Harian metro, 7 julai
2006<http://www.hmetro.com.my/Current_News/HM/Thursday/Setempat/20060706095317/Article/indexm_html>


<http://www.hmetro.com.my/Current_News/HM/Section/indexm_html?mysec=BeritaUtama>
   [image: hmt]

Oleh Zainal Zawawi Mohamed

KUALA LUMPUR: Seorang wanita kini menanggung derita apabila tiga lubang
terpaksa ditebuk di perutnya selepas dipercayai minum 'susu ajaib' yang
kononnya mampu menyembuhkan penyakit darah tinggi dan kencing manis di
sebuah kedai makan di Sekinchan, Selangor, baru-baru ini.

 <http://www.kicks.com.my/>
Doktor di sebuah hospital di ibu negara juga terpaksa memasukkan sejenis
alat di tangan mangsa apabila badannya menjadi lembik dan perutnya
membuncit.

Norhayati Jalaludin, 43, berkata susu awal lembu yang diminumnya itu tidak
mempunyai tarikh luput, logo halal serta nama kilang yang mengeluarkan
produk berkenaan.

"Pada pertengahan Jun lalu, saya meminum susu itu yang dipromosi di sebuah
kedai ketika berhenti rehat bersama suami di Sabak Bernam ketika dalam
perjalanan ke Bagan Datoh, Perak.

"Kira-kira dua jam selepas minum susu, badan saya lemah dan tangan tidak
boleh angkat serta perut membuncit," katanya, ketika ditemui, di sini,
semalam.

Beliau berkata, berikutan itu, suaminya segera menghantarnya ke Hospital
Sabak Bernam (HSB) untuk rawatan.

Menurutnya, doktor menahannya untuk rawatan selama 10 hari di hospital
berkenaan sebelum memindahkannya ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk
rawatan pakar.

"Hasil pemeriksaan, doktor mendapati saya tidak menghidap penyakit lain dan
meminta saya memberitahu sekiranya ada termakan atau terminum apa-apa ubat
dalam tempoh 24 jam sebelum jatuh sakit.

"Saya memaklumkan hanya minum sejenis susu yang dikatakan dapat mengurangkan
penyakit darah tinggi dan kencing manis," katanya.

Norhayati berkata, berdasarkan pemerhatian, doktor mengesahkan susu yang
diminumnya tidak sesuai sehingga menyebabkannya jatuh sakit.

Beliau berkata, hidupnya kini semakin menderita apabila suaminya, Ramli
Osman, 47, diberhentikan kerja berikutan terpaksa menjaganya ketika menerima
rawatan selama dua minggu di HKL.

"Saya meminta pihak berkuasa mengambil tindakan segera terhadap pengeluar
susu terbabit kerana bimbang ramai lagi mangsa bakal menerima nasib sama
seperti saya," katanya.



-- 
"Manusia yang rugi hidupnya ialah manusia yang dikurniakan akal, tetapi
tidak mahu berfikir mengenai kebesaran Allah. Dikurniakan penglihatan,
tetapi tidak mahu melihat kebaikan. Dikurniakan pendengaran, tetapi tidak
mahu mendengar nasihat dan dikurniakan hati tetapi tidak mahu menghayati
kebesaran Allah."





------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
Something is new at Yahoo! Groups.  Check out the enhanced email design.
http://us.click.yahoo.com/SISQkA/gOaOAA/yQLSAA/TXWolB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 

--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in 
any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved 
otherwise. 

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily 
digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your 
mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the 
title "change to daily digest". 

--------------------------------------------------------------------------

Recommended sites:
Angkatan Belia Islam Malaysia  : http://www.abim.org.my
Jamaah Islah Malaysia          : http://www.jim.org.my
Radio Islam Kuliyyah           : http://www.kuliyyah.com
Palestinkini Info              : http://www.palestinkini.info
Partai Keadilan Sejahtera      : http://pk-sejahtera.org
Fiqh Siber                     : http://al-ahkam.net/
The Muslim Brotherhood         : http://ikhwanweb.com 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 


Kirim email ke