Anwar desak BPR siasat Samy Vellu
Sat | Jul 01, 06 | 01:33:14 PM
Oleh Wan Nordin Wan Yaacob
KUALA LUMPUR, 1 Jul (Hrkh) - Penafian Menteri Kerja Raya, Dato' Seri S.Samy Vellu berhubung dakwaan keterlibatannya dalam skandal membabitkan kelewatan penyiapan bangunan Martrade milik Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti) dipandang serius oleh bekas Menteri Kewangan, Dato' Seri Anwar Ibrahim.

Anwar dalam satu kenyataannya berkata, Kementerian Kerja Raya telah memberikan cadangan kepada kementeriannya (ketika berada dalam kerajaan) untuk meluluskan tender kepada sebuah anak syarikat kerajaan negeri Selangor, Perangsang International Sdn Bhd (PISB).

Samy Vellu bagaimanapun menafikannya dalam laporan media bahawa kementeriannya mencadangkan pembinaan Menara Matrade diberikan kepada Ireka Construction Berhad tetapi Kementerian Kewangan (yang dipimpin Anwar ketika itu) tidak bersetuju, sebaliknya memilih PISB.

Anwar yang juga Penasihat Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) mendesak Badan Pencegah Rasuah (BPR) menyiasat Samy Vellu atas skandal Matrade.

Dalam sidang media yang diadakan di kediaman beliau di Damansara 29 Julai lepas, Anwar memberitahu bahawa Bahagian Perbendaharaan bertindak atas arahan yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Tender yang dipengerusikan oleh Timbalan Menteri Kewangan (ketika itu) Tan Sri, Abdul Ghani Othman (kini Menteri Besar Johor).

Anwar terpaksa mendedahkan kes ini kerana Kementerian Kerja Raya mengambil sikap mudah dalam melepaskan tanggungjawab apabila projek Menara Matrade gagal disiapkan dalam masa yang ditetapkan dan menuding jari kepada Kementerian Kewangan.

Jelas Anwar, dalam meluluskan sesebuah kontrak, ia melibatkan beberapa langkah dalam proses asas iaitu, Bahagian Kontrak akan meneliti cadangan yang diterimanya dan kemudian dibawa kepada Jawatankuasa Tender.

Dalam kes Matrade, Anwar memberitahu pegawai-pegawai kementeriannya membuat penelitian dengan mendalam kerana projek tersebut mendapat campurtangan daripada Menteri Kerja Raya.

“Ini diperkukuh oleh cadangan BPR melalui jawatankuasa kabinet yang saya pengerusikan,” kata Anwar.

Selain daripada Matrade, Anwar juga mendesak agar BPR menjalankan siasatan kepada projek-projek lain yang melibatkan Kementerian Kerja Raya termasuk projek Lebuhraya MRR2 di mana ia mengandungi elemen kegiatan rasuah dan perilaku jenayah.

PISB gagal menyiapkan projek itu mengikut jadual hingga menyebabkan kos pembinaannya melambung naik kepada RM287.5 juta.

Projek tersebut yang dimulakan pada tahun 1994 hanya berjaya disiapkan awal tahun ini oleh kontraktor baru, sedangkan ia sepatutnya disiapkan pada 1997.

PISB telah didenda sebanyak. RM159.8 juta atas kegagalan menyiapkan projek tersebut tetapi berjaya melepaskan diri apabila syarikat tersebut dijual serta ditukar nama./wann.

*************************************
Sekiranya terdapat sebarang komen, aduan, cadangan, pendapat, rencana atau sebagainya, sila emelkan ke [EMAIL PROTECTED]. Artikel akan disiarkan di ruangan Surat Pembaca atau bersesuaian.


All new Yahoo! Mail "The new Interface is stunning in its simplicity and ease of use." - PC Magazine __._,_.___

--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".

--------------------------------------------------------------------------

Recommended sites:
Angkatan Belia Islam Malaysia  : http://www.abim.org.my
Jamaah Islah Malaysia          : http://www.jim.org.my
Radio Islam Kuliyyah           : http://www.kuliyyah.com
Palestinkini Info              : http://www.palestinkini.info
Partai Keadilan Sejahtera      : http://pk-sejahtera.org
Fiqh Siber                     : http://al-ahkam.net/
The Muslim Brotherhood         : http://ikhwanweb.com





YAHOO! GROUPS LINKS




__,_._,___

Kirim email ke