Dari lama dulu saya dok cakap: Malaysia ni bukan untuk rakyat Malaysia! Tu ha depa yang bendera ada keris terhunus tu, depa nak jual Malaysia ni kat orang luar supaya depa dapat buat duit bebanyak dan lari keluar bila ada malapetaka kena kita nanti. Kita rakyat Malaysia...? Bila dah terjadi, kang kita semua jadi hamba pada orang asing ni.

Hari tu kapal pengangkut udara Ronald Reagn dok mai. Si Najib dengan bangga dok hebahkan bagaimana kerjasama rapat kita ngan Amerika laknat tu. Dia tak tahu kah kapal itu bawa kapalterbang untuk pi serang orang Iraq dan mungkin kemudian orang Iran? Atau dia buat tak tahu je...bab dia kata Malaysia akan jadi sebuah negara atau tempat persinggahan dan berehat tentera celeka tu!

Woi! Tentera amerka celaka tuh mai berehat kat Malaysia bawa maksiat! Dulu waktu perang kat Vietnam, Filipina dan Thailand tempat tentera tu berehat dan buat maksiat. Sekarang ni kita lak?

Dah lepas bunuh orang Iraq beragama Islam dan pelbagai lagi, depa nak bunuh orang Iran, kemudian buat maksiat mereka kat sini...bertambah lagi le anak luar nikah dan kes murtad. Bertambah lagi le rakyat kita kena AIDS! Tang tu nak bangga...? Sedarlah sikit rakyat Malaysia woi.


From: "Hassan, Haslim" <[EMAIL PROTECTED]>
Subject: Pemimpin Umno Galakkan Maksiat???

Nampak gaya pemimpin umno kita nak galakkan maksiat demi menjana industri pelancungan.

>>"Lanjutan waktu operasi di pusat karoake, pub, kelab malam dan
>>restoran yang menyediakan aktiviti bersih ini perlu dilaksanakan
>>segera terutama di lokasi tarikan pelancong seperti kawasan segi tiga
>>emas Kuala Lumpur dan Pulau Pinang.

Hmm! Pusat karaoke, pub, kelam malam tu termasuk dalam kategori tempat yg menyediakan aktiviti bersih ke???

>>Beliau juga meminta kerajaan mengkaji semula kadar cukai terhadap
>>minuman beralkohol di negara ini yang disifatkan terlalu tinggi
>>sehingga menyebabkan pelancong asing mengeluh.

Jadi pemimpin kita ni nak guna arak sebagai tarikan untuk pelancung asing datang ke negara Islam Hadhari???

Mungkin bagi mereka2 yg mudah lupa, Tengku Adnan ni jugak lah dulunya (tak pasti kalau masih)adalah toke judi, pemegang saham individu terbesar Bukit Tinggi Resort Berhad yg ada mesin kasino.

Jadi apa nak hairan kalau pemimpin yg memang hidupnya gemar dan bergelumang dgn maksiat dan perkara haram, tidakkah ianya cenderung utk membawa unsur haram kedalam masyarakat; sanggup menggadai perintah agama dan melanggar batas halal-haram demi keuntungan dunia yg sedikit???

Tidakkah ini juga usaha utk mengundang bala' dan musibah?
Kalau tidak dalam bentuk bencana alam, musibah juga boleh dalam bentuk jenayah dan gejala sosial yg semakin rancak???

"Terima kasih" kepada penyokong2 dan pengundi2 yg melantik beliau jadi pemimpin yg tumpang sama dalam saham maksiat!

>>>>>>>>>>>>
>>>>>>>>>>>>>>

Lanjut operasi pusat hiburan
Daripada Faiza Zainudin

HO CHI MINH: Kementerian Pelancongan mahu waktu operasi pusat hiburan termasuk kelab malam, restoran dan pub di bandar utama di Malaysia dilanjutkan hingga jam 5 pagi bagi membolehkan pelancong asing yang berkunjung menikmati aktiviti kehidupan malam dengan ceria.

Menterinya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, berkata lanjutan waktu operasi itu perlu dalam menarik minat pelancong asing bercuti di negara ini kerana keadaan sedia ada tidak menarik minat mereka berkunjung meskipun pelbagai promosi tarikan dilakukan.

Beliau berkata, bandar utama seperti Kuala Lumpur dan Pulau Pinang selain pusat tarikan pengunjung seperti pulau Langkawi seakan 'bandar tidak bernyawa' pada waktu malam berbanding di negara jiran terdekat seperti Singapura dan Thailand.

"Bandar raya seperti Kuala Lumpur sangat 'malap' pada waktu malam, tiada aktiviti hiburan, mereka (pelancong asing) tidak tahu buat apa selepas jam 12 malam, pusat membeli-belah pun tutup jam 10 malam.

"Walaupun segelintir tempat menyediakan aktiviti malam, mereka tidak tahu tempat berkenaan, oleh itu, perkara ini (waktu operasi) perlu diselaras kerana ia membabitkan pihak berkuasa tempatan (PBT) di seluruh negara yang memberi lesen dan menguatkuasa undang-undang," katanya pada sidang media selepas mengadakan pertemuan dengan Pengarah Jabatan Pelancongan Ho Chi Minh, Nguyen Thi Lap Quoc, di sini, petang semalam.

Tengku Adnan berada di bandar raya ini dua hari, bermula kelmarin, sempena mempromosi Tahun Melawat Malaysia 2007 (TMM07).

Sementara itu, Tengku Adnan berkata perkara itu perlu dilaksana segera kerana ia membantu meningkatkan pembangunan industri pelancongan negara yang menjadi salah satu sektor utama yang menyumbang pendapatan negara.

Beliau berkata, tambahan pula, kerajaan kian giat melakukan pelbagai usaha menarik pelancong sempena TMM07 tahun depan selain bagi mencapai sasaran 24 juta pelancong menjelang 2010.

"Lanjutan waktu operasi di pusat karoake, pub, kelab malam dan restoran yang menyediakan aktiviti bersih ini perlu dilaksanakan segera terutama di lokasi tarikan pelancong seperti kawasan segi tiga emas Kuala Lumpur dan Pulau Pinang.

"Namun bagi pusat hiburan berhampiran kawasan perumahan, ia tidak dibenarkan kerana ia boleh menganggu ketenteraman awam," katanya.

Tengku Adnan, berkata pihaknya sebelum ini sudah berbincang perkara itu dengan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Ruslin Hassan dan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Zulhasnan Rafique, namun sehingga kini belum sebarang keputusan berhubung perkara itu.

"Secara asasnya, mereka bersetuju dan masih mengkaji perkara itu. Saya harap penggubalan undang-undang mengenai perkara itu dapat dilaksanakan secepat mungkin," katanya.

Ditanya mengenai kesan negatif cadangan itu sekiranya dilaksanakan, Tengku Adnan, berkata perkara itu boleh dilaksanakan dengan baik sekiranya penguatkuasaan dapat dilakukan dengan berkesan.

"Perkara ini berkaitan dengan penguatkuasaan, kalau kurang umur, memang tidak boleh masuk ke tempat macam itu.

"Kita tidak boleh menidakkan cara hidup pelancong asing yang suka berhibur dan 'minum' dan kita kena mendidik rakyat kita, perkara mana yang baik dan tidak baik.

"Selama ini, Malaysia mengamalkan toleransi dalam pelbagai hal termasuk beragama, mungkin orang tidak suka saya cakap begini, namun kita kena praktikal," katanya.

Beliau juga meminta kerajaan mengkaji semula kadar cukai terhadap minuman beralkohol di negara ini yang disifatkan terlalu tinggi sehingga menyebabkan pelancong asing mengeluh.

"Minuman seperti 'beer' dan 'wine' menjadi minuman harian mereka, masa makan pun mereka minum.

"Kadar harga di negara ini terlalu tinggi, sehingga beratus ringgit sebotol. Kalau kadar cukai minuman keras dinaikkan tidak mengapa, tetapi yang kurang keras ini perlu diteliti semula," katanya.
http://www.bharian.com.my/m/BHarian/Thursday/Nasional/20060705234251/Article/

CONFIDENTIALITY NOTICE: This communication (which term shall include any attachments) contains information which is confidential and proprietary in nature and the copyright in which belongs to Interpharma Asia Pacific or a subsidiary of Interpharma Asia Pacific (hereafter referred to jointly and singularly as Interpharma) or a third party.

This communication is intended solely for the individual to whom it is addressed. If you are not the intended recipient of this communication, you may not disseminate, distribute, copy or otherwise disclose or use the contents of this communication without the written authority of Interpharma. If you have received this communication in error, please delete and destroy all copies and kindly notify the sender by return email or telephone immediately. Thank you.

Interpharma makes no representations or warranties in respect of the integrity of this communication, including but not limited to any warranty that this communication is free of errors, viruses or other malicious code, interception or interference.


The all-new Yahoo! Mail goes wherever you go - free your email address from your Internet provider. __._,_.___

--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".

--------------------------------------------------------------------------

Recommended sites:
Angkatan Belia Islam Malaysia  : http://www.abim.org.my
Jamaah Islah Malaysia          : http://www.jim.org.my
Radio Islam Kuliyyah           : http://www.kuliyyah.com
Palestinkini Info              : http://www.palestinkini.info
Partai Keadilan Sejahtera      : http://pk-sejahtera.org
Fiqh Siber                     : http://al-ahkam.net/
The Muslim Brotherhood         : http://ikhwanweb.com





SPONSORED LINKS
Divine inspiration Islam


YAHOO! GROUPS LINKS




__,_._,___

Kirim email ke