Assalamualaikum warahmatullah… Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan yang disembah selain Allah yang Esa, tiada sekutu bagiNya dan aku bersaksi bahawa Nabi Muhammmad saw itu hamba dan pesuruhNya. Selawat berserta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad saw yang memiliki akhlaq terpuji dan menjadi ikutan selamanya. Juga buat orang2 yang beramal soleh dan kesekalian dari kita.
Bismillahir Rahmanir Raheem… Baru sebentar tadi, sebelum masuk waktu Isya', saya menelefon anak saudara saya yang akan melanjutkan pelajar di UiTM Kota Semarahan (kalau tak salah saya) di Sarawak dan akan berangkat esok untuk urusan pendaftaran pada hari Isnin nanti. "Macam mana?" tanya saya. "Takutlah Pak Usu. Angah tak biasa pergi jauh². Betul! Angah tak pernah pergi jauh macam ni." jawabnya. Bukanlah dia tidak pernah tinggal di asrama. Sebelum ini dia menghabiskan tingkatan 4 dan 5nya di Sekolah Teknik Azizah. Tetapi itu di Larkin, Johor Bahru. Masih terlalu dekat dan boleh pulang setiap minggu. Lalu saya ceritakan pengalaman saya kepadanya. "Pak Usu dulu masa masuk MRSM Jasin, Melaka seorang juga. Lagilah. Baru berusia 16 tahun masa itu..." Saya tahu. Melaka dan Sarawak memang jauh berbeza. Bukan dari segi jarak, malah juga budaya. Namun hakikatnya tetap juga jauh. Ketika itu kami tidak punyai banyak wang. Saya tidak mampu membeli tiket bas yang berharga RM16 (kalau tak silap) untuk pulang setiap bulan. Hinggakan perkahwinan kakak kedua saya pun terpaksa saya tinggalkan kerana kesuntukan wang. Kemudian saya yakinkan kepadanya bahawa orang Sarawak memang ramai yang baik². Sama sahaja. Di mana² akan sentiasa wujud orang yang baik dan orang yang jahat. Dan setelah memberikan sedikit nasihat dan ucapan tahniah, kami menamatkan perbualan. Kami memang tidak mampu berbual panjang kerana waktu Isyak sudah semakin hampir. Tetapi perbualan sesingkat itu mengungkit semula kenangan lalu. Sebenarnya selepas SRP (kini PMR), saya tidak tahupun ada sekolah bernama MRSM. Tetapi suatu hari, ketika sedang berehat di kedai jiran saya, saya terlihat di televisyen iklan tawaran kemasukan ke MRSM. Ketika itu keputusan SRP masih belum dikeluarkan. Saya hanya berjenaka dengan teman saya ketika saya katakan bahawa keputusan yang bakal saya peroleh akan melayakkan saya ke MRSM. Namun tak semena² abang teman saya (yang ketika itu menuntut di UKM) menghempas buku dan berkata "Jangan confident sangat." Saya terkedu. Memang betul keputusan belum diumumkan. Tetapi apakah salah saya bergurau begitu? Mengapa mesti sampai menghempas buku? Apakah seorang yang bersekolah di sekolah yang bertaraf kampung seperti saya mumang sudah pasti bodoh? Saya hanya mendiamkan diri sambil bertekad untuk betul² memohon untuk masuk ke MRSM. Sebenarnya saya tidak pernah punya niat untuk meninggalkan Sekolah Menengah Majidi Baru kerana bagi saya, jika semua pelajar pandai ke sekolah pandai, maka keseimbangan tidak akan wujud. Tetapi saya hanya ingin membuktikan bahawa bukan hanya dia yang boleh layak ke universiti. Dan ditaqdirkan, apabila keputusan diumumkan, ternyata memang saya layak. Tanpa banyak bicara saya memohon dan Alhamdulillah diterima. Tetapi saya mengambil keputusan untuk menolak kerana perbelanjaan yang terlalu besar (untuk mebeli cadar, sarung bantal dan lain² keperluan) sedangkan ketika itu keluarga saya sedang sibuk menguruskan majlis perkahwinan kakak saya. Tetapi ayah teringin benar melihat anaknya bersekolah di sekolah asrama penuh. Setelah 5 anak²nya tidak ke mana, biarlah yang bungsu ini seorang menjadi wakil. Saya pergi juga dengan perasaan yang bercampur². Gembira, sedih, risau dan berbagai lagi. Apa yang pasti, bukan seperti zaman sekarang, saya tidak dapat menghubungi keluarga saya dengan kerap. Paling kerap pun, hanya seminggu sekali. Teringat lagi waktu bangun pagi yang pertama di dormitori. Tidak ada lagi ibu yang akan menyiapkan sarapan jemput² atau lempeng. Tidak ada lagi Ateh yang akan duduk di sebelah. Petang² juga dilalui hanya dengan kawan². Tidak ada lagi pertengkaran dengan adik beradik. Tidak ada. Hidup hanya dihabiskan di dorm dan juga di bilik kelas. Tetapi lama-kelamaan situasi begitu menjadi biasa kepada saya. Dan hari ini saya rindukan suasana itu. Suasana prep... Dan Alhamdulillah, saya lulus SPM dengan keputusan yang elok. Tidaklah terlalu cemerlang tetapi cukuplah untuk melanjutkan pelajaran ke universiti. Saya ditempatkan dalam kursus Kejuruteraan Petroleum, walaupun sebenarnya saya tidak tahu apa itu Kejuruteraan petroleum. Sengaja saya pilih UTM kerana ianya di Johor Bahru. Tetapi saya telah tersalah kira. Kerana fakulti saya ketika itu berpusat di kampus Jalan Semarak, Kuala Lumpur. Sekali lagi saya berjauhan dengan keluarga. Hanya kali ini saya telah punya pengalaman. Maka ianya tidaklah sesukar pengalaman yang pertama. Namun, berjauhan dengan keluarga bukanlah perkara yang terindah. Ada banyak pengalaman yang telah saya kutip ketika menuntut di UTM. Namun bukan itu yang ingin saya ceritakan di sini. Artikel ini sengaja saya tulis dan tujukan khas buat adik² yang bakal melanjutkan pelajaran mereka ke universiti atau kolej atau apa sahaja. Seperti nasihat saya kepada anak saudara saya tadi, apa yang paling penting ialah untuk berkawan sebaik sahaja selesai mendaftar. Dan jikalau mencari kawan, janganlah semberono. Carilah kawan yang mampu mengingatkan kita ketika kita terlupa dan menegur kita ketika kita tersilap. Bukan kawan yang semata² untuk berseronok. Kerana jika itu yang kita pilih, jangan menyesal apabila keputusan yang bakal kita capai mengecewakan. Saya pernah melaluinya. Saya pernah hampir disingkirkan dari universiti. Buat Deq Nor dan semua yang akan melanjutkan pelajaran ke menara gading, ingatlah di bahu anda bukan sahaja terpikul dengan masa hadapan anda sendiri tetapi juga harapan dan impian ibu bapa. Soal cinta, biarkan dahulu ke sisi. InsyaAllah anda semua akan bercinta apabila sampai masanya. Buat masa ini, tumpukan dulu kepada pelajaran. Berilah peluang keluarga anda berbangga dengan kajayaan anda kelak. Dan yang paling penting, memintalah dan berdoalah kepada Allah. Kerana hanya Dialah yang dapat membantu dalam apa jua suasana pun. Dan Allah amat² menyukai hambaNya meminta kepadaNya. Tukarkanlah niat supaya belajar kerana Allah, bukan kerana hendak mendapatkan kerja yang baik, gaji yang lumayan atau untuk dianggap pandai. Semoga dengan itu Allah akan menjaga kita, insyaAllah. Kepada mereka semua, ikhlas saya ucapkan... "SELAMAT MELANGKAH KE MENARA GADING DAN SELAMAT MENEMPUH ALAM PENUH KEJAYAAN..." Sekian buat kali. Segala yang baik datang dari Allah dan yang tidak baik adalah akibat kejahilan saya sendiri. Wabillahitaufiq walhidayah. Wassalamualaikum warahmatullah… -Abu Naqibah- Komen dan kritikan membina dialu2kan. Email saya di [EMAIL PROTECTED] atau lawati http://abunaqibah.blogspot.com/ -------------------------------------------------------------------------- All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise. If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest". -------------------------------------------------------------------------- Recommended sites: Angkatan Belia Islam Malaysia : http://www.abim.org.my Jamaah Islah Malaysia : http://www.jim.org.my Radio Islam Kuliyyah : http://www.kuliyyah.com Palestinkini Info : http://www.palestinkini.info Partai Keadilan Sejahtera : http://pk-sejahtera.org Fiqh Siber : http://al-ahkam.net/ The Muslim Brotherhood : http://ikhwanweb.com Yahoo! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/ <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [EMAIL PROTECTED] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/
