ebih 50 ribu penunjuk perasaan berarak dari Masjid Kampung Baru ke Kedutaan Amerika, di Jalan Tun Razak dalam perhimpunan bantahan kekejaman Israel terhadap Palestin dan Lubnan. Perarakan tersebut diketuai Presiden PAS, Dato' Seri Haji Abdul Hadi Awang, bermula selesai solat Jumaat, 28 Julai 2006. Foto Nasir dan Wan Zahari.
| Demo Israel : Hujan rahmat semarak api kemarahan umat Islam |
Oleh Wan Nordin dan Azamin Amin
KUALA LUMPUR, 28 Julai
(Hrkh) - Hujan lebat jam 2.00 petang yang turun membasahi lebih 50 ribu manusia yang berarak dari Masjid Kampung Baru ke Pusat Konvensyen KLCC dan akhirnya ke Kedutaan Amerika Syarikat bagi membantah kezaliman Israel terhadap umat Islam Lubnan dan Palestin sedikitpun tidak melonggarkan hayunan langkah mereka.
Kehadiran Presiden PAS, Tuan Guru Dato' Seri Haji Abdul Hadi Awang bersama-sama hingga basah kuyup menjadi azimat kepada aktivis untuk terus berada di bawah hujan lebat yang penuh rahmat.
Tuan Guru serah memorandum pada OIC
Di Pusat Konvensyen KLCC, Tuan Guru Abdul Hadi bersama pimpinan lain termasuk Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa; Ketua Pemuda PAS, Salahuddin Ayob; Presiden Teras, Azmi Abdul Hamid; Ketua Pemuda KeADILan, Ezam Mohd Noor berusaha untuk menyerahkan memorandum kepada wakil pemimpin OIC.
Dalam ucapannya selepas itu, Tuan Guru Abdul Hadi berkata, PAS serta umat Islam lain tetap bersatu untuk memastikan kekejaman Israel terhadap negara umat Islam itu dihentikan segera.
"Kami tidak rela darah umat Islam tumpah lagi. Amerika dan Israel perlu ingat, umat Islam pantang diusik, jika mereka berani untuk meneruskan agenda jahat mereka itu, umat Islam akan bangkit menentang," katanya sambil melaungkan 'Allahuakbar'.
"Kita tidak bermusuh dengan rakyat Amerika atau orang Yahudi tetapi kerajaan Bush dan Ehud Olmet (Israel) yang membunuh umat Islam sesuka hati mereka," katanya lagi.
Sementara itu perhimpunan juga turut diperdengarkan dengan kritikan pedas terhadap Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi yang menyambut baik kedatangan Setiausah Negara
Amerika, Condoleeza Rice di Malaysia.
Naib Presiden PAS, Haji Muhammd Sabu menyifatkan Condoleeza sebagai 'betina garit' yang dilayan Abdullah di negara ini tanpa memikirkan sensitiviti umat Islam di Malaysia mahupun di seluruh dunia.
Malah Muhammd Sabu sepakat dengan Ustaz Nasharuddin menggelar Abdullah sebagai penakut dalam hendak menyatakan bantahan secara terbuka kepada Condoleeza meskipun PM itu adalah Pengerusi OIC.
Seketika di Pusat Konvensyen, walaupun hujan lebat peserta demonstrasi yang terdiri dari kanak-kanak, wanita, orang tua, remaja dan yang bertongkat tetap mengharungi jalan raya menuju ke Kedutaan Amerika sambil polis hanya menyaksikan, kebetulan perhimpunan ini berpermit.
Di Kedutaan Amerika, sekali lagi laungan menghentam Amerika, takbir dan tasbih bergema, hingga jalan raya sekitar Jalan Tun Razak sesak dengan
lautan manusia di kiri dan kanan jalan.
Pimpinan Muslimat turut turun padang bantah
Turut serta isteri Presiden PAS, To' Puan Zainab Ibrahim dan Ketua Muslimat PAS Negeri Selangor, Wan Hasrina Wan Hassan yang setia berdiri di hadapan Kedutaan walaupun hujan lebat.
Zainab turut membantah keganasan dan kezaliman yang dilakukan oleh tentera AS dan Israel terhadap rakyat Palestin dan Lubnan.
"Kita sebagai umat Islam perlu bersatu padu dan bekerjasama dalam menentang kezaliman serta
keganasan rejim Israel terhadap umat Islam. Amat tidak wajar tentera Israel melakukan tindakan keganasan begitu," katanya.
Katanya, ini merupakan kali kedua beliau menyertai demonstrasi dan kali pertama di kedutaan Denmark iaitu ketika PAS membantah karikatur menghina Rasulullah s.a.w.
"Insya-Allah saya akan bersama-sama dengan pimpinan PAS untuk turut serta menyatakan bantahan dalam perhimpuanan yang akan datang," katanya.
Sementara menunggu kedatangan pimpinan dan ahli PAS yang berarak dari Masjid Kampung Baru, pendemo yang menanti kedatangan mereka tetap melaungkan bantahan walaupun ketika itu hujan lebat.
Mereka membawa kain rentang `Khalifah penyelamat', bendera kalimah 'La illa Ha Illa Allah' serta laungan 'Yahudi laknatuAllah'.
AJK PAS Pusat, Ustaz Abu Bakar Chik yang ada di situ turut berkata, "kita bersumpah akan menuntut bela di atas
kematian umat Islam di Palestin dan Lubnan."
Katanya, Allah menjanjikan kemenangan kepada umat Islam jika umat Islam bekerja untuk memenangkan agama Allah.
Kedutaan Amerika biadap
"Sungguh kurang ajar.Ini satu perbuatan yang biadap. Mereka melayan kami di pintu sahaja," kata Ustaz Nasharudin sambil kata-kata itu disahut dengan laungan kemarahan peserta terhadap layanan kedutaan itu.
Api kemarahan makin menyala,
malah dalam ucapan Tuan Guru Abdul Hadi di hadapan kedutaan, beliau meminta umat Islam dan rakyat berdoa serta menyerahkan bantuan kepada umat Islam Palestin dan Lubnan.
Beliau juga turut mengucapkan penghargaan kepada rakyat termasuk yang bukan Islam dan NGO serta pasukan keselamatan yang memberi kerjasama jitu bagi melancarkan perhimpunan aman itu.
Perhimpunan berakhir pada jam 5.00 petang. - mks.
***********************
Surat/Emel Pembaca
Sekiranya terdapat sebarang komen, aduan, cadangan, pendapat, rencana atau sebagainya, sila emelkan ke [EMAIL PROTECTED]. Sertakan bersama nama, nama pena, alamat, no. kad pengenalan, dan no. telefon (maklumat anda adalah rahsia dan tidak akan disiarkan). Artikel yang diterima dan dikemaskini akan disiarkan di ruangan Surat Pembaca atau bersesuaian.
Sekiranya terdapat sebarang komen, aduan, cadangan, pendapat, rencana atau sebagainya, sila emelkan ke [EMAIL PROTECTED]. Sertakan bersama nama, nama pena, alamat, no. kad pengenalan, dan no. telefon (maklumat anda adalah rahsia dan tidak akan disiarkan). Artikel yang diterima dan dikemaskini akan disiarkan di ruangan Surat Pembaca atau bersesuaian.
Try the all-new Yahoo! Mail . "The New Version is radically easier to use" The Wall Street Journal __._,_.___
--------------------------------------------------------------------------
All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.
If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".
--------------------------------------------------------------------------
Recommended sites:
Angkatan Belia Islam Malaysia : http://www.abim.org.my
Jamaah Islah Malaysia : http://www.jim.org.my
Radio Islam Kuliyyah : http://www.kuliyyah.com
Palestinkini Info : http://www.palestinkini.info
Partai Keadilan Sejahtera : http://pk-sejahtera.org
Fiqh Siber : http://al-ahkam.net/
The Muslim Brotherhood : http://ikhwanweb.com
YAHOO! GROUPS LINKS
- Visit your group "hidayahnet" on the web.
- To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
- Your use of Yahoo! Groups is subject to the Yahoo! Terms of Service.
__,_._,___
