Salam,

"ORANG" asyik bermacam2 fikir, buat, cerita dan
berbagai spekulasi ditimbulkan untuk mention aka
peristiwa yang berlaku di seluruh dunia amnya, dan
seluruh negara khasnya. Apatah lagi jika sesuatu hal
itu berkait dengan agama Islam.
Maka, dikalangan muslim pulak bersungguh2 menentang,
menyanggah, menyelar dan sebagainya sebagai protes
terhadap apa yang berlaku.....gejala sosial, rasuah
syirik hatta ke isu murtad!
Jangan salahkan non muslim kalo ISLAM tercabar sebab
kita sebagai MUSLIM tak berpegang kpd teguh kepada
QURAN, HADITH dan SUNNAH!

Tujuan ALLAH bagi KITAB, RASUL/NABI ialah untuk
menjamin perkara2 spt ini TIDAK AKAN BERLAKU terhadap
ummat Islam. Yang sedihnya, alpanya, autarnya ialah
kita! Kita sendiri yang tak jaga KEBUN / LADANG kita,
pas tu nak marah orang kalo tanaman kita kena makan
dengan ternakan orang, nak marah orang bila ternakan
kita TERLEPAS ke ladang orang! Kena ke caranya?

Cuba kita jadikan QURAN dan HADITH sebagai pegangan,
RASUL / NABI dan SUNNAH sebagai IKUTAN / PANDUAN dan
HUDUD sebagai "PAGAR" didalam BERKEBUN / LADANGkan
ISLAM, apakah perkara2 ni akan berterusan? Apakah isu2
ni takde jalan penyelesaian?? Tidakkah KEBUN/LADANG
kita akan lebih terjamin?? Bukankah kita sebagai ummat
 PEKEBUN / PELADANG akan lebih diHORMATI?? kerana
PANDAI menjaga dan mentadbir. Tidakkah TUHAN kita akan
lebih DIYAKINI oleh pekebun / peladang lain kerana
PETUNJUKNYA adalah yang terbaik?? Kan ALLAH dah janji
dalam QURAN, INNADIINA 'IINDA ALLAH IL-ISLAM....
TERMAKTUB dgn TERANG dan NYATA, mengapa kita masih
leka dan lalai dgn hiburan?? Sehingga ternakan kita
TERLEPAS?? Sehingga TAMAN kita dicabul dan dicerobohi
sebegini rupa?? Pun kita masih lagi nak salahkan
orang?? 
Kes Lina Joy ni, kalo ikut HUDUD, dia kat MURTAD
HUKUMNYA BUNUH ( MANDATORI?? ), siapa lagi berani??? 
Bunuh kat sini bukan bererti ISLAM tu zalim. Sebab
ALLAH nak kita mati dalam ISLAM! Sebab bagi kita orang
ISLAM, hidup ni bukan setakat kat dunia ni jer kan?? 
So, untuk menjamin kesejahteraan AKHIRAT, agar kita
tak jadi BAHAN BAKAR dalam NERAKA seksok, maka orang
yang nak murtad tu pun ALLAH selamatkan dia dengan
HUDUD supaya dia mati dalam ISLAM.  Sbb ALLAH dah
pesan dalam QURAN, WALAA TAMUUTUNNA ILAA  WA ANTUM
MUSLIMUUN ( Jangan laah kamu mati MELAINKAN kamu mati
dalam ISLAM ) tak gitu??

Ingat laaa...sesungguhnya ALLAH itu tidak memungkiri
janji! 

Kembalilah kita kejalan yang sebenar, semoga anak cucu
kita seksok lebih terjamin hidupnya DUNIA dan
AKHIRAT....amiin!

Wassalam.


--- [EMAIL PROTECTED] wrote:

> Assalamualaikum warahmatullahâ€|
> 
> Segala  puji  bagi  Allah,  Tuhan  sekalian alam.
> Aku bersaksi bahawa tiada
> Tuhan  yang  disembah  selain  Allah yang Esa, tiada
> sekutu bagiNya dan aku
> bersaksi  bahawa  Nabi  Muhammmad  saw  itu  hamba 
> dan pesuruhNya. Selawat
> berserta  salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad
> saw yang memiliki akhlaq
> terpuji  dan  menjadi ikutan selamanya. Juga buat
> orang2 yang beramal soleh
> dan kesekalian dari kita.
> 
> Bismillahir Rahmanir Raheemâ€|
> 
> BaruÂ2 ini kita dikejutkan dengan kenyataan secara
> terbuka dari Mufti Negeri
> Perak, Datok Harussani mengenai gejala murtad yang
> mana permohonan untuk
> memfailkan pertukaran agama atau untuk keluar dari
> Islam secara rasmi telah
> mencecah angka 100,000 orang. Sebaik pendedahan
> tersebut, maka terbitlah
> berbagaiÂ2 reaksi sama ada dari pihak berwajib atau
> dari orang ramai.
> 
> Sebenarnya, angka 100,000 itu lebih kecil dari yang
> pernah saya baca di
> internet. Menurut pembacaan saya, kenyataan Datok
> Harussani sebelum ini
> menyebut sejumlah 250,000 telahpun menghantar borang
> ke Jabatan Pendaftaran
> Negara bagi memohon menukar status agama dari Islam
> ke lainÂ2 agama. Tidak
> tahulah angka mana yang lebih tepat sebenarnya.
> 
> Kemudian, baruÂ2 ini tersebar pula email di hampir
> kesemua egroups yang saya
> sertai mengenai kes Lina Joy atau nama asalnya
> Azalina Jailani. Lina Joy
> dikatakan akan menghadiri satu perbicaraan di
> mahkamah atas tuntutan yang
> sama; menukar status agama dari Islam kepada
> Kristian. Kes ini dikatakan
> mendapat perhatian antarabangsa walaupun ia
> disepikan dari publisiti oleh
> media tempatan.
> 
> Dalam banyak kejadian, hal dan reaksi, saya paling
> terkejut dengan
> tindakbalas yang diberikan oleh Jabatan Kemajuan
> Islam atau Jakim berkenaan
> pendedahan Datuk Mufti tersebut. Dalam kenyataannya,
> Jakim meminta Datuk
> Mufti dan mereka yang melakukan kajian mengenainya
> tampil berserta dengan
> bukti mengenai dakwaan mereka tentang 100,000 orang
> yang murtad itu.
> 
> Jika bukti yang Jakim perlukan, mengapa tidak kes
> Lina Joy ini dijadikan
> bukti? Mungkin kita akan terdengar deraian tawa dari
> orangÂ2 kuat di Jakim
> akibat pertanyaan saya tadi. Mungkin mereka akan
> berkata; "Lina Joy
> hanyalah satu kes yang terpencil. Tidak boleh
> dikaitkan dengan angka
> 100,000 tersebut." Tidak! Ini bukanlah kes yang
> terpencil. Dan, jika
> terpencil sekalipun, ia bukanlah kes yang kecil!
> 
> Di tempat kerja saya diajar mengenai piramid
> keselamatan. Menurut piramid
> itu, (misalnya) jika ada 200 kelalaian dalam
> pekerjaan, akan menghasilkan
> 100 hampir nahas (near misses). Setiap 100 hampir
> nahas pula, akan
> menghasilkan 50 rawatan kecemasan atau first aid.
> Setiap 50 rawatan
> kecemasan akan menghasilkan 10 kecederaan berat
> (lost time injury) dan atas
> segalanya adalah 1 kematian (fatality).
> 
> Setelah berfikir sejenak, saya rasa piramid ini
> boleh diapplikasikan dalam
> kes murtad di negara kita. 200 orang yang melalaikan
> ibadah mengakibatkan
> 100 orang yang munafiq. 100 orang munafiq pula
> mengakibatkan 50 orang
> melakukan dosa besar. Berikutnya, terhasil 10 orang
> yang melakukan syirik
> tanpa sedar (minta nombor dan sebagainya) dan atas
> sekali, pengisytiharan
> murtad secara terangÂ2an.
> 
> Bayangkan. Jika teori berkenaan piramid ini betul,
> bermakna ada begitu
> ramai orang yang melalaikan ibadah di dalam negara
> kita. Dan, sekali lagi,
> jika piramid ini betul, dan kenyataan Datok Mufti
> juga betul, bermakna 20
> juta iaitu hampir 100% umat di bumi Malaysia ini
> tergolong dalam golongan
> yang melalaikan ibadah! Allahu Akbar! Peratusan ini
> termasuklah diri saya
> sekali!
> 
> Poin saya di sini, sebenarnya kita tidak perlu
> tunngu sehingga angka itu
> mencecah 100,000 untuk bertindak. Tidak perlu
> menunggu sehingga nasi sudah
> menjadi kerak baru hendak dikecilkan apinya! Cukup
> dengan satu kes ini (kes
> Lina Joy) untuk mengejutkan kita dari lena yang
> tidak berkesudahan. Untuk
> bangun dan memulakan gerakan tarbiyyah bagi
> menyelamatkan aqidah Islamiyah.
> 
> Tetapi yang menyedihkan, sama ada di internet, dalam
> suratkhabar mahupun di
> televisyen, orang lebih asyik membicarakan rancangan
> perkahwinan Siti
> Nurhaliza dengan Datuk Khalid berbanding dengan
> cerita bagaimana untuk
> menyelamatkan maruah Islam dan bagaimana hendak
> meloloskan diri dari
> panasnya api neraka kerana melalaikan dakwah dan
> lainÂ2perintah Allah.
> 
> Saya teringat kepada tutur seorang teman saya.
> Katanya, ada seorang
> pemimpin agama lain yang pernah berkata, jika orang
> Islam ini, diikat
> dengan kepala di bawah dan kaki di atas, kemudian
> dikelar kulitnya dan
> dititiskan air limau berserta garam pada kesemua
> kesan luka tersebut sambil
> dipaksa untuk meninggalkan Islam, nescaya dia akan
> terus kekal bersama
> agamanya.
> 
> Namun, jika orang Islam dirosakkan dengan fesyen,
> dengan hiburan, dengan
> sukan dan berbagaiÂ2 dengan lagi dan kemudiannya
> dengan perlahan menjurus
> mereka untuk mengamalkan agama lain, nescaya mereka
> akan menurut dengan
> rela. Tidak pastilah sama ada ayat ini benar
> dituturkan oleh pemimpin agama
> lain atau sebenarnya rekaan teman saya itu sendiri.
> Tetapi jika ini
> rekaannya, tentu saja teman saya itu genius.
> 
> Kerana apa yang dikatakannya itu memang benar. Hari
> ini, kita boleh lihat
> keanggotaan IFC terdiri daripada beberapa orang
> Melayu yang terpelajar.
> Mereka berjuang kononnya atas prinsip hak asasi
> manusia sedangkan hak Allah
> diinjak dan disiakan. Begitu juga, berita
> perkahwinan oleh seorang
> selebriti lebih digembar-gemburkan dari berita
> kemusnahan aqidah umat
> terbanyak.
> 
> Usah dipersalahkan pendakwah agama lain. Mereka
> hanya menjalankan tugas
> mereka. Mereka menganut kepercayaan mereka kerana
> mereka yakin itu agama
> yang benar. Oleh itu, mereka sudah tentunya mahu
> kongsikan 'kebenaran' yang
> mereka yakini dengan umat sekalian alam. Usah
> salahkan mereka. Sebaiknya
> salahkan diri kita sendiri yang terlalu leka, lalai
> dan hanyut dibuai arus
> kemajuan.
> 
> Di hari ini kita memperlekehkan agama kita sendiri.
> Kita sudah tidak
> sanggup menghantar anakÂ2 kita ke sekolah tahfiz
> kerana bimbang mereka tidak
> akan ada pekerjaan setelah tamat alam persekolahan.
> Biarlah mereka tidak
> ada agama asalkan mereka ada pekerjaan yang tetap,
> gaji yang besar dan
> segalaÂ2 perkara yang berbentuk kebendaan dan
> keduniaan serta bersifat
> sementara.
> 
> AnakÂ2 kecil sekecil 7 tahun (Darjah 1 di sekolah
> kebangsaan) pula dihantar
> ke kelasÂ2 tuisyen hinggakan jadual harian mereka
> padat. Tidak mengapalah
> jika berkemampuan tetapi yang menjadi masalahnya,
> masa anakÂ2 ini terlalu
> banyak dihabiskan dengan akademik sehingga tidak ada
> masa untuk belajar
> ilmu agama. Mengapa? Kerana ibu bapa malu anak
> mereka tidak mendapat
> keputusan cemerlang di dalam peperiksaan.
> 
=== message truncated ===


__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Tired of spam?  Yahoo! Mail has the best spam protection around 
http://mail.yahoo.com 




--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in 
any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved 
otherwise. 

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily 
digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your 
mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the 
title "change to daily digest". 

--------------------------------------------------------------------------

Recommended sites:
Angkatan Belia Islam Malaysia  : http://www.abim.org.my
Jamaah Islah Malaysia          : http://www.jim.org.my
Radio Islam Kuliyyah           : http://www.kuliyyah.com
Palestinkini Info              : http://www.palestinkini.info
Partai Keadilan Sejahtera      : http://pk-sejahtera.org
Fiqh Siber                     : http://al-ahkam.net/
The Muslim Brotherhood         : http://ikhwanweb.com 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 


Kirim email ke