Apabila kita berkata, rezeki ditangan tuhan, jadi apa pilihan kita?
adakah kita mempunyai hak untuk memilih? apakah yang dimaksudkan
dengan rezeki ditangan tuhan?
saudara sawayaka kena faham maksud diatas, bekerja dikilang yahudi
adakah bermaksud , bukan allah yang bagi rezeki? adakah allah bagi rezeki
jika bekerja dikilang islam saja?

hatta kalau iblis yang bukak kilang dan sayang bekerja disitu, allah juga
yang bagi rezeki sebab saya dan awak juga setuju bahawa rezeki ditangan allah.
jadi kenapa kita harus memboikot kilang yahudi kat malaysia ni hanya kerana
orang yahudi menyerang lubnan?

Saya rasa sawayata kena faham bagaimana kejadian alam ini,
macam mana allah mentadbir alam ini.
kalau you suka tengok
discovery channel, kisah binatang-binatang liar digurun sahara?
kita pun macam tu jugak. begitulah dunia kita berfungsi.

menyentuh soal haruskah kita berpeluk tubuh, suka saya nak
bagi tahu bahawa tuhan mengajar kita setiap hari,
apa yang berlaku didunia ini adalah pengajaran untuk kita meningkatkan
ketakwaan kepada allah.
salah satu rukun imam ialah percaya kepada qada dan qadar, maka setiap
ketentuan itu adalah hak allah dan kerja kita ialah mengambil setiap yang
berlaku sebagai iktibar untuk diri kita, keluarga kita.

boleh sawayata bagitahu, bagaimana perasaan nabi allah noh apabila,
isteri dan anaknya tenggelam oleh ombak besar?
apa yang nabi allah noh boleh buat? you! tell me.........

saya sebenarnya lebih risau isu murtad kat malaysia ni dari apa yang berlaku
kat lubnan sana.
penganjaran yang saya dapat ialah saya harus mendidik anak-anak saya
rohani dan jasmani kerana anak imam pun boleh murtad.
pesan saya jangan jadi hero kalau anda rasa tak layak jadi hero.

salaam


--------------------------------------------------------------
Omron Malaysia Sdn Bhd (OMB)
Product Engineering Section
Tel : 603-7884 8000 Ext : 363/364  
Fax : 603-7884 8008
E-mail : [EMAIL PROTECTED]
Website : www.omron-ap.com.my
--------------------------------------------------------------

DISCLAIMER:


This message may contain confidential and privileged information for its intended recipient (s) only. If you are not an intended recipient, you are hereby notified that any review, dissemination and distribution, printing or copying of this message or any part thereof is strictly prohibited.  Please delete the entire message and inform the sender of the error. Any opinions, conclusions and other information in this message that are unrelated to official business of Omron are those of the individual sender and shall be understood as neither explicitly given nor endorsed by Omron.


Sawayaka Hito
Sent by: [email protected]

08/11/2006 04:24 PM

Please respond to
[email protected]

To
Ikhwanul Muslimun <[email protected]>
cc
Subject
Suspected SPAM:  Boycott Israel [hidayahnet] Re: Gajah vs kuman






Assalamualaikum,
 
Maaf mencelah.. dlm kemarahan, kebingunan, kegeraman, keresahan kita terhadap tindakan pantas Israel membunuh org yg tak berdosa di Palestin-Lubnan,sy tak menyangka ada diantara kita yg tidak menyetujui tindakan pantas kita utk memboikot barangan US-Israel. Tidak mengapa, kerana pilihan terletak ditgn masing2..
 
Cuma izinkan sy menjawap perihal;
 
(1) 'Adilkah kita memboikot (di negara sendiri) sedangkan kita akan bertindak kejam terhadap rakyat kita (yg bekerja) di sykt Yahudi?'...
 
Masalah ini tentulah samasekali berpunca dpd pemimpin (yg gila/rakus kekayaan) yg tanpa berfikir panjang terus menerus membuka peluang yahudi bertapak di bumi Malaysia.. maka ramailah kita yg kununnya terpaksa bekerja di sykt mereka bagi menjana ekonomi negara & periuk nasi sendiri.. TAPI ketahuilah, negara kita bukan berada dlm keadaan darurat. Kita masih ada pilihan lain utk bertukar kerja (sejurus pabila kita tahu sykt tersebut milik yahudi!!!).. Manusia mmg byk/penuh dgn alasan... Peluang kerja tiada? Byk lagi yg menganggur? Kita akan mati kebuluran? Dan lagi.. dan lagi..........? Ketahuilah, tepuk dada tanya iman. Rezeki ditgn Tuhan dan kita diberi pilihan utk memilih mana yg makruf atau mungkar... mana yg Yahudi atau yg bukan!
 
Mana kita SEPATUTnya lebih perihatin? Rakyat sendiri yg kununnya akan mati kerana menolak rezeki dpd Yahudi atau mereka di Palestin & Lubnan yg sedang menanti ajal dihujung peluru & bom manusia terlaknat tu pada stp saat? Yg tiada pilihan melainkan berserah kpd Tuhan? Fikir2kanlah...
 
Dan kesimpulannya, sememangnya adil kita berjihad. Kalau tidak dgn menumpahkan darah, harta, memBOIKOT adalah salah satu caranya!!!
 
(2) 'Satu bangsa / negara yg ditimpa bencana berpunca dpd perbuatan maksiat mereka'.
 
Sy tak menafikan ayat diatas... Tetapi, yg demikian maka maksud penulis dibwh ini, jika berlaku perkara diatas, kita sbg saudara Islam sepatutnya berdiam diri atau jgn ambil peduli? Kerana mereka sepatutnya 'diajar' atas dosa2 yg mereka telah lakukan? Biar padan dgn muka mereka?
 
Ketahuilah, stp bencana yg berlaku hanya Allah s.w.t yg maha mengetahui... Kita sbg hamba perlu berbuat apa yg patut terhadap apa yg berlaku di dunia... Mereka yg sedang diuji adalah utk diberi peringatan supaya bertaubat & mengharap kpdNya... Tapi kita yg bebas dpd perkara tersebut tidak boleh berpeluk tubuh!!! Perlu membantu tak kira mereka berdosa atau tidak kerana apa yg berlaku juga boleh dijadikan iktibar dan peluang kita (yg tidak ditimpa musibat) utk membuat pahala... Ujian (peperangan) tersebut bukan hanya ditujukan utk mereka (palestin & lubnan) tapi utk kita jua !!! Begitu juga apa yg berlaku & menimpa penduduk di Acheh, Jogja, Bosnia, Iraq, Afghanistan....
 
Isu Palestin-Lubnan bukan hanya isu 'dosa' penduduk setempatnya.. Ini isu melibatkan seluruh ummat Islam utk mempertahankan maruah & bumi suci wali2 Allah...
 
Sekali lg, fikir2kanlah...
 
Allahua'lam.. Hanya sekadar pendapat..

[EMAIL PROTECTED] wrote:

pertama-tama sekali saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada
seluruh umat islam malaysia yang prihatin dengan isu-isu antarabangsa seperti
serangan tentera israel terhadap lubnan sehinggakan kita sepakat berpiket
apabila setiausaha negara USA mdm Rice datang kemalaysia.

marahnya kita pada amerika dapat dilihat dengan puluhan ribu manusia berkumpul
diKLCC baru-baru ini atas tajaan pemuda UMNO.
Syabas....
kita sangat marahkan amerika yang kita lihat secara terang-terang menyokong
tindakan tentera israel maka sebenarnya tidaklah hairan sokongan tersebut kerana
kebanyakkan orang kuat amerika adalah berbangsa yahudi.
kita diminta untuk memboikot product-product keluaran yahudi dan amerika seperti
tesco dan sebagainya.

saya memberi pendapat secara peribadi,
adalah tidak adil jika kita diminta untuk memboikot product-product keluaran yahudi
atau tesco dimalaysia hanya semata-mata perbuatan mereka menyerang lubnan.
sekiranya kita bersetuju dengan boikot tersebut, maka secara amnya kita kena
juga memboikot kerajaan malaysia kerana mereka telah memberi kelulusan tesco,
product-product yahudi dijual disini.
disitulah akar umbinya.
sekiranya tuan-tuan ingin memboikot tesco, apa akan terjadi dengan pekerja-pekerja
rakyat malaysia yang bekerja ditesco? bukankah itu bermakna kita bersikap kejam dengan
rakan-rakan seagama dan sebangsa kita?
melalui pengalaman saya, budaya boikot yang cuba dilakukan oleh rakyat malaysia/islam
sebenarnya gagal, dari dulu lagi kita cuba boikot, sebagai contoh KFC, coke....tapi ramai juga
orang-orang kita pergi kesana dan membeli.

kalau tuan-tuan dan puan-puan mengkaji islam, umat islam yang ditimpa bencana tergolong
didalam dua klasifikasi.
pertama kerana umat tersebut melakukan banyak maksiat dan yang kedua allah ingin menguji
tahap keimanan mereka.
tetapi kalau satu negara, satu bangsa yang ditimpa bencana, pendapat saya mereka telah
melakukan banyak maksiat.
kita sebenarnya tidak tahu secara detail berkenaan budaya dan taraf kehidupan orang-orang
lubnan, bagaimana gaya hidup mereka, adakah mereka itu benar-benar membudayakan islam
didalam kehidupan seharian mereka. adakah jiwa mereka benar-benar islam?
yang kita tahu ialah lubnan adalah negara islam, berapa juta rakyat mereka yang islam dan
berapa juta rakyat yang murtad dan berapa yang kafir.
hanya kerana lubnan sebuah negara islam, kita pun kununnya turut merasa penderitaan mereka.

oleh kerana begitu sibuk dengan isu-isu lubnan oleh orang-orang islam malaysia, baik
tajaan UMNO atau PAS, kita sebenarnya telah melupakan 'Gajah' didepan mata yang
sepatutnya setiap orang islam dan melayu harus perjuangkan.
isu MURTAD.

secara peribadi saya tak kisah pasal artikel 11 itu, kerana pada saya itu hanya 'KATA NAMA'
sahaja. kalau nak buang melayu = islam, saya tak kisah. tapi yang saya kisah adakah orang-orang
melayu islam tersebut telah mengamalkan cara hidup sebagaimana yang allah dan rasulNya inginkan.
inilah yang harus setiap islam/melayu perjuangkan.
kalaupun kita berjaya menghalang IFC, adakah kita telah menang? adakah bangsa melayu yang
islam telah berjaya?
adakah allah melihat zahir makhlukNya?

sejak dulu lagi kita hanya pentingkan zahiriah saja, pentingkan nama saja. sebagai contoh bila
melihat seorang yang berpakaian serban, kita percaya dia dari orang yang baik-baik. itulah
salahnya kita.
secara peribadi saya tidak kisah kalau orang nak murtad, kerana dia jujur dengan pendirian dia.
menjadi murtad adalah lebih baik dari munafik, iaitu duduk dalam islam tapi mengamalkan
cara hidup kafir.
saya berani undi, ramai orang-orang islam/melayu yang  mengamalkan cara hidup kafir, seperti minum arak,
berjudi, berzina dan sebagainya pada masa ini. anak-anak perempuan memakai tudung tapi berzina
ditepi tasik.
mana yang lebih baik? tuan-tuan dan puan-puan boleh menilai sendiri.
kenapa seseorang islam boleh murtad? walaupun telah dididik dengan ilmu agama islam?
mana silapnya? adakah ilmu yang diberi tidak betul? adakah islam yang disalurkan kepada minda
remaja-remaja sekarang ini hanya islam zahir saja?
islam yang hanya penuh dengan hukum-hukum, itu tak boleh, ini tak boleh?????itukah islam???

tuan-tuan dan puan-puan, sudah sampai masanya ulama-ulama turun padang, menyebarkan islam
yang sebenar seperti mana nabi muhammad saw lakukan kepada jahiliah dahulu.
serapkan islam yang benar yang boleh terus masuk kedalam jiwa mereka. kalau jiwa remaja sudah
islam, saya percaya gejala dajjal ini tak akan dapat menembusi walau selapis jiwa mereka.

kalau kita tidak mula dari sekarang, saya percaya musibah pasti akan menimpa kita satu hari nanti, bila
mana makin ramai orang islam/melayu yang tidak dapat keluar agama tapi mengamalkan cara
hidup kafir dan ketahuilah bahawa perbuatan ini lagi BAHAYA.
sudah sampai masanya kita melakukan tindakan drastik secara berhemah.

tuan-tuan dan puan-puan boleh mengkaji persoalan ini. adakah benar seorang kanak-kanak melayu
yang lahir sudah islam? benarkah kanak-kanak cina yang lahir sudah kafir?
adakah tuhan bersikap zalim sekiranya Dia telah menetapkan sedemikian rupa? setujukah kalau
saya katakan bahawa allah juga telah memberi dengan izinNya pilihan pada makhlukNya untuk
membuat pilihan agama manakah yang dia mahu? sila baca terjemahan al quran.
kalau allah sendiri dah bagi pilihan kepada makhlukNya kenapa kita tak boleh buat apa yang allah
buat. adakah kita mahu melawan undang-undang allah.

sebagai seorang melayu yang telah memilih islam sebagai pedoman, panduan dan cara hidup, apa
yang boleh kita lakukan ialah mentarbiyah setiap kanak-kanak melayu bahawa islam itu adalah
agama yang betul. kita adalah utusan allah maka kerja seorang utusan hanya menyampaikan sahaja.
namun begitu setiap penyampaian kita haruslah dengan 4 sifat ini, iaitu siddiq, amanah, tabligh dan
fatanah.

oleh itu, saya menyeru setiap ulama-ulama, bermulalah dari sekarang berjuang menyampaikan
ilmu allah bermula dari akar umbi. itulah yang harus tuan-tuan dan puan-puan (dan diri saya) lakukan
sekiranya kita sayangkan ISLAM.
bukan hanya bersorak, berkempen dan berpiket.
ayuh orang-orang yang jiwa mereka islam, dermalah, kumpullah dana yang banyak supaya ulama-ulama
dapat pergi keseluruh pelosok malaysia menyampaikan islam yang benar.
kita tak mahu ulama yang hanya nak datang ceramah jika dibayar mahal dan tempat mesti
esklusif atau ulama yang hanya duduk kat bilik aircond. itu ulama taik minyak.

ingat kawan-kawan, ISLAM harus mekar didalam JIWA.
wasalam.









 
--------------------------------------------------------------  
Omron Malaysia Sdn Bhd (OMB)  
Product Engineering Section  
Tel   : 603-7884 8000 Ext : 363/364      
Fax   : 603-7884 8008  
E-mail   : [EMAIL PROTECTED]  
Website   : www.omron-ap.com.my  
--------------------------------------------------------------

DISCLAIMER:  

This message may contain confidential and privileged information for its intended recipient (s) only. If you are not an intended recipient, you are hereby notified that any review, dissemination and distribution, printing or copying of this message or any part thereof is strictly prohibited.  Please delete the entire message and inform the sender of the error. Any opinions, conclusions and other information in this message that are unrelated to official business of Omron are those of the individual sender and shall be understood as neither explicitly given nor endorsed by Omron.

 


Yahoo! Messenger  NEW - crystal clear PC to PC  calling worldwide with voicemail  
__._,_.___

--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".

--------------------------------------------------------------------------

Recommended sites:
Angkatan Belia Islam Malaysia  : http://www.abim.org.my
Jamaah Islah Malaysia          : http://www.jim.org.my
Radio Islam Kuliyyah           : http://www.kuliyyah.com
Palestinkini Info              : http://www.palestinkini.info
Partai Keadilan Sejahtera      : http://pk-sejahtera.org
Fiqh Siber                     : http://al-ahkam.net/
The Muslim Brotherhood         : http://ikhwanweb.com





YAHOO! GROUPS LINKS




__,_._,___

Kirim email ke