Puas sudah memikirkan kaedah dan cara supaya
kanak-kanak terutama yang duduk di saf belakang tidak
membuat bising dan bermain terutamanya ketika khatib
sedang membacakan khutbah Jumaat. Fenomena ini berlaku
dikebanyakkan masjid di seluruh Malaysia dan Masjid
Bandar Baru Senawang tidak terkecuali mengalami
fenomena yang sama.

Pihak jawatankuasa masjid telah beberapa kali
melakukan usaha agar kanak-kanak yang hadir solat
Jumaat ini tidak membuat bising dan bermain-main
ketika khatib sedang berkhutbah. Ada beberapa kali
khatib sebelum memulakan khutbah menasihatkan
kanak-kanak di belakang agar tidak membuat bising.
Namun hanya sekejap sahaja, malah nasihat tersebut
tidak didengari kanak-kanak kerana mereka sedang
bercakap-cakap dan bermain ketika itu.

Ada juga pihak jawatankuasa masjid mencadangkan supaya
diletakkan poster-poster supaya kanak-kanak tidak
membuat bising ketika khutbah Jumaat, namun masih
belum terlaksana.

Maka pada Jumaat 7 Julai 2006 dicubalah usaha
mengedarkan risalah kecil bersaiz 4 inci x 6 inci dan
diedarkan kepada kanak-kanak yang duduk di saf
belakang sebelum khatib berkhutbah.

Dengan izin Allah, usaha ini berjaya. Sebaik khatib
menaiki mimbar, suara kanak-kanak yang pada mulanya
bising beransur-ansur senyap dan akhirnya sunyi sepi.
Apa yang kedengaran ialah bunyi kipas-kipas yang
sedang berpusing.

Ini membuktikan kanak-kanak orang Islam sebenarnya
boleh diberi nasihat, tetapi perlu kena caranya.
Dengan itu tidaklah sepatutnya diletakkan kesalahan
sepenuhnya kepada kanak-kanak yang membuat bising
ketika khatib sedang berkhutbah. Orang dewasa serta
ibu bapa harus memikirkan kaedah-kaedah yang sesuai
untuk mendidik anak-anak mengikut peredaran zaman.

Mungkin kaedah ini sesuai digunakan di kawasan
Senawang, kalau keadah ini tidak sesuai digunakan
tidak tempat lain maka perlu difikirkan pula keadah
lain.

Apa yang tertulis pada risalah yang diedarkan pada
kanak-kanak di Masjid Bandar Baru Senawang sebelum
khutbah Jumaat ialah :
ANAK-ANAK HENDAKLAH DIAM KETIKA KHATIB SEDANG
BERKHUTBAH PADA HARI JUMAAT DAN TIDAK BERMAIN-MAIN

IBU BAPA DISARANKAN MENASIHATI ANAK-ANAK MENJAGA ADAB
KETIKA BERADA DI MASJID

DIAM SEWAKTU MENDENGAR KHUTBAH JUMAAT. Hadis Abu
Hurairah r.a. : “Rasulullah saw telah bersabda :
Apabila engkau berkata kepada temanmu, diamlah! pada
hari Jumaat. Padahal imam sedang berkhutbah, maka kamu
benar-benar telah melakukan satu perkara yang sia-sia
iaitu lalai.” Sahih Muslim
 


     
  Syarak Mengata , Adat Menurut - Syarak Dijunjung , Adat Dijulang
   
  Sudi-sudi layari blog saya di http://waghih.blogspot.com




__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Tired of spam?  Yahoo! Mail has the best spam protection around 
http://mail.yahoo.com 




--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in 
any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved 
otherwise. 

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily 
digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your 
mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the 
title "change to daily digest". 

--------------------------------------------------------------------------

Recommended sites:
Angkatan Belia Islam Malaysia  : http://www.abim.org.my
Jamaah Islah Malaysia          : http://www.jim.org.my
Radio Islam Kuliyyah           : http://www.kuliyyah.com
Palestinkini Info              : http://www.palestinkini.info
Partai Keadilan Sejahtera      : http://pk-sejahtera.org
Fiqh Siber                     : http://al-ahkam.net/
The Muslim Brotherhood         : http://ikhwanweb.com 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 


Kirim email ke