Tidak wajar Abdullah tuduh pengkritik iblis
Fri | Aug 11, 06 | 08:07:18 PM
Oleh Harakahdaily
ALOR SETAR, 11 Ogos (Hrkh) - Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi tidak sepatutnya bertindak dengan begitu terdesak dan menuduh orang lain sebagai iblis untuk menutupi kegagalannya menjawab beberapa persoalan yang dibangkitkan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, kata Ahli Jawatankuasa PAS, Mahfuz Omar.

"Orang-orang Umno sering menuduh PAS mengkafirkan mereka, tetapi hari ini Presiden Umno pula menuduh ahli-ahlinya sendiri sebagai iblis kerana semua pihak tahu, ramai ahli Umno yang menentang kelemahan Abdullah yang mereka dakwa sebagai Perdana Menteri paling lemah dalam sejarah," kata beliau.

Dalam ucapannya di Kuantan, Abdullah berkata, dalam melaksanakan
projek-projek berkenaan, ada pihak-pihak tertentu yang bersikap seperti iblis yang cuba mengganggu usaha membangunkan negara kerana iblis merasakan ia lebih pandai daripada orang lain.

"Sejak bila pula orang yang mempunyai pandangan yang berbeza dan mempersoalkan perkara-perkara yang tidak dipersetujuinya menjadi iblis yang cuba mengganggu usaha untuk membangunkan negara?

"Persoalannya, adakah yang dianggap iblis itu menentang usaha untuk membangunkan negara atau adakah mereka menentang tindakan membangunkan keluarga sendiri dengan menyalahgunakan kuasa dan kedudukan?" tanya Mahfuz.

Beliau berkata, tindakan Abdullah menuduh orang lain iblis bukan sahaja tidak dapat menutup dan menyorok kelemahannya, malah akan memburukkan lagi imejnya di mata rakyat.

"Beberapa pemimpin Umno yang saya temui secara kebetulan menyatakan mereka amat kesal dan malu dengan tindakan Abdullah mengibliskan penentangnya. Sambil mereka yakin Dr Mahathir tidak akan terjejas dan berundur dari meminta jawapan kerana label iblis itu, apa yang mereka bimbangkan ialah tindakan Abdullah menajamkan lagi pertentangan dengan Dr Mahathir itu akan memburukkan lagi keadaan.

"Salah seorang dari mereka memberitahu saya, Abdullahlah sebenarnya yang boleh membuat pilihan sama ada hendak memilih jalan damai atau berperang dengan Dr Mahathir. Pemimpin Umno itu yakin Abdullah boleh memilih jalan damai dengan menjawab dengan telus dan bertanggungjawab semua persoalan yang dibangkitkan oleh Dr Mahathir itu."

"Kalau tidak pernah buat tawaran kepada Singapura untuk menjual pasir dan memberikan ruang udara, kalau tidak dikuasai oleh menantu dan pegawai-pegawai muda di tingkat empat Jabatan Perdana Menteri dan kalau tidak terlibat membantu perniagaan anak dan menantu, buktikan sahaja tanpa sebarang keraguan bahawa Dr Mahathir membuat tuduhan yang tidak berasas. Abdullah sendiri yang kata, berani kerana benar. Kalau benar, apa yang susah sangat hendak memberikan jawapan yang tidak boleh dipertikaikan lagi?"

"Pemimpin Umno yang saya temui itu juga kesal kerana Abdullah lebih cenderung untuk memilih permusuhan dengan menuduh iblis kepada orang yang bertanya beberapa soalan mudah kepadanya," cerita Mahfuz.

Menurut Mahfuz lagi, para pemimpin Umno yang ditemuinya juga kesal kerana Abdullah yang mereka hormati atas sifatnya sebagai anak dan cucu kepada ulama-ulama terkenal serta sering pula menggunakan ayat-ayat al-Quran dalam percakapannya memilih perang berpanjangan dengan Dr Mahathir.

Mahfuz juga mempersoalkan, oleh kerana semua orang yakin dan percaya, Dr Mahathirlah sasaran sebenarnya Abdullah apabila menuduh iblis itu, "mengapa Abdullah sanggup berada dalam kabinet yang diketuai "iblis" begitu lama sehingga ke peringkat menjadi timbalan kepadanya dan selepas itu diangkat pula oleh "iblis" menggantikannya?

"Persoalannya, jika benar iblis, mengapa sanggup berkerja dengan iblis sehingga tidak berani berkata apa-apa melainkan mengangguk-angguk sahaja setiap masa kerana Abdullah sendiri yang mendedahkan anggota kabinet zaman Dr Mahathir dahulu tidak berani bercakap dan memberikan pendapat seperti anggota kabinetnya sekarang.

"Timbul satu lagi persoalan, adakah sifat tidak berani bercakap dan memberikan pendapat itu kerana kabinet Dr Mahathir dahulu dianggotai oleh orang-orang seperti Abdullah?"

Mahfuz seterusnya berkata, oleh kerana Abdullah sendiri ada menyebutkan perkataan muhasabah, beliau sepatutnya tidak menunjukkan rasa takut kepada amalan itu dengan menuduh orang yang mengkritik sebagai iblis kerana muhabasah kadang-kadang perlu dilakukan secara keras untuk menyedar dan menyegarkan semula orang-orang yang lalai, lesu dan sering tertidur.

Beliau juga menyeru Abdullah supaya tidak lagi melabelkan rakyat yang mengkritik dan menuntut jawapan sebagai iblis kerana tindakan itu boleh menjahanamkan negara.

"Abdullah tentu tahu, jika kita menuduh orang lain kafir dan orang itu tidak kafir seperti yang kita tuduh, kafir itu akan berbalik kepada kita, barang dijauhkan Allah. Begitu jugalah kalau menuduh orang lain sebagai iblis," katanya lagi.

***********************
Surat/Emel Pembaca
Sekiranya terdapat sebarang komen, aduan, cadangan, pendapat, rencana atau sebagainya, sila emelkan ke [EMAIL PROTECTED]. Sertakan bersama nama, nama pena, alamat, no. kad pengenalan, dan no. telefon (maklumat anda adalah rahsia dan tidak akan disiarkan). Artikel yang diterima dan dikemaskini akan disiarkan di ruangan Surat Pembaca atau bersesuaian.


Inbox full of spam? Get leading spam protection and 1GB storage with All New Yahoo! Mail. __._,_.___

--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".

--------------------------------------------------------------------------

Recommended sites:
Angkatan Belia Islam Malaysia  : http://www.abim.org.my
Jamaah Islah Malaysia          : http://www.jim.org.my
Radio Islam Kuliyyah           : http://www.kuliyyah.com
Palestinkini Info              : http://www.palestinkini.info
Partai Keadilan Sejahtera      : http://pk-sejahtera.org
Fiqh Siber                     : http://al-ahkam.net/
The Muslim Brotherhood         : http://ikhwanweb.com





YAHOO! GROUPS LINKS




__,_._,___

Kirim email ke