Utusan Malaysia, 7 julai 2006
<http://utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2006&dt=0707&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_04.htm>

IBNU al-Banna masyhur dalam bidang matematik, astronomi, astrologi dan
metafizik. Nama penuhnya ialah Abu al-Abbas Ahmad bin Muhammad bin Usman
al-Azdi Ibnu Banna al-Marukkushi. Beliau dilahirkan di Maghribi pada 29
Disember 1256M dan meninggal dunia pada hari Jumaat, 31 Julai 1321M di
Maghribi.

Pada mulanya, beliau mendalami bidang bahasa Arab, tata bahasa, hadis, fiqh
dan tafsir al-Quran di kampung halamannya. Kemudiannya, Ibnu al-Banna
diperkenalkan dengan ilmu matematik dan perubatan.

Beberapa kali beliau memenuhi undangan sultan-sultan Marinid ke Fez dan
sekali gus memanfaatkan kesempatan itu untuk mengumpul dan menghimpunkan
murid-muridnya dari Fez dan Maghribi. Kadang-kala Ibnu al-Banna digambarkan
sebagai seorang yang datang dari jauh bersama dengan reputasinya yang
cemerlang dalam bidang matematik dan astronomi di Barat.

Walaupun beliau telah membuat beberapa rumus aljabar tingkat tinggi,
khususnya perhitungan yang melibatkan pecahan-pecahan dan akar-akar pangkat
dua (rumus approximasi), Ibnu al-Banna telah menjadi seorang ilmuwan
terkemuka. Beliau mampu menghurai jelaskan prinsip-prinsip perhitungan
bentuk-bentuk ghubar (hisah ghubar adalah satu cara perhitungan yang berasal
dari Parsi).

Terdapat kira-kira 80 karya Ibnu al-Banna dengan cabang ilmu pengetahuan
yang berbeza-beza melibatkan tata bahasa, penggunaan bahasa, retorik, fiqh,
usuluddin, tafsir al-Quran, logik, pembahagian warisan (al-faraid), ramalan,
astronomi, meteorologi dan matematik termasuk sebuah resume karya Imam
al-Ghazali, Ihya' Ulumuddin.

Karyanya, Risalah fi al-Anwa adalah karya yang masih bertahan hingga ke hari
ini. H.P.J Renaud pada 1948 telah menterjemah dan menyunting buku tersebut
ke bahasa Perancis dengan tajuk, Le Calendrier d'Ibn al-Banna de Marrakech.
Karya penting beliau iaitu Talkhis A'mal al-Hisab juga telah diterjemahkan
oleh A. Marre dan diterbitkan di Rom pada 1865.


-- 
"Manusia yang rugi hidupnya ialah manusia yang dikurniakan akal, tetapi
tidak mahu berfikir mengenai kebesaran Allah. Dikurniakan penglihatan,
tetapi tidak mahu melihat kebaikan. Dikurniakan pendengaran, tetapi tidak
mahu mendengar nasihat dan dikurniakan hati tetapi tidak mahu menghayati
kebesaran Allah."




--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in 
any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved 
otherwise. 

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily 
digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your 
mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the 
title "change to daily digest". 

--------------------------------------------------------------------------

Recommended sites:
Angkatan Belia Islam Malaysia  : http://www.abim.org.my
Jamaah Islah Malaysia          : http://www.jim.org.my
Radio Islam Kuliyyah           : http://www.kuliyyah.com
Palestinkini Info              : http://www.palestinkini.info
Partai Keadilan Sejahtera      : http://pk-sejahtera.org
Fiqh Siber                     : http://al-ahkam.net/
The Muslim Brotherhood         : http://ikhwanweb.com 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 


Kirim email ke