__._,_.___
Saudara Pengarang,
Semalam kita dihidangkan dengan berita yang 'menyeronokkan' yang kononnya akan menjadikan cita-cita Malaysia negara maju semakin hampir. Bayangkan wujudnya 'bullet train' atau keretapi peluru yang menjadikan perjalanan Kuala Lumpur - Singapura hanya 90 minit.
Memang membanggakan. Tidakkah kita terfikirkan kesan-kesan lainnya. Siapa yang untung dan siapa yang rugi?. Apa akan jadi dengan KLIA dan MAS? Dengan usaha terbaharu kerajaan Singapura yang bertegas untuk terus menjadikan Changi sebagai 'hub' penerbangan serantau, KLIA akan terus jadi gajah putih yang tak berdaya saing. MAS akan terus gulung tikar dan buang ramai lagi pekerja.
Siapakah yang akan gunakan penerbangan MAS dari London ke KLIA untuk ke Kuala Lumpur (termasuk naik teksi/limo selama sejam dari KLIA ke KL) kalau boleh naik Singapore Airline ke Singapura dan terus ke KL Sentral dengan 'Bullet train' dengan masa yang sama atau lebih cepat?
Yang mencadangkannya pula bukan kerajaan, tetapi YTL. Memanglah YTL syarikat rakyat Malaysia. Tetapi adakah mereka berjiwa Malaysia atau tindak-tanduk mereka menguntungkan negara? Pengalaman TNB dan IPP sudah cukup untuk melihatkan bahawa mereka hanya mementingkan duit dan bukan negara atau
patriotisma.
Sekarang semua rakyat terpaksa membayar harga yang tinggi untuk tenaga elektrik dan inflasi yang terjadi akibat kenaikan tarik elektrik. Kita tahu dari Tan Sri Ani Arope bahawa mereka dapat konsesi IPP pun dengan cara yang tidak wajar; kronism dan penyalahgunaan kuasa.
Sekarang nak berikan pula projek,yang akan lingkupkan KLIA dan MAS yang sekarang pun dah nyawa-nyawa
ikan.
Atas nama nak cepat maju dan keterbukaan, kerajaan Abdullah Badawi telah banyak terlepas pandang. Dasar Automatif Nasional mengorbankan Proton. Apa yang kita dapat dengan kepelbagaian kereta di jalanraya?.
Lainlah kroni yang senyum meleret dengan APnya. Apa yang kita dapat dengan menukar nama kereta Korea dengan nama tempatan, dan kemudian kata ini kereta Malaysia?. Dengan Proton, sekurang-kurangnya kita dapat membangun teknologi sendiri walau pun secara perlahan-lahan. Tak cukup dengan itu, AIROD 'dijual' kepada Singapura.
Satu masa nanti, TUDM dam pesawat-pesawat pejuang kita mengharapkan belas kasihan Singapura untuk diperbaiki atau untuk dapatkan spareparts. Sekarang ini pun kapal terbang kita memerlukan lampu hijau Singapura untuk terbang, kerana radar di selatan tanahair dikuasai Singapura. Pengalaman angkatan udara
Iran sebelum dan selepas revolusi sepatutnya dijadikan pengajaran.
Bagi Singapura kalau boleh semua dia nak kuasai. Kerajaan Thaksin tumbang kerana jual saham syarikat keluarganya penting kepada Singapura. Malangnya rakyat Malaysia tidak seperti rakyat Thailand.
Saya tak tahu apa dah jadi dengan politik UMNO. Adakah ini sebahagian dari tindak tanduk Abdullah Badawi dan menantunya untuk memperlekehkan Tun Dr Mahathir. Mula dengan Proton, sekarang KLIA, dan lepas ini runtuhkan KLCC pulak.
Ataukah ini peperangan dan perebutan harta antara kroni-kroni? Yang sahih, rakyat semakin susah dek kos sara hidup yang melangit. Inilah yang dikatakan UMNO menang sorak kampung tergadai.
Kalau dah pandir, pandir juga! - mks.
--------------------------------------------------------------------------
All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.
If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".
--------------------------------------------------------------------------
Recommended sites:
Angkatan Belia Islam Malaysia : http://www.abim.org.my
Jamaah Islah Malaysia : http://www.jim.org.my
Radio Islam Kuliyyah : http://www.kuliyyah.com
Palestinkini Info : http://www.palestinkini.info
Partai Keadilan Sejahtera : http://pk-sejahtera.org
Fiqh Siber : http://al-ahkam.net/
The Muslim Brotherhood : http://ikhwanweb.com
YAHOO! GROUPS LINKS
- Visit your group "hidayahnet" on the web.
- To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
- Your use of Yahoo! Groups is subject to the Yahoo! Terms of Service.
----------------------------------------- (on mail)
email-body was scanned and no virus found ---------------------------------------------------------
