Kayu kokka dikatakan ajaib kerana untuk melariskan jualan kayu kokka dan
untuk membuat keuntungan yang berlipat ganda dengan mengambil
kesempatan dari kedangkalan umat Islam dalam agama mereka.
Tapi yang paling ajaibnya tentang kayu kokka ini ialah ada orang
sanggup beli tasbih kayu kokka yang berharga beratus ratus RM kerana
percaya kepada "keajaipannya".
Pening kepala saya.
>>> aznan hamat 03/08/2006 13:04:41 >>>
Kekarutan Sekitar Kayu Kokka
Oleh: Abu Abd Rahman Al Madini.
(Musim Haji Tahun 1426H)
Kokka yang ajaib
gAdik, kat mana saya nak beli tasbih Kokka? h
gUstaz ada orang pesan saya kayu Kokkalah, sini murah tak? h
gAku dah beli dah, berkilat engkau cwangi lagi. h
Ungkapan-ungkapan begini amat sinonim bagi pengunjung Tanah Haram
pada musim haji dan umrah. Para jemaah haji dan umrah yang datang dari
jauh dengan membawa panji tauhid dalam talbiah mereka kadangkala turut
terpukau dengan karut marut serta khurafat yang datang bersama kayu
Kokka.
Apakah dia kayu Kokka yang telah mencuri perhatian ramai di kala ini?
Kononnya kayu Kokka merupakan kayu yang paling tinggi mutunya antara
semua kayu di atas muka bumi dan hanya terdapat di negara tertentu
seperti Turki dan Mesir. Ianya telah digunakan sejak zaman nabi-nabi
lagi. Bahan asas bahtera nabi Nuh adalah kayu Kokka, tongkat nabi Musa
dan nabi Syuaib juga di ambil daripada kayu Kokka!!
Kini Kokka menjadi buruan orang ramai di Malaysia. Ia boleh di dapati
di kedai-kedai yang menjual buku agama, minyak atar dan kaset agama
dalam pelbagai bentuk seperti loket, mata cincin, cincin belah rotan,
untaian tasbih ataupun butiran tasbih bahkan krim dan minyak.
Antara khasiat dan keajaiban yang dihebah-hebahkan ialah ia boleh
menjadi penawar, penyembuh dan pelindung. Lebih melampau dari itu
terdapat kisah-kisah pelik dan ajaib yang terang-terang merupakan cerita
yang direka-reka bagi melariskan barangan ataupun mainan serta tipu daya
syaitan yang berbentuk khayalan. Tujuannya tidak lain dan tidak bukan
hanyalah untuk menyesatkan orang beriman serta melalaikan mereka dari
bergantung serta bermohon kepada Allah.
Dalil bahawa ianya tipu daya syaitan ialah satu athar (riwayat)
daripada Abdullah bin Mas'ud RA bahawasanya dia memotong pintalan tali
yang telah dijampi yang dipakai oleh isterinya. Lalu isterinya berkata,
gMataku sakit, sekiranya aku mengenakan jampi aku merasa lega dan jika
aku tinggalkannya sakitku menyeksa. h Ibnu Mas'ud menjawab, gYang
sebenarnya ini adalah kerja syaitan. Sekiranya engkau mengingkarinya ia
menyakitkanmu dan jika engkau taatinya ia membiarkanmu h. [lihat Sunan
Ibn Majah (no.3530].
Persoalan yang kita bincangkan ini melibatkan kepercayaan dalam soal
agama. Perkara agama mestilah berpaksikan dalil yang sahih untuk
diamalkan. Dalil dalam perkara agama mestilah dari Quran, hadith yang
sahih dan hasan, serta ijmak. Jika tidak amalan hanya akan menjadi
sia-sia dan mungkin mengundang dosa sahaja.
Justeru, kita wajib percaya bahawa nabi Nuh alaihissalam membina
bahtera kerana ia disebut oleh al-Quran dan hadith. Kedua-duanya adalah
asas yang sahih. Namun tidak pula disebut di dalam kedua-duanya bahawa
bahtera itu daripada Kokka!! Jadi bagaimanakah dapat kita mengetahui
bahawa ianya daripada Kokka?
Sumber cerita Israiliyyat (jikalau ada) ia hanyalah khabar dan
bukanlah hujah yang membolehkan kita memakai Kokka untuk berlindung
daripada bala atau musuh serta makhluk halus sebagaimana terdapat dalam
kisah ajaib kayu Kokka.
Seterusnya, kalaulah benar kayu Kokka adalah bahan bahtera nabi Nuh,
siapakah yang pernah melihat bahtera tersebut ataupun menjumpainya?
Ataupun sekurang-kurangnya serpihan bahtera baginda untuk kita katakan
sebagai sumber arkeologi.
Menurut sesetengah orang bahwa bahtera nabi Nuh daripada kayu pine.
Ini adalah nas Taurat. [Lihat al-Bidayah wa an-Nihayah (1/124), lihat
juga Torakh: Genesis chapter 6:14, kayu itu disebut sebagai gopher wood.
Penafsir Injil menyatakannya sebagai pokok cypruss. Lihat
(www.keyway.com)]
Begitulah halnya dengan tongkat nabi Musa dan nabi Syuaib
alaihimassalam. Bahkan Imam Abdur Razzaq telah menukilkan di dalam
tafsirnya bahawa al-Kalby (seorang perawi yang dhaif) telah berkata,
"Tongkat nabi Musa diperbuat daripada kayu Ausaj" [sejenis pokok berduri
dari spesis terung. Buahnya bulat dan hitam menyerupai batu aqiq. Lihat:
Mu'jam al-Wasit (m.s 600)] . Begitu juga disebut oleh Imam at-Thabari
dari Imam Qatadah [Lihat Tafsir as-San'ani (3/91) dan Tafsir at- Thabari
(20/17)]
Jelaslah bahawa Israiliyyat (riwayat yang dibawa oleh ahli kitab)
sendiri tidak menyebut perihal Kokka. Jadi dari mana datangnya cerita
kokka?!
Kenapakah nabi Sulaiman alaihissalam tidak disebut bersama? Adakah
kerana tongkat baginda telah dimakan anai-anai? (serangga perosak
mungkin tidak dapat mendekati Kokka) ataupun baginda tidak tahu tentang
kayu Kokka? Mustahil!!
Saya tertarik dengan hujah ringkas seorang jemaah Haji yang pintar
dalam mengulas pamphlet khasiat kokka yang banyak tersebar yang menyebut
(dengan izin Allah seperti yang berlaku di negeri Syam para soldadu
telah memakainya dan tubuh mereka menjadi kebal c) Ujarnya: "Kalaulah
Kokka ni macam yang disebut-sebut kenapa Nabi Muhammad SAW tak pakai
kayu kokka semasa berperang kat Uhud. Kan senang musuh terus cabut!!"
Tiada siapa yang pernah menjumpai bahtera dan tongkat tersebut namun
ramai yang tahu ianya diperbuat daripada kayu Kokka. Inilah sebenarnya
keajaiban Kokka.
Mensyukuri nikmat Iman
Iman adalah nikmat Allah yang agung yang dikurniakan bagi hamba-Nya
yang Dia kehendaki. Memeliharanya adalah kewajiban yang sangat penting
memandangkan nilainya yang amat tinggi bahkan ia tidak ternilai. Ia
mudah terhakis dari hati mukmin sekiranya dia melakukan dosa samada
besar maupun kecil. Ia adalah satu-satunya barang dagangan sang insan
apabila dia dihadapkan di hadapan Allah pada hari kiamat.
Oleh itu, janganlah sampai barang dagangan kita tergadai di dunia
lagi dengan melakukan syirik. Sesungguhnya syirik menafikan iman dan
menghapuskannya. Serta ketahuilah bahawa pintu-pintu syirik kadangkala
amatlah halus dan sukar dilihat mata kasar sehingga disebut bahawa ia
lebih sukar dilihat daripada kaki semut hitam yang merayap di atas batu
yang legam pada malam yang amat kelam.
Mengetahui perkara-perkara yang boleh membawa kepada kesyirikan
adalah penyebab yang boleh menyelamatkan kita dari bahaya syirik.
Jesteru, kita hendaklah bersyukur dengan sebenar-benarnya pada Allah SWT
yang telah mengurniakan nikmat iman serta memberikan kita ilmu yang
mampu menjadi benteng pemelihara iman.
Syirik dalam eKokka f
Syirik di sisi syariat Islam bermaksud meletakkan sesuatu yang
merupakan hak-hak Allah yang khas bagi-Nya atau sebahagian daripada
hak-hak tersebut pada yang selain dari Allah. Pendekatan menyekutukan
Allah dengan yang lain pada hak-hak yang khas bagi Allah.
Antara hak Allah ialah hak mencipta, mentadbir, dan memberi rezeki.
Oleh yang demikian orang yang berkata, gRezeki saya di tangan fulan, h
telah melakukan syirik kerana dia telah meletakkan hak Allah iaitu
memberi rezeki pada selain dari Allah.
Firman Allah SWT bermaksud:
h(Katakanlah (wahai Muhammad) siapakah yang mengurniakan rezeki
kepadamu dari langit dan bumi dan siapakah yang berkuasa (menciptakan)
pendengaran dan penglihatan atau siapakah yang mengeluarkan yang hidup
dari yang mati dan mengeluarkan yang mati dari yang hidup atau siapakah
yang mengatur segala urusan? Lalu mereka menjawab 'Allah', maka
katakanlah (kepada mereka) mengapa kamu tidak bertaqwa.) h [Yunus: 31]
Antara hak Allah yang lain ialah sifat Allah, perbuatan-Nya serta
nama-Nya. Semuanya adalah khusus bagi Allah dan tidak boleh dibandingkan
dengan makhluk. Maka kita tidak boleh mengatakan Allah mempunyai tangan
seperti tangan kita, Allah melihat sebagaimana penglihatan makhluk
ataupun kita menamakan anak dengan nama Allah. Semua yang di atas adalah
kufur dan syirik yang mesti di jauhi.
Firman Allah yang bermaksud:
h(Tiada sesuatu yang menyerupai dengan-Nya (Allah) dan Dia Maha
Mendengar lagi Maha Melihat.) [Syura: 11]
Syirik yang berlaku dalam penggunaan Kokka dan seumpamanya seperti
tangkal, pendinding, tulang duyong adalah syirik dalam ibadat. Ibadat
adalah hak Allah yang khas baginya.
Mungkin orang yang menggunakan Kokka akan berkata, gSaya tak sembah
selain daripada Allah! Saya sembahyang lima waktu, berpuasa, berzakat
dan menunaikan haji csemuanya kerana Allah. Bagaimana dengan hanya
memakai kayu Kokka kamu kata saya telah melakukan syirik? Ini tuduhan
yang berat! h
Seorang muslim perlu memahami dan mengetahui bahawa skop ibadat tidak
hanya meliputi rukun Islam yang lima sahaja. Bahkan amalan ibadat
merangkumi amalan lisan seperti syahadah dan zikir, amalan zahir seperti
rukun Islam yang lain serta lain-lain amalan anggota seperti tolong
menolong dan berpakaian, dan yang paling hebat dan agung ialah amalan
hati. Contoh amalan hati ialah ikhlas, khusyu f, takut, berharap dan
tawakal. Semua ini adalah ibadat yang menjadi hak Allah secara mutlak
dan kita diharamkan menyekutukan Allah padanya.
Di manakah syiriknya?
Secara amnya orang yang memakai tasbih Kokka, cincin Kokka, atau
apa-apa sahaja yang seumpamanya (dengan anggapan bahawa perkara-perkara
tersebut mempunyai keupayaan tertentu: Nota penyunting) telah melakukan
syirik dalam tawakal. Tawakal bermaksud pergantungan kepada Allah dengan
melakukan sebab yang menyampaikan kepada tujuan. Allahlah satu-satunya
yang mampu memberi manfaat dan menolak bencana, bukannya kayu atau
tangkal atau sebarang jampi serapah yang menyalahi syara f dan sunnah
Rasulullah SAW.
Dalam hadith yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan Imam Tirmizi
Rasullullah SAW bersabda, maksudnya: (Barangsiapa menggantungkan sesuatu
[dengan tujuan berlindung daripada bencana atau memohon manfaat] maka
pergantungannya adalah pada benda itu). [lihat Sunan Tarmizi (no 2072)]
Dalam hadith yang lain baginda telah bersabda, maksudnya:
(Barangsiapa yang mengenakan tangkal, sesungguhnya ia telah melakukan
syirik.). [lihat Musnad Imam Ahmad (4/154)]
Syirik yang dilakukan oleh pengguna Kokka, tangkal dan seumpamanya
ada beberapa peringkat. Ia bergantung pada sejauh mana pergantungan
pemakai terhadap benda-benda ini.
Peringkat pertama.
Sekiranya dia beri ftiqad bahawa benda-benda ini mempunyai kuasa yang
mampu memberi manfaat atau menolak bencana dengan sendirinya maka dia
telah terjerumus ke jurang syirik besar yang membatalkan iman dan
syahadah. Perbuatannya juga telah membatalkan seluruh amalan baik yang
telah dilakukan. Ini kerana ia telah bertawakal pada yang lain selain
daripada Allah. Lebih teruk daripada itu ia bertawakal pada benda yang
langsung tidak mampu memberi manfaat padanya maupun menolak sebarang
bencana baik secara logik akal apatah lagi di sisi syarak yang telah
menafikannya dari awal lagi.
Peringkat kedua.
Sekiranya dia beri ftiqad bahawa Allah sahajalah yang mampu memberi
manfaat dan menolak bala bencana, namun dia menggunakan benda-benda ini
sebagai sebab atau alat untuk mandatangkan manfaat daripada Allah dan
menolak bala -sebagaimana orang sakit memakan ubat sebagai penyebab
untuk sembuh atau pemburu menggunakan senapang untuk membunuh-,
sesungguhnya dia telah tergelincir ke dalam lembah syirik kecil. Yang
demikian kerana dia telah mereka-reka perkara dalam agama yang tidak
diizinkan oleh Allah di samping mendakwa bahawa Allah menyukai perkara
yang ia lakukan. [lihat: Fath al-Majid (m.s 104)]
Terdapat perbezaan antara Kokka dan seumpamanya dengan ubat dan
senapang. Ubat dan senapang sebab dan akibatnya adalah zahir, sementara
Kokka sebab dan akibatnya tidak zahir. Kalau seseorang berkata,
gBawalah senapang ini. Musuh akan takut. h Kata-katanya diterima akal.
Inilah maksud zahir. Lantas ianya dibenarkan. Namun kalau disebut,
gJika anda membawa tasbih ini musuh akan takut, h orang yang berkata
tadi mestilah membawa dalil yang lain bagi menyokong dakwaannya kerana
sebabnya tidak zahir.
Dalam sebuah hadith yang diriwayatkan daripada Imran bin Husoin
bahawasanya Rasulullah SAW terlihat seorang lelaki yang mengenakan
kalung dari besi kuning di tangannya. Lalu baginda bertanya, (Apakah
ini?) Lelaki itu menjawab, gPenangkal Wahinah h [sejenis penyakit pada
lengan] Baginda lantas bersabda, (Tanggalkannya! Sesungguhnya ia takkan
menambahkan apa-apa kepada kamu melainkan kelemahan. Sesungguhnya
sekiranya kamu mati dan kamu masih memakainya nescaya kamu tidak akan
selamat selama-lamanya.) Hadith ini diriwayatkan oleh Imam Ahmad dengan
sanad yang hasan. [lihat Musnad Imam Ahmad (4/445)]
Syirik yang kecil tidak bererti dosa yang kecil. Bahkan sebesar-besar
dosa selepas syirik yang besar adalah syirik kecil kerana ia boleh
membawa kepada syirik yang besar.
Kafarah bagi orang yang melakukan syirik yang kecil ialah dengan
bertaubat dengan taubat nasuha. Taubat sahajalah yang mampu menyucikan
dosa syirik. Kendatipun telah melakukan syirik, pelaku syirik yang kecil
tidak akan kekal di dalam neraka. Setelah dosanya dibersihkan dengan
azab dan seksa yang maha pedih, dia akan dikeluarkan dari neraka dan
dimasukkan ke syurga.
Berhubung dengan pemakaian kayu Kokka atau seumpamanya dengan tujuan
saja-saja seperti melawa atau seumpamanya, perkara ini mesti
ditinggalkan. Ini kerana ia merupakan perbuatan ahli bid'ah dan kita
dilarang dari menyerupai mereka kerana peniruan gaya hidup menunjukkan
keredhaan dan kesukaan kita pada perkara tersebut. Apatah lagi para
pelajar agama dan para Hujaj (Haji dan Hajah) yang menjadi teladan di
tanah air.
Dalam sebuah hadith daripada Ruwaife f bahawasanya Rasulullah SAW
telah bersabda kepadanya, Maksudnya: (Wahai Ruwaife f, engkau mungkin
akan hidup lama. Khabarkanlah kepada sekelian orang bahawasanya
barangsiapa yang mengikat janggutnya atau menggantungkan tali panah pada
haiwannya [untuk mengelak 'ain] atau beristinja f dengan tahi binatang
sesungguhnya Muhammad SAW berlepas diri daripadanya.). [lihat Musnad
Imam Ahmad (4/108-109)]
Sebab larangan mengikat janggut adalah kerana ia perbuatan ahli
majusi. Ianya merupakan simbol serta gaya hidup mereka dan kini ia
dipopularkan oleh trend muzik global seperti hiphop dan alternatif.
Rasulullah SAW melarang dari meniru mereka dan berlepas diri daripada
orang yang meniru mereka walaupun ia tidak memasuki agama majusi .[lihat
Fath Majid (m.s 152)]
Contoh yang lain ialah serban. Hukum asal memakai serban adalah harus
bahkan ada yang mengatakan sunnah. Namun jika ia dililit seperti lilitan
penganut agama sikh hukumnya menjadi haram kerana menyamai perkara yang
menjadi simbol mereka begitu juga jika dipakai seperti gaya kumpulan
sufi penyembah kubur yang banyak di India. Ia adalah simbol ahli bid'ah
yang tidak harus ditiru walaupun dengan tujuan saja-saja.
Menurut ulama, tiada suatu bid'ahpun yang dilakukan melainkan suatu
sunnah (yang bertujuan seumpama bid'ah tadi) telah dimatikan.
Tanyakanlah pemakai kayu kokka, adakah dia mengamalkan zikir pagi dan
petang seperti sunnah Nabi SAW sebagai pelindung untuk setiap hari?
Adakah dia tahu doa yang Nabi SAW baca untuk melindungi cucu baginda SAW
Hasan dan Husin dari terkena 'ain dan syaitan ataupun dia menggolekkan
butir kokka pada dahi anaknya sahaja? Adakah dia mengamalkan doa sebelum
tidur yang boleh menjauhkannya dari sihir ataupun dia hanya meletakkan
butir Kokka di bawah bantal? Lihatlah sunnah Nabi SAW yang ditinggalkan
akibat bid'ah Kokka!
Untuk bersikap insaf saya akui kemungkinan Kokka mengandungi zat dan
khasiat perubatan (meskipun belum pernah dikemukakan secara klinikal)
untuk mengubati sesetengah penyakit. Mungkin!! Namun pegangan karut
seperti penangkal, pelemah musuh, anak menangis, penghalau hantu dan
sihir amatlah tidak dapat diterima.
Akhir kata saya memohon taufik daripada Allah Taala buat kita semua,
moga-moga kita akan selamat dari fitnah dan ujian-Nya.
Ingatlah, tawakal atau pergantungan adalah bentuk ibadat yang sangat
hebat dan tinggi darjatnya. Allah berjanji akan memasukkan hamba-Nya
yang benar dalam tawakalnya kepada Allah ke dalam syurga tanpa perlu
dihisab apatah lagi diazab. Wa Allahu a`lam.
Sumber: www.tranungkite.net dengan sedikit pindaan dan suntingan .
Tajuk asal artikel: Keajaiban Kayu Kokka
---------------------------------
Want to be your own boss? Learn how on Yahoo! Small Business.
DISCLAIMER:
This e-mail (including any attachments) may contain confidential information.
If you are not the intended recipient, you are hereby notified that any review,
distribution, printing, copying or use of this e-mail is strictly prohibited.
If you have received this e-mail in error, please notify the sender or Bursa
Malaysia immediately and delete the original message. Opinions, conclusions and
other information in this e-mail that do not relate to the official business of
Bursa Malaysia and/or its group of companies ("Bursa Malaysia Group") shall be
understood as neither given nor endorsed by Bursa Malaysia Group and Bursa
Malaysia Group accepts no responsibility for the same. All liability arising
from or in connection with computer viruses and/or corrupted e-mails is
excluded to the fullest extent permitted by law.
--------------------------------------------------------------------------
All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in
any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved
otherwise.
If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily
digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your
mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the
title "change to daily digest".
--------------------------------------------------------------------------
Recommended sites:
Angkatan Belia Islam Malaysia : http://www.abim.org.my
Jamaah Islah Malaysia : http://www.jim.org.my
Radio Islam Kuliyyah : http://www.kuliyyah.com
Palestinkini Info : http://www.palestinkini.info
Partai Keadilan Sejahtera : http://pk-sejahtera.org
Fiqh Siber : http://al-ahkam.net/
The Muslim Brotherhood : http://ikhwanweb.com
Yahoo! Groups Links
<*> To visit your group on the web, go to:
http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/
<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
http://docs.yahoo.com/info/terms/