Insan, janganlah berputus asa 
 
Oleh: Ibnu Abdullah 
   
  Semua yang bergelar insan pastinya telah, pernah, dan akan berhadapan dengan 
pelbagai bentuk ujian, cabaran, masalah, kesulitan, atau kegagalan. Itulah 
hakikat insan yang hidupnya pasti berhadapan dengan pelbagai ujian dan cabaran. 
Bahkan Allah SWT sendiri menjelaskan hal ini melalui firmanNya dalam AlQuran:

“Maka apakah kamu mengira bahawa sesungguhnya Kami menciptakan kamu secara 
main-main dan bahawa kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami?” 

Dan dalam ayat yang lain Allah menerangkan: “Apakah manusia itu mengira bahawa 
mereka dibiarkan sahaja mengatakan; Kami telah beriman sedang mereka tidak 
diuji lagi?” 

Ujian yang dihadapi berbeza antara seorang insan dengan insan yang lain. Ada 
yang diuji dengan kegagalan dalam sesuatu perkara, ada yang diuji dengan 
penindasan dan masalah, ada yang diuji dengan kebaikan, kekayaan, kemiskinan 
dan bahkan ada juga yang diuji dengan kesalahan, dosa-dosa, dan sebagainya. 
Pendek kata, semua orang pernah dan akan diuji. Persoalan yang penting yang 
ingin disampaikan bukanlah sekadar untuk membezakan bentuk ujian tersebut namun 
apa yang lebih penting bagaimana kita menghadapi ujian dan cabaran tersebut. 
   
  Jadi apakah tindakan kita dalam berhadapan dengan ujian tersebut. Adakah kita 
perlu kecewa dan marah atau berputus asa apabila berhadapan dengan pelbagai 
bentuk ujian tersebut? Bukankah sepatutnya sebagai seorang Muslim kita 
sepatutnya menjadikan ujian tersebut sebagai batu loncatan yang mengubah kita 
menjadi seorang yang lebih baik dan mengubah keadaan tersebut menjadi lebih 
baik. 
  Bukankah Allah telah menyatakan: “Allah tidak akan sekali-kali mengubah nasib 
sesuatu kaum melainkan kaum tersebut sendiri yang mengubahnya” 

Inilah hebatnya orang Islam, kerana prinsip hidupnya yang jelas dan bermatlamat 
telah digariskan dengan jelas dalam Islam.Benarlah kata – kata Umar yang sangat 
terkenal akan hal ini. 

“Kita adalah satu bangsa yang dimuliakan dengan Islam dan sekiranya kita 
mencari kemuliaan selainnya pastinya kemuliaan yang kita kecapi akan hilang”.

Pendek kata, janganlah kita berputus asa dalam berhadapan dengan ujian 
tersebut. Allah menyatakan dengan jelas dalam AlQuran bahawa sifat putus asa 
bukanlah sifat seorang Muslim. Seorang Muslim adalah seorang yang tidak 
mengenal erti putus asa dan sentiasa berusaha bersungguh-sungguh dalam apa jua 
perkara. Bukankah Allah swt telah menjelaskan hal ini dalam menceritakan kisah 
Nabi Yaakub dan anak-anaknya: 

" Wahai anak-anakku! Pergilah dan intiplah khabar berita mengenai Yusof dan 
saudaranya, Dan janganlah kamu putus asa dari rahmat serta pertolongan Allah. 
Sesungguhnya tidak berputus asa dari Rahmat dan pertolongan Allah itu melainkan 
kaum yang kafir”. 

Bahkan sehingga pelaku-pelaku dosa sekalipun tidak dibenarkan berputus asa sama 
sekali kerana sememangnya sifat ini adalah sifat yang terlarang bahkan 
keampunan Allah SWT itu sangat luas. Allah menjelaskan hal ini dalam sebuah 
ayat yang sugguh indah maknanya:

Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai hamba-hambaku yang telah melampaui batas 
terhadap diri sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah berputus 
asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; 
sesungguhnya dialah jua yang Maha Pengampun; lagi Maha Mengasihani”. 

Kalau dalam hal inipun dilarang berputus asa apatah lagi hal – hal yang lain. 
Tapi alangkah berbezanya realiti Muslim hari ini yang mudah sahaja berputus asa 
apabila gagal dalam sesuatu perkara atau mudah saja menyerah kalah apabila 
menghadapi cabaran yang sukar. Ikutilah teladan Rasulullah SAW dan sahabat – 
sahabat serta generasi Islam yang awal yang sentiasa bersemangat dan 
bersungguh- sungguh dalam apa jua bidang sekalipun. Ayuh wahai pemuda untuk 
kita bangkit kembali dan pastikan kita sentiasa cekal dan jauhilah sikap 
berputus asa.

Penulis teringat kisah seorang pendaki gunung yang pernah mencatat masa yang 
terpantas yang mana telah menjadi Qadar Allah untuk pemuda tersebut mangalami 
kemalangan sehingga tidak memungkin lagi dia untuk mendaki. Namun alangkah 
positifnya pemuda ini dengan menjelaskan: 

“jika sebelum ini aku boleh melakukan 100000 perkara tapi kini aku masih boleh 
melakukan 1000 perkara lagi”. 

Lihatlah pemuda ini yang sentiasa pro aktif dan berfikiran positif. Dan secara 
logikalnya, hari ini kita melihat kebanjiran pelbagai jenis buku yang 
sebenarnya tidak mahu membiarkan manusia dalam keadaan berputus asa. Ada sahaja 
buku yang ditulis untuk membantu kita memperbaiki keadaan kita. Kalau tidak 
pandai berbahasa ada sahaja buku yang menjelaskan bagaimana untuk menguasai 
bahasa tersebut, jika dalam keadaan stress juga ada sahaja buku yang 
menjelaskan bagaimana menghadapinya pendek kata semuanya Ada jalan dan ianya 
terletak kepada kita sama ada kita mahu atau tidak atau kesimpulan yang mudah 
ianya tidak mahu kita berputus asa kerana Sesutu maslah atau cabaran yang 
timbul pasti ada jalan keluarnya.

Jika kita pernah gagal, ini tidak bermakna kita akan gagal selama-lamanya. 
Persoalan yang penting bukanlah bagaimana kita akan gagal tetapi persoalannya 
adalah bagaimana kita akan mengendalikan dan berhadapan dengan kegagalan 
tersebut. 

Allah SWT tidak pernah bersikap zalim terhadap hamba Nya. Bahkan Dia Maha Adil 
dalam segala sesuatu. Sebaliknya manusialah yang mempunyai sifat gopoh. Mereka 
selalu menghadapi Qadha' Allah dengan rasa kesal dan tidak reda, lebih-lebih 
lagi kalau yang menimpanya itu sesuatu yang pahit. Dia mengira kalau dia 
mendapat kesenangan itu membuktikan bahawa Allah reda kepadanya. Sebagaimana 
dia mengira bahawa Allah benci kepadanya jika ia mendapat bencana.Inilah 
gambaran akal manusia yang sangat terbatas. Sedangkan Allah menafikan sekeras 
kerasnya anggapan yang salah dan keliru tersebut di dalam firman-Nya: "Adapun 
manusia apabila Tuhannya mengujinya lalu dimuliakan-Nya dan diberikan-Nya 
kesenangan, maka dia berkata: Tuhanku telah memuliakanku. Adapun apabila 
Tuhannya mengujinya lalu membatasi rezekinya maka dia berkata: Tuhanku 
menghinakanku. Sekali-kali tidak (demikian). 
   
  Anggapan manusia pada kedua-dua keadaan diatas adalah keliru. Sebenarnya 
kelapangan atau kesempitan rezeki adalah ujian Allah terhadap hamba-Nya. Apakah 
mereka akan bersyukur atau kufur nikmat, apakah boleh sabar menghadapi cubaan 
atau panik. Balasan untuk seseorang yang kelak akan diterimanya adalah sesuai 
dengan sikapnya menghadapi ujian-ujian diatas. Balasan bukan terletak pada apa 
yang diperolehi seseorang di dunia ini samada senang atau susah. Kesimpulannya, 
janganlah kita berputus asa. Jadi bagaimanakah kita menghadapinya?: 
   
  • Sentiasa ingat bahawa setiap ujian yang menimpa adalah untuk menuntut kita 
untuk menjadi yang lebih baik. Rasulullah SAW menjelaskan: 
  “Sungguh mengkagumkan keadaan seorang mukmin, keadaan mereka sentiasa dalam 
kebaikan. Tidak terjadi hal yang demikian itu melainkan bagi seorang mukmin. 
Jika mendapat kesenangan ia bersyukur dan hal itu merupakan kebaikan. Dan jika 
ia tertimpa kesusahania bersabar dan itu juga merupakan kebaikan baginya”. 
   
  • Sentiasa memohon pertolongan Allah dalam segenap hal dan bertawakal kepada 
Allah. Dari Abdullah Bin Mas''ud RA, bahawa sesungguhnya Rasulullah SAW 
bersabda: Barangsiapa yanny selalu ditimpa kesedihan/kegundahan maka hendaklah 
dia membaca: "Ya Allah, sesungguhnya aku adalah hamba-mu, dan anak abdi-Mu, dan 
anak-anak-Mu, dan (berada) didalam genggaman-mu, ubun-ubunku ditangan-Mu, dan 
berlaku keatas (diri) ku hukum-Mu, dan adil padaku ketentuan-Mu, aku memohon 
kepadaMu dengan semua nama milik-Mu, (samada) yang Engkau namakan diri-Mu 
dengannya, atau yang Engkau turunkan dia di dalam kitab-Mu, atau yang Engkau 
simpan tersembunyi di alam ghaib disisi-Mu; kiranya Engkau jadikanlah Al Quran 
sebagai penghibur hatiku, dan sebagai penawar kesedihanku dan kedukaanku". 
Tidak seorang hambapun yang membaca doa tersebut melainkan Allah hilangkan 
kedukaannya dan diganti-Nya (kesedihan itu) dengan kegembiraan. 

Dan dalam firman Allah menjelaskan: "Dan apabila hamba-hambaKu bertanya engkau 
(Wahai Muhammmad) tentangKu, (maka jawablah) sesungguhnya Aku ini hampir, Aku 
menjawab seruan sesiapa yang berdo`a kepadaKu apabila dia berdo`a. Maka 
hendaklah dia menyahut seruan (menunaikan perintahKu) dan beriman kepadaKu 
mudah-mudah mereka selalu berada di atas petunjuk”. 
  
• Bersabar dan Bersikap pro aktif serta tidak reaktif apabila menghadapi 
cabaran dan ujian. Sentiasa memikirkan peluang dan apa yang boleh dilakukan 
untuk memperbaiki keadaan tersebut dan bukannya dengan bereaksi dengan emosi 
dan hawa nafsu. Ingatlah setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. 
  Akhir kata marilah bersama- sama kita menghayati sebuah Hadith Rasulullah 
SAW,Sabda Nabi s.a.w kepada Ibnu `Abbas ketika itu dia masih kecil: Maksudnya: 
Wahai anak kecil! Sesungguhnya aku ingin mengajarmu beberapa kalimat, iaitu, 
jagalah Allah (jagalah perintahNya) nescaya Allah menjagamu. Jagalah Allah 
(jaga perintahNya) nescaya engkau dapati Dia berada di hadapanmu (menunaikan 
keperluanmu). Apabila engkau memohon pohonlah daripada Allah. Apabila engkau 
meminta pertolongan minta tolonglah daripada Allah. 
  
http://ummahonline.com/index/modules.php?name=News&file=article&sid=281&mode=&order=0&thold=0
   


                
---------------------------------
Do you Yahoo!?
 Next-gen email? Have it all with the  all-new Yahoo! Mail Beta.





--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in 
any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved 
otherwise. 

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily 
digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your 
mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the 
title "change to daily digest". 

--------------------------------------------------------------------------

Recommended sites:
Angkatan Belia Islam Malaysia  : http://www.abim.org.my
Jamaah Islah Malaysia          : http://www.jim.org.my
Radio Islam Kuliyyah           : http://www.kuliyyah.com
Palestinkini Info              : http://www.palestinkini.info
Partai Keadilan Sejahtera      : http://pk-sejahtera.org
Fiqh Siber                     : http://al-ahkam.net/
The Muslim Brotherhood         : http://ikhwanweb.com 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 



Kirim email ke