| Kehadiran PM seperti tidak dirai rakyat Kelantan |
Oleh Harakahdaily KOTA BHARU, 20 Ogos (Hrkh) - Mungkinkah tempias kedatangan Tun Dr Mahathir Mohamad ke Kelantan 28 Julai lalu, menyebabkan pemimpin Umno dan pegawai kerajaan kurang berminat mengikuti ucapan Perdana Menteri ketika merasmi penutup Perkampungan Hadhari petang tadi.
Biar pun ketibaan Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra pagi tadi disambut lebih ramai berbanding bekas Perdana Menteri, namun situasi di Wakaf Mek Zainab tempat berlangsungnya Perkampungan Hadhari lain pula.
Sebahagian besar yang hadir adalah pelajar-pelajar sekolah. Mereka berbaris panjang menyambut kedatangan Perdana Menteri. Ada gadis-gadis yang 'disolek' begitu sekali tanpa bertudung berbaris di kiri kanan seolah-olah mencerminkan itulah sebenarnya Perkampungan Hadhari.
Ekspo tersebut sebenarnya Jom Heboh yang diberi nama baru apabila sampai di Kelantan bagi mengelakkan tidak mendapat permit daripada pihak berkuasa tempatan. Sekali sekala siaran langsung dipancar melalui TV3 dan TV9.
"Malang sungguh ketika Perdana Menteri sedang berucap orang ramai yang datang mengerumumi khemah
'power root' kerana di situ ada artis. Banyak kerusi kosong di tengah dan belakang khemah utama berhadapan pentas."
"Mereka mungkin mendengar sambil lewa sahaja ucapan Perdana Menteri dan Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan. Jauh sekali kalau dibanding ucapan Tun Dr Mahathir Julai lalu," kata seorang rakan wartawan.
Abdullah tiba di Kelantan kira-kira jam 9.30 pagi dan berucap di depan ribuan penyokongnya di lapangan terbang. Kemudian menaiki helikopter ke Dabong bagi merasmikan jambatan baru.
Bagaimanapun pada program Perkampungan Hadhari kehadiran pemimpin utama negara itu hanya disambut pelajar-pelajar sekolah yang berpakaian seragam khas,
manakala pegawai kerajaan Pusat pula kurang kelihatan, tidak seperti lazimnya.
Malah, pagi Jumaat lalu semasa Annuar merasmikan program tersebut tidak ramai yang mendengar ucapannya sebaliknya orang ramai mundar mandir di khemah-khemah pameran.
Kerusi kosong lebih banyak berbanding diduduki mereka yang hadir. Puteri Umno yang sering kelihatan pada program sebelum ini pun seperti sudah hilang semangat. Begitu juga Wanita dam Pemuda Umno.
Ramai melihat ada kaitan secara tidak langsung dengan kritikan Dr Mahathir terhadap kelemahan pentadbiran kerajaan sekarang menyebabkan kehadiran
Perdana Menteri kali ini tidak semeriah dahulu.
Ia dibuktikan pada petang Jumaat lalu di Kok Lanas, apabila bekas anggota Jawatankuasa Umno Bahagian Ketereh, Che Hussin Mat mengisytihrkan keluar dari parti itu. Sedangkan sebelum ini dia adalah pegawai kepada Annuar.
Annuar ketika berucap menggambarkan Abdullah sebagai seorang pemimpin tinggi budinya dan intelek yang luhur.
Malah dengan nada bersemangat dan keras katanya, 'kita tidak akan biarkan Pak Lah keseorangan' sambil disambut tepuk tangan orang ramai.
Kain sepanduk bertulis 'Sabarmu Satu Kekuatan, Kesederhanaanmu Satu Keistimewaan dan Kesolehanmu Satu Tauladan' terdapat
di mana-mana di tapak ekspo.
Perdana Menteri pula menyebut rakyat di sini akan melihat pembangunan yang tidak pernah ditengok sebelum ini sama ada di Kelantan, Terengganu atau Pahang.
Menurutnya, kehadiran rakyat Kelantan pada program tersebut menggambarkan mereka ingin kepada perubahan.
"Pengkhianatan terhadap Islam juga sedang berlaku, di mana negara Islam telah diceroboh oleh kuasa asing," katanya tanpa menghurai lanjut situasi yang berlaku sekarang.
Sebelum berucap di mana sekali sekala terkena pancaran terik matahari petang, beliau menerima resolusi
konvensyen Majlis Kemajuan Kelantan yang disampaikan Dato' Nordin Razak.
Malam tadi di tapak ekspo berkenaan kedatangan hujan yang lebat secara tiba-tiba menyebabkan persembahan hiburan terpaksa dihentikan lebih awal.
"Banyak sepanduk berterbangan dan jatuh di sana sini kerana angin bertiup agak kuat sebelum hujan lebat turun," kata seorang kakitangan kerajaan dari Pasir Mas.
**************************
Surat/Emel Pembaca
Sekiranya terdapat sebarang komen, aduan, cadangan, pendapat, rencana atau sebagainya, sila emelkan ke [EMAIL PROTECTED]. Sertakan bersama nama, nama pena, alamat, no. kad pengenalan, dan no. telefon (maklumat anda adalah rahsia dan tidak akan disiarkan). Artikel yang diterima dan dikemaskini akan disiarkan di ruangan Surat Pembaca atau bersesuaian.
Sekiranya terdapat sebarang komen, aduan, cadangan, pendapat, rencana atau sebagainya, sila emelkan ke [EMAIL PROTECTED]. Sertakan bersama nama, nama pena, alamat, no. kad pengenalan, dan no. telefon (maklumat anda adalah rahsia dan tidak akan disiarkan). Artikel yang diterima dan dikemaskini akan disiarkan di ruangan Surat Pembaca atau bersesuaian.
All New Yahoo! Mail Tired of [EMAIL PROTECTED]@! come-ons? Let our SpamGuard protect you. __._,_.___
--------------------------------------------------------------------------
All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.
If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".
--------------------------------------------------------------------------
Recommended sites:
Angkatan Belia Islam Malaysia : http://www.abim.org.my
Jamaah Islah Malaysia : http://www.jim.org.my
Radio Islam Kuliyyah : http://www.kuliyyah.com
Palestinkini Info : http://www.palestinkini.info
Partai Keadilan Sejahtera : http://pk-sejahtera.org
Fiqh Siber : http://al-ahkam.net/
The Muslim Brotherhood : http://ikhwanweb.com
YAHOO! GROUPS LINKS
- Visit your group "hidayahnet" on the web.
- To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
- Your use of Yahoo! Groups is subject to the Yahoo! Terms of Service.
__,_._,___
