Assalamualaikum warahmatullah… Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan yang disembah selain Allah yang Esa, tiada sekutu bagiNya dan aku bersaksi bahawa Nabi Muhammmad saw itu hamba dan pesuruhNya. Selawat berserta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad saw yang memiliki akhlaq terpuji dan menjadi ikutan selamanya. Juga buat orang2 yang beramal soleh dan kesekalian dari kita.
Bismillahir Rahmanir Raheem… Saya sebenarnya memang cukup suka untuk bercakap tentang rezeki. Kerana rezeki itu bagi saya sesuatu yang subjektif. Ia boleh jadi macam². Segalanya terpulang kepada tuan punya diri untuk menilai ianya sebuah rezeki atau satu lagi mala petaka yang menimpa diri. Tetapi, bagi saya semua yang berlaku pada diri ini adalah rezeki belaka. Meskipun ianya sebuah mala petaka. Kebetulan, baru² dalam salah sebuah egroup yang saya sertai, ada seseorang yang bertanya berkenaan 'rezeki tergantung'. "Ada sesiapa pernah alami apa yang saya alami?" si penulis emel memulakan notanya. "Kenapa setiap kali rezeki itu ditunjukkan Allah tetapi tidak sampai atau tidak berjaya menjadi hak saya..." sambungnya lagi. Saya dapat membaca kekecewaan dalam tulisannya itu. Si pengirim ingin memohon nasihat daripada teman² dalam group yang sama. Oleh kerana saya bukanlah seorang yang layak untuk memberi nasihat, walaupun ada beberapa perkara yang ingin saya kongsikan dengannya, lalu saya mengambil keputusan untuk menulis artikel ini. Agar saya dapat berkongsi dengan lebih ramai orang. Agar ianya sekadar berbentuk luahan hati saya, bukan sebuah nasihat. Jika berkata tentang rezeki, umumnya orang akan mengaitkan dengan wang atau harta. Atau setidak²nya dengan cara untuk beroleh wang atau harta itu tadi seperti pekerjaan atau peluang perniagaan. Namun secara peribadi, saya merasakan kesemua perkara yang kita perolehi atau sedia miliki adalah merupakan rezeki. Tangan, mata, mulut dan semua anggota badan bahkan udara yang kita hela juga merupakan rezeki. Jadi sebenarnya hidup kita ini dilimpahi dengan berbagai jenis rezeki. Tetapi seperti mana yang saya sebutkan di awal tadi, ianya terpulang kepada penakrifan individu itu sendiri. Jika orang menganggap udara bukan rezeki, mungkin ia akan merasakan bahawa dirinya degitu sedikit beroleh rezeki dalam hidupnya. Dan begitu juga sebaliknya. Jika ia yakin udara itu rezeki, pasti dia mensyukuri kemewahan hidupnya. Bukan setakat mata itu rezeki, bahkan kecacatan pada mata juga rezeki. Contohnya, seorang lelaki yang cacat penglihatan yang saya kenali. Kerjanya hanya menjual tisu dan pen. Pernah saya tanyakan kepadanya, adakah orang membeli tisu atau pen darinya? Tidak pernahkah orang menipunya? Iyalah... Mungkin diletakkan duit syiling 1 sen dan kemudian mengambil tisu atau pen darinya... Katanya, itulah rezekinya sebagai orang buta. Ramai orang yang bersimpati. Memang ada yang menipu tetapi lebih ramai yang bersedekah. Katanya, ramai yang meletakkan wang seringgit kemudian tidak meminta wang baki (harga tisu sebungkus adalah 30 sen). "Kalau awak yang meniaga macam saya, tentu kena terajang aje" usiknya. Begitu positif, dia menganggap kekurangannya sebagai rezeki dirinya. Abang Ramli memang cukup tabah. Kini bukan setakat tisu dan pen, dia juga menjual reload untuk semua jenis perkhidmatan telefon pra-bayar. Dan percaya atau tidak, kebanyakan orang kampung lebih suka membeli darinya dari kedai² biasa. Dan percaya atau tidak juga, Abang Ramli punyai simpanan puluhan ribu ringgit di dalam bank. Maka kecacatannya bukan mala petaka sebaliknya suatu rahmat. Atau rezeki. Dan jika disebut soal rezeki tergantung, tidak dapat tidak sudah pasti saya akan teringatkan kisah ayah saya. Disebabkan perebutan harta oleh ibu tirinya, ayah saya telah jadi anak terbuang. Hinggakan sekolah pun tidak mampu ditamatkan. Untuk meneruskan hidup, ayah terpaksa melakukan berbagai² jenis pekerjaan termasuklah menjadi nelayan. Selepas berkahwin, hidup ayah masih tidak berubah. Ibu bercerita, mereka pernah tinggal di lombong bijih hingga ayah ditimpa oleh runtuhan tanah. Mereka pernah bekerja menoreh getah hingga paha ibu rabak dihiris oleh pisau toreh. Ayah juga pernah menjual aiskrim yang bila kala hujan terpaksa menanggung rugi. Hinggalah suatu hari motorsikal ayah dicuri rakan sendiri. Bukan setakat itu, ayah pernah bekerja menjadi buruh di pelabuhan sehingga dinaikkan pangkat tetapi akhirnya dikhianati teman sendiri hinggakan ayah berhenti kerja. Dan bermacam² lagi dugaan yang menimpa ayah dalam meneruskan hidup dan membesarkan kami enam beradik. Tetapi, ayah tetap tidak pernah mengalah dan tidak pernah menganggap rezekinya tergantung apa lagi ditarik balik. Sebaliknya, ayah menganggap kami anak² sebagai rezekinya. Kini, ayah tidak perlu bekerja lagi. Makannya, ada yang menanggung. Pakaiannya, setiap hari raya, berpasang² akan sampai kepadanya. Ayah hanya bertani di kebun sebagai memenuhi minatnya. Tidak lagi perlu risaukan tentang bil utiliti, bulanan kereta, duit dapur dan sebagainya. Pada usia 66 tahun, fikiran ayah saya rasakan sudah menjadi tenang. Malahan, ayah dikurniakan rezeki untuk melihat keenam² anaknya mendirikan rumah tangga. Lebih dari itu, ayah juga berpeluang melihat 15 orang cucunya yang insyaAllah bakal menjadi 18 orang kesemuanya pada penghujung tahun ini atau selewat²nya awal tahun hadapan. Dan jika diizinkan Allah, mungkin ayah berpeluang mendukung cicitnya sendiri nanti, insyaAllah. Itu semuanya rezeki. Bukan semua orang mampu milikinya. Mungkin ayah dan ibu tidak dikurniakan dengan rezeki harta dan wang yang melimpah ruah tetapi mereka dikurniakan dengan sebuah keluarga yang bahagia. Dan percayalah. Sesungguhnya keluarga itulah rezeki yang paling hebat dan paling sempurna. Sayangnya, pada kebanyakan masa, itulah rezeki yang paling tidak kita hargai. Kita tidak mampu untuk miliki segalanya. Jika mahukan rezeki dalam bentuk keluarga, maka besar kemungkinan kita terpaksa lepaskan rezeki dalam bentuk kebendaan. Begitu jugalah sebaliknya. Jika inginkan harta, mungkin kita terpaksa korbankan keluarga. Mungkin kerana itu ramai golongan profesional yang terpaksa membujang atau tidak memiliki anak demi memantapkan kerjaya mereka. Kita tidak pernah tahu apa yang terbaik untuk kita. Allah jualah yang lebih mengetahui. Maka kerana itu, wajib untuk kita pasrah dengan segala ketentuanNya. Kadangkala kita melihat suatu perkara itu cukup sempurna untuk kita. Tetapi Allah mungkin ada perancangan lain untuk kita maka kerana itu Allah tidak menjadikan ianya milik kita. Demi semata² untuk kebaikan kita juga. Kemiskinan bukan penghinaan. Nabi saw pernah berkata kepada kaum Muhajirin yang miskin bahawa mereka akan memasuki syurga awal setengah hari dari orang yang kaya. Sedangkan setengah hari akhirat bersamaan dengan 500 tahun dunia. Maka belum tentu kesusahan yang Allah kurniakan kepada kita hari ini sebagai siksaan sebaliknya ia mungkin satu cara Allah menaikkan darjat kita. Bekerja dan berusaha itu wajib. Berputus asa itu haram. Berdoa itu baik dan mengeluh kepada kesusahan itu adalah perbuatan syaitan. Allah tidak akan menurunkan ujian kepada seseorang itu melainkan yang sesuai dengan ketahanan dirinya. Seandainya kira rasakan ujian terhadap kita adalah berat, maka mungkin sebenarnya Allah memuji ketahanan metal dan kekuatan iman kita. Dan jika kita berasa seperti seolah² rezeki kita tidak tergantung atau tidak sampai², mungkin sebenarnya Allah telah menyediakan sesuatu yang jauh lebih baik untuk kita. Jika bukan di sini, mungkin akan nanti di sana..... Sekian buat kali. Segala yang baik datang dari Allah dan yang tidak baik adalah akibat kejahilan saya sendiri. Wabillahitaufiq walhidayah. Wassalamualaikum warahmatullah… -Abu Naqibah- Komen dan kritikan membina dialu2kan. Email saya di [EMAIL PROTECTED] atau lawati http://abunaqibah.blogspot.com/ -------------------------------------------------------------------------- All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise. If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest". -------------------------------------------------------------------------- Recommended sites: Angkatan Belia Islam Malaysia : http://www.abim.org.my Jamaah Islah Malaysia : http://www.jim.org.my Radio Islam Kuliyyah : http://www.kuliyyah.com Palestinkini Info : http://www.palestinkini.info Partai Keadilan Sejahtera : http://pk-sejahtera.org Fiqh Siber : http://al-ahkam.net/ The Muslim Brotherhood : http://ikhwanweb.com Yahoo! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/ <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [EMAIL PROTECTED] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/
