaan. Tidak ada apa yang hendak dipelikkan. Malah terdapat seorang 
perempuan yang agak berusia, bertudung dan berbaju kurung tetapi sering 
kelihatan berada dan menghisap rokok di smoking area.

Masing² menggeleng kepala. Ternyata mereka amat malu dengan tindakan perempuan 
bertudung yang merokok itu. Rasanya sentimen terkuat mereka untuk berasa malu 
adalah kerana wanita itu seorang Melayu. Kerana hampir kesemuanya menyuarakan 
bahawa merokok bukan amalan wanita Melayu. Dan kata mereka, merokok biasa 
dikaitkan dengan wanita jalang atau pelacur.

Saya agak kurang bersetuju dengan kenyataan itu. Juga kenyataan bahawa rokok 
adalah pembunuh. Kerana nenek saudara saya, yang pastinya seorang wanita adalah 
seorang perokok tegar. Beliau tidak jalang, bukan pelacur malah adalah seorang 
perempuan kampung yang baik. Tetapi beliau telah meninggal dunia lebih kurang 
lima tahun yang lepas, pada usia 104 tahun akibat penyakit tua, bukan barah.

Baiklah, itu bukan isunya di sini. Yang menjadi isu ialah perbuatan merokok 
oleh perempuan bertudung itu tadi. Apa pendapat anda? Secara peribadi, saya 
tidak bersetuju jika wanita itu dikatakan memalukan. Namun saya tidak 
mengatakan perbuatan merokok itu baik. Tidak. Cuma jika hendak 'dijijikkan'
wanita itu semata² atas satu amalan 'sekecil' itu adalah tidak wajar.

Fatwa telah dikeluarkan dan merokok dihukumkan sebagai makruh. Walaupun ianya 
makruh yang menghampiri haram, namun makruh tetap makruh. Jadi, apakah logik 
untuk kita keji seorang yang melakukan perbuatan yang setakat makruh dengan 
kejian yang lebih menghinakan dari seorang yang lain yang tidak melakukan 
perbuatan makruh tersebut tetapi melakukan perbuatan yang haram pula?

Sebagai contoh, perbuatan merokok, larangannya tidak disebutkan di dalam 
al-Quran yang merupakan qalam Allah. Tetapi perbuatan menutup aurah dituntut 
secara terang di dalamnya. Begitu juga perbuatan menghampiri zina, pengambilan 
untung yang berlebihan dan riba serta banyak lagi perbuatan² yang Allah 
sebutkan sebagai menzalimi Allah dan diri mereka sendiri.

Yang peliknya, orang kita tidak pula merasa malu apabila melihat kaum mereka 
melakukan perbuatan sebegini. Malah, pendedah aurah seperti beberapa penyanyi 
popular dipuja dan disanjung. Inilah yang saya lihat sebagai songsang. Kerana 
wanita bertudung yang merokok dipandang hina manakala wanita yang tidak merokok 
tetap dipandang mulia walaupun sebenarnya menafikan perintah Allah.

Mengapa kita tidak sibuk untuk berapa malu apabila melihat seorang wanita 
Melayu mendedahkan rambut dan lehernya serta bentuk buah dadanya (walaupun 
berbaju kurung)? Mengapa kita tidak malu melihat pasangan muda yang dilahirkan 
dalam keluarga muslim dan belum berkahwin berjalan berpimpinan tangan dan 
berpeluk² di depan khalayak? Malah kita boleh pula anggap sebagai trend masa 
kini.

Itulah, berjuang pada perkara yang tidak betul. Paksinya sudah tepat, 
menggalakkan kebaikan dan mencegah kemungkaran. Namun perkaranya yang salah. 
Memang elok jika kita bertindak menggalakkan orang berhenti merokok (bukan 
mencemuh perokok). Tetapi mengapa mesti ditekankan perkara ini dan dalam masa 
yang sama terus sahaja membiarkan perkara mungkar yang lain berleluasa?

Apakah kita sebenar seorang pejuang agama atau lebih kepada pejuang bangsa?
Apakah kita sebenarnya lebih sedih melihat seorang meninggalkan nilai budayanya 
sedangkan yang meninggalkan nilai iman tidak menjanakan apa² rasa kecewa dalam 
jiwa kita? Mungkin kerana itu kita terlalu berminat dengan permainan makyung 
dan bertindak mempertahankannya walaupun ianya melencongkan aqidah...

Hari ini, seorang penyanyi wanita yang togel kepala dan dadanya digelar sebagai 
penyanyi yang bersopan. Sedangkan seorang penyanyi wanita lain yang bertudung 
sering pula diejek dan dicemuh kerana dikatakan kuat bahkan sering dilihat 
terkangkang² ketika menyanyi. Ada yang jelas mengatakan itu memalukan kerana 
tidak melihatkan ciri kesopanan wanita timur.

Pada hakikat keduanya adalah sama. Keduanya memang memalukan. Kerana si 
penyanyi yang mendedahkan aurah sememangnya terang salah manakala si penyanyi 
yang bertudung pula mengalunkan suaranya dengan alunan yang mendayu bagi 
menarik perhatian orang juga satu kesalahan. Hanya yang tidak sedapnya, 
penyanyi yang tidak bertudung itu dianggap lebih sopan?

Apa sebenarnya yang dikatakan sopan? Mungkin boleh kita sebut seorang nyah yang 
berlemah lembut dalam berbuat sesuatu kita katakan sebagai sopan? Demi Allah 
tidak! Nyah tetap nyah. Biarlah selembut manapun dia tetap biadap kerana 
menolak ciptaan dan ketentuan Yang Maha Pencipta dan Maha Menentukan. Jika 
begitu, mengapa hendak dikaitkan pendedah aurah dengan sifat sopan?

Mana yang lebih utama? Mentaati tatasusila kesopanan Melayu atau mentaati 
perintah Yang Maha Menciptakan? Fikirkanlah. Mungkin benar wanita yang merokok 
kelihatan jelik. Tetapi sebenarnya wanita yang mendedahkan aurah adalah jauh 
lebih jelik. Jika hendak amr-bil-ma'ruf, nahi-'anil-mungkar, sebolehnya biarlah 
paksi yang sebenarnya. Janganlah, yang menangkap ayam di hutan kita penjarakan 
tetapi yang mencuri kesemua harta orang kampung kita biarkan.....

Sekian  buat  kali.  Segala yang baik datang dari Allah dan yang tidak baik 
adalah akibat kejahilan saya sendiri.

Wabillahitaufiq walhidayah.

Wassalamualaikum warahmatullah*

-Abu Naqibah-

Komen  dan  kritikan  membina dialu2kan. Email saya di [EMAIL PROTECTED] atau 
lawati http://abunaqibah.blogspot.com/

------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> Great 
things are happening at Yahoo! Groups.  See the new email design.
http://us.click.yahoo.com/TISQkA/hOaOAA/yQLSAA/TXWolB/TM
--------------------------------------------------------------------~->

--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in 
any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved 
otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily 
digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your 
mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the 
title "change to daily digest".

--------------------------------------------------------------------------

Recommended sites:
Angkatan Belia Islam Malaysia  : http://www.abim.org.my
Jamaah Islah Malaysia          : http://www.jim.org.my
Radio Islam Kuliyyah           : http://www.kuliyyah.com
Palestinkini Info              : http://www.palestinkini.info
Partai Keadilan Sejahtera      : http://pk-sejahtera.org
Fiqh Siber                     : http://al-ahkam.net/
The Muslim Brotherhood         : http://ikhwanweb.com
Yahoo! Groups Links





DISCLAIMER:

This e-mail (including any attachments) may contain confidential information. 
If you are not the intended recipient, you are hereby notified that any review, 
distribution, printing, copying or use of this e-mail is strictly prohibited. 
If you have received this e-mail in error, please notify the sender or Bursa 
Malaysia immediately and delete the original message. Opinions, conclusions and 
other information in this e-mail that do not relate to the official business of 
Bursa Malaysia and/or its group of companies ("Bursa Malaysia Group") shall be 
understood as neither given nor endorsed by Bursa Malaysia Group and Bursa 
Malaysia Group accepts no responsibility for the same. All liability arising 
from or in connection with computer viruses and/or corrupted e-mails is 
excluded to the fullest extent permitted by law.





------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> Great 
things are happening at Yahoo! Groups.  See the new email design.
http://us.click.yahoo.com/TISQkA/hOaOAA/yQLSAA/TXWolB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 

--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in 
any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved 
otherwise. 

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily 
digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your 
mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the 
title "change to daily digest". 

--------------------------------------------------------------------------

Recommended sites:
Angkatan Belia Islam Malaysia  : http://www.abim.org.my
Jamaah Islah Malaysia          : http://www.jim.org.my
Radio Islam Kuliyyah           : http://www.kuliyyah.com
Palestinkini Info              : http://www.palestinkini.info
Partai Keadilan Sejahtera      : http://pk-sejahtera.org
Fiqh Siber                     : http://al-ahkam.net/
The Muslim Brotherhood         : http://ikhwanweb.com 
Yahoo! Groups Links



 










/---------------------------------------------------------------------------\

Confidential and/ or privileged information may be contained in this
e-mail and any attachments transmitted with it ('Message'). If you are
not the addressee indicated in this Message (or responsible for 
delivery of this Message to such person),you are hereby notified that
any dissemination, distribution, printing or copying of this Message or
any part thereof is prohibited. Please delete this Message if received 
in  error and advise the sender by return e-mail. Opinions, conclusions
and other information in this Message that do not relate to the 
official business of this company shall be understood as neither given
nor endorsed by this company.

This mail is certified Virus Free by *ProtectNow! (InternetNow Sdn Bhd) 
*Scanner Engine powered by Norman Virus Control

\--------------------------------------------------------------------------/






------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
See what's inside the new Yahoo! Groups email.
http://us.click.yahoo.com/2pRQfA/bOaOAA/yQLSAA/TXWolB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 

--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in 
any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved 
otherwise. 

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily 
digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your 
mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the 
title "change to daily digest". 

--------------------------------------------------------------------------

Recommended sites:
Angkatan Belia Islam Malaysia  : http://www.abim.org.my
Jamaah Islah Malaysia          : http://www.jim.org.my
Radio Islam Kuliyyah           : http://www.kuliyyah.com
Palestinkini Info              : http://www.palestinkini.info
Partai Keadilan Sejahtera      : http://pk-sejahtera.org
Fiqh Siber                     : http://al-ahkam.net/
The Muslim Brotherhood         : http://ikhwanweb.com 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 


Kirim email ke