| Pendedahan dokumen gagal nafi tuduhan Mahathir |
Oleh Abu Bakar Rahman
"Walaupun pada mulanya kita merasakan jawapan kerajaan itu
boleh diterima tetapi jawapan-jawapan itu tidak disertakan dengan bukti yang tidak boleh disangkal mana-mana pihak, termasuk Dr Mahathir dan Singapura.
"Lebih parah lagi, bagaimana kalau Singapura menafikan penjelasan kerajaan itu?" katanya.
Beliau berkata, mendedahkan Dr Mahathirlah orang yang bertanggungjawab melakukan kedua-dua perkara itu tidak menyelesaikan masalah kerana Dr Mahathir sebelum ini mendakwa beliaulah yang telah menghentikan amalan menjual pasir kepada Singapura atas alasan memudaratkan integriti kawasan pesisir dan kedaulatan Malaysia.
"Dr Mahathir juga mendakwa, walaupun tentera udara Singapura pernah diberi kebenaran untuk menggunakan ruang udara Malaysia pada masa lepas, beliaulah yang memutuskan untuk menarik balik kebenaran itu," katanya.
Apa yang menjadi persoalan paling besar, kata Mohamad Sabu, ialah Dr Mahathir pula yang menuduh kerajaan
Malaysia, yang berusaha untuk membina jambatan lurus bagi menggantikan jambatan bengkok atau jambatan indah seperti yang telah diputuskan oleh pentadbirannya, telah menawarkan penjualan pasir dan kebenaran menggunakan ruang udara kepada Singapura.
Jawapan yang diberikan kerajaan, katanya, hanya menyatakan Singapura yang membangkitkan isu penjualan pasir kepada pulau itu dalam mesyuarat di antara Perdana Menteri Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Menteri Kanan Singapura, Goh Chok Tong pada 1 Mac 2005 dan seterusnya menyatakan apa yang berlaku dalam mesyuarat itu menangkis dakwaan bahawa kerajaan sekarang yang membangkitkan isu pasir di meja rundingan.
"Oleh kerana penjelasan kerajaan menyebut mengenai mesyuarat di antara Perdana Menteri Malaysia dan Menteri Kanan Singapura, mesyuarat tentu mempunyai minitnya. Di mana minit mesyuarat yang boleh membuktikan bahawa Singapura yang membangkitkan perkara itu? Mengapa tidak
dilampirkan minit mesyuarat itu dan adakah ia tidak boleh diklasifikasikan semula?" tanya Mohamad Sabu.
Mengenai kenyataan kerajaan bahawa Dr Mahathir sendiri telah memasukkan isu ruang udara sebagai satu pertukaran (trade off) dan menjadi sebahagian daripada isu berpakej yang ingin diselesaikan bersama Singapura ketika mengadakan beberapa rundingan daripada 1998 sehingga 2002, antaranya terbukti dalam kandungan surat Dr Mahathir kepada Menteri Kanan Singapura, Lee Kuan Yew pada 4 Mac 2002, beliau berkata perkara itu juga memerlukan penjelasan lanjut.
"Tidak memadai sekadar menyatakan fakta tersebut menangkis dakwaan Dr Mahathir bahawa kerajaan sekarang yang menawarkan penggunaan ruang udara Malaysia oleh jet-jet pejuang Singapura."
"Soalnya, jika Chok Tong yang membangkitkan lagi isu tersebut dalam mesyuarat dengan Abdullah pada 1 Mac 2005, di mana minit mesyuarat untuk membuktikan bahawa Chok
Tong yang membangkitkan perkara itu dan apa pula reaksi Abdullah dan kerajaan Malaysia?" kata Mohamad Sabu lagi.
Kerajaan mengklasifikasikan semula dokumen-dokumen rahsia itu berikutan tuntutan Dr Mahathir yang mahukan kerajaan mengklasifikasikan semula dokumen-dokumen berkaitan rundingan antara Malaysia dan Singapura mengenai projek jambatan yang telah dibatalkan selepas Menteri Luar, Datuk Syed Hamid Albar menyatakan kerajaan tidak pernah menawarkan penjualan pasir dan penggunaan ruang udara Malaysia kepada Singapura.
Tindakan itu akan membolehkan kerajaan memberikan bukti dalam bentuk dokumen bagi menyokong dakwaan kerajaan bahawa Malaysia, dalam usahanya hendak membina sebuah jambatan baru ke Singapura, tidak menawarkan untuk menjual pasir dan kebenaran menggunakan ruang udara kepada republik itu, kata Dr Mahathir dalam satu kenyataan.
"Jika tidak benar bahawa Malaysia telah menawarkan untuk
menjual pasir kepada Singapura dan memberikan ruang udara bagi pesawat perang untuk mengadakan latihan, maka Menteri Luar itu mesti menunjukkan dokumen bukti, termasuk minit mesyuarat-mesyuarat dan draf perjanjian-perjanjian di mana cadangan-cadangan itu dibuat."
"Ini boleh dilakukan dengan cara mengklasifikasikan semula minit mesyuarat-mesyuarat antara pasukan-pasukan Malaysia dan Singapura yang berunding untuk membuktikan secara melampaui keraguan kenyataan menteri berkenaan. Akta Rahsia Rasmi tidak seharusnya digunakan untuk menyembunyikan kebenaran," kata bekas Perdana Menteri ketika menjawab kenyataan Syed Hamid.
Dalam jawapan bertulisnya kepada Ketua Pembangkang Lim Kit Siang, Syed Hamid berkata Malaysia tidak membuat kedua-dua tawaran itu kepada Singapura seperti yang didakwa oleh Dr Mahathir.
Dr Mahathir berkata, tanpa dokumen-dokumen berkenaan, hendaklah diandaikan bahawa Malaysia, yang
berusaha untuk membina jambatan lurus bagi menggantikan jambatan bengkok atau jambatan indah seperti yang telah diputuskan oleh pentadbiran terdahulu yang pembinaannya sudahpun bermula sebelum ia dibatalkan, telah membuat tawaran itu.
Dr Mahathir seterusnya berkata, berdasarkan pemahaman beliau, cadangan itu datang daripada Malaysia dan bahawa tiada apa-apa bukti bertulis yang menunjukkan bahawa permintaan itu sebenarnya berasal dari Singapura.
Mengenai dakwaan oleh Syed Hamid bahawa pasir telah dijual kepada Singapura sejak zaman pemerintahan beliau lagi, bekas Perdana Menteri berkata kuantitinya pada masa itu sangat kecil berbanding apa yang ditawarkan kepada Singapura sekarang yang berjumlah sehingga satu bilion meter padu bagi tempoh 20 tahun.
Beliau berkata walaupun pasir dijual kepada Singapura semasa zaman pemerintahannya dahulu, amalan itu berlaku sejak sebelum beliau menjadi Perdana
Menteri lagi.
Dr Mahathir menegaskan bahawa beliaulah yang telah menghentikan amalan seumpama itu, yang pada masa itu dilakukan oleh entiti swasta, selepas amalan seumpama itu terbukti memudaratkan integriti kawasan pesisir dan kedaulatan Malaysia.
"Ini kerana kerja-kerja menebus guna tanah yang meluas yang dilakukan oleh Singapura telah menjejaskan laluan air di Selat Tebrau," jelas beliau.
Mengenai isu memberi kebenaran menggunakan ruang udara kepada Tentera Udara Republik Singapura (RSAF), Dr Mahathir berkata tentera udara republik itu pernah diberi kebenaran untuk menggunakan ruang udara Malaysia pada masa lepas.
Bagaimanapun, beliau memutuskan untuk menarik balik kebenaran itu apabila RSAF menyalahgunakan kebenaran itu dengan mengadakan penerbangan melebihi ruang udara Johor dan mengadakan latihan mencari dan menyelamat tanpa memaklumkan atau meminta kebenaran
daripada pihak berkuasa Malaysia.
"Untuk membenarkan RSAF menggunakan ruang udara sekali lagi sebagai satu aturan quid-pro-quo dalam mengejar hasrat membina sebuah jambatan adalah tidak dapat diterima sama sekali terutama apabila tiada apa-apa balasan yang diterima daripada pihak republik itu untuk memberi kebenaran kepada jet-jet Tentera Udara Diraja Malaysia untuk menggunakan ruang udara Singapura," kata beliau. - mr
******************************
Surat/Emel Pembaca
Sekiranya terdapat sebarang komen, aduan, cadangan, pendapat, rencana atau sebagainya, sila emelkan ke [EMAIL PROTECTED]. Sertakan bersama nama, nama pena, alamat, no. kad pengenalan, dan no. telefon (maklumat anda adalah rahsia dan tidak akan disiarkan). Artikel yang diterima dan dikemaskini akan disiarkan di ruangan Surat Pembaca atau bersesuaian.
Sekiranya terdapat sebarang komen, aduan, cadangan, pendapat, rencana atau sebagainya, sila emelkan ke [EMAIL PROTECTED]. Sertakan bersama nama, nama pena, alamat, no. kad pengenalan, dan no. telefon (maklumat anda adalah rahsia dan tidak akan disiarkan). Artikel yang diterima dan dikemaskini akan disiarkan di ruangan Surat Pembaca atau bersesuaian.
Yahoo! Photos NEW, now offering a quality print service from just 7p a photo. __._,_.___
--------------------------------------------------------------------------
All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.
If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".
--------------------------------------------------------------------------
Recommended sites:
Angkatan Belia Islam Malaysia : http://www.abim.org.my
Jamaah Islah Malaysia : http://www.jim.org.my
Radio Islam Kuliyyah : http://www.kuliyyah.com
Palestinkini Info : http://www.palestinkini.info
Partai Keadilan Sejahtera : http://pk-sejahtera.org
Fiqh Siber : http://al-ahkam.net/
The Muslim Brotherhood : http://ikhwanweb.com
YAHOO! GROUPS LINKS
- Visit your group "hidayahnet" on the web.
- To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
- Your use of Yahoo! Groups is subject to the Yahoo! Terms of Service.
