Saya mau tanya juga,
 
Apakah Adriano juga seorang Muslim ? Karena pada pertandingan Liga Champion, saya melihatnya di kamera TV langsung, ia berdo'a sebagaimana seorang muslim (menadahkan kedua belah tangannya ke atas) dan kemudiansetelahnya ia  menyapu wajahnya dengan kedua belah tangannya.Ini dia lakukan sebelum pertandingan dimulai.
 
 
----- Original Message -----
From: ayeh sd
Sent: Tuesday, July 04, 2006 11:47 AM
Subject: Bismillah [hidayahnet] Ramai pemain bolasepak di Piala Dunia beragama Islam

wrote:From: [EMAIL PROTECTED]
Subject: Ramai pemain bolasepak di Piala Dunia beragama Islam

Bolasepak Piala Dunia 2006: Ribery damai dalam Islam � Islam Bukan 
Halangan

Ribery damai dalam Islam � Islam Bukan Halangan
Paris: Pemain kebangsaan Perancis, Franck Ribery tidak menyangka
tindakannya menadah tangan memohon kepada Tuhan, seperti lazim dilakukan
oleh org Muslim, sebelum sepak mula perlawanan sulungnya, kelmarin mencuri
tumpuan umum bahawa dia sudah memeluk Islam. Bagi Ribery, 23, dia
melihat keperecayaan barunya itu adalah hal peribadi dan tidak suka
memperkatakannya dikhalayak ramai, kerana bimbang disalah tafsir penyokong
Perancis.




Pemain tengah dan sayap Olympique Marseill itu juga enggan memberitahu
wartawan, kisah dia memeluk Islam , biarpun isterinya berasal dari
Maghribi memaikan peranan penting mengapa dia memeluk Islam. Sesetengan
media mendapat tahu semua itu berlaku selepas dia bermain utk kelab
Galatasary di Turki selama setahun dan membantu kelab itu muncul juara Piala
Turki pada 2005. Ribery jarang bercakap mengenai keyakinan terhadap
keimanan sebagai seorang Muslim dan mendesak supaya papazazzi tidak
menggangunya.

� Islam adalkah sumber kekuatan saya sama ada diluar atau didalam
pedang permainan,� katanya. �Saya menghadapi kesukaran dalam membina karier,
juateru saya mahu mencari kedamaian dlm jiwa dan akhirnya saya menemui
Islam�

Berita mengenai Ribery memeluk Islam pertama kali didedahkan oleh
Majalah L�Express awal tahun ini, biarpun majalah mingguan itu tidak
menyebut namanya dan hanya menyatakan seorang pemain skuad kebangsaan
Perancis sering dilihat pergi ke masjid, di selatan Marseille. Menuru satu
kajian, ratusan penduduk Perancis memeluk Islam setiap tahun dinegara
itu, namun mereka merahsiakannya kerana takut ditindas di rumah dan
tempat kerja disebabkan pandangan streotaip mengaitkan Islam dengan
keganasan.

Kapten Zinadini Zidane atau �Zainuddin Yazid Zidane� juga seorang
Muslim. Begitu juga bekas jurulatih Perancis dan Jepun, Philippe Troussier
memeluk Islam apabila mengahwini Dominique di ibu negara Maghribi.

Bekas penyerang Liverpool dan Manchester City, Anelka yg digugurkan
dlm senarai skuad Perancis, menggunakan nama �Bilal� apabila memeluk
Islam. Dia kini berhijrah menyertai kelab Liga Turki, Fenerbahce.


Zainuddin Yazid Zidane


Nicolas "Bilal" Anelka


Philippe Troussier



Perancis kini didiami antara enam hingga tujuh juta penduduk islam,
golongan minoriti terbesar di Eropah. Steve Bradore dr Organisasi Shehada
yg mengendalikan urusan berkaitan pemelukan Islam berkata masyarakat
Muslim Perancis sepatutnya berbangga dengan Ribery.

�Dia adalah contoh yg membanggakan kami berdasarkan persembahan unik
dan kesederhanaannya,� katanya kepada Islam Online.net.

Ribery dikatakan calon pengganti Zidane kerana pemain yg tiga kali
dinobatkan Pemain Terbaik Fifa Sepanjang Zaman , bakal menarik diri selepas
Piala Dunia 2006.

Dia memulakn karier bersama kelab tempatan, US Boulogne dan kemudian
berpindah ke Ales, Brest dan FC Metz. Perpindahanya ke Marseille
membolehkan Ribery menjadi pemain terbaik Perancis bagi bulan November 2005
sebelum dipilih menyertai skuad kebangsaan ke Jerman.

Islam Bukan Halangan
Franck Ribery bukan pemain Islam tunggal beraksi di Piala Dunia 2006
selain pemain Arab Saudi, Iran dan Tunisia. Rakan sepasukannya dalam
skuad Perancis, Zinedine �Yazid� Zidane juga beragama Islam. Dia yg
berketurunan Algeria membantu Perancis menjuarai Piala Dunia 1998 dan Euro
2000. Kehebatan corak permainan Zidane diiktiraf menerusi pemilihannya
sebagai Pemain Terbaik Dunia sebanyak tiga kali.

Sweden pula mempunyai dua pemain Muslim dlm pasukannya Zlatan
Ibrahimovic dan Rami Shaaban. Zlatan lahir dalam keluarga imigran
Bosnia-Herzegovina yg berpindak ke Malmo, Sweden, manakala Rami pula campuran
keturunan Mesir dan etnik Finland.



Zlatan Ibrahimovic


Rami Shaaban


Belanda turut memiliki dua pemain beragama Islam, Robin van Persie dan
Khalid Boulahrouz. Persie,menjaring gol menerusi sepakan percuma ketika
menentang Ivory Coast, Jumaat lalu memeluk Islam selepas berkahwin
dengan teman wanitanya yg berketurunan campuran Belanda-Maghribi, Bouchra
.

Khalid pula diturunkan sebagai pemain gantian dalam dua perlawanan
Belanda sebelum ini ketika menentang Serbia dan Montenegro serta Ivory
Coast. Pemain pertahan ini juga berketurunan Belanda-Maghribi.


Robin van Persie


van Persie bersama isteri, Bouchra


Khalid Boulahrouz


Ivory Coast pula menyenaraikan dua pemain adik beradik beragama Islam,
Kolo Toure dan Yaya Toure. Kolo bermain di posisi pertahanan manakala
Yaya tengah. Yaya kini bermain utk kelab Greece, Olympiakos dan
prestasinya mencuri perhatian beberapa kelab gergasi termasuk Manchester
United, Chelsea dan AC Milan. Namun dia tidak menerima semua tawaran itu
kerana mempunyai impian bermain bersama abangnya, Kolo di Arsenal



Kolo Toure


Yaya Toure



http://grenbara.bravejournal.com/


Want to be your own boss? Learn how on Yahoo! Small Business.
__._,_.___

--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".

--------------------------------------------------------------------------

Recommended sites:
Angkatan Belia Islam Malaysia  : http://www.abim.org.my
Jamaah Islah Malaysia          : http://www.jim.org.my
Radio Islam Kuliyyah           : http://www.kuliyyah.com
Palestinkini Info              : http://www.palestinkini.info
Partai Keadilan Sejahtera      : http://pk-sejahtera.org
Fiqh Siber                     : http://al-ahkam.net/
The Muslim Brotherhood         : http://ikhwanweb.com





SPONSORED LINKS
Divine inspiration Islam


YAHOO! GROUPS LINKS




__,_._,___

Kirim email ke