Orang asing mungkin tertanya-tanya bagaimana sebuah negara ketiga yang
berbilang bangsa dan kaum seperti Malaysia boleh menjadi maju seperti yang ada
sekarang. Berbagai sebab dan alasan yang diberikan untuk menerangkan keadaan
ini. Ada yang memberikan alasan ekonomi, ada yang memberikan alasan bahawa
orang Cina sebagai peneraju ekonomi Malaysia, ada orang kata Malaysia mempunyai
perbagai sumber asli yang dimanafaatkan untuk kebaikan bersama, dll. Senarainya
mungkin panjang dan susah untuk diingat.
Tapi bagi saya, sebab yang paling utama Malaysia menjadi lebih sekarang maju
ialah kerana Malaysia adalah negara yang aman dan stabil.
Aman dan stabil kerana 3 kaum terbesar, Melayu, Cina dan India menpunyai
ciri-ciri yang unik membolehkan mereka hidup bersama dalam keadaan aman. Melayu
kerana mereka mempunyai sikap sederhana dan tolak ansurnya yang tidak ada tolok
bandingnya didunia ini. Kaum Cina yang datang dari negeri Cina yang mempunyai
kebudayaan yang telah berakar umbi selama lebih 5,000 tahun dan tidak mempunyai
sejarah menakluk negara lain seperti Britain, Perancis, Amerika dan Belanda.
Kaum India dari India yang mempunyai sejarah kebudayaan yang besar dan
establish selama beribu ribu tahun yang juga tidak mempunyai sejarah menakluk
negara.
Oleh kerana kaum Cina dan India tiba disini terkemudian dari orang Melayu maka
orang Melayu secara kebetulannya menjadi pemerintah negara ini.
Akan tetapi masalah kini muncul dengan datangnya pengaruh lain seperti
kebudayaan sekular, demokrasi cara barat dan hak asasi manusia ala barat yang
cukup asing dinegara ini. Keseimbangan politik dan sosial menjadi satu isu
sekarang dan ini dirasai oleh banyak pihak terutamanya orang Islam yang menjadi
sasaran puak liberal yang memperjuangkan hak beragama yang tidak sehaluan
dengan agama Islam yang dianuti. Adalah ditakuti, jika faktor sejarah dan asas
keamanan dan keharmonian negara ini tidak diambil kira, besar kemungkinan
sesuatu yang buruk akan menimpa kita terutamanya, jika pihak luar mengambil
kesempatan dari kekalutan yang mungkin timbul.
IFC yang memperjuangkan hak persamaan beragama hendaklah mengambil kira semua
faktor ini dan tidak hanya ideal barat yang mereka rasakan sesuai untuk negara
ini. Kegagalan mereka berbuat demikian akan menimbulkan masalah besar bagi
mereka dan juga kaum lain yang tidak terlibat dengan mereka. Pihak IFC perlu
mengambilkira sejarah Melayu selama 50 tahun yang lepas termasuk kes Natrah
ditahun 1950an, 13 Mei 1969 dan 20 September 1998 dimana didalam ketiga-tiga
isu ini, orang Melayu/Islam telah bangkit dalam suatu gagasan untuk menentang
apa yang mereka rasakan ketidakadilan yang ditimpakan kepada mereka.
Akhir kata sebagai orang Melayu saya ingin mengingatkan IFC supaya jangan cuba
bermain api, nanti rosak binasa semua yang ada.
>>> Razmi Abd 25/07/2006 10:18:16 >>>
Tahniah Hishammuddin,
Suatu permulaan perjuangan yang baik. Peringatan
supaya tidak pandang mudah kepada umat Islam umumnya
dan khasnya pada Islam di Malaysia.
Kalau perkara begini berani diusik oleh orang lain dan
tidak di tegur dengan keras pastinya akan datang
mereka berani menjentik.
Salam
Razmi
Utusan Online 25 Julai 2006
Jangan pertikai Perkara 121(A)
PUTRAJAYA 24 Julai * Menteri Pelajaran, Datuk Seri
Hishammuddin Tun Hussein mengingatkan semua pihak
supaya tidak mempertikaikan kedudukan Perkara 121(A)
dalam Perlembagaan Persekutuan
Sehubungan itu beliau meminta supaya semua tindakan
berbau provokasi mempertikaikan kandungan perkara
serta kedudukan Islam sebagai agama rasmi Malaysia
itu, perlu dihentikan segera.
Katanya, mereka perlu akur bahawa Perkara 121(A) dalam
Perlembagaan Persekutuan itu jelas menunjukkan negara
ini merupakan sebuah negara Islam.
''Apa yang mereka gembar-gemburkan itu sangat sensitif
dan jika kita tidak jaga ia akan memecah-belahkan
keharmonian dan hubungan akrab antara kaum di negara
ini yang terbina sejak puluhan tahun," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas
menyaksikan majlis menandatangani Kontrak Perjanjian
Pembangunan Pelan Strategik Teknologi Komunikasi dan
Maklumat (ICT) antara Kementerian Pelajaran dan MSC
Technology Centre Sdn. Bhd. di sini hari ini.
Hishammuddin diminta mengulas tindakan Kumpulan
Artikel 11 yang mengandungi 13 pertubuhan bukan
kerajaan (NGO) termasuk Majlis Peguam yang sedang
menjalankan kempen seluruh negara bagi mendapat
sokongan untuk meminda Perkara 121(A) Perlembagaan
Persekutuan.
Kandungan Perkara 121(A) tersebut merujuk kepada
peruntukan perlembagaan yang menghalang mahkamah sivil
mencampuri bidang kuasa mahkamah syariah.
Pertemuan pertama kumpulan 13 NGO tersebut berlangsung
di Johor Bahru, Johor pada 22 Julai lepas.
Menurut Hishammuddin, walaupun Malaysia sebuah negara
demokrasi yang membenarkan ketelusan dan keterbukaan
membincangkan pelbagai perkara, ia tetap terhad jika
berkaitan aspek yang sensitif.
''Dalam isu Perkara 121(A), ia ada batasannya. Sebab
itu jika kita mahu memperjuangkan ketelusan dan
keterbukaan dalam masyarakat berbilang kaum,
kebijaksanaan pemimpin terdahulu mesti diambil kira.
''Begitu juga mengenai Perkara 121(A) ini, ia tidak
boleh dibincangkan begitu sahaja kerana telah
terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan dan jelas
bahawa Malaysia merupakan sebuah negara Islam," tambah
beliau.
Ketika diminta mengulas kenyataan Mufti Perak, Datuk
Seri Harussani Zakaria baru-baru ini mengenai 100,000
umat Islam di Malaysia murtad berdasarkan kajian oleh
pihak tertentu, Hishammuddin berkata, perkara itu
perlu diteliti oleh kehakiman syariah.
''Saya tidak boleh jawab mengenai isu ini, ia mesti
dirujuk atau dibicarakan di mahkamah-mahkamah
syariah," ujar beliau.
__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Tired of spam? Yahoo! Mail has the best spam protection around
http://mail.yahoo.com
DISCLAIMER:
This e-mail (including any attachments) may contain confidential information.
If you are not the intended recipient, you are hereby notified that any review,
distribution, printing, copying or use of this e-mail is strictly prohibited.
If you have received this e-mail in error, please notify the sender or Bursa
Malaysia immediately and delete the original message. Opinions, conclusions and
other information in this e-mail that do not relate to the official business of
Bursa Malaysia and/or its group of companies ("Bursa Malaysia Group") shall be
understood as neither given nor endorsed by Bursa Malaysia Group and Bursa
Malaysia Group accepts no responsibility for the same. All liability arising
from or in connection with computer viruses and/or corrupted e-mails is
excluded to the fullest extent permitted by law.
--------------------------------------------------------------------------
All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in
any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved
otherwise.
If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily
digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your
mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the
title "change to daily digest".
--------------------------------------------------------------------------
Recommended sites:
Angkatan Belia Islam Malaysia : http://www.abim.org.my
Jamaah Islah Malaysia : http://www.jim.org.my
Radio Islam Kuliyyah : http://www.kuliyyah.com
Palestinkini Info : http://www.palestinkini.info
Partai Keadilan Sejahtera : http://pk-sejahtera.org
Fiqh Siber : http://al-ahkam.net/
The Muslim Brotherhood : http://ikhwanweb.com
Yahoo! Groups Links
<*> To visit your group on the web, go to:
http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/
<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
http://docs.yahoo.com/info/terms/