Assalamualaikum w.b.r,
Astarghfirullah...setelah saya membaca artikel ini saya bergenang air mata saya dengan apa yang berlaku..

Adakah seharusnya kita membiarkan perkara yang seperti ini berlaku. Kita terang-teranganan mengetahui bahwa
sistem perlembagaan negara kita langsung tidak begitu telus dalam mempertahankan hak-hak asasi kiter sebagai
umat Islam. Dan pihak-pihak yang bertanggungjawab terlalu alpa dalam menangani kes-kes seperti ini.
Mengapa? Mengapa? dan Mengapa? Adakah hidup kiter selama ini hanya berteraskan undang2 dunia?
Dan adakah undang2 ini lebih besar pengaruhnya dalam mempertahankan Akidah kita?
Apakah peranan kita sebagai umat Ialam sekaligus peranan kita sebagai khalifah di  muka bumi ini??
"Ya Allah...Ya Allah..Ya Allah.. Tunjukkankanlah kami jalan yang BENAR..........."

--------------------------------------------------------------------------------------


Assalamualaikum.............kita baca la apa yang ditulis ni....buat
pedoman kita dan keluarga kita....... kes hartina Moga kita semua
jadikan sebagai pengajaran dan jenguk2 lah anak2 kita, adik2 kita,saudara2
seIslam kita....

Trully,Kes Hartina Kamarudin heboh diperkatakan sekitar awal tahun
1996 lagi.Bagi mengetahui hal sebenar, pihak majalah Muslimah sempat
menemui bapanya,Encik Kamaruddin Abdul Karim,abang sepupunya En Borhan
Abd. Aziz dan adiknya Syukur Yazit Kamaruddin yang sudi menceritakan rentetan
peristiwa tersebut.


Malangnya ibunya, Puan Kalsom Ghani tidak mahu ditemubual atas sebab
peribadi. Berikut adalah penjelasan En. Kamaruddin yang sudah terlalu
banyak menempuh dugaan dan ujian dalam memastikan anaknya Hartina dapat
dikembalikan kepada Islam.


Hartina dilahirkan pada 15 Mac 1974 di Kampar Perak. Beliau mendapat
pendidikan awal pada peringkat rendah dan menengah di Anglo Chinese
School A.C.S), Kampar. Hartina merupakan anak kedua daripada empat beradik.

Yang pertama meninggal ketika berusia 15 hari , kedua Hartina, ketiga Azliza
(17tahun) dan keempat Syukur Yazit (16 tahun). Dari segi kasih sayang,
tidak dinafikan Hartina mendapat sepenuh perhatian, mungkin ini salah
satu dari kesilapan yang telah kami lakukan.


Perbezaan antara Hartina dan adiknya agak jauh iaitu kira-kira enam
tahun. Dia amat manja, maklumlah bagi pasangan seperti kami yang telah merasai
kehilangan anak sulung semasa dalam pantang memang menyedihkan.Bayangkan
bagaimana perasaan kami setelah kehilangan anak, mendapat penggantinya
setahun kemudian.Kehadiran Hartina mengubah hidup kami , kasih kami
tertumpah kepadanya ibarat kata pepatah "bagai menatang minyak yang
penuh".


Disebabkan sewaktu itu hanya dia seorang anak kami, segala permintaannya
kami penuhi.Setelah tamat sekolah, dia mengikuti kursus komputer
diKampar. Tidak lama kemudian dia mendapat pekerjaan di Hock Hua Bank

Jalan Klang Lama Kuala Lumpur. Pada tahun 1993 diabertukar ke MayBank,
juga terletak di Jalan Klang Lama. Inilah kali pertama kami berjauhan dengannya.
Untuk kemudahannya saya telah membelikan sebuah rumah untuknya yang terletak
di Sri Sentosa. Dia tinggal bersama rakan-rakannya di rumah itu.Bermula
dari situ perhubungan keluarga kami mula renggang kerana kami sudah tinggal
berasingan. Walaupun begitu kami sering menziarahinya di Kuala Lumpur.


Segalanya bermula pada 26 Mac 1996. Saya bersama isteri pergi kerumahnya
di Kuala Lumpur kerana kebiasaannya pada 15 Mac setiap tahun kami menyambut
hari lahirnya. Pada tahun tersebut (1996) dia kata tidak dapat balik
kampung. Di sebabkan pada tarikh itu saya ada menerima tempahan sate
En.Kamaruddin berniaga sate di Pekan Kampar, Perak), jadi kami tidak
dapat pergi ke rumahnya pada tarikh itu. Kami pergi dua minggu selepas itu
iaitu pada 26 Mac 1996. Setibanya di rumahnya, kami dapati rumahnya berkunci,
telahan saya mungkin dia belum pulang dari kerja.Kebetulan saya memang
ada kunci spare, saya membuka pintu dan masuk ke dalam rumah. Lebih kurang
jam 6.00 petang. Dia pulang bersama seorang lelaki India.


Dia terkejut melihat kedatangan kami dan saya sendiri terkejut kerana
tidak menyangka dia pulang bersama seorang lelaki. Memang sebelum ini ramai
yang ingin masuk meminang dan dia menyatakan yang dia telah ada seorang
kawan, saya kata kalau ada kawan lebih elok terus datang meminang. Setelah
melihat keadaannya, baru terlintas difikiransaya kawan yang dimaksudkan ialah
lelaki India tersebut.


Walaupun kami datang setiap bulan,kami tidak dapat menghidu langsung
pergerakannya dan dia sendiri menyembunyikannya dari pengetahuan kami.
Melihat keadaannya , saya menyoal Hartina "Siapa yang kamu bawa
ini?"Baru kami tahu hal sebenarnya, yang lelaki India itulah teman lelakinya.
Sebaik saja kami bertanya Rajeswaran (lelaki India tersebut) bila dia ingin
memeluk Islam jika benar-benar inginkan Hartina, Hartina terus
menunjukkan surat-surat di antaranya surat sumpah bertarikh 1 September 1995

yang mengatakan bahawa dirinya tidak mempraktikkan agama Islam lagi, telah
menukar namanya kepada Nivashiny Rajeswaran dan surat pendaftaran
perkahwinan mereka bertarikh 24 Mac 1996. Saya mempertikaikan surat
sumpah tersebut kerana bagaimana mereka (pihak berkuasa) boleh mengesahkan

apa saja kenyataan pemohon tanpa meneliti terlebih dahulu.


Berdasarkan surat sumpah melalui peguamnya yang menyatakan dia tidak
mempraktikkan ajaran Islam, ternyata pembohongan semata-mata.Sepanjang
zaman tempoh dia tinggal bersama kami dia telah dididik dengan ajaran
Islam,sepanjang zaman persekolahannya saya tidak pernah mendengar
apa-apa mengenai Hartina tidak mempraktikkan Islam walaupun daripada
kawan-kawannya sendiri. Setelah berlaku perkara ini barulah saya tahu

rupa-rupanya lelaki India itu bersekolah di sekolah yang sama dengan Hartina
dan tinggal di Mambang di Awan,Kampar.Memanglah di sekolah Hartina ramai
kawan lelaki tetapi saya tidak pernah mengesyaki apa-apa, maklumlah zaman
sekolah memang banyak bergaul dengan rakan lelaki. Kami juga baru tahu
si lelaki itu bekerja di Public Bank di Jalan Kelang Lama. Ini bermakna sudah lama
mereka berkawan yang hairannya kami tidak dapat menghidu langsung
perhubungan mereka.


Bermakna sepanjang tempoh berulang dari Kuala Lumpur ke Kampar setiap
bulan pun kami tak dapat hidu.Sedangkan pada hari Raya Puasa tahun 1996 iaitu
pada 21Feb 1996 Hartina balik kampung dan kami sekeluarga bersembahyang
bersama-sama. Bermakna ketika itu dia telah berkawan dengan lelaki India
itu dan telah menukar nama dan agamanya, bagaimana kami tidak
mengetahuinya langsung? Pada hari itu (26 Mac 1996) selepas bertembung dengan

mereka pada 6.00petang, kami telah berbincang mengenai kedudukan mereka
sehingga 10.30malam.


Keadaan menjadi tegang kerana si lelaki tetap dengan keputusannya untuk
tidak menukar agamanya dan mengatakan Hartina telah menjadi isterinya.
Dia mula memegang hand-phone sambil mendail nombor.Tidak lama kemudian
seorang demi seorang kawan-kawannya tiba di rumah itu. Mereka sudah ramai
sedangkan saya hanya bersama isteri. Yang menghairankan saya Hartina ketika itu
membisu sahaja. Semasa itu saya yakin Hartina masih Islam tetapi telah
dipaksa membuat surat sumpah yang mengatakan dia tidak mempraktikkan
lagi agama Islam. Berhubung dengan itu mereka (pihak lelaki) telah menukar
namanya dari Hartina kepada Nivashiny Rajeswaran.Dalam peraturan
perkahwinan India, seseorang yang masih bernama Islam tidak boleh
berkahwin dengan lelaki India.Oleh sebab itu Hartina menukar namanya terlebih
dahulu kemudian baru membuat pendaftaran perkahwinan.


Saya yang tidak dapat pergi ke Kuala Lumpur pada 15 Mac1996 untuk
menyambut hari jadi Hartina dan telah pergi pada 26 haribulan sedangkan
pendaftaran perkahwinan telah dibuat pada 24 Mac1996 ini bermaknasaya telah

terlewat dua hari. Bermakna hak Hartina sebagai anak sudah tiada kerana dia telah
menjadi isteri orang. Bila orangnya sudah ramai di rumah tersebut,baru
lelaki itu berani menunjukkan segala dokumen-dokumennya.Bila ditunjukkan
kepada saya, saya terkejut, jantung saya berdegup.Saya sebelum ini
memang ada penyakit jantung.Ditambah dengan kejadian hari itu saya

benar-benar terkejut. Saya bersama isteri berpandangan sendiri.


Apa yang boleh kami lakukan sedangkan kami hanya berdua sahaja. Saya
mencadangkan kepada isteri saya agar kami membuat laporan polis. Kami
terus ke balai polis berhampiran iaitu di Petaling Jaya. Laporan itu tidak
diterima kerana polis mengatakan yang perkahwinan mereka sah. Yang
menyedihkan polis itu juga orang Melayu dan urusan endaftaran
perkahwinan dan tukar nama sebelum ini semua dikendalikan oleh orang Melayu.

Jadi saya kata, kepada siapa saya dapat mengadu? Mereka menyuruh saya
membuat laporan ke Jabatan Agama Islam Wilayah(JAWI) mengatakan anak
saya telah dilarikan. Jadi pada 27Mac 1996 (sehari selepas itu) saya membuat
laporan polis. Selepas membuat laporan polis, saya dan isteri pulang ke rumah,
kami tunggu Hartina dan lelaki India itu tetapi mereka tidak pulang kerumah
pada malam itu.


Selepas itu saya membuat aduan di pejabat Agama Wilayah Persekutuan
tetapi tiada sebarang tindakan yang diambil. Inilah yang mengecewakan saya
kerana awal-awal lagi saya telah menemui pegawai Pendaftaran yang
bertanggungjawabmenukarkan nama anak saya, saya kata kepadanya "Tuan
sepatutnya memaklumkan terlebih dahulu kepada saya sebab di dalam kad
pengenalannya tecatat alamat saya, kenapa Tuan tidak memaklumkan kepada
saya?"


Dia kata yang pihaknya telahpun memaklumkan kepada Pejabat Agama Islam
Wilayah. Bila saya semak di JAWI,pegawai di JAWI berkata mereka tidak
menerima apa-apa laporan daripada Jabatan Pendaftaran. Bermakna dalam
tempoh yang singkat saya telah berulang-alik kesana kemari tanpa
sebarang tindakkan yang diambil ke atas Hartina mahupun lelaki India itu.

Selepas kejadian itu mereka langsung tidak pulang ke rumah di Sri Sentosa itu.
Saya cuba mencari seorang rakan si lelaki itu yang turut sama berada pada
malam 26 Mac itu. Lelaki itu bekerja di Pizza Hut, Subang Jaya.


Saya meminta bantuan polis mencarinya untuk mengetahui di mana Hartina
dan teman lelakinya tinggal. Lelaki yang bekerja di Pizza Hut itu mahu
bekerjasama dengan polis dan telah menunjukkan tempat tinggal Hartina
iaitu di Jalan Kelang Lama. Polis berjaya menangkap mereka.


Keadaan Hartina tetap seperti dahulu, langsung tidak mahu bercakap
dengan saya.Ketika itu saya sudah mahu bertindak tetapi apabila memikirkan
orang sebelah pihak lelaki India itu ramai, saya membatalkan niat saya.Saya
hairan kenapa Hartina langsung tidak mempunyai perasaan lagi pada ibu
bapanya. Saya hairan perangainya benar-benar berubah. Jika pada saya dia
tidak sayang tidak mengapa tetapi bagaimana dengan ibu yang telah
mengandungkannya?


Selepas itu saya telah membawa Hartina ke Pulau Pinang dan tinggal
bersama saudara-mara.Sedar-sedar dia telah tiada. Adik saya di Perak telah
menelefon saya mengatakan pihak lelaki akan mengadakan majlis makan
malam bagi meraikan perkahwinan mereka di sebuah dewan di Perak.Pihak

lelaki telah mengedarkan kad jemputan kahwin kepada kaum India.Sebaik
sahaja mendapat berita itu, saya terus sahaja bertolak ke Perak.


Setibanya saya di Perak, saya terus membuat aduan kepada Jabatan Agama
Islam Perak dengan mengatakan pada 15 hb April 1996 pihak lelaki India itu
akan mengadakan majlis makan malam. Pada 14April,kira-kira pukul 12.00
tengah malam, Jabatan Agama Islam Perak membuat serbuan dan berjaya
menangkap Hartina dan menahannya di Balai Polis Ipoh.


Keesokannya Hartina dibawa ke Mahkamah Syariah untuk mendapatkan
perintah reman selama seminggu. Sebelum sampai tempoh seminggu saya

mendapat panggilan telefon dari Jabatan Agama Islam Perak yang mereka ingin
menyerahkan Hartina kepada saya.Atas faktor keselamatan saya telah
menyerahkan Hartina kepada kawan adik ipar saya yang berada di Kelantan.


Jadi pada 20 April1996 dengan bantuan Jabatan Agama Islam Perak, kami
berjaya membawa Hartina ke Kelantan.Kami menetap di sana sehingga 1 Mei
1996. Semasa kami di sana, saya diberitahu bahawa pihak lelaki telah
menyaman Jabatan Agama IslamPerak kerana telah memalukan mereka di atas
pembatalan majlis perkahwinan mereka.


Pegawai Jabatan Agama Islam Perak meminta kami membuat surat sumpah
daripada Hartina .Pada 31 April, kami terus membawa Hartina ke Pejabat
Agama Islam Kelantan.Di sana Hartina telah mengaku masih beragama Islam
dan kembali mengucap dua kalimah syahadah dihadapan tuan Kadi.

Tuan Kadi telah mengeluarkan satu surat pengesahan mengatakan bahawa
Hartina telah memeluk agama Islam kembali. Surat itu kami hantar ke
Kuala Lumpur.


Bermakna kami telah menang atas tuduhan mencolek Hartina Rupa-rupanya ia
tidak berhenti setakat itu.Selepas itu sampai lagi satu surat saman malu
daripada si lelaki.Di dalam surat itu mereka menuntut gantirugi sebanyak
30juta daripada KerajaanNegeri Perak, Polis, Majlis Agama Islam Perak
dan Jabatan Agama Islam Perak atas dakwaan memalukan mereka pada majlis
makan malam meraikan perkahwinan mereka. Ini bermakna mereka tidak

berpuas hati dan terus mencari alasan untuk merampas Hartina daripada kami.


Dari Kelantan saya terus kembali ke Pejabat Pendaftaran Petaling Jaya
untuk proses penukaran kembali nama kepada Hartina di atas
persetujuannya.Setelah segala-galanya selesai, pada 1 Mei 1996 kami

sekeluarga telah membawanya ke Pulau Pinang. Di Pulau Pinang keadaan
Hartina seperti biasa, dia tetap bergaul dengan saudara mara seperti biasa.
Tiba-tiba di sana kami menerima sepucuk lagi surat saman daripada
si lelaki mengatakan kami telah menculikisterinya.Saya membawa Hartina
ke Mahkamah Pulau Pinang dan peguam di sana telah mengatakan surat itu
adalah afidavit tertuduh jadi kami memerlukan seorang peguam dan satu
jawapan bertulis.


Pada 9 Mei 1996 saya bersama anak berjaya mendapat seorang peguam dan
saya menetap di BatuCaves untuk menguruskannya.Tiba-tiba saya mendapat

berita dari Pulau Pinang yang mengatakan Hartina telah tiada. Saya terus
mengesannya di Pulau Pinang tetapi tidak berjumpa.Kemudian saya terus ke
Shah Alam dan bertemu dengan polis yang mengendalikan kesnya. Pegawai
polis tersebut mengatakan bahawa dia ada menerima laporan daripada Hartina
yang mengatakan dia keluar daripada rumah bapa saudaranya di Pulau Pinang
secara sukarela.Saya tidak boleh berbuat apa-apa. Ketika itu tidak dapat
dinyatakan bagaimana perasaan saya,bayangkanlah dalam tempoh yang
singkat dan badan yang sudah uzur, saya terpaksa melalui segalanya seorang
diri.Saya tinggalkan rumah dan perniagaan sayaberbulan-bulan. Saya asyik
berulang alik sahaja ke Kelantan,Pulau Pinang, Kuala Lumpur dan Shah
Alam.


Walaubagaimana banyak laporan yang saya lakukan,tiada langsung tindakan
susulan diambil untuk mengesan Hartina dan lelaki India itu boleh pihak
berkuasa. Alasan mereka, mereka tidak tahu di mana anak saya dan lelaki
itu berada. Akhirnya saya mengupah seorang kawan saya untuk mengintip
mereka.Empat minggu kawan sayamencari,minggu keempat baru jumpa.


Kawan saya itu memerlukan masa yang lama kerana dia menguruskannya
seorang diri,tambahan pula dia bekerja di waktu siang. Menurut rakan saya
ini,Hartina dan lelaki India itu menetap di Taman Medan, Jalan Klang
Lama. Apabila saya mendapat tahu saya terus ke Balai Polis Shah Alam dan
mengadu ke bahagian Penguatkuasa. Saya amat Seterusnya saya ke pejabat

Kemajuan Islam (JAKIM), Pusat Islam. Mereka menyuruh saya membuat satu
laporan baru. Menerusi laporan yang saya buat, saya Mengatakan yang pihak
si lelaki telah menggugat akidah anak saya. Mereka telah menetapkan
5 September 1996 sebagai tarikh untuk menyerbu rumah itu.


Pada 5 Sept 1996 kira-kira jam 11.00 pagi saya bersama seorang pegawai
Pusat Islam, dua orang Pegawai Polis dan seorang Penguatkuasa JAIS telah
pergi ke rumah tersebut. Kami meminta kebenaran masuk, setelah masuk,
kami meminta mereka memberi keterangan diri pula.Bila mendapat keterangan
diri,baru saya mendapat tahu Hartina telah menukar kembali namanya
kepada nama Hindunya. Pada 31 September 1995 dia menukar namanya

kepada nama Hindu buat pertama kali, pada 30 April1996 saya menukarkan
pula nama Hindunya kepada nama Islamnya dan pada 27 Mei 1996 dia
menukarkan Namanya kembali kenama Hindu. Bermakna semasa dia keluar
dari rumah bapa saudaranya diPulauPinang pada 9 Mei 1996 hanya pada
27 Mei1996 dia menukar kembali namanya ke nama Hindunya. Ini bermakna
proses pertukaran nama hanya dalam masa dua minggu sahaja. Sebelum daripada
itu saya ada menalipon pegawai pendaftaran yang bertugas di bahagian menukar
nama dan memberi ingatan kepadanya agar jika ada percubaan dari pihak
Hartina dan teman lelaki Indianya itu ingin menukarkan nama Hartina kembali,
cuba lengahkan.Saya sentiasa berhubung dengan pegawai ini tetapi hasilnya tetap
mengecewakan. Hal yang saya tidak ingini tetap berlaku.


Bermakna jika proses pertukaran tidak berlaku tentu kami akan menang kes
ini. Tindakan Hartina dan teman lelaki Indianya lebih cepat, ini bukan
bermakna saya tidak bertindak,saya telah melakukan dengan sedaya upaya
saya, tetapi seperti apa yang saya nyatakan awal-awal tadi, saya
melakukannya seorang diri dan pihak berwajib tidak memberikan sepenuh
kerjasama kepada saya sekeluarga.


Kejadian serbuan 5 September 1996 itu benar-benar mencabar kewibawaan
saya. Ketika Pegawai Penguatkuasa itu berkata "Kami tak boleh berbuat apa-apa"
Saya terus naik ke tingkat atas, dalam masa saya naik, si lelaki membawa
Hartina masuk ke bilik dan menguncinya dari dalam.Kemudian lelaki itu
berdiri di hadapan pintu sambil mencekak pinggang.Tujuan saya naik
ketika itu adalah untuk memujuk Hartina, tetapi lelaki India terlebih dahulu
telah membawa Hartina masuk ke dalam bilik. Saya bersuara dengan lembut

untuk memujuk lelaki itu supaya memeluk Islam dan selepas itu dia boleh
mengambil anak saya sebagai isteri dan saya boleh memberikan rumah saya di

Seri Sentosa itu kepada mereka. Itulah perkataan yang saya ulang beberapa
kali, tetapi lelaki India itu diam sahaja. Tidak lama kemudian dia bersuara
dalam bahasa Tamil dengan perkataan yang sungguh kesat dan kurang bersopan.



Katanya: "kalau hendak mengadu, mengadulah, apa kerajaan Malaysia boleh
tolong kamu?" Sambil itu dia mengutuk Islam dengan kata-kata yang
lucah.Ketika itu saya tahu bukan dia seorang sahaja yang terlibat,tetapi
mungkin ada dalang di belakangnya.Ketika dia menghina Islam, saya tidak
dapat menahan perasaan, kesabaran saya tercabar. Hati saya benar-benar
panas, saya mengeluarkan pisau lipat dari poket seluar dan saya tidak
sedar yang pisau itu saya gunakan untuk mengelar lehernya. Saya juga tidak
menghiraukan polis yang ada di belakang saya yang ketika itu sedang
menghubungi ketuanya untuk mendapatkan kebenaran pecah pintu untuk
membawa Hartina kebalai.Polis itu terkejut dan segera menahan darah yang
memancut keluar dari leher Rajeswaran dan membawanya turun ke bawah.


Berikutan peristiwa itu saya telah ditahan sehingga 16 Sept 1996 dengan
jaminan RM3000.00. Setelah dibebaskan, sepanjang bulan September saya
tidak ke mana-mana lagi , hanya duduk di rumah sahaja. Pada 1 Oktober 1996
saya mula berniaga. Kegiatan saya selepas itu hanya berniaga dan duduk di
rumah sahaja. Kebetulan pada 1Disember 1996 Hartina dan Rajeswaran datang
bersama dengan rombongannya dan minum betul-betul dihadapan tempat saya
berniaga.Apa niat sebenar mereka ?.


Saya mula berniaga jam 6.00 petang dan saya ditemani anak bongsu saya
Syukur Yazit yang ketika itu berumur 14tahun.Semasa saya baru
mengeluarkan barang perniagaan sate saya, lebih kurang empat atau lima meter

dihadapan saya, saya nampak mereka semua sedang minum. Saya meletakkan
barangan sate saya dan cuba pergi kearahnya (Hartina). Tujuan saya adalah untuk
bersembang dan memujuknya sekali lagi.Mana tahu jika hatinya terbuka
untuk kembali semula kepada Islam. Seelok sahaja saya sampai, Hartina bangun,
seorang demi seorang kawan-kawannya bangun. Saya tahu mereka bersedia
untuk menyerang saya, saya berpatah semula ke gerai untuk mengambil parang
untuk mempertahankan diri.Tanpa saya sedari di belakang saya orangnya sudah
menunggu.Lelaki yang bertubuh besar itu menendang saya dari arah
belakang. Saya yang sememangnya ada penyakit jantung dan sakit belakang tidak
mampu melawan.Saya jatuh tersungkur.Selepas itu kawan-kawannya yang lain
datang meluru ke arah saya, ada yang menendang, memijak, menumbuk dan
bermacam-macam lagi mereka buat pada saya.


Ada juga yang melemparkan batu ke arah saya.Akhirnya saya pengsan kerana
tiada tenaga untuk melawan. Apabila saya tersedar saya dapati, saya
berada di Hospital Kampar. Dari Hospital Kampar saya dihantar ke Hospital Ipoh.
Semasa di hospital saya nampak ada seorang polis menuju ke arah saya.
Saya ingatkan polis mengawal saya, tetapi rupa-rupanya mereka menjaga saya
agar tidak melarikan diri kerana saya disabit melakukan jenayah di atas aduan
Hartina yang mengatakan saya menyerang mereka.


Saya menyoal polis itu: "Apakah hanya untuk minum petang sanggup datang
dari Kuala Lumpur semata-mata untuk minum di situ?" Berdasarkan lapuran
polis yang dibuat oleh Hartina itu, keluar saja dari wad saya terus
dibawa ke balai dan ditahan didalam lokap selama lapan hari. Bayangkanlah dari
wad saya terus ke balai tanpa pulang ke rumah dahulu.


Bila saya masuk lokap, saya lihat Yazit sudah ditahan. Dia dimasukkan
dua hari sebelum saya ditahan.Baru saya tahu rupa-rupanya semasa saya
diserang, Yazit telah bertindak mngambil parang dan membelasah orang-orang
rajeswaran. Itulah kasih anak, dalam usia14 tahun sanggup menggunakan
senjata tajam semata-mata untuk mempertahankan bapa.(En.Kamaruddin
terhenti seketika sambil menyapu airmata).


Selepas sembilan hari kami dibebaskan dengan jaminan RM2000.00
seorang.Selepas itu saya hanya berehat sahaja dirumah kerana badan saya
masih terasa sakitnya. Walaupun saya berehat di rumah,saya terus
berhubung dengan peguam saya untuk mendapatkan maklumat mengenai

perkembangan Hartina dan Rajeswaran.


Setelah empat bulan berehat, saya mendapat surat dari Mahkamah yang
telah menetapkan 4 Mei 1998 sebagai tarikh perbicaraan pertama dijalankan.
Rajeswaran adalah saksi ketiga.Selepas dua minggu daripada tarikh
perbicaraan itu, iaitu pada 20 Mei 1998 pada sebelah pagi, Rajeswaran
terkena dua das tembakan.


Maknanya sejak dari Mac 1996 Rajeswaran tidak kena apa-apa tembakan pun,
tiba-tiba pada 20 Mei iaitu selepas tarikh perbicaraan dia terkena
tembakan. Berdasarkan atas apa yang mereka lapor sebelum ini ada
mengatakan jika ada apa-apa terjadi ke atasnya,orang pertama yang disyakki

adalah saya. Berikutan dengan itu saya telah tahan sekali lagi di Balai Polis
Kampar selama tiga jam pada 20 Mei 1998.Saya diheret bersama Yazit yang
turut juga disyaki.


Yang menghairankan ialah Yazit turut dituduh terlibat sedangkan ketika
itu usianya baru 16tahun. Jika benar saya melakukan, takanlah budak seusia
Yazit yang akan saya babitkan bersama. Kami berdua digari.Polis yang
menggari kami juga terkejut melihat saya. Sebenarnya sebelum kejadian
itu polis telah berjumpa dengan saya, memberi nasihat agar tidak lagi
melakukan kekecohan dan menasihati saya agar melakukan solat hajat dan

berdoa.


Saya ikut nasihatnya, tambahan pula saya baru selesai menjalani
pembedahan tulang belakang.Takkanlah saya tergamak melakukan perkara

merbahaya itu? Tetapi saya tidak berkuasa, saya hanya menurut perintah
dan arahan pihak polis. Kami telah disoal,Yazit telah dipaksa mengaku
bahawa kami yang merancang kejadian tembakan itu.


Selepas seminggu Yazit dibebaskan, saya masih ditahan selama dua
minggu.Segala akuan saya disiasat. Mereka bertanya saya telahmengupah
siapa dan berapa yang saya bayar untuk mengupah penjenayah itu.Saya tetap
tidak mengaku kerana saya tidak tahu apa-apa. Mereka memukul Yazit dengan
tujuan supaya saya mengaku setelah melihat Yazit diseksa dengan teruk.


Akhirnya Yazit terpaksa berbohong dan mengaku ada melakukannya kerana
sudah tidak tahan dipukul dengan teruk. Saya katakan kepada polis, apabila
keadaan semakin teruk, segala yang benar menjadi palsu dan perkara
palsumenjadi benar. Saya tetap tidak mengaku sehingga polis menangguhkan
kes saya untuk di bicarakan.


Selepas dua minggu saya di bebaskan,sehingga kini ia masih dalam kes.
Itulah serba sedikit kejadian dan rentetan peristiwa yang dialami oleh
kami sekeluarga. Bukan tujuan saya untuk membuka aib sendiri,bahkan ianya
lebih bertujuan sebagai pengajaran dan panduan kepada oranglain.Apa yang

saya harapkan agar tidak ada lagi Hartina kedua selepas kejadian yang
menimpa Hartina, anak saya itu.


Sebelum tidur macam-macam perkara yang saya fikirkan. Adakalanya timbul
persoalan, kenapa begitu kuat ujian yang saya perlu tempuhi?. Kenapa
saya yang melalui segala ini?



Apabila teringatkan terjemahan ayat dari surah An'am ayat 125 saya beristighfar.
Ayat yang bermaksud:-


"Sesiapa yang dikehendaki oleh Allah, akan dibuka pintu hatinya dan sesiapa
yang tidak dikehendakki, maka akan disempitkanNya". Apabila sesuatu perkara
telah menimpa ke atas kita, kita harus menerimanya sebagai salah satu daripada
rukun Iman. Qada dan Qadar dari Allah, itu adalah kehendak Allah. Itulah
caranya saya memujuk hati saya.Harapan saya sekarang ialah agar Hartina
kembali kepada Islam. Dunia ini luas, duduklah di mana-mana asalkan
dalam agama Islam. Tidak perlulah dia kembali kepada kami. Bukan kami tidak
memaafkannya, tetapi cukuplah penderitaan dan penyiksaan yang kami lalui
atas perbuatannya itu.


P/S : PLEASE FORWARD TO ALL YOUR MUSLIM FRIENDS!!!




__._,_.___

--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".

--------------------------------------------------------------------------

Recommended sites:
Angkatan Belia Islam Malaysia  : http://www.abim.org.my
Jamaah Islah Malaysia          : http://www.jim.org.my
Radio Islam Kuliyyah           : http://www.kuliyyah.com
Palestinkini Info              : http://www.palestinkini.info
Partai Keadilan Sejahtera      : http://pk-sejahtera.org
Fiqh Siber                     : http://al-ahkam.net/
The Muslim Brotherhood         : http://ikhwanweb.com





YAHOO! GROUPS LINKS




__,_._,___

Kirim email ke