Berita Harian 21 Ogos 2006 , Tutup semua disko elak dadah berleluasa, oleh Mohd Hamizar Hamid
IPOH: Kerajaan disaran mengharamkan semua disko dalam negara kerana tempat hiburan itu dikesan sebagai antara punca utama bermulanya segala bentuk maksiat, sekali gus menjuruskan pengunjungnya terhadap penyalahgunaan dadah. Mahaguru dan Pengerusi Pertubuhan Seni Silat Lincah Malaysia (PSSLM), Datuk Omardin Mauju, berkata saranan itu bertujuan mengelak anak bangsa Melayu mendapatkan najis berkenaan dengan mudah. Beliau berkata, walaupun pengusaha disko diberikan permit sah untuk menjalankan operasi perniagaan mereka, di situ jugalah anak Melayu yang mengunjungi tempat hiburan berkenaan mula mengenali dadah. "Disko dilihat sebagai tempat bermulanya maksiat... jadi kami sebagai NGO (badan bukan kerajaan) yang berlatar belakangkan agama meminta kerajaan mengharamkan disko yang ada di negara ini. Kerajaan harus menutup disko kerana tempat hiburan sedemikian langsung tidak membawa faedah kepada anak bangsa," katanya ketika ditemui ketika menghadiri Upacara Majlis Berlimau di Kampung Gunung Mesah Hilir, Gopeng dekat sini, semalam. Hadir sama, Pemangku Guru Muda PSSLM, Megat Zulkarnain Omardin. Pada majlis itu, 72 ahli PSSLM dari Gelanggang Kampung Gunung Mesah Hilir, Kampar, Lawan Kuda/Sungai Itek dan Malim Nawar/Batu 5 melalui upacara berkenaan yang turut dilakukan Omardin. Sementara itu, Omardin berkata, PSSLM akan menubuhkan pasukan khas yang dianggotai ahlinya untuk menyediakan bantuan, yang bersedia pada bila-bila masa untuk membantu negara. Beliau berkata, ahli PSSLM yang akan diambil menganggotai pasukan itu nanti mempunyai kemahiran dalam bidang masing-masing dan keutamaan akan diberikan kepada bekas tentera, bekas polis, jurutera dan ahli perubatan. Beliau berkata, faktor lain pemilihan adalah ahli PSSLM yang berusia 18 tahun ke atas dan mempunyai asas silat lincah yang baik sekurang-kurangnya sudah mengikuti pembelajaran seni silat lincah selama dua tahun. Selain itu, Omardin berkata, PSSLM akan mengadakan pertemuan dengan Ketua Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), Sabran Napiah di Pusat Serenti Dengkil, Selangor 8 September ini bagi mempamerkan buku dan video berkaitan Senaman Jurus Lincah (SJL). Beliau berkata, PSSLM sudah menyiapkan modul SJL yang sangat sesuai dipraktikkan pelatih pusat serenti termasuk mereka yang berusia 60 tahun ke atas kerana tidak mengandungi pergerakan lasak. http://www.bharian.com.my/m/BHarian/Monday/Nasional/20060820234755/Article/ Syarak Mengata , Adat Menurut - Syarak Dijunjung , Adat Dijulang Sudi-sudi layari blog saya di http://waghih.blogspot.com __________________________________________________ Do You Yahoo!? Tired of spam? Yahoo! Mail has the best spam protection around http://mail.yahoo.com -------------------------------------------------------------------------- All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise. If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest". -------------------------------------------------------------------------- Recommended sites: Angkatan Belia Islam Malaysia : http://www.abim.org.my Jamaah Islah Malaysia : http://www.jim.org.my Radio Islam Kuliyyah : http://www.kuliyyah.com Palestinkini Info : http://www.palestinkini.info Partai Keadilan Sejahtera : http://pk-sejahtera.org Fiqh Siber : http://al-ahkam.net/ The Muslim Brotherhood : http://ikhwanweb.com Yahoo! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/ <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [EMAIL PROTECTED] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/
