Assalamualaikum,

Ini pendapat saya yg jahil tentang ugama.

Bagi saya berselawat & berjabat selepas solat jemaah sudah dibesar-besarkan.

Think simple. Adakah ia mengeratkan silaturahim sesama islam? Jika ianya menjadi semakin erat

Why not kita pratisekan. Kekadang apa yang saya lihat umat sekarang sering mempertikaikan sesuatu perkara sehingga xtrim.

Bukan hasil atau sesuatu amalan untuk mengeratkan silaturahim sesama islam. Selagi tidak menyalahi syarak tak usahlah di perbesar-besarkan.

 

Zaman sekarang terlalu banyak mempertikaikan hukum hukum sesuatu amalan. Zaman yg banyak alim ulama tiruan.

So nak senang ambil yg wajib dahulu. Kerana amalan sampingan tu kekadang ada pertikaian sesama islam yg akan menerbitkan rasa was-was….. so hati hati

 

 


From: [email protected] [mailto:[email protected]] On Behalf Of Annuar Salleh
Sent: Monday, August 14, 2006 5:11 PM
To: Ikhwanul Muslimun
Subject: Re: Boycott Israel [hidayahnet] Berselawat & Berjabat Tanganselepas sembayang jemaah.

 

Assalamu`alaikum.

Persoalan Bid`ah telah dibincangkan oleh Imam al-Banna dalam rukum faham dalam Usul 20.

Antara lain:

1. Bid`ah dalam Ibadah haram sehingga ada dalil mengharuskannya.
2. Bid`ah dalam perkara bukan Ibadah khusus ( adat) hukumnya harus sehingga ada dalil yang mengharamkan
3. Bid`ah dalam perkara yang mempunyai dalil umum tetapi tidak mempunyai dalil dalam perkara yang lebih juzuk seperti amalan zikir selepas solat, bertahlil diperhimpunan kerana kematian, doa berjamaah adalah persoalan yang diperselisihkan ulama..

ada yang memasukkannya dalam bab bid`ah
ada yang mengkategorikannya sebagai hasanah.

So tak usah diperbesarkan.

Bagi ulama yang menyatakan ada bid`ah hasanah  memahami:

Ibadah solat sudah tamat dengan memberi salam.

Apa2 penambahan dalam ibadah solat sebelum memberi salam adalah bid`ah yang haram.... seperti bercakap2 dengan orang lain, menari2, sengaja menambah rukuk kepada 2 kali rukuk, menambah sujud kepada 4 kali dan seumpamanya..

Amalan2 selepas solat masyarakat Malaysia adalah aktiviti adat yang bukan ibadah . Hukumnya termasuk dalam dalil umum yang menggalakkannya dengan mengambikira agar tidak mengganggu saudara2 lain yang masih solat..

Secara umumnya Islam:

1. Islam menggalakkan majlis zikir dan majlis ilmu
2. Islam suka jika umatnya sering bersalam-salaman bila betemu dan berpisah

Majlis tahlil, doa selamat, talkin adalah amalan adat yang diserapkan unsur2 islam bagi mengelakkan majlis menjurus kepada amalan2 maksiat dan lagha.

Antara amalan2 lain yang menjadi adat kita orang Malaysia

1. Membaca Fatihah diawal majlis dan diakhiri dengan doa selamat.
2. Program2 qiamullail, ceramah agama mengkhususkan tajuk2 tertentu seperti isra' mikraj, maulidurrasul, nisfu sya'ban, ziarah kubur

Asas Sad al-Dzariah ( bunga-bunga yang memandu kepada bid`ah) tidak boleh dijadikan dalil dalam hal ini kerana masyarakat sudah mengetahui bahawa rukun solat telah tamat dengan memberi salam.

Kecuali ada nas yang mengharamkan amalan berjabat tangan, doa selepas solat dan seumpamanya/... jika tidak ada dalil yang mengharamkannya maka kekallah kedudukannya sebagai harus mengikut dalil umum yang menggalakkannya.

[EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED] wrote:

Permasalahannya adalah :

 

  • Inilah bunga-bunga yang memandu kepada bid'ah yang kelak akan di'iktikod oleh generasi jahil & muda sebagai ibadah.
  • Dengan inilah mereka akan mempertahankannya kerana nampak ianya bagus sedangkan ALLAH pasti pasti pasti akan mengurniakan kebagusan itu kepada KekasihNYA terlebih dahulu kemudian baru dikuti kita bukan seperti yg terjadi skrg.
  • Masih ada lg masa2 lain jika alasan silaturrohim digunakan.



Abd. Rahim wrote:

Mengikut dari apa yang saya belajar dan faham tentang solat Nabi Muhammad SAW, Nabi tidak mempraktikkan bersalam dengan jemaah lain selepas solat fardhu. Walaubagaimana pun saya setuju jika amalan ini dijadikan amalan tetap selepas solat fardhu kerana itulah masa yang terbaik untuk megeratkan silaturrahim sesama kaum muslimin. Akan tetapi jemaah perlu berikhtikat bahawa ini bukanlah sebahagian dari sunnah yang dilakukan Nabi selepas solat fardhu.

>>> "Abd. Rahim" 26/07/2006 11:19:30 >>>
...Asm wht....

Saya sempat berhenti sembayang Asar berjemaah di Masjid Tandop Alor Star,Kedah. Setelah tamat imam membaca doa semua jemaah mula berselawat nabi dan jemaah yang paling kanan mula bergerak ke kiri sambil berselawat ( beramai-ramai) dan bersalaman dengan jemaah di sebelah kirinya dan bergerak terus seorang demi seorang . Imam hanya menunggu di tempatnya dan bergerak bersama kekiri apabila giliranya tiba untuk bersalaman dengan jemaah yang lain di saf tersebut. Begitulah seterusnya diikuti oleh jemaah yang lain.

Menurut Ybhg Ust. Tn Haji Murshid b Hamid Desa, ahli kariah di situ dan juga seorang bekas pensyarah Maktab Mahmud Alor Star, amalan berkenaan mulanya dilakukan untuk fardhu zohor dan asar saja...tapi semua jemaah telah melakukanya untuk semua sembahyang waktu. Dengan cara begitu ahli jemaah telah bertambah dan kemesaraan jelas kelihatan sesama mereka. Pendekatan ini dilakukan berdasarkan dua hadith yang diriwayatkan oleh Athbarani & .....(lupa)......maksudnya......

.....i)...."sesungguhnya seseorang mukmin bila berjumpa saudaranya yang mukmin lalu ia memberi salam kepadanya (Assalamualaikum..)dan berjabat tangan keduanya. Maka gugurlah dosa kedua-duanya seperti gugurnya daun-daun pokok (yang kering)".

...ii)...apabila dua orang muslim berjumpa kedua-duanya berjabat tangan Allah akan ampunkan dosa kedua-duanya sebelum mereka berpisah" ......

...* sunat berjabat tangan dengan kedua-dua belah tangan ( bukan sebelah tangan). Dan sunat berjabat tangan ketika setiap kali bertemu / berjumpa.

Dipetik dari kitab 1. Al Fiqul Islami Wa Adilatuhu - juzuk ke III , m.s 570 . ii) Mughni Al Mukhtaj - juzuk ke III m.s 135.




---------------------------------
Talk is cheap. Use Yahoo! Messenger to make PC-to-Phone calls. Great rates starting at 1¢/min.

DISCLAIMER:

This e-mail (including any attachments) may contain confidential information. If you are not the intended recipient, you are hereby notified that any review, distribution, printing, copying or use of this e-mail is strictly prohibited. If you have received this e-mail in error, please notify the sender or Bursa Malaysia immediately and delete the original message. Opinions, conclusions and other information in this e-mail that do not relate to the official business of Bursa Malaysia and/or its group of companies ("Bursa Malaysia Group") shall be understood as neither given nor endorsed by Bursa Malaysia Group and Bursa Malaysia Group accepts no responsibility for the same. All liability arising from or in connection with computer viruses and/or corrupted e-mails is excluded to the fullest extent permitted by law.

 



The World Cup Is Now On Your Favorite Front Page - check out www.yahoo.com.sg


Yahoo! Movies - Search movie info and celeb profiles and photos.

 

 


Copy addresses and emails from any email account to Yahoo! Mail - quick, easy and free. Do it now...

__._,_.___

--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".

--------------------------------------------------------------------------

Recommended sites:
Angkatan Belia Islam Malaysia  : http://www.abim.org.my
Jamaah Islah Malaysia          : http://www.jim.org.my
Radio Islam Kuliyyah           : http://www.kuliyyah.com
Palestinkini Info              : http://www.palestinkini.info
Partai Keadilan Sejahtera      : http://pk-sejahtera.org
Fiqh Siber                     : http://al-ahkam.net/
The Muslim Brotherhood         : http://ikhwanweb.com





YAHOO! GROUPS LINKS




__,_._,___

Kirim email ke