From: "Zahrita" [EMAIL PROTECTED]
Date: Fri, 4 Aug 2006 07:13:32 +0800
Subject: Rencana menarik dari Menteri Besar Kelantan
Dendam Perang Salib seakan menjelma    
Thu | Aug 03, 06 | 03:39:53 PM 
Oleh Nik Abdul Aziz Nik Mat  APABILA Bush menggunakan istilah Perang Salib 
dalam ucapan sejurus setelah serangan 11 Septembar 2001, maka dunia Islam 
sangat berhak untuk mencurigai dan menjangka apa yang akan berlaku seterusnya. 

Apa tidaknya apabila satu demi satu negara umat Islam dimamah. Selain dari 
kekacauan tradisional  yang bersifat turun temurun di Baitulmaqdis, Kerajaan 
Islam di Iran diganggu sebaik-baik saja dijulang  rakyat pada tahun 1979. 

Senggang tidak berapa lama, dunia menyaksikan pula Perang Iran-Iraq, kezaliman 
di Sudan dan Darfur, Kabul dan Kandahar serta Baghdad, Falujah dan Janin. Ini 
diikuti dengan penyeksaan ke atas ribuan aktivis Islam di Penjara Abu Gharib 
serta membuang al-Quran ke mangkuk tandas di Guantanamao. 

Sejak itu, hampir seluruh lorong kehidupan  di serata dunia Islam tidak pernah 
aman. Ada-ada saja gangguan yang dicari, dicetus  dan disuakan Bush, sekutu dan 
para proksinya. Lihat saja bagaimana seksanya Sudan, Algeria dan Turki walaupun 
berjaya membentuk kerajaan demokrasi yang sah.

Demikian juga dengan Kerajaan Hamas di Palestin terkini. Fenomena keganasan 
luar biasa di Beirut yang kini memasuki hari ke 18 adalah contoh di tangan. 

Nampaknya, jubah dan jilbab umat yang tergantung masih segar dibasahi darah, 
belum sejat-sejat dan masih hidup menitik-nitik di serap pasir di bumi Lebanon. 

Sembelih dengan pisau tumpul

Mereka sedang mabuk menyembelih leher umat dengan pisau tumpul; mengebom bukan 
saja kubu-kubu Hizbullah bahkan sasaran orang awam terdiri dari kanak-kanak, 
wanita, orang tua; memusnahkan hampir seluruh infrastruktur termasuk tergamak 
mengebom Pos PBB di Khiam yang sepatutnya menjadi pangkalan perlindungan yang 
paling selamat. 

Sementelah pos PBB itu telah berada di situ sejak tahun 1978. 

Pelan persidangan antarabangsa di Rome  pada 28 Julai 2006 terus gagal 
menghadiahkan gencatan senjata. Ia tidak lebih dari hanya satu koktail sesi 
minum kopi kerana Yahudi yang berada di belakang AS itu memang tidak mahukan 
perdamaian. 

Apa yang mustahak bagi mereka ketika ini ialah mengambil kesempatan melakukan 
pemusnahan meluas yang sehabis maksimum. Inilah yang di rujuk oleh Bush sebagai 
lanjutan Perang Salib yang berselindung di sebalik motto  memburu keganasan. 

Jika saya boleh tumpang sedikit dari fakta analisis mengenai Perang Salib 
seperti yang dihidangkan Utusan Malaysia 29 Julai 2006, siri pertama krisis 
Islam Kristian berlaku seawal tahun 1097 hingga 1099 yang dilancarkan atas 
permintaan Pope Urban II. 

Siri keduanya bermula pada tahun 1147 di Perancis dan German, siri ketiga di 
antara 1189 hingga 1192 dilancarkan oleh Raja Frederic Barbarossa dan  siri 
keempatnya adalah  di antara 1202 hingga 1204 tahun yang dipayungi oleh King 
Innocent III.  

Di sepanjang empat siri perang itulah sejarah dunia telah benar-benar 
menyaksikan dendam Eropah berpaksikan gerakan permusuhan Yahudi Nasara yang 
tidak kunjung padam. Ia bersambung dengan penjajahan, baik di Asia Barat, Asia 
Timur dan seluruh rantau sebelah sini setelah sempurna proses sekularisasi di 
cetuskan di Perancis dan Amerika-Eropah. 

Ikut acuan penjajah

Kita lalu memasuki era dijajah. Berbekalkan fikrah rekaan jahat, € ¦’³agama 
lain politik lain€ ¦’´, Amerika - Eropah meracuni aqidah seluruh negara umat 
Islam yang dijajah. 

Mereka mula menanam benih perpecahan di mana-mana. Dalam konteks Tanah Melayu, 
mereka sengaja memunggah buruh India dan Cina nonIslam dari kedua-dua benua. 

Melalui kaedah € ¦’³divide and rule€ ¦’´, mereka asingkan lagi penempatan 
mengikut kelompok kaum berasaskan lokaliti. Baik di Tanah Melayu dan Indonesia 
atau di Timor Tengah, setelah seluruh logam, minyak dan hasil mahsul habis 
diperas, mereka lalu izinkan pula penubuhan parti-parti politik dalam 
petak-petak kebangsaan. 

Setelah yakin yang telah muncul anak-anak didik yang telah sempurna 
disekularkan, tokoh-tokoh nasionalis setempat pun diizin bergerak dalam 
parti-parti kebangsaan untuk dihadiahkan kemerdekaan dan membentuk kerajaan. 

Sungguhpun Barat memberi kemerdekaan, mereka tetap tidak lepas dan terus 
menyucuk hidung anak  jajahan masing-masing agar terus kekal taat menjadi 
proksi mereka melalui kerangka perlembagaan sekular negara masing-masing. 

Timbuni sesat lahirkan Umno

Dalam konteks Tanah Melayu, timbuni sesat inilah yang melahirkan Umno. Inilah 
segala punca kepada munculnya dasa-dasar dan program pembangunan, pendidikan, 
sosial, hiburan dan ekonomi yang keliru dan menggelirukan. 

Kita boleh saksikan sendiri dari seribu satu macam penyakit sosial yang sedang 
galak merebak. Lantaran itu, tidak hairanlah walaupun kita diberi mandat untuk 
memimpin OIC, namun pemimpin Umno yang mempengerusikannya tidak pernah akan 
gigit rantai yang telah dikunci kelehernya oleh bekas tuannya.

Berbalik kepada Perang Salib, pengisytiharan Bush, Blair dan sekutunya bertolak 
dari insiden 9/11 telah mengesahkan Fasa Kelima dari pertentangan Islam vs 
Yahudi Nasara ini. 

Telah lama mereka meracuni minda dan pegangan aqidah kita supaya mengasingkan 
politik dari agama sedangkan mereka sendiri tetap meneruskan dendam untuk 
menghancurkan Islam bertolak dari kuasa yang di ambil dari manipulasi  politik. 

Ertinya, mereka menyogok kita supaya hanya leka berritual dengan solat, zakat, 
puasa dan  haji sahaja dan  tinggalkan urusan politik tetapi mereka terus 
tetaplah tidak lepas-lepas menguasai tampuk kuasa di gelanggang politik. 

Kita yang dibodohkan ini rupanya telah tertelan pil khayal. Kini, bagaikan 
sepat yang sudah tertelan pancing  kita cuma menurut saja.  Dalam keadaan 
menyaksikan saudara sendiri disembelih dibom dan dibedil itu pun, kita masih 
tidak mampu keluar dari lubang sekular sesat  ajaran Eropah yang  tersangatlah 
dalam itu. 

Kita dipukau buru musuh yang bukan musuh

Kita digesa memburu pengganas seperti yang ditunjukkan Bush dan anehnya kita 
terus memikul bazooka. Hampir sah yang kita dipukau untuk memburu musuh yang 
bukan musuh sebenarnya. 

Jika di Kashmir, mereka sengaja naikkan pemimpin beragama Hindu berketurunan 
Singh untuk menjadi penguasa, sedangkan mereka tahu yang 95 peratus dari 
penduduk Kashmir beragama Islam. 

Demikian juga di Iraq terkini, mereka sengaja menaja kaum Syiah menjadi 
Presiden walaupun semua kita tahu yang majoriti penduduk Iraq itu dari kalangan 
Sunni.

Ringkasnya, percaturan politik dunia sedang diatur rapi oleh protokol Yahudi. 
Seperti Bush, Blair dan sekutu mereka € ¦’³sesungguhnya orang-orang zalim itu 
sebahagian mereka menjadi penolong bagi sebahagian yang lain dan Allah adalah 
pelindung orang-orang bertaqwa.€ ¦’´ (Sebahagian dari maksud Surah Al-Jaatsiyah 
Ayat 19). 

Dengan keimanan dan keyakinan itu, saya masih pasti ada jalan keluar yang 
selamat  untuk orang-orang  yang bertaqwa mengalahkan mereka. 

Mari kita sama-sama mencari pintu rahsia itu untuk memukul mereka esok atau 
lusa.




Berita-berita muktahir pula merekodkan rancangan jahat rejim Yahudi selanjutnya 
iaitu meranapkan rumah-rumah Palestin di Genting Gaza. 
 

 
 
Attachment: 1k (image/png) pdf_button.png 





--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in 
any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved 
otherwise. 

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily 
digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your 
mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the 
title "change to daily digest". 

--------------------------------------------------------------------------

Recommended sites:
Angkatan Belia Islam Malaysia  : http://www.abim.org.my
Jamaah Islah Malaysia          : http://www.jim.org.my
Radio Islam Kuliyyah           : http://www.kuliyyah.com
Palestinkini Info              : http://www.palestinkini.info
Partai Keadilan Sejahtera      : http://pk-sejahtera.org
Fiqh Siber                     : http://al-ahkam.net/
The Muslim Brotherhood         : http://ikhwanweb.com 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 


Kirim email ke