Inilah sasaran-sasaran sebenar Israel melalui serangan dan pengeboman yang ditujukan terhadap Lubnan tanpa perlu memikirkan apa jua kesannya.
Inilah sasaran-sasaran sebenar Israel melalui serangan dan pengeboman yang ditujukan terhadap Lubnan tanpa perlu memikirkan apa jua kesannya.

Negara Islam Sunni gagal bela saudara seagama di Lubnan
Wed | Jul 26, 06 | 02:01:25 PM
Oleh Maslan Yusoh
PASIR MAS, 26 Julai (Hrkh) - Negara-negara umat Islam yang berfahaman Sunni sepatutnya merasa malu kerana mereka gagal membela kesusahan dialami penduduk Islam di Palestin dan Lubnan, ekoran kekejaman rejim haram Israel.

Anggota Exco kerajaan negeri, Ustaz Mohd Amar Abdullah sebaliknya berkata, hanya negara Iran yang terkenal dengan fahaman Syiah sahaja sanggup membantu umat Islam di negara terbabit.

"Iran dikatakan menghantar senjata bagi membolehkan pejuang Hizbullah berdepan dengan tentera rejim Yahudi yang kini mara melanggar bumi Lubnan secara rangkusnya."

"Sebaliknya negara-negara Sunni yang lebih ramai lagi bilangan rakyat beragama Islam hanya mampu melihat dari jauh tanpa mengambil tindakan drastik membantu saudara mereka di Palestin dan Lubnan," katanya pada program penerangan di Pondok Lati, dekat sini, malam tadi.

Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Pentadbiran Awam, Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Pembangunan Masyarakat, Dato' Husam Musa, anggota Parlimen Rantau Panjang, Haji Abdul Fatah Harun dan bekas Adun Bukit Tuku, Ustaz Hussin Ibrahim.

Mohd Amar berkata, kelemahan umat Islam kerana tidak ada sebuah pun negara Islam yang kuat untuk berdepan dengan ancaman musuh.

Menurutnya, keadaan lebih malang lagi apabila Pengerusi Negara-Negara Persidangan Islam (OIC), Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi begitu lemah tanpa memainkan peranan secara lebih berkesan mengatasi konflik tersebut.

Kata beliau, umat Islam sekarang akan terus tertindas selagi mereka tidak mempunyai kuasa politik yang kuat.

"Malangnya keadaan sebaliknya berlaku sekarang, di mana kerajaan Islam di Kelantan misalnya sering berdepan dengan pelbagai halangan daripada kerajaan Pusat.

"Sepatutnya kita sama-sama mempertahankan kerajaan Islam yang ada dan bukannya menjadikannya sebagai musuh sehingga disekat dan dihalang dalam banyak perkara," katanya.

Husam pula berharap umat Islam di negara ini mempunyai keinginan yang kuat bagi membebaskan Masjidil Aqsa di Baitul Muqadis daripada cengkaman Yahudi sekarang.

***************************
Surat/Emel Pembaca
Sekiranya terdapat sebarang komen, aduan, cadangan, pendapat, rencana atau sebagainya, sila emelkan ke [EMAIL PROTECTED]. Sertakan bersama nama, nama pena, alamat, no. kad pengenalan, dan no. telefon (maklumat anda adalah rahsia dan tidak akan disiarkan). Artikel yang diterima dan dikemaskini akan disiarkan di ruangan Surat Pembaca atau bersesuaian.


All new Yahoo! Mail "The new Interface is stunning in its simplicity and ease of use." - PC Magazine __._,_.___

--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".

--------------------------------------------------------------------------

Recommended sites:
Angkatan Belia Islam Malaysia  : http://www.abim.org.my
Jamaah Islah Malaysia          : http://www.jim.org.my
Radio Islam Kuliyyah           : http://www.kuliyyah.com
Palestinkini Info              : http://www.palestinkini.info
Partai Keadilan Sejahtera      : http://pk-sejahtera.org
Fiqh Siber                     : http://al-ahkam.net/
The Muslim Brotherhood         : http://ikhwanweb.com





YAHOO! GROUPS LINKS




__,_._,___

Kirim email ke