Bismillahirrahmanirrahim Assalamualaikum wbth
Saya memang tak pandai nak buat analisis atas perkara yang berat- berat ini. Tapi rasa terpanggil untuk berkongsi pendapat mengenai permasaalahan yang sedang di hadapi oleh umat Islama masa kini. Saya selalu juga pergi menghadiri ceramah Ugama dari Ustaz Dr. Mohd Asri ini. Sebagai seorang pakar Hadis dan pensyarah di USM, saya amat menghormati ketinggian ilmu beliau. Beliau pernah berkata dengan amat yakin sekali bahawa, Kita amat yakin sekali , memang US tak akan pergi menyerang Iran, kerana dia tahu sebenarnya Iran (puak Syiah) adalah kekuatan US untuk menentang Islam (sunni).Artikel yang di tulis beliau ini telah menjelaskan kenapa. Dalam percaturan Israel-Palestin-Lebanon, memang jelas bahawa Israel yang memulakan serangan ke atas Palestin atas alasan yang amat tipis. Untuk menyelamatkan seorang tentera (budak berumur 19 tahun). Sedangkan pihak Hamas masih ingin terus bermusyawarah, pihak Hizbullah telah membuat percaturan yang salah. Akhirnya, Lebanon yang di serang, sementara Syria (yang memang amat di benci US) pula yang dituduh sebagai pelindung Hizbullah, pun hendak di serang. Pada pandangan saya, jalan pintas yang di maksudkan oleh Dr. Mohd Asri ialah apabila kita terburu-buru mengangkat senjata sedangkan ruang bermusyawarah belum habis di gunakan. Kalau kita gunakan pendekatan Imam Ahmad bin Hambal , yang telah di penjarakan oleh 3 khalifah yang zalim di zamannya,tetapi beliau masih enggan menyuruh pengikutnya untuk mengangkat senjata, walaupun di desak oleh pengikutnya . Alasan beliau ialah, walau se zalim mana pun Pemerintah itu, asalkan beliau tidak memaksa rakyat untuk menyembah selain dari Allah, belum tiba masanya untuk mengangkat senjata. Ini adalah kerana kedamaian sesebuah negara itu lebih berharga dari sebarang peperangan. Memanglah zaman Rasulullah, panggilan Jihad (berperang) itu sering di tunggu-tunggu oleh para Sahabat. Tapi mereka berperang hanya apabila di serang , dan lapangan peperangan tidak melibatkan kawasan penempatan penduduk. Malangnya hari ini, peperangan "di halalkan" di kawasan orang ramai seperti pasar, sekolah, malah masjid sekalipun (astaghfirullah!!).Sedangkan suicide bombers hari ini mati dalam keadaan menderhaka kepada Allah sekiranya tindakan mereka tidak memenuhi syarat peperangan: 1. Di benarkan Pemerintah 2. Di benarkan Panglima tentera sebagai strategi peperangan 3. Hanya menyerang Orang Kafir 4. Bukan Di kawasan orang ramai Tiada siapa bersetuju dengan pendekatan Raja-raja Negara Islam yang memohon perlindungan dari kafir. Tetapi, mereka belum lagi menyuruh rakyatnya menyembah selain Allah (di harap tidak akan sampai ke tahap itu). Apa yang penting ialah kita sama-sama berdoa, semoga pengganti mereka di dedaki untuk mula bertawakal kepada Allah, dan bukan kepada US. Sementara itu, jalankan tanggungjawab kita dengan menyampaikan semoga pihak yang "berkuasa" menjalankan tanggung jawab mereka dengan sebagai seorang Islam . wauAllahualam wassalam --- "Solahuddin Shamsuddin" <solahuddin.shamsuddin@> wrote: > > Min, > > Ini yang aku respect kat engkau ni. Engkau memang pandai buat analisa > politik, > inilah yang aku rasa menjadikan topik ni lebih interesting. Aku tak pandai > bab- > bab analisa politik ni, dan aku rasa aku dapat belajar something dari > analisa politik > engkau dan Dr. Mohd Asri. > > Thanks for the very interesting link. > > Cheers, > Solah > > On 7/17/06, Yasmin Jamaluddin <yasmin.jamaluddin@> wrote: > > > > Solah > > > > Betul apa yg dikatakan oleh Dr Mohd Asri mengenai akidah Sunni dan Syiah > > dan KITA MEMANG DAN WAJIB MENOLAK GOLONGAN SYIAH SEPERTI YANG DINYATAKAN. > > > > > > Dari penulisan Dr Mohd Asri - saya dapat rasakan beliau telah banyak > > mendengar ucapan2 daripada *segelintir kecil* kepimpinan sebuah parti > > politik yg memuji Syiah dan pergerakan Hisbollah - dimana membuatkan beliau > > merasakan pengaruh syiah di Malaysia perlu dibendung dan penjelasan perlu > > dibuat. Alhamdullilah. > > > > Pada ketika umat Islam Sunni disembelih di Palestin sekarang - saya perlu > > bertanya beberapa soalan mengenai artikel beliau (pls limit my scope to the > > present situation in Palestine and Lebanon). > > > > Dr Mohd Asri menulis - *Jika panggilan jihad dibuka, kita ingin > > berbondong-bondong mendatanginya. Namun dalam masa yang sama kita tidak akan > > menggadaikan akidah hanya kerana semangat. Kita mesti menentukan jalan kita > > yang sebenar. Selepas itu, kita tidak peduli lambat atau cepat menuju ke > > destinasi suci, asalkan ia sampai dan diredhai ALLAH. Kita monolak jalan > > pintas dan dekat, apabila kita tahu ia menyesatkan kita dari destinasi > > sebenar dan dibaluti kemurkaan ALLAH. Ya ALLAH! Saksikanlah, sesungguhnya > > hambaMu ini telah menyampaikan!!. > > * > > Saya tidak faham apa beliau maksudkan sebagai jalan pintas ? Bahasa yg > > digunakan terlalu tinggi bagi saya fahami. Apakah apabila Hamas menyatakan > > solidarity dgn Hisbollah - itu bermakna Hamas merestui akidah Syiah > > dan Hamas sudah mengambil jalan pintas ? Jikalau ini adalah alasannya, maka > > haramlah pihak Mujahiddin Afghan menerima bantuan senjata Amerika ketika > > berperang menghadapi Soviet dahulu. > > > > Didalam saat Hamas (Sunni) ditekan - siapakah yg keluar bagi membantu > > mereka ? Bukankah Hizbollah - sebuah pergerakan Syiah - yg membuka satu lagi > > front bagi memecahkan kekuatan tentera Israel. Dan akibatnya - Lebanon > > dibedil menjadi padang jarak. Mungkin Hizbollah mempunyai niat jahat yg > > tersembunyi - tapi mengapa ini nak dipersoalkan pada ketika puak2 Sunni di > > Gaza disembelih dan tidak ada satu pun negara Islam Sunni yang datang > > membantu ? Roket yg meletup di Israel ketika ini bukan roket yg datangnya > > dari Arab Saudi, Libya, Mesir, etc tetapi roket Hisbollah. > > > > Atau kita lebih rela melihat kanak2 dan org Sunni di Gaza dibom, > > dihancurkan daripada melihat Hamas dan Hisbollah bersama2 menentang Israel ? > > > > Ramai sudah ulama sunni yg membuat panggilan jihad, dari Yaman ke > > Indonesia, cuma mungkin bukan ulama sunni yg Dr Mohd Asri ikuti dan hormati > > sehingga beliau menulis : *Jika panggilan jihad dibuka, kita ingin > > berbondong-bondong mendatanginya. *Atau mungkin beliau mengandaikan yg > > beliau adalah pihak ketiga yg tinggal untuk mengkaji agama seperti didalam > > hadis yg disebutkan. > > > > Teringat saya kepada Major (rtd) Yazid Shufaat (ejaan?), yg ketika ini > > merengkok sebagai tahanan ISA dan dikehendaki oleh US didalam peristiwa > > 9/11. Mungkin ada yg mengatakan Major Yazid terlalu terburu2, tidak bijak > > atau sebagainya, namun saya tetap menghormati dan kagum dengan apa yg telah > > beliau lakukan yg saya sampai ketika ini tidak mampu dan takut untuk > > melakukannya. > > > > Beliau tidaklah berpelajaran agama begitu tinggi - tidaklah belajar > > disekolah pondok - tidaklah bergelar seorang Dr atau Ustaz - tetapi jikalau > > apa yg beliau lakukan diikuti oleh kesemua org2 Islam yg berakidahkan Sunni > > - insya Allah - saya yakin dunia ini telah lama di tawan oleh org2 Islam. > > > > Saya tidak ingin mempersoalkan niat Dr Mohd Asri dan melihat dari tulisan > > beliau, sememangnya dan sesungguhnya, darjat, ilmu dan peribadi beliau > > adalah jauh lebih mulia dari diri saya. Cuma sebagai seorang cendiakawan, > > selain daripada memberikan hukum mengenai akidah Sunni dan Syiah - saya > > ingin juga membaca apa yg patut dan perlu dibuat oleh org2 Sunni didalam > > menghadapi bencana yang amat besar ini. > > > > Ilmu agama saya tidaklah tinggi - cuma sampai tingkatan 5 sahaja. Oleh itu > > saya ingin tahu apa yg sebenarnya beliau maksudkan dengan : *Kita mesti > > menentukan jalan kita yang sebenar. Selepas itu, kita tidak peduli lambat > > atau cepat menuju ke destinasi suci, asalkan ia sampai dan diredhai ALLAH. > > * > > > > Apakah jalan yang sebenar itu ? Apakah cukup dengan duduk didalam majlis2 > > agama, sembahyang, membayar zakat, menunaikan haji, puasa, etc ? Apakah > > hati kita tidak terguris dan menangis apabila melihat saudara2 sunni kita > > dibunuh seperti anjing liar ? > > > > Mengapakah Dr Mohd Asri tidak menghentam pemimpin2 Sunni yang menjadi > > punca kepada masalah dan ada pada masa kini membiarkan org2 Sunni disembelih > > di Afghanistan, Iraq, Palestin, Khasmir, Filipina, Indonesia (Maluku), etc. > > Atau apakah hukumnya pengundi2 didalam sistem demokrasi yg memilih pemimpin2 > > Islam yg haprak ? Apakah tidak jelas hukum Islam mengenai perkara ini ? > > > > Atau kita semua sudah terjerat dengan kedudukan kita, kerja kita, keluarga > > kita, periuk nasi, etc sehingga kita merasa terlalu sibuk atau tergugat > > jikalau apa yg kita nyatakan mungkin akan mendatangkan akibat buruk kepada > > diri kita kelak. > > > > Apakah masalah murtad dan seribu satu macam masalah umat Islam di Malaysia > > kini jauh lebih kecil daripada masalah akidah Sunni dan Syiah ? > > > > Pada masa masyarakat Sunni disembelih diseluruh dunia, saya lebih suka > > melihatkan kejatuhan Amerika dan sekutu2nya. Malah, President Venezuala yg > > kafir lebih berani didalam menghentam Kerajaan Amerika daripada pemimpin2 > > OIC yang kebanyakkannya adalah Sunni. > > > > Namun ini tidak bermakna saya menerima akidah syiah walaupun pernah > > beberapa masa dulu dipujuk rayu oleh beberapa org rakan di Malaysia ini. Dan > > saya memohon maaf jikalau apa yg saya utarakan terlalu menggunakan akal. > > > > Reference : Jihad - Hasan Al-Banna > > http://www.youngmuslims.ca/online_library/books/jihad/ > > > > > > On 7/17/06, K'man <kman@> wrote: > > > > > kalau di fikirkan ada betulnya bang solah Kena baca buku sejarah semula > > > nampaknya. Dulu tak berapa minat > > > nak baca. > > > > > > Solahuddin Shamsuddin wrote: > > > > > > > > Dr. Mohd Asri Zainul Abidin > > > > > > > > Sebelum seseorang membicara apa-apa persoalan berkaitan Islam, dia > > > > wajib memastikan bahawa manhaj al-fikir atau cara fikir yang > > > > dianutinya itu betul. Cara fikir manusia memang berbagai. Namun > > > > al-Quran dan al-Sunnah yang thabit memastikan ia bergerak di atas > > > > paksi yang betul. Sesuatu yang kelihatan hebat, tidak memberi apa-apa > > > > makna jika ia bercanggah dengan kedua sumber ini. Justeru itu Allah > > > > menyebut dalam al-Quran Surah al-Baqarah 221: (maksudnya) > > > > > > > > "Dan janganlah kamu berkahwin dengan perempuan-perempuan kafir musyrik > > > > > > > sebelum mereka beriman (memeluk ugama Islam); dan sesungguhnya seorang > > > > hamba perempuan yang beriman itu lebih baik daripada perempuan kafir > > > > musyrik sekalipun keadaannya menarik hati kamu. Dan janganlah kamu > > > > (kahwinkan perempuan-perempuan Islam) dengan lelaki-lelaki kafir > > > > musyrik sebelum mereka beriman (memeluk ugama Islam) dan sesungguhnya > > > > seorang hamba lelaki yang beriman lebih baik daripada seorang lelaki > > > > musyrik, sekalipun keadaannya menarik hati kamu. Yang demikian ialah > > > > kerana mereka (orang-orang kafir itu) mengajak ke neraka sedang Allah > > > > mengajak ke Syurga dan memberi keampunan dengan izinNya. Dan Allah > > > > menjelaskan ayat-ayatNya (keterangan-keterangan hukumNya) kepada umat > > > > manusia, supaya mereka dapat mengambil pelajaran (daripadanya)". > > > > > > > > Media Massa Barat menggempar-gemburkan kehebatan Iran. Iran diberi > > > > ruang oleh Media Barat dengan begitu luas lebar untuk menunjukkan > > > > keberanian dan kehebatannya. Demikianlah Amerika yang mempopularkan > > > > watak Iran yang dipilih olehnya di musim ini sebagai wira penentang > > > > dalam filem terbarunya. Dia juga yang akan membayar gaji artisnya itu > > > > di luar pentas. Dia tidak akan mempopularkan kehebatan HAMAS kerana > > > > itu wira yang tidak dipilih. Namun ramai yang tidak mempunyai manhaj > > > > yang jelas dan pembacaan sejarah yang meluas akan terpengaruh dengan > > > > filem terbaru ini. > > > > > > > > Tidaklah terlalu buruk jika seseorang tertipu dengan mainan media > > > > Barat yang terbaru ini. Biasa saja untuk setiap orang muslim yang > > > > tulen membenci kejahatan kuasa Amerika dan dalam masa yang sama > > > > mengharapkan lahirnya wira yang mampu mencabar dan bertarung dengan > > > > syaitan besar itu. Siapa sahaja yang muncul waktu ini akan disanjung. > > > > Ramai pula yang tidak akan bertanya adakah dia benar-benar wira atau > > > > pelakon yang ditaja. Namun yang lebih buruk apabila seseorang > > > > mempertikaikan akidahnya yang benar hanya kerana terpengaruh dengan > > > > dengan watak dalam filem. Ini seperti seseorang yang memuji agama > > > > hindu dan mempertikaikan Islam hanya kerana terpengaruh dengan watak > > > > hero hindustan dalam filem hindi. Dek kerana sayangkan watak hero yang > > > > > > > dicipta oleh pengarah dan kebencian kepada watak jahat yang > > > > dipamirkan. Pada hal pengarah yang samalah yang mencipta kedua-dua > > > watak. > > > > > > > > Amat pedih rasanya apabila seorang pemimpin paling tinggi sebuah > > > > organisasi politik di Malaysia ini, dalam keghairahannya memuji Iran, > > > > dia memuji mazhab Syiah. Tidak memadai setakat itu, dia menyatakan > > > > mazhab Syiah lebih istimewa dari mazhab Ahli Sunnah kerana memasukkan > > > > jihad sebagai salah satu rukun Islamnya. Aduhai malangnya seorang yang > > > > mengakui dari kalangan Ahli Sunnah wal Jamaah berucap seperti itu. > > > > Saya tidak pasti, apatah al-fadhil kita ini telah melupai hadith dan > > > > pengajian Islam dari kitab-kitab sunni yang pernah dilalui dan > > > > dibacanya, hanya kerana kisah nuklear Iran yang ditonjolkan oleh > > > > Pengarah Amerika. Sesungguhnya rukun Islam bukan diletakkan secara > > > > suka-suka oleh ulama sunni. Ia adalah penyataan Nabi s.a.w., antaranya > > > > dalam hadith Jibril yang masyhur. Ulama Ahli Sunnah tidak mempunyai > > > > sebarang kuasa untuk membuat tambahan atas apa yang diputuskan oleh > > > > baginda Nabi s.a.w. Apatahlagi rukun Islam bermaksud tanggungjawab > > > > fardu 'ain untuk setiap individu tanpa boleh berpada hanya dengan > > > > amalan orang lain. Adapun jihad bukan dalam semua keadaan ia pada > > > > status fardu 'ain. Bahkan dalam sebahagian keadaan ia fardu kifayah. > > > > Walaupun ia sangat penting dalam Islam. Tanpanya umat binasa. Namun ia > > > > bukan rukun Islam yang ditanggung oleh setiap individu muslim. Justeru > > > > > > > itu al-Quran menyebut dalam Surah al-Taubah 122: (maksudnya) Dan > > > > tidaklah (wajar) orang-orang yang beriman keluar semuanya (pergi > > > > berperang); oleh itu, hendaklah keluar sebahagian sahaja dari > > > > tiap-tiap puak di antara mereka, supaya orang-orang (yang tinggal) itu > > > > > > > mempelajari secara mendalam agama, dan supaya mereka dapat mengajar > > > > kaumnya (yang keluar berjuang) apabila orang-orang itu kembali kepada > > > > mereka; mudah-mudahan mereka dapat berjaga-jaga (dari melakukan > > > > larangan Allah)". > > > > > > > > Kemudian kita patut bertanya; dalam sejarah Syiah, adakah pernah > > > > mereka berjihad menentang kuffar dan mempertahan negara umat Islam?!! > > > > Beritahu kita!!! Yang ada hanya penentangan mereka terhadap > > > > kerajaan-kerajaan umat Islam yang lampau dan pembiaran kuffar > > > > menceroboh negara umat Islam. Paling baru 'marji' (tokoh rujuk) mereka > > > > al-Sajistani yang memfatwakan boleh berkerjasama dengan Amerika. Dia > > > > menjadi insan paling damai dan mendapat naungan kuasa jahat itu di > > > > Irak sekarang. Sedangkan dalam masa yang sama ulama-ulama sunni diburu > > > > di serata Irak. Sejarah syiah tidak pernah membukti mereka ingin > > > > berperang dengan Kristian. Bacalah sejarah!! Taqiyyah mereka lebih > > > > tebal dari senjata mereka. Yang ada sekarang ialah penyembelihan kaum > > > > sunni di Irak yang dilakukan secara licik oleh pimpinan Syiah yang > > > > menguasai politik Irak tajaan Amerika. > > > > > > > > Sepanjang sejarah, hanya kaum sunni yang membuka wilayah, kota dan > > > > negara dan mengibarkan bendara jihad menentang kuffar. Adapun syiah > > > > sejarah mereka ialah memerangi para pemerintah dan mengkhinati > > > > beberapa ibu kota umat Islam, termasuk Baghdad pada zaman lampau. Ini > > > > bukan penyataan ekstrimis sunni, tetapi realiti yang dicatatkan oleh > > > > sejarah. Sejarah ialah guru kita yang mengajar bagaimana kita menilai > > > > isu dan suasana. Kehidupan ini hanyalah putaran sejarah, yang ditukar > > > > ganti dengan pelakon-pelakon baru di setiap zaman, namun watak dan > > > > jalan ceritanya sama. > > > > > > > > Bagi saya, sesungguhnya Amerika tidak akan menyerang Iran. Amerika > > > > amat kenal antara musuh dan kawan. Syiah bukan musuh Amerika. Bahkan > > > > ajaran Syiah adalah senjata yang digunapakai untuk menyerang Islam. > > > > Kedudukan Iran yang tidak sunni dan tidak arab itu sentiasa dianggap > > > > oleh negara-negara jirannya sebagai ancaman. Perasaan terancam ini > > > > amat diperlukan oleh Amerika. Justeru, Iran telah mengistiharkan > > > > baru-baru ini, jika dia diserang dia akan menyerang negara- negara Arab > > > > > > > yang mempunyai kepentingan Amerika. Kenyataan ini adalah salah satu > > > > dari buah catur Amerika. Tujuannya, agar negara-negara Arab ketakutan. > > > > Pemimpin-pemimpin arab yang telah lama menggantikan ketakutan kepada > > > > ALLAH dengan ketakutan kehilangan kerusi pemerintahan akan menyeru > > > > Amereka datang. Mereka sedar rakyat mereka membenci mereka. Tawakal > > > > mereka kepada ALLAH telah lama digantikan dengan tawakal kepada > > > > Amerika. Kenyataan Iran itu dicaturkan agar tawakal pemimpin Arab > > > > kepada Amerika lebih kuat dan ruang penempatan dan kuasa Amerika di > > > > dunia Arab bertambah kukuh. Amerika yang ingin kembali mendapatkan > > > > sokongan Arab telah mencaturkan semua ini. Jangan lupa, Amerika > > > > jugalah yang menggalakkan Saddam Hussain memasuki Kuwait dan syaitan > > > > itu juga yang menawarkan perlindungan untuk Kuwait dan negara- negara > > > > Arab yang lain. Mereka berpusu-pusu mengalu-alukan sang syaitan dek > > > > kerana takutkan kekuatan Saddam. Akhirnya, Amerika yang mengaut untung > > > > percaturan politi CIAnya. > > > > > > > > Jangan lupa juga, bahawa kemenangan Khomeini adalah hasil bantuan > > > > Amerika pada tahun 1979. Ketua turus tentera Amerika Pakatan Atlantik > > > > di Eropah telah berada di Iran sepanjang bulan Januari 1979 tanpa > > > > disedari oleh Syah Iran. Dia berperanan memujuk general- general > > > > tentera agar tunduk kepada kehendak rakyat. Dalam masa yang sama dia > > > > meminta agar Syah Iran pergi bercuti pada 11 Januari 1979. Kesempatan > > > > itu untuk memberi ruang kepada rakyat Iran terus menjatuhkan Syah. > > > > Akhirnya, Khomeini yang dalam buangan pulang melakukan revolusi. > > > > Slogannya "Kemerdekaan, Kebebasan, Keadilan Dan Republik Islam". > > > > Selepas pungutan suara yang membawa undian rakyat sebanyak 98% untuk > > > > Khomeini, perlembagaan pun digubal. Khomeini menduduki makam wilayah > > > > fakih, iaitu naib kepada Imam Mahdi yang mempunyai kuasa mutlak ke > > > > atas perlembagaan. Dia berhak menafsir, mengubah dan menghapuskan > > > > undang-undang yang digubal. Kuasa mutlak ini telah menghapuskan slogan > > > > keadilan dan kemerdekaan yang dilaungkan. Dia berada di atas > > > > undang-undang dan perlembagaan. > > > > > > > > Puak sunni adalah minoriti terbesar Iran. Mereka sekitar 25- 30%. Semua > > > > > > > agama seperti Yahudi, Kristian dan Majusi dilindungi oleh perlembagaan > > > > Iran. Malangnya tidak untuk Ahli Sunnah. Unit perisikan khas Khomeini > > > > yang tidak boleh dicabar oleh undang-undang telah bertindak > > > > sezalim-zalimnya terhadap minoriti sunni. Kata Dr Saif ALLAH Muhammad > > > > al-Di'yan: "Golongan yang taksub ini telah membunuh dan menawan para > > > > ulama dan pendakwah Ahli Sunnah serta isteri-isteri mereka. Mereka > > > > memenjara, mengazab dan mencemarkan maruah. Tiada seorang pun ulama > > > > sunni yang selamat. Paling utama yang diazab dan diseksa sehingga mati > > > > oleh mereka ialah al-Syeikh Ahmad Mufti Zadah, pemimpin Ahli Sunnah di > > > > > > > Iran. Sesiapa yang selamat jumlahnya amat sedikit- dipenjarakan di > > > > rumah masing-masing dan diharamkan menemui orang ramai. Mereka > > > > dilarang mengajar dan mentarbiah masyarakat. Tujuannya melaksanakan > > > > agenda mensyiahkan kaum sunni dan menghapuskan sunnah sama sekali di > > > > Iran. Kawasan sunni diharamkan mendapat kemudahan yang diperolehi oleh > > > > oleh rakyat Iran lain. Adapun sekolah, masjid dan hospital mereka > > > > seakan di kurun pertengahan. Semuanya buruk, mundur dan usang. > > > > Sementera Tehran, sekalipun terdapat gereja, pusat kegiatan Kristian, > > > > kuil Yahudi, Majusi, Bahai, Hindu dan berbagai lagi puak sesat, namun > > > > Tehran menjadi satu-satunya ibu kota di dunia ini yang tidak terdapat > > > > padanya masjid untuk golongan sunni. Adapun jawatan-jawatan dalam > > > > kerajaan sama ada di peringkat atasan ataupun bawahan tiada seorang > > > > pun Ahli Sunnah mendudukinya". (Dr Saif ALLAH Muhammad al- Di'yan, Iran > > > > Bain al-Tasyaiyu' wa al-Libiraliyyah, himpunan karya dalam Mustaqbal > > > > al-'Alam al-Islami, Tahaddiyat fi 'alam mutaghaiyir 453-454, Majalah > > > > al-Bayan). > > > > > > > > Sedangkan Ahli Sunnah telah diseksa di zaman Syah Iran kerana terlibat > > > > membantu dan menyokong gagasan Revolusi Khomeini. Inilah balasan yang > > > > mereka terima. Apa yang hendak dihairankan, Khomeini dalam bukunya > > > > Tahrir al-Wasilah menghalalkan harta seorang sunni untuk diambil dan > > > > dirampas dalam apa bentuk sekalipun. Sementara dalam buku yang sama > > > > beliau mengharamkan solat ke atas jenazah seorang sunni. Banyak lagi > > > > jika hendak diungkitkan. Bacalah buku-buku Khomeini sendiri seperti > > > > Tahrir al-Wasilah, Kasyf al-Asrar,Hukumah Islamiyyah dan sebagainya. > > > > > > > > Ada orang kata kita kena sokong Iran, sebab ketika Rum menentang > > > > Parsi, orang Islam menyokong Rum. Al-Quran pun merakamkan hal ini > > > > dalam Surah al-Rum. Saya katakan: ya! Benar. Rum benar-benar menentang > > > > Parsi. Rum lebih baik daripada Parsi dari segi nilainya. Namun orang > > > > Islam akhirnya menumbangkan Rum, seperti mana mereka juga menjatuhkan > > > > Parsi. Mereka tidak pernah kata penyelewengan Kristian Rum itu benar. > > > > Malangnya, adakah Iran akan benar-benar menentang Amerika?!! Adakah > > > > Syiah kurang bahaya?!! Di Malaysia ada yang ambil kesempatan berkempen > > > > Syiah di saat ini. Ada yang mengangkat gambar Khomeini, Khomeinei dan > > > > Sajastani. Ada yang mencerca sahabah dan memaki Abu Bakar dan 'Umar. > > > > Kisah-kisah dusta kononnya Saidina 'Umarlah pembunuh Fatimah bint > > > > RasulilLah s.a.w mula diedarkan. Ada parti politik yang dijadikan > > > > sarang gerakan syiah sejak lama, mula menetaskan telurnya pada musim > > > ini. > > > > > > > > Percayalah! Yang hendak dibela oleh Iran jika diandaikan benar- > > > > hanyalah negara syiahnya. Ia tidak mewakili umat sunnah sama sekali. > > > > Ia hanya mewakili semangat dan jiwa parsinya semata. Adakah mungkin > > > > pimpinan yang mencerca serta mengkafirkan Abu Bakr dan 'Umar dan > > > > menyanggap sesiapa yang mengiktiraf keduanya terkeluar dari agama, > > > > akan membela kita para pencinta Abu Bakr dan 'Umar?!! Ramai mungkin > > > > tidak selesa dengan artikel ini. Namun saya terpaksa menulisnya demi > > > > menyelamatkan benteng-benteng sunni yang ada di negara ini. Saya > > > > bimbang ada yang tersasar. Pada awal kemenangan Revolusi Iran ramai > > > > yang tersasar, termasuk Ikhwan Muslimun. Namun akhirnya, ramai yang > > > > sedar sehingga Said Hawwa yang pada mulanya menghormati Khomeini dan > > > > pernah menziarahinya telah menulis tentang keganjilan akidah dan > > > > pendirian Khomeini dalam bukunya al-Khumainiyyah: Syuzuz fi al-'Aqaid > > > > wa syuzuz fi al-Mawaqif. > > > > > > > > Ramai yang menentang dan membenci Amerika. Cuba dan Korea juga > > > > menentang. Bin Laden juga menentang. Kita juga menentang. Namun, > > > > adakah atas nama menentang Amerika kita ingin korbankan akidah dan > > > > manhaj Ahli Sunnah yang dibawa oleh RasululLah s.a.w dan dipraktikkan > > > > oleh generasi sahabah?!! Demi Tuhan Ka'bah!! tidak sama sekali! Saya > > > > menulis hal ini dengan penuh sedar tulisan ini menyanggah arus. Semoga > > > > ALLAH mengurniakan dalam hati ini kelapangan dari memikirkan > > > > kepentingan diri mengatasi kepentingan umat. Demi sesungguhnya tulisan > > > > > > > ini atas tanggungjawab semata. Jika ditakdirkan semua manusia tumbang > > > > pada arus pecaturan ini, biarlah kita terus berdiri sebagai seorang > > > > sunni yang faham dengan manhaj yang murni. Hanya ALLAH Yang Maha > > > > Menengetahui betapa perasaan kita semua merintih dan menangisi > > > > penindasan Syaitan Amerika terhadap umat Islam ini. Jika panggilan > > > > jihad dibuka, kita ingin berbondong-bondong mendatanginya. Namun dalam > > > > > > > masa yang sama kita tidak akan menggadaikan akidah hanya kerana > > > > semangat. Kita mesti menentukan jalan kita yang sebenar. Selepas itu, > > > > kita tidak peduli lambat atau cepat menuju ke destinasi suci, asalkan > > > > ia sampai dan diredhai ALLAH. Kita monolak jalan pintas dan dekat, > > > > apabila kita tahu ia menyesatkan kita dari destinasi sebenar dan > > > > dibaluti kemurkaan ALLAH. Ya ALLAH! Saksikanlah, sesungguhnya hambaMu > > > > ini telah menyampaikan!!. > > > > > > > > -- > > > > Solahuddin Shamsuddin > > > > University of Bradford > > > > > > > > > > > > > > > > > > > > ------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> Great things are happening at Yahoo! Groups. See the new email design. http://us.click.yahoo.com/TISQkA/hOaOAA/yQLSAA/TXWolB/TM --------------------------------------------------------------------~-> -------------------------------------------------------------------------- All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise. If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest". -------------------------------------------------------------------------- Recommended sites: Angkatan Belia Islam Malaysia : http://www.abim.org.my Jamaah Islah Malaysia : http://www.jim.org.my Radio Islam Kuliyyah : http://www.kuliyyah.com Palestinkini Info : http://www.palestinkini.info Partai Keadilan Sejahtera : http://pk-sejahtera.org Fiqh Siber : http://al-ahkam.net/ The Muslim Brotherhood : http://ikhwanweb.com Yahoo! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/ <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [EMAIL PROTECTED] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/
